The Divine Fury



photo credit: http://kpopist.com


Filem yang ditunggu. Selain sebab Park Seo Joon, sebab Choi Woo-shik jugak. Suka betul budak ni dalam The Witch : Part 1. Dia punya English hilang terus lidah Korea 😂 Tak termasuk lagi muka menganjing dia, jauh beza masa dia naif dalam Train to Busan.

TDF ni, saya tanya Ik, nak tengok sneak preview tak, sebab tarikh tayangan sebenar 15hb. Ingat nak tengok kat I-City sebab situ tempat baru dan nyaman gila. Tapi tarikh awal tak ngam. Semalam masa surf, nampak kat TGV Bukit Raja 13hb. pukul 11, tak cakap banyak, saya pun book twin seat, paling atas betul-betul center dengan skrin... 😜😜

Beberapa jam lepas booked, tetiba terfikir, eh, 11 tu a.m ke pm ha? Menggelabah cek balik. Alamak... 11p.m rupanya. 😭😭😭 Bagitau kat husband, sekali dia tak bagi saya keluar lewat malam dengan Ik. Menggelabah saya cari tiket belah siang. Anehnya, awat seat biasa mahal giler?? Tapi demi Park Seo Joon, mak pejam mata booked lagi sekali. Lepas tu give away tiket twin seat tu kat FB. Nasib ada yang nak.. tak lah saya rasa ralat tiket tu terbuang begitu saja.
Campur dengan beverages, almost 100 jugak melayang demi nak tengok awal cerita ni. Tapi takpa, saya tanam dalam hati, jangan berkira duit dengan anak. Duit boleh dicari...


budak perasan macam PSJ... 🤭🤭
Okey, berbalik kepada cerita ni, bagi saya, 
The Divine Fury adalah cerita supernatural moden penuh emosi dan paling comel pernah saya tonton 💕
Walaupun sinopsis kata PSJ ni atlit MMA... tapi tak banyak pun aksi fighter dalam filem ni. Hanya 10%. Kecewalah jugak... tapi saya tetap fokus. Nama watak PSJ dalam The Divine Fury ni pun bermula dengan Park.

Permulaan cerita agak slow... tapi penuh makna antara Park masa kecik dengan ayah dia seorang polis. Masa kecik ni pun dia dah argue pasal Tuhan. Tapi ayah dia terangkan dengan penuh hemah. Sikit pun tak marah. Kelakar sedih juga part Park dengan ayah dia ni sebenarnya. Kalaulah semua orang menasihat selembut ayah Park.

Kalau korang jenis tak boleh terima cerita-cerita seram/mistik/supernatural saya kat APO? dan kata kurafat, korang tak digalakkan tengok cerita ni... (tetiba kaitkan dengan karya sendiri... 😂😂😂) Ini peringatan serius sebab kalau korang tak memahami, korang akan marah bila Park argue pasal Tuhan, marahkan Tuhan sehingga dia berpaling dari gereja. Sebab dia rasa paderi tipu dia bila kata Tuhan akan makbulkan doa dia. Dia marah Tuhan tak tolong waktu ayah dia mati lepas kejar penjenayah (yang sebenarnya diresapi setan)

Waktu dia kecik, bila dia marahkan paderi dan Tuhan sebenarnya dia dah kesetanan. Setan mula dekati dia, bisikkan hasutan. Semua perangai setan yang digambarkan dalam agama apa pun sama aje bagi saya. Sampailah Park jadi atlit MMA paling digeruni sedunia sebab tak pernah kalah. Pantang nampak salib, mulalah dia kena hasut dengan setan. Maka kesetananlah dia bantai fighter yang ada tatoo salib. 

PSJ digambarkan sebagai atlit MMA yang kaya, ada big bike dan drive Maserati. Adegan-adegan Park kena tindih waktu tidur pun ada dalam cerita ni. Pendek kata, kalau elemen horor ni, boleh jumpa dalam The Priest (saya suka cerita ni dan rasa Gang Dong Woon paling smart pakai jubah paderi... 😂) Tiba-tiba tapak tangan dia berdarah macam kena cucuk dengan benda tajam. Bila dia jumpa bomoh budak yang buta, saya suka ayat budak tu; 

"Awak dah teruk sampai dihurung setan..." Gara-gara Park biarkan titik hitam dalam hati dia. Samalah dengan agama kita kan? Bila hati tu dibiar hitam walaupun setitik... lama-lama membesar sampai senang setan nak hasut. Senang dihantui kemarahan dan dendam.

Tak banyak elemen of surprise dalam filem The Divine Fury ni... sebab lebih kurang aje dengan cerita kerasukan setan yang lain. Banyak elemen sama dalam cerita seram kita (bukan plot tau? Elemeennn, ada beza tu...) Ada watak jahat yang puja setan untuk kekal muda dan hidup abadi bertopengkan kelab malam eksklusif. Uniknya, sebab pengarah manipulate watak MMA fighter untuk banteras setan dengan tangan suci berapi putih yang dikurniakan kepadanya melalui mimpi.

Memang tak dielaborate macam mana Park boleh dapat kebolehan tu. Bomoh budak tu kata, sebab ayah dia bukan berasal dari sini, cincin yang ayah dia tinggalkan tu bukan sembarangan cincin. Jadi sebagai pengarang, saya pun cipta kesimpulan sendiri, ayah Park bukan sembarangan orang. Maka dia boleh jumpa Park dan sampaikan amanat tangan berapi tu dalam mimpi.

Bila Park jumpa dengan paderi Ahn, paderi Vatican yang datang ke Korea atas jemputan gereja untuk halau setan, baru saya rasa cerita bermula. Saya suka Park dan Ahn develope hubungan bapa-anak. Paderi Ahn kata Park dapat kelebihan stigmata macam tangan Jesus kena paku. Saya suka conversations, arguements  diorang. Comel gila dan ada kala boleh gelak terkekeh-kekeh tengok aksi dan riak muka diorang. Dua-dua degil dan sentiasa ada jawapan balas. 😽

Paderi Ahn ni sebenarnya banyak mengingatkan Park kepada mendiang ayah dia. Sedih bila dia cakap dia rindu ayah dia dan dia hanya nak peluk sekali aje lagi ayah dia... huwaaa... touching... lagi touching sebab paderi Ahn lembut sungguh menasihat. Kalaulah semua orang agama selembut itu. Contoh bila mak perempuan yang kena rasuk tu kata, dia akan tegur perangai anak dia. Sebaliknya paderi Ahn pesan jangan tegur, tapi temani dia. Ada beza, kan? Bermakna tegur tak akan selesaikan masalah melainkan temani dan dengar luahan anak itu.

Ada satu ketika, Park terkejut kenapa paderi Ahn minum alkohol. Kata Ahn sebab penat halau setan. 😂 Paling saya rasa kelakar, bila Park suruh doakan dia untuk tidur, paderi Ahn kata dia tak boleh berdoa lepas minum. Muka PSJ masa ni memang win punya tercengang.

Park kata orang tua tu dah mabuk, paderi Ahn balas balik, sebab tu dia tak boleh berdoa... 😂 logiklah kan?

Saya tak reti nak ajuk balik. Tapi setiap kali Park dan Ahn berbual, bagi saya menarik dan comel. Ada isi dan boleh buat kita berfikir. Ada satu part tersentuh hati saya, bila Park tanya, kenapa dia dapat kelebihan tangan suci tu sedangkan dia tak percaya Tuhan.

Balas Ahn, Park bukan tak percaya Tuhan tapi Park terlalu membenci Tuhan dan rasa benci tu tak akan timbul kalau tak pernah ada rasa sayang. Mendalam maksudnya. Sebab masa kecil Park sangat sayangkan Tuhan sampai dia doa sungguh-sungguh supaya Tuhan sembuhkan ayah dia. Cuma Tuhan tak makbulkan. 

Makin lama Park tersentuh dan tergerak hati nak tolong Paderi Ahn halau setan. So, barulah nampak dia mula gunakan skill MMA dia tu.

Sungguh, plot cerita ni boleh ditebak, kadang-kadang macam jumping... mujur sinematografi cun. Pasal dark bishop tu, macam kita kena fikir sendiri. Kalau sesiapa tak pernah tengok cerita ala-ala exorcism memang susah nak faham. Tapi kelemahan-kelemahan tu dikaburkan dengan acting bersahaja PSJ, otai Ahn Sung ki dan Choi Woo sik (tak banyak sangat watak Choi tapi macam pengenalan untuk next movie). (Nampak tak semua guna pangkal nama sebenar dalam cerita ni).

Kalau korang harapkan aksi berturut-turut. Jangan harap. Boleh dikatakan, separuh dari cerita adalah emosi, rasukan, perlawanan jiwa Park dengan kepercayaan dia terhadap Tuhan yang hilang.

Tapi saya boleh katakan, PSJ adalah hero yang effortless charming. Serius dia ada aura sebagai hero versatile. Dengan mata sepet yang tak perlukan eyelid surgery, dia tetap nampak handsome dengan badan tough dan kemas 😝.

Setiap kali dia shirtless, saya sigung Ik kat sebelah.. 😛hahaha... saja mengenen sebab budak tu perasan nak badan tough. Dah hujung baru meriah aksi lawan-lawan.

Tapi jangan expect aksi martial art berskill macam Tony Jaa, atau Iko Uwais, atau Donnie Yen. PSJ bawakan aksi lawan yang real. Walaupun tak berteknik sangat, tapi bila dia hayunkan tendangan dan tumbukan tu, kita boleh rasa padunya. Cara dia fighting lebih kurang macam Keanu Reeves dalam John Wick. Tak overdo tapi terasa powernya. Kadang-kadang aksi macam ni yang buat kita rasa senak perut atau puas hati bila musuh kena tibai sebab real. Cuma ada beberapa ketika tertangkap di mata saya ni, Park tak memaksimakan penggunakan tangan berapi dia tu masa lawan Dark Bishop tu, kadang-kadang tangan tu macam free, tangan kiri pula yang gigih menumbuk.

Kalau korang minat PSJ, atau Ahn Sung Ki, pergilah tengok. Serius gandingan diorang comel dan menyentuh hati. Tengah sedih tengok Ahn kena lanyak dengan budak kesetanan, boleh lagi depa buat lawak ngek... 😂😂 terhibur dalam sedih. PSJ bagi saya boleh bawa macam-macam karektor. Cuma saya tak berkenan rambut dia dalam The Divine Fury ni... amboiii tebal sangat sapu pomade agaknya sampai dah terpelanting, terhempas pun rambut tetap rapi...😂

Mujur reaksi dia kesakitan, menangis berada di skala 10/10. Real sangat tengok dia macam nak putus nafas kena tindih... dan airmata dia menangis tu...huiii... kalah Ji Chang Wook... kihkihkih...

Choi Woo sik (paderi Choi) bakal kembali dalam The Green Exorcist tapi saya tak sure, Park dan Paderi Ahn akan ikut serta ke tak.. sebab dua orang tu cuma hantar poskad kata depa happy menikmati gelato di Rom. 😂

Terima kasih sudi baca review caca marba saya. Keluar panggung, saya tanya Ik, macam mana? Khurafat ke? Terus Ik jeling saya dan kata, khurafat apanya? Hahaha... mak tak tanya dah bila dia buat muka stone gitu.(Sebab label LPF filem ni 18 tahun ke atas sedangkan Ik baru 15 tahun. Kira okeylah dia tak terpesong fikiran.)

Bila dah habis tonton, mulalah saya terfikir.. alangkah bagusnya kalau dapat menulis cerita macam tu. Sebab elemen-elemen setan tu, dalam masyarakat kita pun ada... cuma diorang guna nama lain dalam agama lain. Bacaan ayat suci pun tak keterlaluan. Perbalahan orang alim dengan dengan setan, kita pun ada... tapi kenapa tengok filem luar tak rasa khurafat ya? 🤔

Tak pandai nak bagi rating. Tapi saya puas hati tengok filem ni... nak kata best sangat tu tidaklah...  feel movie ni bagi saya macam tengok Fabricated City. Macam ada benda kurang tapi tetap boleh ulang tengok sebab acting bersahaja Ji Chang Wook. Ha, macam itulah saya rasa dengan TDF ni, dan saya tetap wonder kenapalah Korean mampu menggarap cerita yang biasa dan klise tapi jadi kreatif bila suntik satu elemen rare. 👍

Ah, kesimpulannya, saya pasti akan ulang tengok selain sebab tiga actors yang saya suka tu, juga sebagai research purpose untuk polish novel Arsalan saya yang dah bertahun kena peram tu (sebab dikata khurafat kerana elemen mistik dan supernatural dalam tu...✌😂😂😂😉

No comments:

Post a Comment