Monday 27 April 2009

MHI

April 27, 2009


Bila diberitahu oleh Roslan, PR dari PTS bahawa hos MHI adalah Mazidul Akmal Sidek, aku dah cuak. Balik dari PWTC semalam, aku beritahu hubby. Habislah... mesti kena provok dengan soalan-soalan mencabar minda.
Jam 5 pagi dah bangun. Bersiap ala kadar sebab memikirkan akan dimekap di konti nanti. Sebelum keluar, sempat alas perut dengan roti dan secawan nescafe yang diiklankan sebagai antioksidan oleh Maya Karin! ! Bertolak keluar jam 6.25 pagi. 6.45 dah sampai Sri Pentas. Dalam hati berdoa supaya jangan migrane. Sebab mata memang rasa senak tak cukup tidur, tulang belakang rasa sakit. Penat menyain buku di book fair belum hilang. Sungguh, sebab aku tak sangka sambutan pembaca di NBKara sangat meriah. Terkejut juga bila tengok TLT hanya tinggal sederet di rak buku daripada berkaton-katon stok yang diangkut Pak Seyit. Lega juga bila melihat masih ramai yang mahu membeli SDH a.k.a novel epal hijau. Alhamdulillah...
Oh ya, berbalik kepada topik kita tentang MHI, rupanya sampai di situ, sekadar di touch up sahaja. Alamak... mestilah muka yang teruk ini nampak makin teruk. Tak apalah. Fokus nak promote buku bukan nak masuk pertandingan ratu cantik pun. Masuk ditemuramah Mazidul, bertiga dengan Paulynne dari Malaysian Cub Prix dan Elly. Sekejap aje segmennya. Tak dapat nak cakap panjang-panjang. Lagipun lepas tu turn kumpulan Search. Mujur tak minat kat diorang. Sempat bergambar dengan Wardina yang tinggi lampai dan cantik lawa tu je .
Sarapan beramai-ramai dengan Ikram (PTS), Roslan (PTS), Cikgu Ilias. Sempat bersembang sakan dengan Mazidul. Hmm... terkejut juga sebenarnya bila berdepan dengan Mazidul ni. Agaknya kena buat pepatah baru, don't judge the people from the screen ( jangan nilai orang dari skrin TV) hahaha... sebab Mazidul sungguhlah sempoi, kelakar dan selamba je. Tak sombong macam sesetengah hos TV yang aku jumpa...
Masa nak balik ke rumah, dapat SMS dari adik, Ik komplen kenapa muka mama nampak tua? Kenapa mama tak pakai lipstick? Huwaaaa... tensennya aku! Budak tu kecik-kecik dah pandai komen macam-macam. Harap-harap nanti Roslan dapat emelkan copy rakaman tu nanti. Nak kena belajar skill bercakap dengan terang dan jelas macam Mazidul...
Tapi tak apalah...yang penting hajat aku nak ketengahkan Evolusi Elly dah tercapai. Dan tak sangka sebenarnya, Evolusi Elly pun ada di highlight dalam program Scoreboard, Jumaat lepas . Kena pulak Elly dan beberapa pelumba lain dah jadi duta untuk program Road Safety. Tak sempat nak bertanya lanjut pasal program ni. Tapi kedengaran sangat bermanfaat.
Hmm... lega! Sekarang masa untuk aku rehat dan mulakan kerja-kerja baru. Lagipun tadi dengan bangga Ikram cakap kat semua, kalau boleh dia nak aku tulis 5 buku setahun dengan PTS. Hahahaha! Mampu ke aku? Banyak 'hutang' nak kena bayar ni... Kita tunggu dan lihat sajalah...




Saturday 25 April 2009

GAMBAR SEKITAR PROMOSI BUKU ELLY, SEMALAM, DI PTS

April 25, 2009


Kalau ditanya, sejujurnya memang aku takut sangat memikirkan pasal program promosi ni. Aku luahkan pada Ikram dan Nisaak. Kebetulan, aku berpeluang bersua muka dengan Puan Ainon. Sungguh, tak sangka, Puan Ainon, begitu ramah, genggaman tangannya erat, cakapnya lemah lembut dan cukup sopan. Aura 'motherly figure' begitu terserlah dalam perwatakannya .
Aku terus-terang beritahu padanya aku takut. Pujuk beliau, jangan takut, benda baru memang macam ni. Apa lagi yang boleh aku cakap. Seronok dapat berbual dengan Puan Ainon. Terharu mendengar semangat yang diberikan oleh beliau. Sebelum naik ke booth NBKara, sebelum berpisah, sekali lagi kami bersalaman, dengan genggaman yang erat, beliau menitipkan pesanan yang membuatkan aku teruja. Hehehe... rahsia... hanya Kak Lily yang tahu !


Kehadiran Elly lewat dalam 10 minit sebab susah cari parking dan dia tersesat. Cikgu Ilias sempat menghulurkan bingkisan dari Kak Ta . Susah-susah aje. Kedatangan otai kapcai, Wazi Abdul Hamid dan Che' Zamri (Ba'e) memeriahkan suasana. Paulynne dari Malaysian Cub Prix telah bersusah payah membawa masuk motosikal Elly dan program Cub Prix dari TV3. Sorakan dan tepukan semangat oleh warga-warga PTS, dengan kesungguhan Ikram mempamerkan skill bercakapnya, tambah menghangatkan suasana. Kehadiran Puan Ainon di sisi, sepanjang program berlangsung, menghilangkan gementar yang aku rasa. Bagusnya, orang tak mintak signature aku , sebaliknya terus mintak signature Elly, Wazi, Ba'e dan Ikmal (Elly Jr. ).
Selepas aku diinterview oleh TV3, barulah rasa lega. Sangat-sangat lega

Isnin 27 April Jam 7.30 pagi TV3

April 25, 2009
Petikan dari laman Universiti PTS



Tarikh: 27 April 2009 (Isnin)
Rancangan: Malaysia Hari Ini (MHI), TV3
Masa: 7.30 pagi
Buku: Evolusi Elly: Daripada Rempit Kepada Juara
Blog penulis: roseharissa.blogspot.com
Saksikan Pemenang Kategori Expert, Cub Prix, Elly Idzlianizar dan penulis buku, Rose Harissa live di MHI, TV3.
Nantikan juga kemunculan motor bertuah Elly dan para rakan Cub Prix.

******************************

Terima kasih banyak-banyak Puan Ainon... untuk pertemuan bermakna semalam!

Thursday 23 April 2009

HERO BARU

April 23, 2009

Sebenarnya ni hero untuk citer lain. Tapi tetiba dapat idea lain... dan rasa hero ni lebih sesuai dengan citer yang ini... maka tukar lagilah jawabnya . Bila nak siap? Entah! Saja gatal tampal gambar hero buat inspirasi...
Yang benarnya, banyak 'hutang' aku kena langsaikan. Jawabnya lepas pesta buku nanti, bertapa lagilah aku... hmmm...

Monday 20 April 2009

Susahnya bila perempuan jadi 'freelancer'...

April 20, 2009
Teringat kembali pengalaman-pengalaman 'ditindas' kerana menjadi penulis yang tidak bekerja di pejabat seperti yang lain.
Kadang-kadang aku marah bila mendengar ayat, "Ala... kau kan dah tak kerja. Duduk rumah buat apa? Takkan tak boleh pergi?" Bagi aku mereka tidak mengerti. Mungkin sangka mereka hidup aku ini sangat bersenang lenang, sekadar menulis sahaja di rumah. Kadang-kadang aku rasa mereka lupa bahawa aku ini perempuan yang sudah bersuami. Aku ada tanggungjawab lain yang lebih besar pahalanya dari melakukan kerja-kerja amal kebajikan yang sudah tentu mengerah tenaga aku dengan kadangkala tanpa apa-apa bayaran. Kadangkala ada yang meminta aku mengajar 'Vector art' secara percuma!
Sekasar-kasar aku, aku tidak tega membiarkan hubby makan sendiri walaupun dia sebenarnya tidak kisah. Tapi naluri sebagai isteri itu tetap ada untuk melaksanakan tugas kepada suami. Ya, memang masa kerja aku tidak seperti waktu kerja orang lain, pagi-pagi masuk kerja dan pulang ke rumah waktu petang. Mereka yang tahu aku sudah tidak bekerja, selalu menggambarkan hidup aku ini indah kerana boleh bersenang-lenang dan goyang kaki di rumah. Dan mereka sering beranggapan aku bebas ke sana ke mari.
Tapi mereka tidak tahu aku struggle melakukan kerja 'freelance'. Bukan sekadar menulis. Tapi aku melukis juga. Pernah aku terfikir untuk tidak lagi menulis dan APO? bagi memberikan sepenuh tumpuan pada bidang penulisan tapi aku tidak sanggup. Kerana bermula di APO? aku membina nama 'Nora', menimba pengalaman menulis. Sehinggakan ada yang menyangka Nora itu seorang lelaki yang sudah berusia kerana menulis cerita-cerita seram serta misteri.
Hanya kebelakangan ini setelah aku ter'exposed' menulis novel, barulah sesetengah mereka tahu aku ini Nora, seorang perempuan. Tapi jangan pandang rendah kepada aku hanya kerana aku berhenti kerja dan buat kerja di rumah. Jangan ingat aku sudah tidak ada kerja lain untuk dibuat. Menjadi freelance seperti aku ini sangat memenatkan . Perlu ada simpanan karya yang banyak bagi memastikan perjalanan kerjaya 'freelance' ini sentiasa berjalan. Otak terasa senget sebelah kerana bekerja keras melukis dan menulis dalam waktu yang sama . Dan ada masa terpaksa berhenti seketika untuk memasak dan melakukan kerja rumah sebelum hubby balik dari kerja. Dan menjelang bulan Jun nanti, aku perlu bersedia untuk membawa kembali Ik duduk dengan aku. Aku sudah nekad mahu mengganti kembali waktu-waktu yang 'hilang' bersamanya dulu . Pada masa ini, sudah tentu masa aku semakin terbahagi pecahannya.
Memang susah bila perempuan jadi 'freelancer' dan bertambah susah bila ada yang tidak mengerti hakikat 'freelancer' yang bersuami dan ada anak!
Saranan aku, pergi baca Rooftop Rant karya Hlovate. Dan selepas itu anda akan pasti lebih faham susahnya bila perempuan jadi 'freelancer'...


Thursday 16 April 2009

Dalam EPG Berita Harian...

April 16, 2009

Pagi tadi masa tengah siap-siap hendak ke PWTC, hubby call, gelak-gelak. Katanya dia dah tengok gambar aku dalam EPG. Adehhh... mesti muka masam dalam gambar. Bila aku tengok , memang muka tak senyum langsung. Hahaha... Lepas tu dapat SMS adik dari kampung. Menghantar omelan Ik...

Ik suka uncle Elly, handsome. Makcik jd la makwe uncle Elly, Ik tak marah. Sebab uncle Elly rapat dengan mama. So, ada connection la dengan dia...

Huh! Aku geleng kepala. Ik memujuk adik aku supaya jadi girlfriend Elly. Tah hapa-hapalah Ik tu. Ik tu memang memilih, dia suka rapat dengan orang yang hensem, lawa dan bersih saja. Dalam masa yang sama gak, dapat SMS dari Elly. Hahaha... katanya muka aku tu muka risau pun ada. Aduiii... mau tak risau. Aku memang berdebar tunggu respon. Lagi pulak, kebetulan Evolusi Elly keluar di Pesta Buku. Dan Jumaat depan ada sesi bincang buku. Elly pesan suruh rileks aje. Dah lama tak berdepan dengan orang ramai, harapnya aku tak kena darah gemuruh.

Oh yea... kepada sesiapa yang telah memesan Evolusi Elly secara online dengan aku, maaf, aku masih tak dapat nak pos kan dalam masa terdekat. Sebab aku tak ada stok. Nak tunggu 24hb, supaya aku boleh dapatkan tandatangan Elly untuk semua buku yang dipesan . Lagipun, kalau dah berkampung di PWTC setiap hari, tah bila masa la aku nak menguruskan semua pesanan . Harap maaf dan harap maklum.

Oh ya, jutaan terima kasih kepada Shelly yang sudi menampal keratan akhbar itu dan bercerita tentang aku... tengkiu laling!



Wednesday 15 April 2009

Jadual Pesta Buku Antarabangsa PWTC 2009

April 15, 2009
Jadual NBKara
Jadual PTS


Klik imej untuk lihat lebih besar


Itu jadual tugas aku di Pesta Buku bermula lusa. Setiap hari akan ada di booth NBKara. Cumanya pada hari biasa, aku hanya akan ada sampai kul 2 petang sahaja. Dan pada hari Jumaat 24hb April pada jam 2-4 petang, aku kena curi waktu untuk acara 'Bincang Buku bersama Rose Harissa dengan penampilan istimewa Elly Idzlianizar Ilias. Untuk sesi ini juga, aku sediakan poster Elly dalam bentuk lukisan aku. Terhad. Masih dengan konsep siapa cepat dia dapat! Ha... kepada sesiapa yang nak kenal Elly dengan lebih dekat, nak mintak tandatangan dan bergambar dengannya, nak bergambar atas motor pun boleh... hahaha...silalah datang beramai-ramai ke booth PTS pada hari tersebut. Untuk pengetahuan, motosikal Elly akan berada di booth PTS dari jam 10pagi hingga 7 malam. Jadi inilah masanya untuk tengok motor kapcai lumba dari dekat.
Untuk promosi Tuhan Lebih Tahu, kali ini NBKara menyediakan penanda buku dan poster saiz A3 untuk para pembeli. Siapa cepat dia dapat kerana ini khas hanya di Pesta Buku.
Jumpa anda di sana!

Monday 13 April 2009

Autobiografi - Evolusi Elly

April 13, 2009

ELLY IDZLIANIZAR ILIAS
THE highlight of Elly’s career came in 2009 when he led the Malaysian MotoGP Wildcard Programme as its lead rider (with Zulfahmi Khairuddin as second rider). Elly finished 16th in the GP125 class of the 2009 Malaysian MotoGP, the best GP125 wildcard performance of the year. His position as lead rider brought him into the centre of the public’s attention and even inspired a book by Malaysian author Rose Harissa. The book, Evolusi Elly, published in 2010, is still the only autobiography ever written on a Malaysian rider.

2009

Read more at http://www.thestar.com.my/sport/other-sport/2013/04/04/ride-of-their-lives/#r0KLQwmrke2cibZy.99

Saturday 11 April 2009

EVOLUSI ELLY DI LITAR SEPANG UTARA

April 11, 2009
"Nampaknya awak ni orang pertama yang tulis buku pasal motor..."

Sasaran mengena! Aku tersenyum mendengar kata-kata saudara Meor dari Berita Harian. Sejujurnya itulah antara hasrat dan impian aku. Sebab tak ada orang buat lagi, sebab itulah nak buat. Tapi kerana tak ada orang pernah buat juga, bukan senang hendak mendapatkan kepercayaan ramai. Tapi kalau tak mulakan... tak adalah hasil, tak taulah macam mana penerimaan orang ramai. Betul tak?

"Lepas buku ni, nak tulis lagi pasal motor?"
"Mesti! Saya takkan berhenti setakat Elly saja. Kalau ada peluang, saya nak tulis lagi," jawab aku dengan pantas. Aku bab menjawab memang champion . Tapi bila masuk bab posing?

"La... you rileks aje... badan tu jangan ke belakang. Senyum!"
"Kena senyum lebar-lebar! Banggalah sikit buku dah keluar!"

Hah! Itulah dia... jenuh photographer tu adjust kedudukan aku. Elly pulak duk suruh aku senyum. "Ha, kena macam itulah kalau nak jadi superstar!" Paulynne (TWMR) buat lawak kat belakang. Ala... Elly tak apalah... dia dah biasa... lgipun muka dia fotogenik. Aku ni? First time.

"First time la bagus. Glamer sikit. Lepas ni boleh tulis novel banyak-banyak." Adui nak tercekik aku dengar ayat nih.
"Happy Rose! Buku dah keluar! Yey! yey!" jerit Paulynne macam pom pom girl pulak...
Semuanya sebab nak suruh aku senyum. Last-last bukan senyum, tapi ketawa besar-besar .. dah tak jadi ambil gambar. Ampun ler... aku memang tak reti bab posing ni... bila suruh senyum, rasa macam plastik. Lagipun, segan nak senyum luas-luas sebab gigi arnab ni hah, yang kadangkala buat aku rasa rendah diri untuk berhadapan dengan orang ramai.

Tadi memanglah aku pergi dengan hubby. Hubby jugalah yang angkut goodies bag ke sana ke mari. Beg aku pun pada hubby yang pegang. Sangat prihatin gayanya hubby tadi . Lepas tu dia menjauhkan diri. Tengok aku dari jauh, sementara berbual dengan mereka semua. Lepas selesai segala, aku turun kat pit. Rasa lain macamlah sebab ini bukannya perlumbaan Cub Prix. Tapi FIM Asian Grand Prix. Pelumba Thailand, Jepun, Indonesia, semuanya ada. Semalam Elly buat kejutan bila mendahului 40 pelumba lain dalam kategori UNderbone.

Elly, tidak putus-putus ucap terima kasih kepada aku. Bersyukur tak terhingga. Dan buat pertama kalinya aku lihat mukanya terbias rasa terharu tapi penuh cahaya... nampak *plink*plink gitu . Kalau tak selama ni, cool aje. Paulynne juga antara orang yang gembira bila melihat buku ni. Tak putus-putus dia memberi sokongan, semangat dan idea untuk aku menulis lagi sesuatu tentang dunia motosikal. Terima kasih.

"Akak ni hebatlah, bang. Usaha tak berhenti..." kata Elly kepada hubby tatkala membelek buku itu dengan muka tak percaya, senyum tak putus. Mahunya tak berhenti, dari saat tak kenal langsung, cuma tengok dalam TV dan suratkhabar, kemudian kenal gitu-gitu aje, sampai dah jadi keluarga angkat. Ya, memang aku usaha tak berhenti untuk buku ni .

Ada satu insiden di Media Center. Kami ternampak dua orang remaja lelaki membaca buku dari goodies bag yang ditinggalkan untuk wartawan dan orang-orang penting. Paulynne ingatkan wartawan rupanya orang awam yang entah macam mana terlepas masuk ke dalam bilik itu. Yang buat aku kagum, bila melihat mereka membaca dengan khusyuknya! Macam tak percaya sungguh melihatnya . Yelah bukan senang nak tengok lelaki baca buku dengan tekun, apalagi kalau buku itu menggunakan Bahasa Melayu standard. Kata hubby, petanda baik tu.

Apapun aku lapang hati dah. Lega. Cuma perlukan fikirkan promosi untuk 24hb April di PWTC nanti. Jadi sesiapa nak jumpa Elly, datanglah ke booth PTS pada 24hb April jam 3 - 4 petang.

"B, awak ada ambil gambar saya dengan Elly tak tadi?"
"Mana ada..."
"La? Langsung tak ambil?"
"Tak la sebab wartawan semua dah ambil gambar awak dengan Elly..."

Aduii...jujur sungguh bunyinya jawapan tu . Rasa nak hantuk kepala kat dinding. Jadi maafkanlah kerana laporan kali ni langsung takde gambar. Tapi yang confirm, ada tersiar dalam EPG sisipan Berita Harian pada hari Khamis depan. Terima kasih kepada Paulynne dan Yvonne yang bersusah payah menguruskan semuanya dan memberikan peluang seluas-luasnya untuk aku promosikan buku ini.
Sekian...

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016