Saturday 25 October 2008

Zarul - Serasi Di Hati

October 25, 2008


ZARUL
Hero Novel 'Epal Ijau'


Nota kaki :
Gelaran novel epal ijau diberi oleh
ju'a dari GENGKICAP! Tengkiu beb!

Rinn pulak kata, novel ni mcm novel muzikal (sbb aku pernah bagi dia baca manuskrip ni dulu, nak mintak komen sebelum dihantar!) Tengkiu gak beb!


Kartunis Wanita: Transformasi Baru

October 25, 2008
Ketika komik menjadi wadah bacaan remaja sewaktu dahulu, tidak ramai pelukis wanita yang berani tampil ke hadapan. Ini mungkin kesan dari didikan informal daripada ibubapa mereka. Di era 60an hingga 80an, pelukis komik wanita yang agak menonjol ialah Nora. Merujuk komik-komik Rina, Bambino, Salina, Murni, Dewan Pelajar dan Utusan Pelajar. Puan Norazah Abdullah, sewaktu dahulu merupkan satu-satunya wanita yang bergiat aktif dalam bidang komik dan ilustrasi dan masih menyumbang untuk FANTASI (Creative Enterprise Sdn. Bhd.), walaupun sudah bergelar suri rumah tangga.
Apa-apa pun selepas beliau, era transformasi terdapat beberapa orang lagi kaum Hawa yang menjadi pelukis komik seperti Cabai, Kaoru, Xanseviera, Aimo, Sarah, Mel Celestial, Nora, Sonia Leong, Hanie, Noor Hafizah (sekadar menyebut beberapa nama). Mereka terlibat dengan pelbagai genre komik. Di antara nama-nama itu, Nora yang menjadi pelukis dan penulis freelance dengan majalah APO? ada skill tersendirinya. Beliau adalah penulis artikel misteri dan menghasilkan ilustrasinya untuk majalah terbitan MOY itu, dan check it out Apo? isu 235. Sonia Leong, yang kini menetap di UK menceburkan dalam bidang ilustrasi, manga dan animasi. Dengan medium yang pelbagai, ramai yang telah tampil melalui majalah trendsetter malah melalui "online comics".
0 comments
____________________________________
Artikel di atas ditulis Tuan Kalam Timur di blognya
perkasaalam.blogspot.com
Jutaan terima kasih aku ucapkan kepadanya kerana menyebut nama aku sebagai antara pelukis wanita. Aku pun tak sangka dapat perhatian dari otai-otai komik ini... yelah... siapalah Nora, masih budak baru belajar dalam bidang grafik dan ilustrasi ni .
Terima kasih beribu-ribu lemon untuk Tuan Kalam Timur tak lupa juga kepada saudara Jonos, Wanzu (ALWAN Comics), .

Wednesday 22 October 2008

Serasi di Hati

October 22, 2008

Cantik tak cover ni? Belum siap sepenuhnya. Masih ada tagline yang belum diisi. Tapi bagi aku nampak fresh dan 'rangup'! Aku ambil dari blog kak ++Norhayati Berahim++


Novel ni bakal terbit di bawah NBKara November nanti. Terima kasih banyak kak Yati dan Kak Su kerana memberikan lampu hijau tampalkan cover di sini wpun blurb blum siap...
Sebenarnya cerita ni dah lama aku tulis. Cuma tak tahu nak hantar ke mana sebab isunya bagi sesetengah orang agak sensitif. Kisah lelaki muda (gigolo) jatuh cinta dengan isteri orang . Ala2 kisah 'mangga muda' la ni, sesuailah ngan cover epal hijau yang fresh lagi 'rangup' itu ...
Aku berterus-terang dengan Kak Yati bahawa aku pernah hantar manuskrip ni pada sebuah penerbitan. Lama terperam . Kemudian atas nasihat seorang penulis lelaki popular, dia meminta aku ambil balik manuskrip tersebut. Cerita tentang penerbitan itu tambah menyakinkan kerana rakan-rakan dari penerbitan lain juga bercerita perkara yang sama . Maka setelah hampir setahun, aku tarik balik manuksrip tu wpun mereka kata bakal diterbitkan awal tahun depan kalau aku bersabar. Tak apalah. Mungkin tak ada rezeki aku di situ .
Atas saranan seorang kawan, aku cuba hantar pada Kak Yati sekitar Ogos lepas. Kak Lily Haslina Nasir sememangnya rapat dan mengenali kak Yati sejak sekian lama, telah berbesar hati bw aku jumpa kak Yati. Itulah pertama kali jumpa Kak Yati yang cukup humble orangnya. Dan aku tak sangka, novel ini diterima. Rasa macam mimpi pulak dan bahagia berganda. Alhamdulillah... jutaan terima kasih kepada Kak Yati kerana sudi terima penulis kerdil macam saya ini. Terima kasih lagi kerana menghargai lukisan saya. Insya ALLAH, ada sesuatu dari aku untuk kak Yati nanti. Nantilah aku cerita lebih lanjut, bila semua dah confirm. Terima kasih juga kepada Kak Su yang sentiasa ceria... hehehe.
Mulanya nak guna nama NORA. Ringkas dan kesinambungan dari APO? kononnya. Tapi kerana diminta memanjangkan, maka aku letaklah nama abah dihujung daripada letak nama lain. Lagipun abah selalu kecik hati sebab ingat aku dah tak nak guna nama Nora Ismail. Jadi novel ini dikira hadiah untuk abah aku!

Thursday 16 October 2008

Novel Alaf 21 - Lily Haslina dan Laila Kamilia

October 16, 2008

DI LANGIT CINTA

Harga: RM19.90
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-388-6

Sinopsis:

Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.

“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!

Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.

Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali
Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.

Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.

Bagaimana dengan Meriam?

SAAT KAU HADIR

Harga: RM19.90
Penulis: Laila Kamilia
Halaman: 496
ISBN: 978-983-124-402-9

Sinopsis:


BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilangkan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun... Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

_______________________________

TAHNIAH untuk dua rakan aku ini... sama-sama keluar novel untuk triologi Oktober. Harap-harap laku keras! Amin!

p/s: Kak Lily, nama Raiz tu nama ex-bf aku, mixed Chinese sekang ada kat Kajang!

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016