Showing posts with label Braces. Show all posts
Showing posts with label Braces. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

Braces: Sakit tak? Cara jaga? Masalah?

November 27, 2012
Tajuk! Macam orang nak buat assigment! 

Ya, cerita braces lagi (like aku sorang je pakai braces dalam dunia ni ye? lalalalaa). Aku tulis entri ni pun sebab tengok report carian yang masuk ke blog ni, banyak dari hasil google : pakai braces, proses pakai braces, klinik gigi kota kemuning, klinik dental ooi & khor, pakai braces umur lewat, braces gigi taring, gigi jongang pakai braces, etc,. 

Dari analisa tu, aku jadi mengerti, mungkin korang nak pakai braces tapi tak yakin dan buat research dulu.  Jadi sebab tu aku tak segan silu share sebab aku dulu segan punya pasal, tak confident, last2 lambat jadinya pakai braces...dah tua baru terhegeh-hegeh. m(T_T)m

Bila orang tanya aku apa beza braces self-ligating dengan traditional, aku pun tak reti nak explain secara teknikal dan detail. Ala... sekarang ni pun ada braces clearpath yang transparent tu untuk align kan gigi. Kalau korang perasan, yang banyak iklan dalam surat khabar lately ni. Teknologi makin canggih! Tapi harga tak silap dalam 7k ke atas! Wuuuu!

Tapi menurut doktor aku, self-ligating ni kurang sakit dan lebih cepat kurang lebih 6 bulan berbanding yang biasa.

Aku pilih self-ligating pun bila dengar doktor kata kurang sakit. Tu yang penting sebab aku takut takleh tolerate dengan rasa sakit. Memang tak sakit mana pun. Dah tu memang cepat pun rata sampai aku terkejut bila doktor kata early next year dah boleh tamatkan rawatan! Ha! Tak sampai 2 tahun! Aku pulak rasa sayang nak bukak! Hehe!

Getah tetap ada tapi bukan lekat satu2 pada bracket. Cuma guna getah lima lubang atau kadang2 3 - 4 lubang je. Tu pun sangkut kat door bracket bahagian tepi, sambung ke belakang. 2 kali terlucut, aku tarik sendiri aje guna besi cungkil gigi. Sekarang ni pun dah tak payah letak getah. Kata doktor, wire tu sendiri dah ada memori. Tak ada pulak kena pakai separator macam sesetengah pemakai braces cakap. 
Pastu aku perati, self ligating ni tak complex mcm traditional.

Tapi, kalau korang nak tau lagi lanjut, boleh tanya doktor terdekat. Sebab lain doktor, lain dia punya disiplin. Aku perhati, doktor aku ni, setiap kali periksa gigi, siap mumbling, macam mengira formula matematik sambil ukur gigi aku! Hahaha!

Aku tak pernah kena ulser. Kecuali sekali. Tu pun sebab, besi belah atas kanan dah panjang dan cucuk kulit belakang geraham. Aku tahan sebab malas gi klinik semata-mata nak potong besi. Lagipun doktor aku tu dtg rabu je dan sentiasa penuh dgn appointment! Harga, tentulah mahal lagi yang self ligating. Tapi sepupu aku buat braces biasa pun tetap harga 5k. Aku pun tak faham kenapa jadi mahal gitu. Mungkin lain klinik, lain harga kut.

Tapi bagi aku, ada beberapa masalah gigi aku kira kawtim bila pakai braces.
 
1) Gusi berdarah. Aku pun tak tau apa kaitan pakai braces. Tapi dulu2 bila gosok gigi, mesti gusi aku berdarah. Sekarang lepas pakai braces, tak ada lagi.

2) Rahang berbunyi. Dulu bila nganga mulut, mesti keluar bunyi 'krak' mcm tulang terkehel. Sekarang tak lagi!

3) Liur berlebihan. Dulu masa gigi masih jong**ng, kadang-kadang air liur terjejer dengan sendiri bila time2 terleka... Gila malu kalau time terkantoi! (T_T) Alhamdulillah sekarang tak lagi. 

4) Kalau orang kata gigi aku nampak makin putih, aku pun tak sure ye ke makin putih tapi rasanya better dari dulu. Kalau kat rumah, ye, aku rajin gosok gigi walaupun lepas makan jajan (antara sebab kenapa aku tak kurus2 walaupun ada idealogi mengatakan pakai braces boleh kurus).

Tapi kalau kat luar, awal2 dulu aje, aku rajin gosok gigi. Pastu sekrang aku malas. Tak koser bila org pandang pelik dan tak selesa, bila gosok gigi kat restoran mamak, ada orang que, nak cuci kat tempat sama walaupun sinki bukan cuma satu kat tiang restoran tu.

Ok, ni dia pembersih extra yang aku guna selain Oral-B Orthodontic Brush dan ubat gigi Colgate...tak kisahlah yang Triple action ke, Professional Clean ke... asalkan Colgate
.

 
1) Fluocaril ortho 123 - Dah terang2 ada gmbar braces kan? Lagipun 0% alcohol. Harga RM13 beli kat klinik.

2) Ortho brush - untuk cuci celah2 besi yang tak tercapai oleh berus gigi. RM10.90/11.90. Boleh refill aje berus tu.

3) Ortho needle - ni aku guna untuk cungkil sisa makanan degil celah gigi dan pintu2 bracket. Harga RM9.90, beli kat Giant.

4) Oral-B Interdental Brush System ni untuk sental celah wire halus di belakang bracket. Guna 2 kali dah out. Harga RM5/pack of 4, beli kat Daisho tak pun 100yen.

Hah! Itulah dia... Bila dah pakai braces ni barulah gigih jaga gigi. Yelah, seganlah kalau bercakap, mata orang mencerun bukan pandang muka tapi pandang arah mulut. Tengok besi... bayangkan kalau ada makanan lekat kat besi? Heee... euuwwww....!
 
Aku selalu jadikan Ik sebagai cermin bergerak. "Ada apa2 lekat celah gigi mama tak?" Hahaha! Itulah gunanya anak!

Bagusnya doktor aku ni... dia siap boleh tanya apa lagi nak improve kat gigi. So, aku pun, tanya pasal:

1) 'Kenapa gigi bawah aku tu, ada tinggi ada rendah? (macam dalam gambar, *besi atas tu kembali bengkang sikit, sebab baru bukak bracket untuk susun semula gigi supaya sama tinggi rendahnya...)'  
 

2) 'Kenapa bila senyum lebar, kadang2 gusi aku masih jua ternampak...gigi atas melapisi gigi bawah bila dirapatkan...

Untuk solusi pertama, doktor bukak balik 4 bracket seperti yang aku mark dalam gambar di bawah (*besi atas tu kembali bengkang sikit, sebab baru bukak bracket untuk susun semula gigi...) Sumpah! Rasa nak meraung! Berair la jugak mata, bila bracket dibuka secara paksa tanpa guna kimia pelonggar! Huwaa...
 

Untuk solusi kedua, ada doktor bagi aku dua options. Satu operation gusi. Dua, pakai ortho screw untuk satu tempoh tertentu. Awal-awal aku pilih untuk pakai ortho screw, akan datang. Tak sanggup nak operate gusi... lagipun gigi dah rata molek...saje je nak improve kalau boleh improve... doktor pulak cakap, aku maybe akan trauma lepas operate... tak sangguppp... sebab dah terbayang gusi tetiba terjatuh... hahaha.. m(_ _;;m

Makanya option kedua adalah yang terbaik (of course dengan kos tambahan). Dua ortho skru akan dipasang pada gusi atas, sambung dengan getah untuk tarik gusi naik sikit kat atas dan tak tutup gigi bawah. Doktor kata, akan bius dulu masa nak pasang skru tu. Sakit sikit lepas ubat bius habis. (tak nak fikir... ngeri... tapi nak cuba!)

Mungkin kena pakai dalam tempoh 6 bulan... aku pun tak pasti. Doktor pun tak gerenti option berjaya 100%. Sebab katanya, ada yang berjaya naikkan gusi guna kaedah ni... ada yang tak bergerak langsung. Tapi aku ok aje... cuba ajelah nanti... kalau berjaya, Alhamdulillah... kalau tak gusi tetap tak bergerak, syukur ajelah dengan perubahan sedia ada... :)


Nanti bila dah pasang skru tu, aku update.

Sakit ke tak sepanjang tempoh pakai braces ni...bagi aku ada masa sakit... tapi taklah sakit sampai menangis. Rasa macam setiap gigi kena tumbuk setiap kali tukar ketebalan wire. Rasanya sengal, ketat bila kurang bercakap. Kadang-kadang masa nak tidur, terasa gigi macam ditarik-tarik ke belakang. Bagi aku sakit ke tak pakai braces, kurus ke tak masa pakai braces, bergantung pada individu tu sendiri...


Nak kata aku pantang makan, tak lah jugak. Kecuali, aku tak makan benda2 keras macam keperek, daging, kacang. Nescafe tetap kuminum walaupun ada orang buat mitos, nescafe akan mengaratkan gigi! Apa daaa... lain kali dengar cakap Maya Karin dalam iklan nescafe... 'nescafe anti oksida...' hahahha...

Berubah ke tak muka? Memang berubah. Sangat... bila aku tengok gambar lama terutama gambar dari sisi muka, memang lain sangat... segan rasa nak nangis bila tengok gambar dulu2... gambar dedulu, kontrol senyum pun gigi terkeluar jugak... haihhh... mujur Tuhan bagi rezeki lebih untuk aku redah buat braces di usia 'tua'...Alhamdulillah...
(I'm going 35 next month! Tua dah!).
 

Baiklah... sampai di sini dulu... aku nak masuk bertapa... kerja berlunggun tak siap... daaaa
ヾ(@⌒ー⌒@)ノ 

Monday, 22 October 2012

Braces dan bentuk muka

October 22, 2012
Dah lama tak update fasal braces... disebabkan ramai yang inbox dan pm kat facebook pages tu, tanya pasal braces, maka hari ni aku tulis pasal braces.
Selepas lebih kurang setahun enam bulan memakai braces (macamlah aku sorang aje yang pakai braces dalam dunia ni - sampai gedik buat entry kat blog - tapi tak kira - nak share jugak pengalaman aku). ☆~(ゝ。∂)

Alhamdulillah... dah nampak perubahan besar kat gigi dan mulut walaupun belum capai tahap 'perfect' (memanglah takkan perfect 100% - takkan boleh lawan ciptaan Tuhan). Tapi sekurang-kurangnya, gigi tak lagi terjulur keluar macam dulu. (*/∇\*)

Aku nak tunjuk dalam bentuk gambar pun tak dapat sebab tak pernah pulak nak ambil gambar dari pandangan sisi. Tapi bolehlah rujuk gambarajah kat bawah ni.


Aku malas nak lukis beriya-iya. Sekadar sketch ‘bodo’ aje untuk tunjukkan kurang lebih perubahan kedudukan gigi dari pandangan sisi. Memang macam tak caya aje, tengok gusi dah makin ke dalam.

Kalau bandingkan dengan gambar lama, mungkin orang akan kata muka aku berubah. Tapi aku rasa berubah tak banyak. Bila gigi dah tak mancung ni, aku rasa mulut kecik sikit, rahang pun nampak bersegi sikit, tapi tak banyaklah kesegiannya. Cumanya bila nak pakai tudung express yang dulunya aku phobia nak sarung (sebab dulu selalu reject pakai tudung express sebab nampak macam 'mpok minah' heeeee), kini tak lagi… hehehe…

Kalau dulu, aku suka pilih getah merah. Sekarang aku pilih getah hitam pulak, sampai doktor Chee cakap sepanjang dia pakaikan braces kat orang, ni kali pertama dia guna getah hitam. Dah pasang tu boleh pulak dia cakap... "Hmm... not bad juga warna hitam ni ye?" 



Eheh... saje, sebab merah tu selalu orang salah faham ingat cebisan cili lekat kat gigi... kalau hitam ni memang ketaralah tu getah! 


Jadi... inilah dia, muka aku selepas setahun lebih pakai braces. Haaaa... giler pesek muka aku dulu kan? Nak tak nak, aku sendiri kena admit, memang berubah muka aku dan buat aku rasa bersyukur serta, sumpah, yakinlah sikit nak bercakap atau senyum luas-luas. Takdelah rasa malu lagi berdepan dengan orang ramai...(⌒▽⌒)

(oh, ya... kalau bab kulit tu... aku tak cerah sangat sebenarnya... tapi selain tu hasil flash kamera terlebih, mungkin juga hasil makan produk berunsurkan GLUTATHIONE secara tak konsisten! Hahaha... sebab aku ni rajin beli vitamin, makannya selalu lupa! Ngeee!)

Jadi, kepada yang tanya aku dengan nada kurang yakin nak pakai braces tu... aku harap perkongsian kali ke berapa ni, akan buat korang lebih yakin nak pakai braces. Sakit tu... takpe... abaikan... kejap aje... tapi once gigi kau dah berubah, percayalah, kau memang rasa nak buat sujud syukur, dan dalam hati sentiasa rasa nak ucap terima kasih kat Tuhan juga kepada doktor yang gigih dan sabar menentu ukur pemasangan braces! Lagi akan tambah nilai kalau korang dapat doktor yang cermat! \(^0^)/

Sunday, 24 June 2012

Perkembangan Braces

June 24, 2012
Salam...
Rasanya dah lama tak update pasal braces yang aku pakai. Kadang-kadang terlupa ambil gambar progress. Lagipun sekarang ni dah masuk proses bertemu doktor dua minggu sekali untuk tukar getah bagi proses menarik gigi ke belakang.

Seperti yang aku bagitau dulu, self-ligating ni besinya takleh tukar-tukar warna macam braces biasa. Getahnya sahaja berwarna dan sepanjang 3 kali tukar getah ni, aku duk pilih warna merah aje. Hahaha... yee... merah di mana-mana sahaja.

Pada ketika ni, doktor kata gigi pada bahagian ruang kosong bekas cabut tu merapat lebih kurang 1mm setiap bulan, jadi memerlukan kira-kira 8 bulan lagi untuk rapat, tutup lubang. Tapi aku tak kisahlah lama mana pun masa yang diambil sebabnya sangat impress tengok gigi dah jauh berubah dari dulu. Rasa cam magik pulak.

Uniknya, gigi taring yang dulu dah merapat semasa proses merata dengan gigi bahagian depan menjadi satu unit sekarang ni merenggang balik sebab tertarik ke belakang. Mulanya cuak juga sebab dah rapat tetiba renggang balik. Tapi bila doktor explain, barulah mak faham nak...


Sepanjang setahun dua bulan aku pakai braces ni, cuma sekali bracket paling hujung tercabut. Sekali getah tergelincir. Sekali kunci satu bracket terbuka. Lain-lain masalah tak ada, melainkan sengal sikit masa nak makan bila tukar besi atau getah baru. Namun begitu, aku tidaklah juga kurus-kurus sepertimana mitos menyatakan barang sesiapa yang memakai braces akan kurus sebab tak lalu makan. Ye, memang saya tak lalu makan juga kadang-kadang tu... tapi oleh kerana aku ni penggemar segala makanan berkeju dan nescafe, makanya segala diet memang tak menjadi...

Muka berubah ke tidak? Entah, aku malaslah pulak nak bergambar. Tapi bila jumpa dengan kawan-kawan tu, memang kata muka nampak lain. Yelah, dulu mulut kembung, sekarang dah rata sikit dan bolehlah tutup mulut rapat-rapat dengan jayanya... kata doktor, apabila buka braces nanti, lagi senang nak tutup mulut. Mujurlah doktor Chee ni sangat teliti dan berhati-hati. Jadi, tak kisahlah lama mana pun masa yang diambil, asalkan hasilnya 90% sempurna. 

Album perkembangan braces aku kat sini : 

Jurnal Braces (metallic self-ligating braces)

Janganlah pulak ada yang jengkel ye... geli ke apa ke... sekadar berkongsi dengan sesiapa sahaja yang masih rasa ragu nak memakai braces. 

Sampai jumpa lagi... daaaa (*^_^)/~~~

Tuesday, 14 February 2012

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 2

February 14, 2012
Salam semua...
Maaf ya darling-darling sekalian yang setiap kali masuk ke sini takde entri baru... 
Aku tengah sibuk sangat-sangat... banyak benda nak cerita sampai tak tertulis kat sini, sebab utamakan kerja dulu...sampai tak sempat-sempat nak memasak, ngemas rumah, lipat baju...owhhh...sangat tak mithali rasanya...haihhhh

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya dan hantar mesej pasal braces yang aku pakai. Kalau dicongak, dah masuk 10 bulan aku pakai braces. Nak kata gigi dah rapat tu tak lah... masih ada ruang tang bekas cabut yang empat batang tu. Setiap kali jumpa doktor, beliau kata, baru proses meratakan gigi, proses tukar-tukar dawai, dari halus ke yang paling tebal. Belum masuk proses nak tarik gigi tu ke belakang. Doktor kata boleh dipercepatkan tapi aku akan merana sakit. Bab sakit tu yang ngeri tu... jadi aku pun okey ajelah... ambil langkah slow and steady. 

Setakat ni yang paling ketara berubah, adalah gigi taring aku yang dah flat... jadi bila sengih tu gigi taring tu tak tersembul lagi.

Ada yang bila jumpa, kata muka aku lain. Bagi aku, nak kata lain sangat tu takdelah sangat kut. Sikit-sikit adalah bezanya kalau tengok gambar dulu dengan sekarang, terutama part senyum. Yelah, dulu senyum nampak gusi... malu je sebab rasa diri hodoh tu yang jadi kurang yakin diri tu, dahlah dulu kala tak pakai tudung, memang macam 'jebeng' laa... (ha...tak tau apa itu jebeng? cari tahu sendiri...hehehe)... nak senyum depan Tan Sri, Tengku pun segan silu...sebab takut depa tak jadi buat pagar bila tengok gigi aku tersembul keluar... heeeee...☆⌒(>。≪)


Kalau ada kawan sekolah lama yang tegur tak caya muka aku lain... tu maknanya aku ni makin tua...kedut-kedut kat mata dah makin nampak... pipi pun dah makin labuh (yelah... aku tak koser nak pergi buat face shaping ke apa ke...). Lagipun kadang kalau muka cukup tidur tu memang nampak fresh giler ler... tapi bila sampai musim bertapa... memang macam panda tak cukup daun buluh... kering...kusam...berminyak...cuma nasib baik tua-tua ni tak naik jerawat kronik macam zaman anak dara dulu.

Apapun, aku bersyukur sebab akhirnya dapat jugak pakai braces walaupun di usia tua. Aku takleh jaga teliti sangat pun...sebab masih minum nescafe, yang panas pulak tu, jadi proses nak rapat tu mungkin ambil masa... sebab bagi yang pakai braces, jangan tak tau, ada sesetengah makanan yang mempengaruhi bending dawai braces itu sendiri... Makanan berasid, beralkali tu semua pengaruhi penarikan braces. Kalau tak jaga, degil nak makan benda-benda keras, alamat...bersedialah menerima risiko dawai tergelincir dari bracket ke...atau bracket itu sendiri tercabut dari gigi...!

Setakat ni aku cuma alami dawai tergelincir dari gigi sebab ketegaq duk makan coklat ferrero rocher...hahaha... nasib baik dawai tu jenis halus dan aku boleh tarik sendiri dengan pengepit masukkan balik dalam bracket. Lepas tu kalau keluar, memang leceh bila part makan... kene gosok gigi lepas tu. Kadang kalau malas, aku cungkil aje dengan berus kecik dan kumur sampai bersih. Yelah, kalau kedai makan tu tempat cuci tangan dia tertutup, bolehlah kau gosok gigi dengan ubat giginya sekali... tapi kalau terbuka? Tak selera orang nak makan kalau nampak kita tengah gosok gigi... iskkk...

Jadi begitulah perkembangan terkini berkenaan braces yang aku pakai. Harap dapat bantu beri semangat kepada sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu, tak yakin nak pakai braces... Ingat, kita bukan mengubah ciptaan ALLAH, sekadar menambahkan lagi keyakinan diri. Dan kalau itu mampu meningkatkan keyakinan dan pandangan orang lain, ucapkanlah ALHAMDULILLAH...\(^ ^)/
Haihh... skema la pulak... 

Sampai jumpa lagi di lain entri... daaaaa ( ^_^)/

Friday, 22 July 2011

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 1

July 22, 2011
Selalu tak dengar statement 'Pakai braces boleh mengubah bentuk muka?'
Selalu jugak aku dengar... tapi dulu macam tak percaya je... lagipun orang yang 'bijak pandai' selalu mengaitkan dengan dosa sebab mengubah ciptaan Allah... haihhh...

Tapi sekarang bila aku sendiri dah pakai, oh ye... aku sangat setuju dengan pendapat tu. Sekarang kira-kira dua bulan la aku pakai braces complete. Jumpa kawan-kawan memang ada yang tegur terutamanya Kak Lily Haslina Nasir. Ayat femes dia,
"Eh, perempuan, benci kau! Muka kau dah lain. Dagu kau dah tirus!"

Hahaha... jangan fikir dia benci aku betul2 pulak. Kami biasa guna perkataan tak kena ayat ni... hahaha... walaupun tulis novel, tak semesti bila bercakap nak guna ayat novel jugak... kena realistik la sikit.

Mula-mula aku macam tak caya, ye ke dah berubah... apatah lagi hubby duk komplen kenapa gigi tak masuk-masuk lagi ke dalam. Siap nak tolong tumbukkan lagi biar masuk cepat! Hampes sungguh dapat suami tak romantik macam Wan Azfarel ni... hishhh...

Jadi, kat sini, aku nak bagi semangat kat sesiapa saja yang tak confident nak pakai braces. Nasihat aku pakai ajelah... apatah lagi kepada mereka yang sering diejek sebab ketidaksempurnaan gigi.

Jangan geli ya tengok gigi aku. Niat baik ni bagi semangat kat pembaca yang senasib dengan aku. Mudah-mudahan perubahan yang ditunjukkan dapat membantu dari segi moral kepada sesiapa yang nak berhajat nak pasang braces.

Ni gambar selepas cabut empat batang gigi, 8/4/2011. Nampak tak bahagian atas bawah yang rompong tu? Ha, itulah gigi yang dicabut... kiri kanan pulak tu.


Yang ni pulak masa pasang bahagian atas sahaja pada 14/4/2011. Nampak tak betapa cerunnya dawai yang mengikat sebab gigi taring masuk ke dalam.
Yang ni pulak bila dah pasang braces untuk bahagian bawah, 27/4/2011.
Yang ni lepas sebulan pakai, 25/5/2011.

Terkini... 22/7/2011. Taraaaaaa...! Nampak tak? Nampak tak gigi taring tu dah nak sama rata dengan gigi lain. Perlu diingat, aku pakai braces self-ligating, jadi gigi sentiasa rasa sengal bila diketap atau time mengunyah. Sampai sekarang aku makan, potong kecil-kecil dulu. Dan bila pakai self-ligating ni kadang-kadang memang terasa gigi mengetat sendiri. Jadi memang betullah apa yang doktor cakap, dawai tu ada 'memori' sendiri untuk ikut bentuk asal semasa di bend.


Sumpah, dulu aku menyampah betul nak bergambar dan tersenyum. Sekarang rasa lain sikit. Yakin diri nak sengih lebar-lebar. Bila sengih tu, takde lagi bibir ternaik atas gusi. Jadi memang betul braces mengubah bentuk wajah.
  • Nampak macam makhluk asing bila sengih dengan besi berbaris kat gigi.
  • Kadang-kadang rasa comel bila ada besi kat gigi... hahahaha, jangan muntah ya... sesekali syok sendiri
  • Darjah kemuncungan mulut dah semakin berkurang bila mulut dikatup .
  • Hidung rasa lebih mancung... lalalalala...
  • Senyuman nampak lebih genuine @ ikhlas!

Tak la lawa pun, cumanya rasa best boleh sengih lebar-lebar, tak takut diejek lagi macam dulu-dulu.


Jadi sesiapa yang nak pakai tu... dan dah ada duit... cepat-cepat pergi buat sebelum tua macam aku. Tak usah risau mahal sebab buat braces sekarang dah banyak klinik yang sediakan plan installment!

Nanti aku ceritakan perkembangan selanjutnya. Salam sayang...


Wednesday, 25 May 2011

Besi pada gigi @ braces @ pendakap gigi

May 25, 2011
Braces atau dalam bahasa Malaysia adalah pendakap gigi. Dulu-dulu, ada tanggapan kalau sesiapa pakai pendakap gigi, "Wah! Kayanya kau!"

Sekarang, mari aku ceritakan kisah aku berkaitan braces dan gigi aku ni...

Macam aku, mengenal braces ni masa darjah 6 (berpuluh tahun yang lalu!). Tengok TV time tu, terus cakap kat abah aku, aku nak pakai braces sebab tak tahan kena ejek macam lagu Halimah Jongang tu! Tapi masa tu memangla lagu tu belum wujud lagi. Tapi sekarang bila aku dengar lagu tu, sumpah aku menyampah! Sebab tu aku benci lagu tu!
Tapi manalah abah nak melayan kehendak anak yang banyak songeh time tu. Maka, berkuburlah hasrat aku nak betulkan gigi aku yang ter'ke depan' ni, kesian kan?

Sebenarnya, kalau korang rajin google, masalah jongang ni ada banyak jenis. Salah satunya, jangan tak caya sebab kemalangan yang menyebabkan masalah gusi. Aku termasuk dalam golongan ni. Tercampak dari buaian bawah rumah kampung semasa gigi susu dan gigi kekal saling bercanggah nak ambil tempat. Gila babas terhantuk pada gelegar lantai. Darah keluar jangan ceritalah. Mulut bengkak jangan cakaplah, tapi time tu tak bawah gi klinik pun, sapu minyak aje kat urat yang terputus antara gusi dan bibir atas. Ngeri kan?

Lama-lama tu la baru sedar gigi dah lain. Bila nganga rahang berbunyi. Tapi tak ambil port sebab malas nak menyusahkan mak bapak.

Setakat kena ejek tu, perkara biasa bagi aku dari sekolah rendah sampailah masuk UTM. Bayangkan, mentaliti orang kita, sebab yang mengejek aku tu semuanya Melayu! Macam-macam gelaran dapat. Dari jongang, hantu gigi, yang menyamakan aku dengan selebriti pun ada. Tak cukup ngan tu, siap ada yang buat mimik muka dengan aksi gigi ke depan. Sedih kan? Bayangkan perasaan aku masa tu, bayangkan jugak perasaan terhina tu tetap ada bila diejek walaupun umur dah cecah 19, 20, 21 tahun. Dekat U beb! Memang tak pakai akal!

Tapi time study kat U tu aku rasa dah terlewat nak buat braces sebab kalau kat klinik kerajaan pun kena beratur, mau berjaman tori nak sampai turn. Sempat tua dulu. Nak buat kat klinik swasta pulak, tak mampu. Masa tu takde PTPTN. MARA yang taja aku dengan lebihan duit (setelah tolak yuran segala) sebanyak 800++ je untuk satu semester. Bayangkan, dengan duit sebanyak tu nak teruskan hidup sebagai budak Architecture. Memang rasa kene torcher mental!

Time kerja pulak, niat nak buat ada tapi disebabkan sibuk dengan kerja dan dapat pulak pakwe yang tak kisah gigi aku camna janji hati baik, body cun (hahaha...tetiba je... time tu je la, sekarang mak dah kembang! hahaha!) aku pun jadi tak kisah. Dah malas nak fikir lagipun kos nak buat sangat mahal kalau pergi klinik swasta.

Tapi dah tua-tua ni, bila bersembang dengan Kak Lily Haslina Nasir, niat nak pakai braces tu datang balik. Tambahan pula aku terdengar cakap-cakap belakang yang mengejek gigi aku bila tersenyum masa ambil gambar sebab nampak gusi! Serius cakap, aku memang tak berkenan nak bergambar sebab gigi ni la. Malu sangat. Nak senyum pun memang tak yakin.

Hubby memang tak bagi aku buat. Membazir katanya. Tapi bila aku selalu cerita akan masalah jiwa aku yang tak konfiden nak jumpa orang ramai, yang rasa terhina bila kena kutuk, dia pun memberikan restu! Yihaaa! Ala, kalau lawa pun bini dia jugak kan?

Oleh itu, setelah meluahkan rasa tekad pada Kak Lily, aku pun mula survey klinik swasta yang boleh buat dengan cepat-tak payah tunggu turn. Last-last dah rezeki agaknya, terjumpa satu klinik kat Kota Kemuning ni. Aku pun segera emel doktor itu. Dan ini jawapan beliau:

Wednesday, March 30, 2011 11:59 AM

Hi Nora.
Yes. we do braces for clients aged 30y/o or even older.
The cost depends on the TYPE of braces & the DIFFICULTY of the case. The conventional metallic braces will cost from RM3800. We also have metallic self-ligating braces (RM4800++) and (semi) transparent self-ligating braces (RM5800++). As I mentioned earlier, the price also depends on case complexity.
As for the payment, we allow installments. However, a deposit of about RM1000++ is required during the fitting of the braces.

The appointments depend on whether extractions (removal of teeth) are required as part of the treatment. So, it is best ifyou could visit us for consultation. Please call my managers Miss Tan/Azmin should you need any assistance regarding our clinic hours and consultants in attendance.

Thank you.
Best regards,
Khor Choo Pang (Dr),
BDS MDSc MFDRCSI FRACDS
Director/Principal Clinician


Bila tau macam tu, aku tak fikir panjang, terus redah pergi klinik tu lepas ambil Ik balik sekolah. Jumpa Dr. Khor. Sampai aje, sebut nama aku beliau dah kenal dan tau aku yang emel dia. Wah! Bagus sungguh! Beliau cek gigi aku dan kata memang bagus aku buat braces sebab dia dah tersenyum bila dengar rahang aku berbunyi bila dia suruh nganga. Katanya lagi perhaps braces would solve that problem. Dan braces juga akan buat senyum aku lebih lawa katanya. Ha? Siapa yang tak tergoda mendengarnya, kan? Tapi lemah semangat jap beliau kata,

"Macam kes you, kena cabut 4 batang gigi untuk beri ruang gigi merapat ke dalam dan kena pakai dua tahun,"

Aku dah terbelalak. Gila! Mana pernah aku cabut gigi... inikan pula nak cabut 4 batang! Tapi bila dia tanya nak buat ke tak? Aku terus angguk kepala. Jam tu jugak buat mould gigi.

Lusanya, aku datang balik untuk cabut gigi. Kos cabut sebatang gigi RM50. Jadi total adalah RM200, tidak termasuk dalam kos braces. Menggeletar! Gila, gigi yang sihat perlu dicabut secara paksa. Walaupun doktor bius, sampai mulut rasa senget, liur meleleh sebab deria rasa hilang kejap, tapi bunyi kruk...krak gigi digoyang buat aku ngeri. Sepanjang sejam tu duk pejam mata, tak sanggup nak bukak mata walaupun doktor aku tu, Doktor Chi, kiut, sopan lagi berhemah orangnya! (hahaha... sempat lagi ya che' rose!). Yelah, banyak kali dia mintak maaf bila tengok aku tersentap-sentap. Dua gigi atas bawah belah kanan dicabut serentak. Gigi yang bawah, susah sungguh nak cabut. Bila tercabut dekat seinci panjangnya! Gila! (gambar menunjukkan ruang kosong setelah gigi dicabut. Gila banyak ruang. Nampak sangat gigi memang ke depan)

Lusa tu jugak malang menimpa sebab gigi taring belah bawah yang panjang dekat seinci tu kena infection! Hadui! Dirawat oleh Dr. Andrew. Terpaksa tangguh cabut 2 lagi gigi belah kiri. Seminggu lepas tu baru cabut, oleh Dr. Andrew. Memang betul seperti yang direkomen, bab cabut gigi Dr. Andrew lebih terer. Mujur lepas tu takde jangkitan untuk dua gigi tu. Cuma, gigi taring yang belah kanan tu kena lagi jangkitan. Terpaksa dicuci oleh Dr. Chi. Mak oiiiii! Rasa nak melalak aje! Tangkap urat kepala beb dia punya sakit! Duh!

Kata doktor memang salah satu gigi susah nak sembuh. Aduh! Seksa! Aku rasa sakit beranak sekejap je sakitnya, tapi sakit cabut gigi sampai demam aku dibuatnya. Rasa nak surrender aje tak nak pasang braces. Tapi bila fikir 4 batang gigi dah rongak, kena bertabahlah. Pendek kata lepas tiga minggu dari hari pertama cabut gigi belah kanan, barulah sedia dipasang besi.

Melihatkan aku ni jenis phobia, doktor suruh pasang besi untuk gigi atas dahulu. Dan oleh kerana aku ni tak nak rasa sakit melampau lagi, aku pilih self ligating (RM4800), sebab kata doktor kalau pakai yang tu kurang sikit rasa sakit (berdasarkan survey) dan bergantung kepada pergerakan gigi, masa pakai akan lebih jimat antara lebih kurang 6 - 9 bulan berbanding braces jenis tradisional. Seminggu lepas tu baru pasang bawah punya. Jenis ni takde boleh tukar kaler dan aku pun memang tak suka yang berkaler-kaler.
*ni gambar lepas lengkap pasang untuk gigi bawah.

Sekarang dah sebulan aku pakai braces. Memang rasa kiut tiba-tiba bila ada besi kat gigi ni (hahahahaa). Tapi sampai sekarang aku masih makan soft food dan kena potong kecik sebelum masuk mulut. (Aku memang hairan tengok orang pakai braces boleh selamba aje makan macam-macam) Sebab kalau gigit walaupun cuma gigit hotdog, rasa sengal tetap ada. Sentiasa rasa ketat gigi. Jadi aku memang kena lupakan favorite food macam kerepek, jajan, coklat, daging, sup tulang, etc. Mungkin lepas ni jugak aku boleh kurus sikit memandangkan mitos ada menyebut sesiapa yang pakai braces, akan kurus! Yahuuuuu!!!

Kita tunggu dan lihatlah ya apa hasilnya nanti. Boleh ke tidak jadi lawa macam Misha Omar (hehehe). Aku pun macam tak boleh nak hadam, boleh ke ruang kosong tu rapat nanti? Macam magik aje!*tiga minggu bersama braces*
Nasihat aku pada sesiapa yang nak pakai braces dalam usia macam aku ni, kena sediakan mental dan fizikal secukupnya serta kena sedia laburkan wang ringgit untuk jaga gigi. Macam doktor gigi aku sarankan, aku kena banyak makan vitamin C dan B-complex. Kena banyak berkorban. Sebab apa?

  • Kena cuci gigi setiap kali lepas makan. Pendek kata kena bawak bekal berus gigi. Tapi kalau tak selesa nak cuci gigi kat tempat awam, biasanya aku berkumur dulu dengan Listerine. At least takde ketul-ketul makanan lekat kat besi.
  • Makan main telan aje... kena tolak daging dan semua yang memerlukan kunyahan lebih.
  • Kena pakai berus gigi spesial macam dalam gambar tu untuk gosok celah-celah besi. Berus gigi kecik tu pulak pakai dua tiga kali je dah kena buang. Jadi, memang banyak duit kena labur.(http://www.aso.org.au/docs/orthodontics/caring_for_teeth_and_gums.htm)
  • Masa menggosok gigi lebih lama dan kena bercermin untuk pastikan semua gigi bersih. Yelah, dah penat-penat pakai besi, nanti dah bukak, takkan nak biarkan gigi kuning pulak.
Jadi kepada sesiapa yang nak buat braces atau rawatan gigi di sekitar Shah Alam, bolehlah pergi kat klinik yang aku buat braces ni. Tapi call dulu ya, kalau walk-in alamat berjam la menunggu.

Ooi & Khor Dental Surgery
7A, 1st Floor, Jalan Anggerik Vanilla N31/N, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor
Tel & Fax 03-5122 4331
E-mail : ok_dental@yahoo.com
Location : Klik untuk peta di sini
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016