Thursday 23 August 2007

Mangga Muda VS Kelapa Tua!

August 23, 2007

Isu ni mungkin agak sensitif. Tapi bagi aku ia isu global, menarik gak untuk diperkatakan. Semua ni gara2 aku tgk gambar kahwin personaliti TV popular dengan seorang pemuda yang 10 tahun lebih tua dari dia! Berambut panjang lak tu! Aku kagum! Hahaha… kalau pompuan muda kahwin dengan lelaki tua, aku tak heran kerana faktor utama selain dari cinta (kononnya?) adalah harta, dan si lelaki tu dah stabil dari segi kewangan, emosi, etc.

Tapi kalau perempuan berusia, kahwin dengan lelaki muda? Atas faktor apa ye? Aku memang respek secara zahir. Akan tetapi, mungkin juga lelaki muda ni kahwin dengan perempuan berusia atas faktor yang sama perempuan muda kahwin dengan lelaki tua? Pada perempuan berusia, lelaki muda lebih manja kut? Maklumlah lelaki yang dah tua ni, gerak gayanya lebih slow and steady. Sudah tidak berminat untuk membicarakan soal perasaan lagi. Rencah emosi dalam sesuatu hubungan tu mungkin dah kurang. Kualiti, gaya, mutu, keunggulan diutamakan! *wink*

Dalam sesetengah pemerhatian, aku dapati lelaki muda lebih suka perempuan berusia sebab diorg suka dimanjai. Yelah, kalau dengan perempuan sebaya atau muda, mereka pun mengharapkan perkara yang sama. Lagi satu diorang suka sebab perempuan berusia, sangat berdikari dan tau jaga diri sendiri! Tambahan pula, perempuan, makin bertambah usia, makin terasa ingin disayangi selalu. Jadi bila dengan lelaki muda, perasaan nak bercinta tu lebih sikit kut? Maka lelaki muda tidak perlu lagi memberikan harta (selain dari nafkah la dan bagi perempuan yang x mementingkan harta!). Berikan Cintamu aje dah cukup!*wink*

Ini cuma pendapat rawak aku je tau. Kalau nak huraikan lagi, berjela jadinya. Entahlah kan, hati manusia, siapa yang tahu? Jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan. Sebagai perempuan, tua mana pun suami, muda mana pun suami, kategori 'mangga muda' ke 'kelapa tua' ke... hakikatnya, syurga isteri tetap di bawah tapak kaki suami…

Tuesday 21 August 2007

Petronas VS Shell

August 21, 2007

Masa aku menaip ni dah kul 10.30 malam… aku ngadap PC… tapi mata ke arah TV… tgk MyTeam… mengada sungguh lagu2nya…penangan Jason Lo yang kreatif. Best jugak tgk impian dan harapan pemuda2 nk berjaya jadi pemain bola sepak kan? Sampai ada yang nangis2…sadis!

Tadi Lynn call… berkongsi berita gembira pasal Umi Azrini… aku terjerit! Alhamdulillah…akhirnya…tahniah Umi… sekurang2nya dapat gak ke Oversea… hahaha…Tahniah lagi sekali… cinta itu tiada akhirnya Umi… tergigit lidah sekali sekala tu adatla…

Ni baru dapat SMS Lynn… haduii... minah tu laju betul menaip… dahla laju, suker pulak membakar aku... berapi rasanya. Kerana idea aku asyik tersangkut di tengah jalan…apa la nak jadi…

Lynn suruh aku pakai Shell…lebih kilometer katanya… tapi aku balas balik, kata aku pakai Petronas… dan jawapannya sungguh hampes sekali… ‘Petronas 3 suku kata. Ada sekatan dalam penyebutan. Cuba sebut Shell. Sekali nafas je’! Ye, dia antara kawan aku yang tinggi tahap bongeknya!

Tgh duk melangut ni, tiba-tiba hubby menyoal sambil tersenyum-senyum mengena… ‘Cub prix awak kul berapa?’… duh! Hubby mengingatkan aku pada siaran tertunda Cub Prix kategori Expert di Kuching…jam 12.30 mlm nanti. Semalam x dpt tgk sbb tgk Prison Break.

Hmm… nampaknya malam ni aku tido lambat ler…harapnya tidur nanti, x de mimpi2 sedih lagi... aku x sanggup nak nangis dalam gelap lagi cam semalam...

Rindu pada yang tiada...

August 21, 2007

Sebelum subuh tadi aku bermimpi…mimpinya begini…

Aku dan keluarga berusaha mendapatkan kembali kakakku yang telah lama diculik oleh sekumpulan penjahat. Satu hari mereka menelefon kami mengatakan kakak aku akan dikembalikan kerana mereka telah menculik orang lain sebagai ganti. Penjenayah tu naik Waja berwarna hijau. Kakak aku dikembalikan seperti yang dijanjikan. Tetapi sayang dia lumpuh dan berkerusi roda. Aku dan adik lelaki aku menangis memeluk dia yang cantik bertudung dan berbaju kurung…walaupun kami hairan kerana menurut kakak, penculik telah menjaga dia dengan elok…lagipun aku pelik, sebab setahu aku, adik lelaki aku mana pernah kenal dengan Kak Long!

Aku terjaga. Pukul 4.41 pagi. Tergamam kejap. Kakak aku bukan diculik tapi dia dah tiada sejak 25 tahun yang lalu! Apa makna mimpi tu? Lama aku terfikir, dan aku sedar kesilapan aku yang dh lama ‘lupa’ pada arwah. Aku rindu pada arwah. Dan secara automatik, segala kenangan bersama dia terimbas kembali. Dalam gelap, aku menangis teresak-esak. Puas menangis, terus bangun dan bersedia untuk sembahyang subuh.

Arwah kakak aku cantik orangnya, berhidung mancung, manja dan tertib…tak macam aku, hidung kemek, manja jugak tapi kasar orangnya. (sebab adik beradik kami, berselang bunga hidung mancung dan kemek!) Masa kat sekolah tadika, dia satu-satunya murid yang duduk sebelah cikgu. Sebab manja!

Tak semua kenangan dengan arwah yang aku ingat, tapi aku bersyukur sbb Tuhan tak tarik balik kenangan tu wpun masa tu aku baru nk masuk 4 tahun. Kami dulu macam kembar. Baju pakai mesti nak sama, potongan rambut sama. Mainan pun sama… pendek kata, tak bleh kurang, tak bleh lebih.

Mula-mula arwah jatuh sakit, masa tu abah dan mak baru masuk Felda. Rumah masa tu masih rumah ‘kotak mancis’. Masa tu aku main nyorok-nyorok ngan arwah. Tapi aku tgk dia duduk diam atas tilam. Aku dengan kejam, ketuk kepala dia dengan kayu pengukur yg lipat2 tu. Dia nangis… aku gabra sangat. Tapi dia ngadu kat mak aku, dia sakit. Bukan sebab aku pukul dia. Tapi sakit kat lain.

Lepas tu satu hari kitorg ikut mak jalan kaki gi kenduri. Tiba-tiba dia muntah tepi jalan. Lepas pada tu dia demam. Abah aku hantar balik kampung sebab pipi arwah dah bengkak. Masa kat kampung, arwah nenek aku sapukan cuka campur nila sebab katanya beguk… tapi lepas tu tak sembuh gak. Mak dan aku terpaksa duduk di kampung sepanjang waktu arwah sakit tu… aku ingat lagi, arwah terlantar tak bangun-bangun. Masa tu aku hanya duduk sebelah dia. Aku makan dan minum segala lebihan makanan dia. Aku nampak ada bomoh datang. Lepas tu aku tak berapa ingat. Aku cuma ingat satu hari, dengan cahaya pelita, aku duduk atas riba mak aku, mengadap arwah yang diselubung kain putih. Aku tanya mak kenapa tutup muka kak Long… aku bukak kain tu. Mak aku nangis, tutup balik… aku buka balik…

Lepas tu hari dah siang, aku nampak orang ramai-ramai bungkus arwah. Mukanya macam tersenyum… Ingatan aku terputus kat situ je.

Arwah pergi tak sampai berapa bulan kami duk Felda. Tapi mak cerita lepas tu aku suka duduk sorang-sorang dan cakap sorang-sorang. Sampai kena mandi air tanah kubur arwah. Lepas tu mak kata aku sakit. Tak serasi dipanggil Kak Ngah lagi…aku duduk dengan arwah mak angkat kejap dengan nama gelaran lain…

Kalau arwah akak aku ada, dia sebaya dengan hubby aku la… dan hubby sengaja usik aku, katanya, kalau arwah akak aku ada lagi, dia takkan kahwin dengan aku, sebab dia akan ngorat kakak aku dulu…

Sampai hari ni, tak boleh cerita pasal arwah kak Long depan abah. Sebab abah sebenarnya menyesal, tak kuatkan hati bawa arwah ke hospital, ikutkan sangat cakap keluarga di kampung, supaya berubat cara kampung. Bertahun juga abah simpan gambar arwah dalam dompet… sampai kadang2 nangis sorang2.

Dan sekarang bila aku dah besar, aku pun geram… kalaulah arwah dibawa ke hospital, mungkin sakit dia tu dapat dirawat…sbb apa yang aku baca, sakit tu bukan beguk, tapi sejenis sakit saraf. Sebab tu arwah tak mampu nak bangun…tapi dah takdir kan? Nak buat camana… Mujur juga adik perempuan aku yang nombor dua seiras arwah.

Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas Kak Long (Norli)… Al-Fatihah...


Wednesday 15 August 2007

Karektor - A.AMIR

August 15, 2007
Aku ni suka memerhatikan orang, dan menganalisis karektor orang. Tadi, aku duduk tepi tingkap di dapur. Memerhatikan ke arah blok depan. Ternampaklah pemuda tinggi lampai… hehehe… sebenarnya dia ni aku dah ‘kenal’ lama…
Al kisahnya, aku mula2 ‘kenal’ mamat ni December 1999. Masa tu aku jalan ngan hubby (masa tgh ‘pat tor’ la) kat Pasar Ramadhan SS18. Ternampak mamat ni kat gerai Zan’s Pizza. Tgh duk menebar pizza sambil tersenyum malu… hahaha… aku cuit lengan hubby aku, kata aku suka tgk muka mamat tu, yang pastinya taraf adik2 je la… (kalo bf lain sahih dah kene penampo agaknya!)
Dia bukanlah hensem sgt pun… tinggi, kurus, aku cakap kat hubby, dia adik Tom Welling versi melayu. Hahaha… muka dia manis. Kalau senyum, redup matanya dan nampak malu2, tapi kadang2 nampak nakal gak.
Sejak tu asyik terserempak… dia baik dengan Lanz (anggota 4U2C). Terserempak kat SS15, kat SS19, terserempak kat workshop, kat Bandar Utama pun pernah. Pendek kata… kalau berselisih tu mmg dah cam la muka masing2. Dan setiap kali berselisih, aku cuit hubby aku…
Sampailah aku kahwin, ternampak dia duk kat area ss19 ni ngan kwn2 dia… masa tu dia pakai Satria (BET 7**4) so, lekatlah aku panggil dia BET, sebab tatau nama (mcm citer Jika Benar Cinta lak.. ingat aku je spesis panggil nama org ngan plat keta). Aku penah dgr dia tanya kwn dia kenapa keta aku bunyi cam lori! Hampes!
Sampaikan masa aku ngandung, aku akan bergegas kat tingkap bila dgr keta dia balik… biol tak aku? (hahaha… sampai skrg hubby aku duk ungkit sbb anak aku terkenan sikit ciri2 rambut si mamat ni!).
Nak jadi citer, suatu hari aku gi Summit ngan hubby, adik aku, dan anak aku masih baby lagi. Ternampak si BET ni atas pentas. Dia masuk pertandingan nyanyi! Hahaha…nyanyi lagu AC Mizal lagi… duh! Dan punyalah aku ngan adik aku xcited sbb dpt tahu nama dia A.Amir! Sampai x sedar mak dia tersengih kat belakang aku… hahaha… lepas nyanyi dia malu2 gi kat mak dia…
Pastu barulah aku tau mak dia rupanya duk blok depan ni je ha. Tingkat bawah sekali, so, terus nampak… lepas tu dia pakai Perdana. Pastu sekarang ni Honda EK. Yang pastinya, dia anak bongsu dan abang dan kakak2nya bukan calang2 orang. Paling koman aku tgk kete Perdana dan paling gah Mercs, BMW pun ada!
A. Amir ni punyalah manja ngan mak dia, nak gi keje salam cium tangan mak, siap cium pipi lagi. Penah dia bertongkat, berbalut kaki (accident lah kut? Masa ni dia pakai skuter jap) nak kuar umah, mak tolong papahkan…hehehe… aku agak umur dia skrg dlm lingkungan pertengahan 20-an kut…
Dan karektor dia aku abadikan dalam BCM… siapa lagi kalau bukan A.Amir, abang si Eza Nylea… *wink*

Tuesday 14 August 2007

Women's Favorite Email of the Year

August 14, 2007

A man was sick and tired of going to work every day while his wife stayed home. He wanted her to see what he went through so he prayed:


"Dear Lord: I go to work every day and put in 8 hours while my wife merely stays at home. I want her to know what I go through, so please allow her body to switch with mine for a day. Amen.


God, in his infinite wisdom, granted the man's wish. The next morning, sure enough, the man awoke as a woman.


He arose, cooked breakfast for his mate, awakened the kids, Set out their school clothes, fed them breakfast, packed their lunches, Drove them to school, came home and picked up the dry cleaning, took it to the cleaners And stopped at the bank to make a deposit, went grocery shopping, Then drove home to put away the groceries, Paid the bills and balanced the checkbook.


He cleaned the cat's litter box and bathed the dog. Then it was already 1 P.M. and he hurried to make the beds, do the laundry, vacuum, dust, and sweep and mop the kitchen floor. Ran to the school to pick up the kids and got into an argument with them on the way home. Set out milk and cookies and got the kids organized to do their homework, Then set up the ironing board and watched TV while he did the ironing.


At 4:30 he began peeling potatoes and washing vegetables for salad, breaded the beef chops and snapped fresh beans for supper. After supper, he cleaned the kitchen, ran the dishwasher, folded laundry, bathed the kids, and put them to bed. At 9 P.M. he was exhausted and, though his daily chores weren't finished, he went to bed where he was expected to make love, which he managed to get through without complaint.


The next morning, he awoke and immediately knelt by the bed and said,

Lord, I don't know what I was thinking. I was so wrong to envy my wife's being able to stay home all day. Please, oh please, let us trade back."


The Lord, in his infinite wisdom, replied, "My son, I feel you have learned your lesson and I will be happy to change things back to the way they were. You'll just have to wait nine months, though. You got pregnant last night."


p/s: emel ni dh lama aku dpt, simpan sbb aku suker sgt... moga kaum adam mengerti.. ;)

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016