Thursday 27 March 2008

Monday 17 March 2008

Hero

March 17, 2008


Dalam kepenatan dan kekalutan menyiapkan ilustrasi APO?, kepala otak aku terbayangkan wajah hero novel ke tiga… aku pun cuba lukis mukanya (body ambil ilustrasi sedia ada). Sambil2 tu bleh gak guna untuk APO?

Kehilangan hujung minggu kerana kelam kabut adik aku bertunang. Agak mengejut sebab pihak lelaki takmo tunggu dan mak aku pun dh tak nak buat kenduri lagi. Cukup panggil jiran2 sbb ini pertunangan kali kedua buat adik aku. Biasalah kan, jodoh pertemuan di tangan Tuhan.

Aku ingat nak tido, tapi, kepala otak jalan susah nak lelap. Makanya nilah hasilnya… hero novel aku yang ke 3… bukan sesiapa, bukan pelakon mahupun orang yang aku kenal tapi 100% dari daya imaginasi aku. Aku mmg suka lelaki rambut cam tu muka garang dan gigi berlapis… hahahha…saja menggatal. Supaya lagi semangat nak siapkan novel. Apa salahnya guna bakat sendiri untuk bayangkan hero sendiri... :)

Bila dah 100% dari imaginasi, makanya pastilah lukisan ini tidak sempurna. Tapi cukuplah untuk aku jadikan ia hadiah buat diri sendiri kerana berjaya capai target 100ms sebelum Isnin. Tahniah untuk aku!

Wednesday 5 March 2008

Cerita dari Brunei

March 05, 2008




Salam semua…

Pulang dari Brunei, aku kena selsema dan agak tidak sihat… ni virus Kak Lily ler ni… hehehehe… Nak cerita apa eh? Kerana cerita Brunei sudah dirampas oleh Kak Lina, Lynn dan budak kecik a.k.a Damya Hanna… hahahaha… seronok betul buli budak kecik ni… ala2 naif gitu… tapi cepat aje dia belajar dari kakak-kakak dia yang mereng belaka wlau ada yang ala2 mak gitu… hahaha… ‘ketua perosak akhlak’… dah tentu, Lynn Dayana… yeaaaa… kerana dia umpama pemangkin untuk semuanya tonjolkan true colors… aku tau lama dah… Cuma Kak Anis, Kak Lina, dan Damya je baru tau… kekeke… sian dorang… jangan marah eh Lynn

Seronok jumpa orang Brunei… kami dilayan bagai artis gitu… aku pun terkejut sampai ada yang bagi cenderahati pulak kat kami.. terharu sungguh! Macam aku, sangat terharu bila ada pembaca yang kata pasal BCM dan CMDH, cerita ini lawa bah!... hehehe… memula aku ingat dorang puji cover lawa… rupanya jalan cerita… ooo… baru paham… memula nda paham bah!

Dan aku pun tak sangka CMDH habis stok! Biar betul! Bila dah confirm, aku sangat2 bersyukur… bukan senang nak dapat pencapaian begitu dalam masa 4 hari berpesta tambah lak aku ni baru aje lagi menulis novel… Alhamdulillah…

Sesungguhnya memang manis pengalaman Brunei… bila 6 orang novelis bertemu, tanpa mengira senior atau junior… memang gamat wpun kak Lily x sihat…. Tambah terharu bila bertemu rakan blogger kak Lina, Kak Anis dan Kak Lily… layanan diorang mmg kelas VIP sampai kami segan sendiri… terima kasih… awda tau siapa awda…(hehe betul ke ni?) kerana sepanjang berada di sana, aku cuba2 gak ikut slang dorang, tak menjadi kut?

Yang buat aku kagum, orang Brunei mmg suka membaca. Aku kagum lagi bila suami masing2 ikut serta menemani isteri membeli novel, siap pilihkan lagi… aku memang tabik laa… sampai ada tu satu keluarga minat membaca.

Dalam pada tu sempat gak aku menghasut kak Lina untuk meliarkan mata mencari kelibat lelaki hensem! Muahahhaha… terjumpa 2 orang, ada yang rupanya macam Duta SO7 versi kulit cerah, yang berwajah romantik (haa yg ni paling hensem! Hehehe … tapi udah kawin bah!)

Aku rasa aku yang paling x behave di kalangan penulis yang datang…aku tak pandai nk kontrol ayu… hehehe… sampaikan Zaf (Salman Khan Brunei) tanya, “ why you like this mam?” “are you okay mam?”

Tapi bila aku senyap, dia pulak yang heran? “why mam? You so quite mam?” cesss…

Cuma aku betul2 badmood bila nak balik setelah dapat SMS dari hubby yang hangin kerana terpaksa menunggu lama sebab flight delay hampir 3 jam… sedangkan kul 10 dia dah keluar rumah nak jemput…Sampaikan aku menonong keluar sebaik saja dapat beg… maaf ye Ziana, Liza, Kak Anis, Kak Lina, Kak Lily, Lynn, Damya… terikut perasaan lak masa tu…

Apapun, terima kasih banyak kepada Alaf 21 kerana bagi peluang pada aku merasai pengalaman bertemu peminat luar Negara… sangat2 menghargainya…

Kepada rakan2 penulis yang sudah dong2 jadinya… kita bertemu lagi di PWTC nanti untuk menyenakkan perut lagi!

Sekali lagi, terima kasih warga Brunei… panjang umur ada rezeki kita jumpa lagi!

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016