Wednesday 29 February 2012

Bertempur Dengan Jembalang : PROLOG

February 29, 2012
PROLOG
 
photo diambil dari shutterstock
 BRIGEDIER Jeneral Dato' Ibrahim Ali mengeluh panjang. Fail mengandungi profil tentera terlatih itu diletakkan ke atas meja. Sejenak dia termenung. Dahinya berkerut membuatkan dia kelihatan benar-benar dalam masalah. Sambil sekali lagi menghela nafas panjang, Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bangun mendekati tingkap. 

Lama dia melemparkan pandangan ke luar sebelum kembali memandang Leftenan Kolonel Nazrin yang setia tegak berdiri di hadapan mejanya. 

“Berapa orang yang terselamat?” tanya Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali dengan suara serius. 

Leftenan Kolonel Nazrin terdiam sejenak sebelum turut menghembus nafas penuh kesalan. “Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng. Itu pun kedua-duanya agak parah, masih di ICU.” 

“Harapan?” 

“Menurut kata doktor, 50-50. Tapi saya dapati kedua-duanya sangat kuat semangat juang. Macam Kapten Zhafri, saya dapati dia mula memberikan tindakbalas apabila disentuh walaupun sangat lemah.” Leftenan Kolonel Nazrin menerangkan. 

 Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali segera mendekati meja dan mengambil kembali fail dari atas meja. Dia mencari profil dua anggota tentera yang dikatakan oleh Leftenan Kolonel Nazrin. Gambar Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng ditenung lama. 

“Jadi yang lain tak dapat diselamatkan?” Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bertanya. 

Leftenan Kolonel Nazrin pantas menggeleng. “Tapi mayat Mejar Roslan bin Abdullah dan Leftenan Komander Uzir sahaja yang belum ditemui.” 

Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali terdiam tidak terkata lagi. Diam-diam, timbul penyesalan dalam hatinya kerana kegagalan operasi khas di Hutan Borneo, gagal seratus peratus. Malah telah mengorbankan nyawa hampir semua anggota. Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka semua...

Thursday 23 February 2012

Novel misteri + thriller + action = Bertempur Dengan Jembalang

February 23, 2012
Salam semua...

Mula-mula nak mintak maaf banyak-banyak kepada sesiapa sahaja yang hantar emel dan komen dan mesej. Aku cuba sebaik mungkin membalas...kalau lambat tu, maafkanlah...jangan marah ye...harap mengerti... sebab sekarang ni aku rasa macam nak nangis pun ye jugak. Cuak...bimbang...macam-macam hal.

Normal, menjelang pesta buku, banyak kerja nak kena siapkan. Kena pulak aku bukan cuma menulis, tapi buat illustrasi jugak. Komitment pada APO? pun takleh dipinggirkan. Amanah orang untuk siapkan buku berilustrasi mesti kena habiskan sebelum pertengahan Mac. Aku memang kalut...mana fikir tanggungjawab sebagai surirumah tangga lagi. Kalau bujang takpe la... tak peduli orang lain tak makan tak minum, rumah sepah ke hapa ke... sendiri maaa... Hidup berkeluarga ni lain. Takleh sangat nak kejar duniawi. Kalau masa hidup suami dan anak tak dijaga, besok kalau tak bertemu kat Padang Mahsyar, jangan salahkan diri sendiri pulak. (^_^)v
Eh, terpanjang pulak mukadimah... 

Sebenarnya, dalam sibuk-sibuk siapkan kerja orang lain, aku pun gagahkan diri siapkan novel misteri + thriller + action bagi memenuhi permintaan pembaca-pembaca yang mengikuti karya aku kat APO? Cover ni sementara sahaja. Gambar 'asoka' hensem tu kena beli wehhhh... bukan boleh main tempek aje. Dah confirm segala benda nanti, barulah boleh beli lesennya...begitu cara orang berhemah buat cover ya... takleh curi sembarangan aje gambar kat google pastu claim, idea sendiri, konsep sendiri... phewww...


 *Sendiri tulis, sendiri buat cover... asyik bangetttt...! (^_^)*
Cerita ni sebenarnya diangkat dari karya aku yang pernah tersiar dalam Majalah APO? lama dulu menggunakan tajuk yang sama. Masa tu dah dapat permintaan dari beberapa pembaca lelaki yang mintak aku panjangkan jadi novel tapi masa tu aku tak ada keyakinan nak buat.
Sekarang ni baru ada semangat nak buat novel berdasasarkan BDJ tu...
Sebarang perkembangan pasal novel BDJ ni akan aku war-warkan kat http://www.facebook.com/RoseHarissa.
Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan korang semua...
I love uols! (^_^)/~~ ♥♥♥
Daaa... nak sambung buat kerja doanggg... 

Tuesday 14 February 2012

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 2

February 14, 2012
Salam semua...
Maaf ya darling-darling sekalian yang setiap kali masuk ke sini takde entri baru... 
Aku tengah sibuk sangat-sangat... banyak benda nak cerita sampai tak tertulis kat sini, sebab utamakan kerja dulu...sampai tak sempat-sempat nak memasak, ngemas rumah, lipat baju...owhhh...sangat tak mithali rasanya...haihhhh

Sejak akhir-akhir ni, ramai yang tanya dan hantar mesej pasal braces yang aku pakai. Kalau dicongak, dah masuk 10 bulan aku pakai braces. Nak kata gigi dah rapat tu tak lah... masih ada ruang tang bekas cabut yang empat batang tu. Setiap kali jumpa doktor, beliau kata, baru proses meratakan gigi, proses tukar-tukar dawai, dari halus ke yang paling tebal. Belum masuk proses nak tarik gigi tu ke belakang. Doktor kata boleh dipercepatkan tapi aku akan merana sakit. Bab sakit tu yang ngeri tu... jadi aku pun okey ajelah... ambil langkah slow and steady. 

Setakat ni yang paling ketara berubah, adalah gigi taring aku yang dah flat... jadi bila sengih tu gigi taring tu tak tersembul lagi.

Ada yang bila jumpa, kata muka aku lain. Bagi aku, nak kata lain sangat tu takdelah sangat kut. Sikit-sikit adalah bezanya kalau tengok gambar dulu dengan sekarang, terutama part senyum. Yelah, dulu senyum nampak gusi... malu je sebab rasa diri hodoh tu yang jadi kurang yakin diri tu, dahlah dulu kala tak pakai tudung, memang macam 'jebeng' laa... (ha...tak tau apa itu jebeng? cari tahu sendiri...hehehe)... nak senyum depan Tan Sri, Tengku pun segan silu...sebab takut depa tak jadi buat pagar bila tengok gigi aku tersembul keluar... heeeee...☆⌒(>。≪)


Kalau ada kawan sekolah lama yang tegur tak caya muka aku lain... tu maknanya aku ni makin tua...kedut-kedut kat mata dah makin nampak... pipi pun dah makin labuh (yelah... aku tak koser nak pergi buat face shaping ke apa ke...). Lagipun kadang kalau muka cukup tidur tu memang nampak fresh giler ler... tapi bila sampai musim bertapa... memang macam panda tak cukup daun buluh... kering...kusam...berminyak...cuma nasib baik tua-tua ni tak naik jerawat kronik macam zaman anak dara dulu.

Apapun, aku bersyukur sebab akhirnya dapat jugak pakai braces walaupun di usia tua. Aku takleh jaga teliti sangat pun...sebab masih minum nescafe, yang panas pulak tu, jadi proses nak rapat tu mungkin ambil masa... sebab bagi yang pakai braces, jangan tak tau, ada sesetengah makanan yang mempengaruhi bending dawai braces itu sendiri... Makanan berasid, beralkali tu semua pengaruhi penarikan braces. Kalau tak jaga, degil nak makan benda-benda keras, alamat...bersedialah menerima risiko dawai tergelincir dari bracket ke...atau bracket itu sendiri tercabut dari gigi...!

Setakat ni aku cuma alami dawai tergelincir dari gigi sebab ketegaq duk makan coklat ferrero rocher...hahaha... nasib baik dawai tu jenis halus dan aku boleh tarik sendiri dengan pengepit masukkan balik dalam bracket. Lepas tu kalau keluar, memang leceh bila part makan... kene gosok gigi lepas tu. Kadang kalau malas, aku cungkil aje dengan berus kecik dan kumur sampai bersih. Yelah, kalau kedai makan tu tempat cuci tangan dia tertutup, bolehlah kau gosok gigi dengan ubat giginya sekali... tapi kalau terbuka? Tak selera orang nak makan kalau nampak kita tengah gosok gigi... iskkk...

Jadi begitulah perkembangan terkini berkenaan braces yang aku pakai. Harap dapat bantu beri semangat kepada sesiapa sahaja yang masih ragu-ragu, tak yakin nak pakai braces... Ingat, kita bukan mengubah ciptaan ALLAH, sekadar menambahkan lagi keyakinan diri. Dan kalau itu mampu meningkatkan keyakinan dan pandangan orang lain, ucapkanlah ALHAMDULILLAH...\(^ ^)/
Haihh... skema la pulak... 

Sampai jumpa lagi di lain entri... daaaaa ( ^_^)/
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016