Monday 29 October 2007

Kerja untuk jadi kaya?

October 29, 2007

Kerja? Sebut aje pasal kerja, aku rasa nak muntah darah… semalam baca Berita Minggu, ada ruangan pasal pintu pagar dekoratif dari syarikat yang dulunya competitor terdekat dengan syarikat aku bekerja dulu… boleh dikatakan, kalau sales exec tak berjaya dapatkan pjek tu, maka design aku akan lepas kepada syarikat tersebut… itu yang buat aku sakit hati, buat design bagai nak rak, tapi takde protection, itu yang buat aku marah! Kedekut sangat nak pergi daftarkan design…

Sudahnya semalam aku tersenyum sinis membaca ‘cerita’ Pengarah Kreatif syarikat tu (yang dulunya hanyalah designer biasa saja), apatah lagi melihat sesetengah design tu, pernah aku lukis. Lagi pulak bila dia bercerita tentang corak 3D! Dan lepas baca, aku campak suratkhabar tu bawah kerusi. Sejujurnya walaupun aku sendiri ambil keputusan berhenti kerja, tapi dek kerana hampir 8 tahun bergelumang dengan dunia rekaan besi, sampaikan pjek mega lampu jalan di selatan johor tu hampir saja menggunakan rekaan aku (mungkin akan guna tapi akan jadi Hak Terpelihara dorang!), aku jadi bengang tiba-tiba. Sebetulnya masa kerja dulu, aku agak dikenali di kalangan orang2 kaya yang suka design eksklusif! Tapi sekarang, aku nekad tinggalkan itu semua. Rugi? Sikit2lah… dari segi keglamouran… tapi tak kaya gak…hehehe. Sebab ramai yang menyangka dengan bekerja keras begitu, dikenali di kalangan kenamaan, aku sudah berjaya mengumpul kekayaan beribu... mampu beli rumah banglo, mampu pakai kereta mewah... hakikatnya tidak... aku masih pakai Wira Diesel yang usianya hampir 11 tahun!

Dalam keadaan yang masih terumbang-ambing dari segi ekonomi, aku ambil keputusan mendadak berhenti kerja. Risiko paling besar dalam hidup yang pernah aku lakukan. Ada juga sekarang ni duk tgk mana2 kerja kosong, tapi bila melihat ayat-ayat permintaan yang seterusnya akan boleh membuatkan seorang perempuan yang sudah berumahtangga mengabaikan keluarga, aku close saja window tu. Bukanlah aku ni mithali sangat… tapi rasanya aku sudah hilang attitude untuk jadi pekerja yang baik, yang mampu buat perkara yang sama setiap hari. Yang mampu menahan leteran dan maki hamun bos… oh! Aku rasa dalam usia yang sebulan dua lagi nak cecah 30 ni, tak mampu rasanya jadi kuli batak orang lagi. Rasanya aku selesa dengan keadaan sekarang wpun tidaklah sesenang mana hidup ni. Yang penting, muka aku tak masam mencuka lagi setiap hari!

Sekarang ni, aku memang sudah menyusahkan hubby… terasa lain macam bila tiba part mintak duit dengan dia… uh! Terasa aku ni benar2 membebankan dia… tak seronok nak beli barang kesukaan. Kenapa ya? Agaknya mungkin dari dulu, aku ni terlalu independent. Tak suka nak susahkan orang.

Masa balik raya baru ni, abah aku dah sound, bila nak pakai Mercs? Aku boleh jawab balik dengan selamba, “tunggulah saya jual dadah!” hahaha…lepas tu abah angkat penumbuk! Kalau aku bergurau begitu dengan mak, mesti dia menangis!

Walaupun aku ni suka berangan, tapi adakalanya aku harus sedar, kaki ni masih berpijak pada bumi yang nyata. Tak mungkinlah mampu pakai Mercs! Lagipun Mercs bukan kereta idaman aku! Aku takkan berusaha untuk pakai Mercs. Kalau usaha nak pakai Evo tu, sungguh!

Aku katakan pada hubby, maaf kerana menyusahkan dia sekarang ni. Harapnya dia boleh bersabar. Aku perlu menyusun langkah untuk bina sesuatu yang baru. Jauh dari apa yang pernah aku belajar di UTM dulu. Mujur juga ada cebisan semangat yang masih kental dalam diri. Kalau tidak, mau juga aku ajak dia balik kampung, bela ayam di tanah dia di ceruk kampung tu! Hahaha!

Sunday 21 October 2007

GAPURA - Zehann Ur Rakhie

October 21, 2007

Tajuk : GAPURA
Penulis : Zehann
Ur Rakhie
Harga : RM22.90/ 561ms

Setelah sekian lama mencari… dapat jugak aku beli buku kedua Zehann selepas Rahsia Agenda Alam Hitam. Sama macam RAAH yang susah juga nak dapatkan. Covernya memanglah tak menarik hati langsung. (Opps! Hehe!) Sesuai lah kut dengan ceritanya yang 'gelap'…(Pelik juga sebb aku tulis novel cinta tapi suka baca citer ‘gelap’.) Harapnya ada lagi tulisan Zehann lepas ni dan mudah2an senang nak dapatkan...

Petikan dari muka belakang:

‘Coup de etate’ dirancang oleh seekor ular dan melagakan dua ekor naga yang berkuasa di Ibu Kota…
Terhimpit di celahnya adalah manusia-manusia kerdil yang hilang haluan…
Di antaranya seorang insan bergelar Man Jai iaitu orang kanan dalam organisasi jenayah yang sedang berperang…
Dia kemudiannya tercampak ke Laut Selat Melaka lalu menemui sebuah penghidupan yang tidak pernah di alaminya di
sana

Man Jai – nothing to lose guy
Man Jai anak yatim, orang kanan dan kawan baik Stephen, antara lima orang tauke (Big Man) atau taikun berpengaruh dalam dunia perniagaan gelap Malaysia. Melakukan jenayah tersembunyi bertopengkan perniagaan legitimate seperti hotel, kelab hiburan, kedai CD, telefon, etc.
Man Jai pendiam, kacak, ada masa2 tertentu jadi ganas tapi bijak dalam setiap tindakannya. Sanggup buat apa saja demi persahabatannya dengan Stephen.
Antara petikan dialog yang aku suka :

“Sajalah aku tu, nak kasi jalan sikit kepala otak tengah pagi2 buta ni, kalau tak asyik cerita pasal business, awek, pasal duit, pasal geng, tak intelek langsung tu,” tingkah Ujang bagai merungut.
“Kau nak intelek kau belajar la sampai jadi professor, buat apa jual dadah beb!” balas Bruno tergelak pula.

“Jual dadah itu profesion, intelek itu pemikiran individu. Perkara macam tu pun kau tak tau beza ka,” hujah Ujang lagi sinis membuatkan Bruno mengisyarat tanda lucah pada Ujang di belakang.

Dan aku suka sangat pada watak Man Jai… hehehe… Sedih bila Ujang mati ditembak dan ketika itu juga Man Jai dicampak ke laut oleh Andy Lo dan Cheah, pengkhianat Keluarga Lima.

Tersentuh hati masa dia belajar mengaji, sembahyang dengan Ustaz Rahim, keluarga yang menjaga dia selepas dijumpai oleh Alang Merak. Rupa Man Jai sama seperti Mansyah anak Mak Jah (adik ipar Ustaz Rahim) yang hilang di laut. Kehadiran Man Jai membuatkan sakit Mak Jah pulih dari ‘gila’nya. Dengan keluarga Ustaz Rahim, Man Jai belajar erti kehidupan, kasih sayang. Bertani dan berkawan baik dengan Alang Merak serta Razak.
Kelakar sangat bila Man Jai macam malu-malu dengan anak Ustaz Rahim, Nurul Aisyah. Macam anak dara diintai teruna idaman! Bayangkan bekas ‘Bag Man’ (pengedar dadah) tiba-tiba malu2 kucing berdepan dengan anak dara! Ustaz Rahim sayang sangat dekat Man Jai sampai pasang hajat nak bawa Man Jai ke Mekah buat Umrah.
Dan aku menangis sebak bila sampai part Man Jai digari polis selepas menyiapkan ukiran khat tulisan Madrasah Al-Amin untuk gapura (pintu gerbang) surau. Apatah lagi bila sebenarnya Mak Jah tahu, Man Jai bukan anaknya tetapi dia telah menganggap Man Jai seperti anak sendiri. Man Jai menangis tak tahu malu lagi. Kelakar bila Ustaz Rahim menampar Man Jai depan orang ramai. Ingatkan nak marah sbb Man Jai kena tangkap tapi…

“Kau belum khatam Quran lagi kau dah nak pergi!” herdik Ustaz Rahim.

Tulisan Zehann kali ini berbeza dari RAAH. Kalau RAAH seperti membaca sebuah hikayat dongeng dengan gaya penulisan lama, Gapura pulak mcm membaca pekung dunia samseng dan jenayah gelap. Bahasanya bersahaja. Penuh dengan istilah2 dalam dunia dadah. Gaya samseng dan mafia bercakap. Banyak kali juga aku tergelak baca dialog diorang.

Satu aje kelemahan iaitu sub-bab bercampur. Tak ada teknik cut and jump. Cuma ada pada sesetengah bab je. Tapi semua tu x jadi masalah. Citernya bes. Pada sesapa yang nak lari dari tema cinta, atau suka baca citer jenayah, samseng, mafia tapi ada unsur kasih sayang, persahabatan, bacalah tulisan Zehann ni. Tak rugi. BEST!!!

“Biarpun Kau Pergi Jauh dan Tersesat… Namun KeAgungan Kasih-Nya Akan Menarik Kau Kembali Kepada-Nya…”

Wednesday 10 October 2007

AIDILFITRI

October 10, 2007
Beberapa hari lagi, semua umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Esok, aku akan balik kampung. Tapi sebelum tu, pagi2 kena ke HTAR Klang dulu sbb hubby ada appointment dengan doktor… dah 4 taun duk ulang alik begitu…dari sakit disantau orang sampailah kepada sakit klinikal… lately aku mula membebel. Bebel ku, selagi rokok tu tak dihentikan, selagi tu la kena makan ubat bertimbun, ambik darah jumpa doktor… memanglah badannya dah makin berisi sejak baik dari sakit buatan orang tu… tapi aku paling sakit mata bila tengok dia merokok… insafnya kejap dulu… hishh… membebel lak aku kat sini…kesan dari bebelan malam tadi sbb dari lepas berbuka, dekat 5 batang rokok habis! Huh!


Lewat Ramadhan ni, aku menerima berita gembira… gembira sangat bagi aku. Al-hamdulillah… tahniah juga untuk Lynn… mudah2an dia x emo lagi. Yela… bukan senang ye nk layan karenah budak2 muda ni… mcm2 ragam… aku yg dengar ni pun kdg2 overdosed jadinya…tumpang merasa segala ‘kesengsaraan’ dan ‘kegembiraan… harapnya, x sia2lah usaha dan penat lelah dia selama ni...

Kepada Kak Lily… aku terharu atas sokongan ko pasal buku tu… semangat aku jadi waja la sikit… yelah, kata nak contohi ko kan? Aku kenalah bold mcm ko… hahaha…kalau aku dapat, nanti aku bawak ko dgn Lynn redah ke utara… papepun, mekasih… aku akan berusaha! Mudah2an akan membuahkan hasil. Chaiyok!

Kepada Laila Kamilia… mekasih la atas kad raya kiriman ko tu… rasanya tu kad 1st aku raya ni… dah tua2 ni makin x glemer lak… hahaha… tapi baru sedar raya dah makin hampir… nantilah aku bingkiskan sesuatu yg lain untuk ko… :P

Kepada Mersik dan Abang Long… mekasih atas naskah ringkas kiriman dari Alaf21 FC… amboi, siap ada catitan lagi ye? Hehehe…

Kepada Kak Ruby dan Awin, mekasih banyak atas segala hal… tak terhingga… kemain lagi ye, dalam kad raya, duduk sebelah menyebelah depan En Nod, mcm anak solehah gitu… hahaha…

Kepada semua kawan2 aku: Cikgu Azalan, Ainon, Intan (konah), Baien, Kelly, Jebat, kawan penulis: Lily Suriani dan Umi Azrini, Ebriza, kwn blogger, Rinn dan Sue yang dong2… kaknOOr, Alyze, Kak Ila, enigma scumbag, dinnie, nadya, nadhirah, rose faezah, rakan maya dr CubPrix: Affan, theGrowlers, aliep, MrsC, chicanos…uihh… panjanglah nak senaraikan… kepada semua pembaca novel Alaf 21 dan majalah APO?… maafkan aku ye, kalau ada salah silap aku sepanjang berkarya…

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016