Tuesday 16 January 2007

Penangan Hero 'Berikan Cintamu'

January 16, 2007

Tergerak hati aku nak tulis entry ni…sebagai tanda terharu atas sokongan pembaca terhadap novel sulung aku ‘Berikan Cintamu’. Aku tidaklah dibanjiri emel-emel yang banyak. Tapi boleh kata ada aje emel dari pembaca yang menyukai novel ini… terima kasih daun keladi….

Dan yang buat aku terkedu bila kebanyakan mereka, suka sangat pada ‘Azalan’… alahaiii… tak terkata rasanya. Tak kurang juga yang menjadikan novel aku sebagai rujukan dan panduan… alhamdulillah, hasrat aku untuk menyampaikan pengajaran melalui novel, dikira tercapai… tak sangka, mereka menggunakan pakai kata-kata, nasihat dan pedoman yang terselit dalam novel tu terutamanya nasihat berguna dari Azalan… terasa macam ada rama-rama berterbangan di sekeliling aku bila membaca emel dari pembaca dan rakan2 aku yang menyukai watak itu…

Tapi aku kena berpijak di bumi yang nyata… harus ingat daratan… bak kata nasihat Azalan:-

"bekerja kerana Allah, dapat pahala untuk elaun akhirat....sebab...bakat kita, kepandaian kita, kehebatan kita...dan terutama sekali...diri kita....bukan kita yang punya....Allah yang punya...so...bersyukur selalu dapat hidup...so ucaplah terima kasih kepada Allah...dengan bersembahyang..."

Dan rama-rama pun berguguran....
Terima kasih sahabat kerana sudi mengingatkan...kerdil terasa diri ini....

Thursday 11 January 2007

Tribute to my Sifu : Syamly a.k.a s8n

January 11, 2007

Seminggu dua ni, aku tak ada apa nak diluahkan di blog ni. Konsentrasi aku lebih kepada manuskrip kedua, setelah sebuah lagi manuskrip yang dah 80% aku taip, aku sendiri ketepikan bila terfikirkan satu idea lain yang aku rasa lebih mantap… tgk la nanti, bila dah complete baru hantar kat Alaf21, untuk penilaian. Lambat lagi tu… slow2… aku pun x de masa yang secukupnya untuk taip. Aku hanya mampu taip 10 ms setiap kali dan lepas tu baca berulang kali... letih!

Skrg nak masuk tgh bulan pulak… aku kena pulak spend masa untuk buat artikel dan ilustrasi untuk APO? warghh! Kalaulah aku tak bekerja, kan seronok? Idea yang ada berjalan lancar tanpa gangguan… hmmm….

Bila ditengok balik ilustrasi atau drawing yang aku lukis gunakan ILLUSTRATOR, sebenarnya aku tak pernah mimpi pun akan boleh melukis menggunakan perisian komputer yang satu masa dulu mmg aku buta komputer! Aku mintak kerja kat tempat aku skrg (yang mcm hampes ni ler) pun aku ngaku bahawasanya aku bijak menggunakan komputer. Padahal itu semua hanya cerita dongeng untuk aku dapatkan kerja! Hahaha… ekonomi gawat taun 1999 tu… so, aku hantam sajalah…

Hari pertama aku kerja, mulalah, aku nganga… nak lukis menda2 berkerawang tu? Mak aiii…. So, dengan tekunnya, aku melukis menggunakan PHOTOSHOP… can u imagine that? Aku memang giler… lukis kerawang-kerawang tu pakai PHOTOSHOP… muehehee… rasa nak nangis jek… 

Itu pun aku belajar dari sifu yang aku kenali melalui IRC… nama dia Syamly / s.8.n… orangnya kecik dan kiut miut… melalui IRC aku belajar ngan dia PHOTOSHOP dan FLASH… sibuk aje aku menanya itu ini, sib baik dia x lokek… bila aku buat satu artwork, emel kan dia, dan dia akan komen… cam tulah jugak bila aku belajar FLASH ngan dia… sbb masa tu sapa2 yg tau buat FLASH animation mmg dah dianggap tahap dewa dah! Kekeke… tapi rasanya masa tu si Syamly ni antara designer paling terer gunakan perisian Flash…

Berbalik pada sejarah aku tau lukis pakai ILLUSTRATOR ni,…seharusnya aku berterima kasih setinggi-tingginya pada Syamly. Ingat lagi, aku call dia tanya apa software yang paling sesuai untuk aku draw (kat sini pun korang dh bleh agak aku mmg buta software!)… dia kata ada banyak software… pastu dia suh aku gi ofis dia bawa lukisan2 besi aku… aku ingat lagi hari sabtu, pas keje, aku naik bas dari One Utama, terus ke Kg. Baru…

Sebaik sahaja dia tengok lukisan aku, dia punyalah bengang siap gelak lagi sbb aku lukis pakai PHOTOSHOP walhal ada lagi software yang lagi menyenangkan kerja aku… hari tu jugak dia tunjuk aku cara2 nk guna ILLUSTRATOR… wpun dia cuma ajar, perkara yang asas, yg ini pen, gunanya untuk ini, yg ini fill in color… bla … bla… tapi bermula dari hari itulah aku menemui ‘kesenangan’ bila aku terpegun, laaa… ada lagi jalan mudah nak lukis besi2 nih…

Lepas tu dia tinggalkan aku xplore benda2 basic tadik…katanya : "kau xplore sendiri baru ko pandai” dan katanya lagi, x payahlah kau tau guna banyak software tapi satu pun ko x master, lebih baik ko tau satu software sampai ko master!” itu dia kata nasihat guruku yang aku ingat sampai skrg….

sbb tu kalo org tanya aku, apa software yang aku pandai, aku akan terus-terang cakap, 2, 3 software je. AUTOCAD? Langsung aku tak pandai wpun aku ni asalnya dari architecture background! Kekekeke… lambat lah design pakai autocad… lebih baik design pakai Ilustrator, ada CAD gak kat situ… ini pendapat aku la kan… pada pendapat Master AUTOCAD, mesti dorg kata design pakai AUTOCAD lagi mudah… :P

Dan kerana yang sehari itu jugalah aku belajar sendiri buat grafik yang selama ni aku terpegun tgk org lain buat, sampai dulu tertanya-tanya, eh? camna diorg buat ek? Dan sekarang aku dah mengerti… ohh… macam ni rupanya…

Skg ni bila dh reti selok beloknya, aku belajarlah lukis ilustrasi lak...Nak juga aku kalau dia dpt tgk artwork aku skrg… nak dgr komen dari sifu sendiri… tapi mana tah dia skg ni dgn anak isteri… dah lost contact! hopefully satu hari nanti dia ‘terjenguk’ ke sini…

Begitulah adanya…

Note: Terpanjang pulak entry kali ni… hehehe..

Thursday 4 January 2007

Dennis Joseph O'Neil

January 04, 2007
My new favorite figure.. :)
A Korean-American actor + model. Ternampak dia ni dalam suratkhabar Cina yang ofismate tengah baca, Tanya nama dia siapa, terus curi-curi google kat pc ofis,, hahaha...
Balik lukis.
Aku seharusnya berterima kasih pada hubby yang semakin memahami minat aku melukis figura manusia yang hensem dan lawa... thanks B!
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016