Monday 23 February 2009

Sesi fotografi PTS bersama Elly

February 23, 2009
Salam bertemu kembali dari pertapaan... Hari ni aku timbul balik. Hari ni jugak keluar rumah ke PTS untuk mengambil saudara Ikram dan saudara Zaidi kerana kami ada temujanji sesi fotografi dengan Elly di bengkel Petronas Ah Hong kat Jalan Sentul. Bukan senang nak dapatkan Elly sementelah dia kini lebih suka bertapa di kampung halaman, Perlis sepanjang cuti perlumbaan. Last jumpa Elly masa race kat Sepang Disember lepas. Ini pun dia dan Ikmal turun ke KL sebab rakan sepasukan, Zamri Baba melangsungkan perkahwinan di Klang. Aku aje yang tak dapat pergi walaupun mendapat jemputan dari Elin, tunangan Zamri Baba.
Sebenarnya aku tak tau pun jalan ke bengkel Ah Hong... cam biasalah, aku memang fail geografi KL, hanya tau kedai dia lot tepi depan balai polis Sentul. Sesampai kat situ dalam jam 10.30 pagi. Oleh sebab Elly masih kat rumah, jadi kami minum dulu! Tujuan sesi fotografi ni sebab nak ambil gambar untuk cover buku Evolusi Elly : Daripada Rempit Kepada Juara. Mock-up cover yang dibuat oleh saudara Zaidi , memang gempak! (Tak sangka rupanya kita sekapal ye Zaidi, bekas budak Arkitek) . Aku pun dah terkagum-kagum macam tak percaya tengok cover yang baru peringkat mock-up tu. Tapi memandangkan gambar yang digunakan adalah gambar lama, gambar zaman Elly masih comot dan berlemuih, maka itulah sebabnya diadakan sesi fotografi.
Wah! Makin bergaya adik aku tu... bak kata Zaidi, lepas ni bleh shoot untuk AF pulak! ... Eh? tapi sepupu Elly, Aweera (17 tahun) dah berjaya jadi top 12 One In A Million (3). Aku pernah jumpa Aweera ni masa bertapa kat Perlis kutip cerita dan gambar dari Elly hujung taun 2007. Muka depa ni sepupu sepapat lebih kurang aje... kiut! Adalah bangchaq dan Elly tunjukkan studio jamming aweera and the band kat satu cafe popular kat Kangar tu, apa nama tah, tak ingat. Elly bila lagi gaknya nak tunjuk bakat terpendam... hehe...yelah Elly ni pun ada bakat nyanyi dan main gitar. Tapi satu aje... kurusnya tetap maintain walaupun dah masuk cabaran tingkatkan berat badan. Naik sekilo aje! haha. Tapi itulah, sekurus-kurus Elly, biarpun orang tak pandang pada pelumba motor cub prix, diam-diam, mampu juga pakai BMW! Aku yang menulis ni bila lak mampu pakai Evo ye?
Berbalik kepada fotografi tadi, macam-macam gaya mereka minta Elly buat. Dari pakai racing suit, sampailah pakai uniform pasukan. Aku tukang tengok aje dan snap gambar sendiri untuk buat update kat blog ni. Dah sampai tengahari, Elly ada ajak makan sama-sama lagipun dia nak balik ke Perlis petang ni jugak. Tapi dah tak sempat sebab aku kena hantar saudara Ikram dan saudara balik ofis memandangkan mereka ada temujanji lain. Adapun, ketika melihat kesungguhan saudara Ikram dan saudara Zaidi tadi, aku sebenarnya terharu amat. Terasa berbaloi segala usaha dan jerih aku sepanjang menghadap buku ini. Bukannya apa... buku ini kisah benar, ada motivasi... orangnya pula masih hidup jadi cabaran tu sangatlah besar dan berat tanggungjawabnya untuk memastikan Evolusi Elly itu benar-benar berjaya sebagai sebuah buku yang diharapkan mampu memotivasikan mat rempit. Bukan tidak ada rakan-rakan yang hairan kerana aku beriya-iya sangat nak buat buku ni . Malah ada yang kata aku bakal membuang masa dan buat penat aje. Antara ayat popular, 'siapa nak baca buku macam tu?'. Tapi, aku memandang ke depan. Mungkin sekarang orang tak pandang buku ini. Tapi aku yakin dan percaya, lambat laun, akan ada orang mula mencari. Dan kepercayaan ini aku kongsi dengan hubby yang turut menyokong aku menulis buku pasal Elly ni. Pada hubbylah aku kongsi segala keluh kesah dalam menjayakan buku ni, dialah yang banyak memberi perangsang . Buku ini pernah terbiar lama sebab aku dah kepenatan untuk mencari penerbit . Kalau tidak kerana Kak Lily Haslina membawa aku bertemu orang kuat PTS, saudara Fauzul Naim, mungkin buku ini bakal terkubur begitu sahaja. Sampai aku ada duit sendiri, baru aku terbitkan sendiri. Mujur, PTS sudi menerbitkan dan memberi panduan kepada aku untuk merubah sedikit buku itu menjadi penuh dengan motivasi.
Bahkan semangat aku makin berkobar-kobar terhadap buku ni setelah membaca berita yang tersiar dalam Harian Metro Isnin, 16hb Februari 2009.
Antara lain petikan dalam berita itu:
"Bagaimanapun, saya tidak tahu ke mana perlu saya tuju untuk merealisasikan impikan itu. Justeru saya berfikir dengan mengasah skill berlumba motosikal yang sudah diubahsuai di jalanan, ada pihak akan menyedari bakat yang ada pada diri saya dan memberi peluang kepada saya berlumba secara sah."

Jadi, aku sentiasa mengharapkan dan berdoa agar kisah Elly ini dapat dijadikan teladan untuk mat rempit yang tak tahu hala tuju mereka untuk berusaha berlumba secara halal. Kerana Elly dulu pun asalnya mat rempit. Bukan dia sahaja, malah ada beberapa orang lagi jagoan cub prix yang memang bermula sebagai mat rempit di kampung masing-masing. Tapi mereka ada daya usaha untuk merubah diri mencari jalan untuk berlumba dengan betul. Ini memang impian aku untuk menulis sesuatu tentang mat motor. Jadi oleh itu aku pilih untuk kisahkan cerita seorang pelumba supaya mat-mat rempit yang lain sedar dan tahu ke mana mereka perlu pergi jika mahu berlumba secara sah. Bunyi macam murni sungguh niat aku ini kan? Ye, aku memang itu tujuan aku. Aku hanya mampu memberi sumbangan dalam bentuk penulisan. Alang-alang ambil langkah sebagai menulis sepenuh masa, apa salahnya aku lebarkan lagi cabang penulisan. Adakalanya aku membuat sesuatu untuk kepuasan dan minat yang tersendiri. Ya, kali ini aku menulis memang kerana nama. Sebab aku nak jadi perempuan pertama yang tulis kisah pasal mat motor... Insya ALLAH Taala, Evolusi Elly : Daripada Rempit Kepada Juara bakal terbit tidak lama lagi. Malah buku ini juga merupakan masterpiece aku untuk tahun ini. Sebab aku tidak mahu dikenali hanya sebagai penulis roman picisan!
Dan untuk itu, untuk beberapa hari akan datang, aku bakal tenggelam lagi. Nak baca pruf dan susun gambar! Sampai jumpa lagi

Wednesday 18 February 2009

'Hubby' atau 'abang'?

February 18, 2009
Aku memang panggil suamiku dengan panggilan 'hubby'.
Dulu-dulu, masa baru-baru kahwin, ramai sangat orang mempertikaikan kenapa aku memanggil suami dengan panggilan 'hubby' dan kadangkala 'B'. Tak kurang jugak yang kata kurang sopan sebab itu menunjukkan aku tak menghormati suami kerana tak memanggilnya dengan panggilan 'abang'. Agaknya mentaliti orang Melayu, lain sikit aje dah pandang serong.
Sebaliknya aku kata, kenapa nak kena panggil 'abang'? Bagi aku, panggilan 'abang' itu hanya sesuai untuk adik-beradik. Yelah kalau dah adik pun aku panggil 'abang'... abang angkat aku panggil abang... kawan-kawan lelaki yang lebih tua aku panggil abang... kadang-kadang, lelaki tukang masak kat gerai pun aku panggil abang... ayat contoh: "Bang! Bungkus sup tulang dua!"
Jadi takkanlah aku nak panggil suamiku itu abang juga... dah tak special pulak rasa. Dulu-dulu pernah juga dengar orang kata tak sesuai panggil suami 'abang'. Aku tak dapat nak sahihkan kenapa... tapi rasanya orang bijak pandai tau pasal ni...
Dulu-dulu masa mula-mula bercinta, adalah sekejap aku panggil dia abang...yelah, sebagai menghormati dia yang lebih tua dari aku. Tapi kejap aje. Bila dah hubungan selalu 'on' & 'off', aku panggil dia dengan nama dan macam-macam lagi gelaran .
Bila dekat nak kahwin, aku usulkan kepada dia untuk memanggilnya 'hubby' sebab aku kata aku 'geli' nak panggil dia 'abang' . Aku lebih suka panggil 'hubby'. Jelas maksudnya suami kan? Yelah, nak panggil 'suamiku' kang nampak macam drama queen la pulak... . Dan dia tak kisah pun. Lagi pulak, dia sendiri pun berasa 'geli' kalau aku panggil dia abang!
Sekarang, dah macam-macam cara kami cakap. Kadang-kadang 'aku' 'kau', kadang-kadang 'saya' 'awak' dan kadang-kadang memanggil nama masing-masing, ikut situasi, mood, tempat dan keselesaan. Tapi pada permulaan perbualan aku mesti sebut panggilan 'hubby'.
Hormat atau tidak, itu pandangan orang luar yang tak tahu hati budi kami. Yang penting kefahaman kami antara satu sama lain. Bila aku panggil dia 'hubby' aku rasa sangat dekat dengan dia sebagai isteri.
Jadi, janganlah memandang serong apabila seorang isteri tidak memanggil suaminya, 'abang'. Yang penting kasih sayang.

Tuesday 17 February 2009

MIMPI

February 17, 2009
Salam semua,

Kelmarin, aku bermimpi tentang ular. Eee... ular tedung selar pulak tu! Aku bab-bab ular ni memang alergik gila... sampaikan adik beradik ikan keli, ikan haruan pun aku bayangkan macam ular! Sebab tu aku tak makan spesis ikan2 ni. Dan hubby pernah sakat aku, lepas makan nasi di sebuah gerai, dia bentuk tulang ikan keli yang dia makan tu, berlingkar macam ular! Terus aku berhenti makan ! Bongek betul!
Berbalik pada mimpi aku. Mimpi tu panjang... kalau diceritakan mesti kedengaran mengarut. Tapi pada pertengahan mimpi tu, aku nampak ular dalam satu batang paip bergenang air. Mak aku ada tepi tu tapi macam blur tak tutup lubang paip tu.
Ular tu pulak merayap ke depan, dekat dengan abah aku yang sedang memeluk Ik. Tiba-tiba ular tu dah berdiri. Kalau nak tau, ular tedung selar ni boleh berdiri hujung ekor. Kalau ia dah berdiri melepasi ubun-ubun kita, maknanya 'selamatlah'. Memang itu tujuan ia berdiri sebab nak patuk ubun-ubun manusia! Ni pesan orang tua-tua laa.. .
Kemudian melenturkan badan dan mematuk abah aku bertubi-tubi. Dalam kena patuk tu pulak, abah masih kuat memeluk Ik bagi mengelakkan dari dipatuk ular.
Kemudian aku terjaga. Iskkk... macam real pula mimpi tu . Aku cerita kat hubby dan adik aku di kampung.
Dan semalam, adik aku SMS, ada seekor ular senduk masuk dalam rumah, berlingkar di bawah singki! Dan entah mengapa, malam tu mak aku tergerak hati temankan Ik basuh tangan. Mak aku pulak ingatkan kucing tengah menyembur bawak singki! Mujur abah sempat bunuh ular tu. Barulah adik aku bagitau abah pasal mimpi aku tu.
Dalam hati aku terfikir, patutlah aku mimpi ular sebelum tu. Tapi mujur, tak jadi betul-betul macam dalam mimpi!
Memang aku takut kalau bermimpi . Sebab kadang-kadang ada juga mimpi aku yang jadi betul. Dan percaya atau tidak kadang-kadang melalui mimpi aku dapat ilham untuk buat cerita-cerita misteri di APO?...
Begitulah adanya...

Monday 9 February 2009

SIAPA USAP MUKA AKU?

February 09, 2009
Aku tak tahulah cerita ni seram ke tidak. Sebenarnya aku dah lama tak alami benda-benda macam ni. Lama sungguh . Aku pun dah tak ingat bila ia berhenti. Kalau nak kira, aku ni namanya aje tulis cerita misteri kat APO? tu tapi dalam masa yang sama aku ni sebenarnya seorang yang penakut! Mungkin sebab ketakutan itulah yang buat aku ada idea nak menulis cerita-cerita begitu .
Malam tadi, macam biasa aku terjaga dari tidur. Aku memang biasa terbangun tengah malam, samada untuk minum air atau masuk bilik air. Tapi kali ni tiba-tiba aje rasa tak sedap perut. Bukan tak sedap sakit perut memulas nak buang air besar tu. Tapi entahlah... yang penting rasa tak sedap. Lepas keluar dari tandas, minum air, masuk semula dalam bilik. Aku mengantuk tapi macam tak selesa nak tidur .
Jadi oleh sebab tak nak ganggu ketenteraman hubby aku yang lena sangat tidurnya, maka aku angkut selimut pindah bilik sebelah. Perkara macam ni memang biasa aku lakukan kalau tak boleh tidur. Tapi macam biasa, walaupun tidur kat bilik sebelah, aku tutup pintu. Ni untuk mengelakkan daripada aku melihat kegelapan di ruang tamu.
Sebab aku ni kalau lihat dalam kegelapan, macam-macam yang kepala otak sengal aku ni bayangkan . Lampu pun aku biarkan terpasang. Memang, kalau aku tidur seorang diri, aku lebih suka biarkan lampu terpasang. Takut! Aku memang takut pada suasana gelap! Kerana bagi aku juga, suku sakat makhluk halus tu senang nak menjelma dalam suasana gelap . Haha! Apa punya teori kan?
Aku baring membelakangkan pintu. Dalam keadaan mengantuk tu, mata layu tak terangkat, pendek kata dalam keadaan mamai la. Tiba-tiba aku rasa ada tangan mengusap muka aku. Bermula dari dahi, meraup seluruh muka aku kemudian turun ke dagu! Gerakannya perlahan aje sebab tu aku boleh rasa dengan jelas.
Aku terpinga-pinga kejap . Terus terbeliak biji mata. Pandang keliling bilik . Hubby ke yang usap muka aku? Kalau hubby masuk jenguk aku, aku mesti sedar sebab aku ni sensitif gak pada bunyi waktu tidur. Dan dia pulak mesti tunggu aku buka mata. Tapi aku tengok pintu bilik masih tertutup!
Ah, sudah! Ni bukan mimpi lagi ni . Tak mahu tunggu lama, aku cepat-cepat keluar dari bilik tu, masuk balik bilik tidur.
Dah sah-sah, aku tengok hubby masih terpukang atas katil. Aku dah tak keruan. Terus baring dan pegang tangan hubby. Kalau aku takut, macam nilah, aku akan tidur pegang tangan hubby sebab aku rasa benda tu tak dapat kacau aku kalau aku sentuh orang lain. Ni satu lagi teori sengal yang aku bawak dari zaman duk asrama lagi.
Siang ni, aku tanya hubby, ada masuk bilik sebelah tak. Saja nak confirm lagi. Tapi hubby kata tak ada. Aduh! Sah... malam tadi aku bukan mimpi. Cumanya aku tak tau apa dia, siapa dia yang usap muka aku!


Sunday 8 February 2009

LOMPAT TIKAM

February 08, 2009
Hahaha... macam takde kena mengena aje tajuk di atas...
Sebenarnya, masa balik kampung baru-baru ni mak dan adik-adik aku bagitau, Sales Manager dari company lama dulu ada call mintak nombor baru aku dan mintak nombor hubby. Katanya nak ajak minum-minum. Mujurlah aku awal-awal lagi dah pesan jangan sesekali bagi nombor handphone aku pada orang lain. Aku tak suka diganggu!
Tapi dalam hati berkata jugak, tu takde lain nak meluahkan perasaan tak happy kerja kat C****loy lah tu! Bukannya apa, dulu masa aku kerja, aku nilah tempat dia mengadu domba akan gaji kecik, komisyen kecik, tak cukup nak tampung belanja sekolah anak-anak. Sebab company lain, kalau jawatan Sales Manager, gaji basic tinggi amat. Tapi bos aku ni dia ada satu teori hampes. Biar basic kecik, nanti dapat sales banyak, komisyen pun banyak jadi kena kerja keras. Samalah jugak macam aku ni. Designer tapi lepas tu terlibat gak buat sales bila bos nampak potensi aku. Tapi komisyen aku tak sama dengan sales exec. Kalau sales exec dapat 3%, tapi aku cuma dapat 1.5%. Alasan dia aku ni bukan full time buat sales. Tak puas hati? Memanglah... tapi pada aku masa tu oklah dari tak dapat langsung. Dah kebetulan ada chance buat duit lebih.
Aku ni memang cakap lepas jugak. Dah terbiasa kena trained dengan cara kerja yang kasar. Jadi kalau setakat nak mencarut dalam Kantonis tu, memang cair di mulut aku. Lagi pulak bos jenis maki orang tak ingat tempat. Sedap mulut dia aje. Sedikit sebanyak memang aku faham kalau dengar orang Cina bercakap. Lagi-lagi kalau dalam dialek Hokkien. Ni bukan sebab aku beriya-iya belajar. Tapi kalau dah 8 tahun bergelumang kerja dengan Cina, sedikit sebanyak dah boleh tangkap percakapan diorang. Lagi pulak bos aku kalau meeting, setiap Sabtu lebih banyak cakap Kantonis dan Hokkien. Sampai ada satu ketika kontraktor mengata aku sebab aku ni perempuan kat site dan takde pengalaman, aku sound balik dalam bahasa Melayu. "Lu cakap baik-baik sikit aaa! Ingat saya perempuan saya tatau ka macam mana nak solve itu problem. Tiu****" Mereka apalagi... pandang aku dengan muka terkejut ....
Satu hal bos aku ni dia suka sangat pandang rendah pada orang lain. Malah dia pernah sound aku, "Hey, perempuan, tak bolehkah lu pergi beli baju mahal sikit? Lu tiap-tiap hari jumpa datin, jumpa tan sri tak malu ka pakai baju pasar malam? Orang tengok pun tak ada hati lu tau ka?"
"Kalau nak saya beli baju mahal, bagilah saya gaji mahal. Ala, saya pakai macam ni pun, datin2 tan sri tu suka jugak dengan design saya. Tak payah nak confirm banyak kali pun macam Miss **** tu!"
Ha... berani kan aku cakap dengan bos macam tu? Apa nak takut? Benda betul. Dan dia memang terdiam tak boleh nak bidas balik. Itu hakikat. Memang aku sebenarnya malu jugak bila berjumpa orang-orang kenamaan dengan pakai baju kurung atau blouse yang tak ada jenama. Tapi aku sedar kemampuan aku kat mana. Orang kata beli baju ukur badan sendiri. Dah memang aku tak mampu, buatlah cara yang tak mampu. Cuma kelebihan aku, tak perlu pedulikan sangat penampilan tak seberapa aku kerana mereka lebih memandang kebolehan aku merekabentuk ikut kehendak mereka. Jadi diam tak diam, dalam tempoh 2 tahun aku handle projek dari A sampai Z, adalah dekat RM2 juta aku bawak masuk sales. Bukan jumlah yang sikit untuk aku seorang tu . Sedangkan sales exec yang lain, goyang kaki makan gaji basic, makan elaun. Aku? Mana ada elaun minyak, handphone. Macam buat kerja amal la pulak untuk company. Macam mana aku tau figure tu? Mana taknya, lepas pekerja setia bos ditendang dari company, aku yang buat akaun basic kat situ, sementara nak dapat pekerja (ramai pekerja tak tahan kerja sini sebab gaji kecik.
Sales Manager ni selalu jugak provok aku, katanya satu hari nanti, bos akan suruh aku buat sales full time, nanti orang lain akan buat design. Tak faham aku napa ah so tu cakap cam tu. Alih-alih, dia mengadu macam-macam kat bos. Lagilah aku stressed. Mula-mula dia tak mengaku. Tapi aku ni ada gerak hati yang kuat. Kadang-kadang aku boleh rasakan sesuatu yang tak kena. Kalau hati aku berdebar dengan kuat tu, memang adalah something wrong somewhere. Bos memang maki aku. Langsung dia tak percaya aku lagi. Sampai satu tahap, dia buat spekulasi, aku bagi barang lebih pada customer. Petty cash yang aku pegang, bank in slip yang aku failkan, dia suruh orang lain semak sebab tak percaya aku lagi. So, that's it! Aku perlu tarik handbrake dan ambil keputusan drastik, berhenti kerja cara terhormat sebelum ditendang macam sampah! Orang dah tak percaya, aku pulak bukan jenis 'kajang pak malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu'. Macam melukut di tepi gantang la pulak. Aku cuma percaya, hari hijab akan terbuka juga. Ha, sekarang jangan cari aku balik ajak minum-minum... aku dah tak sudi. Orang talam dua muka, balasannya kita kena buat menyombong balik.
Tapi tak sangkalah, bila dah buat freelance ni, ada juga kejadian tikam-tikam belakang ni . Agaknya, orang yang outspoken macam aku... macam kak lily... orang lain senang nak jadikan kambing hitam untuk tutup kesalahan mereka. Pendek kata, diorang cuma berani baling batu pastu sorok tangan kat belakang. Aku memang outspoken, tapi kadang-kadang lepas tu aku lupa apa benda yang aku marahkan. Yelah, dah lepaskan semua kemarahan jam tu jugak...(formula aku nak elak dapat sakit jantung atau kena darah tinggi). Lepas tu mana nak ingat lagi. Lainlah kalau jenis orang yang suka simpan, pendam... depan orang manis mulut aje. Tapi kat belakang? Orang-orang macam ni lebih bisanya dari ular senduk atau tarantula!
Perkara-perkara beginilah yang buat aku malas nak bercampur gaul dengan orang. Rasa nak buat perangai masa kat U, buat hal sendiri tanpa peduli pandangan orang lain. Biarlah orang nak kata jadi kera sumbang sekalipun. Memang susah kalau hidup dalam kelompok manusia dengki mendengki ni. Silap-silap kita tak ke mana sebab terlalu memikirkan umpatan orang.
Macam mana aku menangani masalah-masalah begini? Aku tak ambil port . Buat tak tahu dan biarlah... biarkan mereka dengan mulut mereka. ALLAH Maha Adil. Dalam keadaan sibuk sekarang ni, aku dah tak ada masa nak ambil tahu hal orang lain. Bezanya sekarang aku dalam dunia freelance, orang nak kutuk ke, nak pijak kepala ke, nak burukkan aku ke... dah tak terasa sangat. Apa yang penting, kerja aku jalan dengan lancar .
Lagi pulak hubby pesan kat aku, tak payah peduli orang-orang begitu kerana aku tak begitu kenal mereka.
Yeap... biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya!

Azam aku, aku perlu dapatkan 'graphic tablet' (nak jenama Wacom) dalam tahun ni gak! Walau apa orang kata, one fine day, aku nak buat gak novel grafik!



Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016