Thursday 30 July 2009

Pegang tangan itu romantik?

July 30, 2009

Malam tadi. Mood = malas nak masak. Hubby ajak gi makan kat kedai depan. Aku malas. Suruh dia tapau saja. Tapi dia sound balik, suruh bawak-bawak berjalan, asyik duduk aje sebab tulah gemuk! Huh! Panas aje telinga gue...
Tapi bila dah jalan kaki berdua tu rasa macam nak gi dating pulak... hehe...

"Dah lama jalan tak pegang tangan kan?" Aku bersuara gedik. Tangan dah mula nak pegang-pegang tangan hubby. Hubby dah ngelak-ngelak. Genggam buka tapak tangan, tak bagi aku pegang.
"Lerr... nak peganglah kejap..." Mood gedik dan romantik (kononnya) makin menghantui aku.
"Iskkk... tak kuasa aku. Menyusahkan aku nak berjalan aje!" balas hubby ngan muka seposen.

Marah? Geram? Takla... aku tergelak aje. Bengang + rasa kelakar. Betul jugak apa yang dia cakap tu. Kalau dah bini menempel kat sebelah, nak lintas jalan, langkah longkang pun payah. Silap-silap dua-dua bercebur dalam longkang. Jadi pada hubby aku, pegang tangan itu tak semestinya romantik. Banyak lagi cara lain katanya.
Well... masing-masing punya pendirian. Terpulanglah...


Nota kaki : Aku dan hubby memang tak mengamalkan sebarang protokol dalam membahasakan diri. Sekejap saya awak, sekejap aku kau, sekejap nama, sekejap lu gua. Kami tak pernah kisah walaupun ada orang kisah.

Monday 27 July 2009

Senandung sayang oleh Ayik

July 27, 2009

Sebenarnya aku tak tau nak cakap ini senandung ke seloka ke, pantun ke... tapi masa dengar Ik sebut semua tu, aku tergelak pun ya, nak menangis pun ya. Kena baca dalam loghat Pekan sebab percakapan Ik dah ledut dengan loghat Pekan.



Ik sayang aki, tapi tak suka selalu melepok* dan balik lambat...
Ik sayang wan, tapi wan selalu tak bagi Ik cekut* pasir...

Ik sayang makngoh sebab curah kasih sayang, tapi Ik geli cakap macam tu...

Ik sayang abang Ady* tapi dia itam dan selalu mancing...

Ik sayang pakngoh tapi sibuk dengan mak Mai*...

Ik sayang mokcik tapi selalu maroh ik main rajut* kain...

Ik sayang odah tapi selalu SMS dengan budak kecik*...

Ik sayang aboh tapi selalu keje...

Ik sayang mama tapi mama selalu sibuk dengan novel rose harissa...


Hah... entah mana Ik dapat cakap macam tu, berlagu-lagu jadinya. Tapi rasanya itulah luahan hati dia yang telus sebagai budak umur 5 setengah tahun.
____________________________________________
melepok = melepak
cekut = kaut/ genggam/ dan yang sewaktu dengannya

mak Mai = adik ipar perempuan aku.

abang Ady = adik ipar lelaki aku (dah lekat Ik panggil abang Ady)
rajut = tempat sidai baju plastik yang banyak jejari tu.

budak kecik = Nazirul

Saturday 25 July 2009

Kesan dan akibat mogok lapar...

July 25, 2009
*gambar hiasan : kereta Tajul Aweera (Toyota Altezza)

Siang tadi (eh... kira dah semalam la ya), selepas menerima hakikat bahawa citer Tajul Aweera aku tak sampai target - setelah meminta pandangan pengkritik tetap - aku keluar rumah. Membawa hati yang luka lara... ... tidaklah... saja je jadi drama queen kejap.
Bila dah ditegur dan dikomen tu, aku nampaklah dah kat mana kelemahannya. Dan dari situ aku akui bahawa :
  • tak cukup menjiwai cerita dan watak
  • cerita macam dibuat-buat
  • tak menyakinkan dan mesej tak sampai
Jadi, dari aku hadap manuskrip yang tak best tu, baik aku keluar rumah. Bawak si Wira (bukan Aweera) ke bengkel untuk tukar alarm baru dan tukar tayar depan gi belakang (supaya kadar kehausan tayar akibat corner lipat, corner baring seimbang depan dan belakang). Dijanjikan sekejap sahaja. Jadi aku fikir nak gi Gramedia borong buku.
Tapi hampesnya, aku tersangkut kat bengkel sampai pukul 7! Aku, seorang wanita yang tadinya datang dengan muka manis, balik dengan muka masam mencatu! Telefon hubby, tak diangkat. Sudahnya, aku balik rumah dengan bad mood ! Aura PMS dah menyerang. Terus lancar mogok lapar sebab masa hubby keluar nak gi kedai, dia masih tanya aku nak makan apa. Nama pun tengah bad mood kan? Jadi aku jual mahal sket, kata tak nak apa-apa. Akibatnya dia balik dengan hanya sebungkus Twisties dan kacang Ngan Yin! Huwaaaa.... kenapa lurus sangat? Aku protes dengan meneruskan mogok lapar + tidur demi melupakan kelaparan.
Sudahnya, sekarang aku terbangun. Azabnya bila lapar begini, buang masa je mogok lapar. Last-last, pergi dapur masak bubur nasi + kentang +ayam, pekena nescafe segelas.
Sekarang bersedia revamp manuskrip. Harap kali ni dapat capai target. Insya ALLAH Taala...

Wednesday 22 July 2009

Apocalypto

July 22, 2009

Aku menulis novel cinta dah lima buah. Tapi jangan tak tahu kalau tengok movie, aku lebih cenderung tengok citer seram, ganas, aksi, kill kill die die...
Macam filem ni, APOCALYPTO ni, salah satu favorite movie aku. Sejak kenal filem ni lewat tahun 2007, (arahan Mel Gibson) dah berpuluh kali tengok tanpa jemu dan tetap menjerit ngeri walaupun dah hafal scene mengerikan itu kat mana .
Kisah tentang bakal ketua puak, Jaguar Paw dengan isterinya yang tengah mengandung, Seven dan anak kecilnya Turtle Run yang cuba survive dari serangan pahlawan kejam Kota Maya. Lepas sembunyikan anak dan isterinya dalam perigi yang kering, Jaguar Paw kena tangkap untuk jadi korban dengan penduduk kampung lain. Bila turn Jaguar Paw, berlaku gerhana matahari (biasalah hero kan... mesti berlaku kejadian aneh menyelamatkan beliau). Sebaik terlepas dari jadi korban sebaliknya diorang jadi permainan pahlawan maya yang diketuai oleh Zero Wolf (benci betul aku kat dia ni, sebab dia cucuk tanduk kat hidung macam kerbau! )
Bermulalah pelarian Jaguar Paw menyelamatkan diri pulang ke kampung untuk dapatkan anak isteri dalam telaga.
Selebihnya, korang tengoklah sendiri (ada beran?). Adegan potong-potong, cucuk-cucuk, sembelih, kene gigit rimau kumbang, pukul-pukul , pecah kepala, mayat berterabur memang real giler. Kalau part darah bersembur tu lagilah... aku, kalau hubby pasang citer ni, aku rela tak menaip, tengok lagi dan lagi...
Walaupun cerita ni ganas tak ada ampun, tapi ada satu pengajaran paling ketara. Selamatkan diri anda sampai ke titisan darah yang terakhir! Berjuanglah untuk hidup! 5 bintang filem ni!

p/s : sebenarnya aku tak tahu nak update apa sebab di kala ini tengah serabut nak siapkan manuskrip dalam masa yang sama masih ada hati tonton DVD...

Monday 20 July 2009

Tajul Aweera

July 20, 2009

Nama Penuh : Tajul Aweera bin Tajul Arifin
Umur : 28 tahun
Keturunan : Melayu - Siam
Profession : Creative Art Director (Advertising)
Hobi : Duduk rumah, tidur, tengok TV, tengok iklan.
*Simpan rambut panjang sebab nak ikut sunnah Nabi.
Nama isteri : Sari Ayu binti Usman


Besar harapan aku nak tengok dia ni duduk sebaris dengan hero-hero lain kat atas tu. Tapi boleh ke? Ervan Prima Sakti pun ceritanya masih separuh untuk disiapkan. Bila aku dah tak ada idea dengan Ervan, aku duduk hadap Aweera pulak... haha...
Sedaya upaya aku akan realisasikan dua hero ini supaya dapat duduk kat kotak hero-hero tu... mudah-mudahan berjaya. Amin!

Sunday 19 July 2009

Bermisai itu hensemkah?

July 19, 2009
Mata aku ni jahat tau... kalau keluar jalan-jalan dengan hubby mata ni suka perhatikan orang sekeliling terutama masa tengah makan. Mulalah mata ni nak melilau pandang sini sana. Tapi tahu tak, dengan memandang sekelilinglah kadang-kadang dapat idea untuk cipta watak novel terutama kalau ternampak manusia yang hensem dan juga lawa .
Tapi selalu juga nampak perkara-perkara yang buat aku ketawa, tersengih, juga sampai tak tertelan nasi... nak tau apa dia?

"B, lelaki kalau bermisai, kalau makan apa-apa kena kat misai dia camna ha?"
"Laplah dengan tisu..."
"Tapi saya tengok mamat tu, makan aiskrim kena kat misai dia pastu selamba je dia jilat balik!"

Huwaaaa... hubby pandang aku dengan muka berkerut terus toleh tengok ke belakang. Aku sudah pekup mulut tahan ketawa. Bukan hendak mengaibkan. Tapi tolonglah, makan di tempat terbuka buat perangai macam tu, iskkk... muka hensem pun terus jadi tak hensem pada pandangan mata aku. Lelaki bermisai tidak pernah 'hensem' di mata aku .
Jadi itulah sebabnya, hero-hero aku semuanya tidak bermisai termasuklah hubby. Habis kuat pun cuma berkumis tipis yang macam tumbuh tak tumbuh aje tu.
Jadi, bermisai itu hensemkah? Hmmm... tepuk dada, tanyalah selera sendiri ya...

'Lelaki yang seksi adalah lelaki yang bersih dan wangi'
~CMDH 2008~

Wednesday 15 July 2009

Pyanhabib... dan tiba-tiba...

July 15, 2009
Pyanhabib...
Aku kenal dia tapi dia tak kenal aku...
Lama dulu zaman-zaman jadi student Universiti Teknologi Malaysia (UTM Skudai) pernahlah jumpa dia. Sempoi...

Tapi itu lama dulu la... pada zaman-zaman aku ingin nak jadi arkitek bukan menulis seperti sekarang.

Tadi dengar nama Pyanhabib dari Kak Lily dan Asma PTS...

Aku rasa nak hantuk kepala...
Terus terhenti taip Projek Diet Ain Maisarah akibat kecut perut...
Terus bukak balik manuskrip novel...
Tiba-tiba rasa nak tukar cerita...
Tiba-tiba rasa cerita aku tak sampai target!
Tiba-tiba rasa nak jadi orang sastera dan berpuitis...
Tapi aku sedar diri TAK MAMPU!

Tiba-tiba rasa gabra sangat-sangat...
Tiba-tiba rasa nak tukar profession lagi,
tak nak jadi penulis dah tapi jadi tukang masak sepenuh masa!



nota kaki : Di kala ini aku sedang meroyan di depan PC!

Friday 10 July 2009

Elly Antara Finalis MotoGP WildCard

July 10, 2009
Petikan berita dari : MALAYSIAN CUB PRIX
Elly, Iskandar, Farid dan Zulfahmi Finalis MotoGP Wildcard

Dua pelumba kategori Expert dan dua pelumba kategori Novis, Elly Idzlianizar Ilias, Md Iskandar Raduan, Md Zulfahmi Khairuddin dan Md Farid Ahmad merupakan individu-individu yang dipilih sebagai empat finalis terakhir yang akan meneruskan penglibatan mereka di dalam program MotoGP Wildcard Malaysia 2009.

Pengumuman kejayaan mereka merangkap finalis diumumkan semalam di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (Trek Selatan) (SIC).

Pelumba-pelumba ini dipilih daripada sebuah kumpulan yang terdiri daripada 17 pelumba yang menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS dan dua pelumba daripada Kejuaraan Super Series Bikerz Mag 150cc.

Empat pelumba tersebut telah berjaya mengharungi ujian selama tiga hari daripada Mei 14, 2009 di Litar Sepang di mana mereka diuji dan diberi penilaian berdasarkan skil dan teknik mereka menunggang jentera Yamaha 125cc.

Kini mereka akan bersiap-sedia untuk mengharungi sesi latihan yang komprehensif di SIC di bawah bimbingan bekas pelumba MotoGP dan pengurus pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing, Shahrol Yuzy.

Dan sebelum sesi kelayakan (GP test), dua finalis tersebut akan menjalankan latihan lanjut di bawah naungan Ongetta daripada Team ISPA.

Sesi latihan tersebut akan berlangsung selama dua bulan dan dua pelumba akan dipilih untuk mewakili Malaysia di dalam kategori 125cc Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia Oktober ini.

Program MotoGP Wildcard ini merupakan usahasama diantara Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) dan kumpulan-kumpulan sukan bermotor Motorsports Association of Malaysia(MAM), Automobile Association of Yamaha (AAM), Two Wheels Motor Racing (TWMR), Moto Millia dan Hong Leong Yamaha.

Elly di dalam Kejuaraan Cub Prix mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Ah Hong, manakala Iskandar mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline. Farid dan Zulfahmi pula mewakili pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing di dalam kategori Novis.

Issued by: Global PR Sdn. Bhd.
Copyright: Safe Aim Mutual Sdn. Bhd.

Friday 3 July 2009

BULAN PUASA MANA ADA HANTU

July 03, 2009
Setiap kali kena buat artikel misteri untuk APO? bumper puasa dan raya... aku mesti rasa nak hantuk kepala ke dinding... aduiii ... bulan puasa mana ada hantu ya dak ? Yelah, hantu syaitan, jin semua dah kena ikat... kalau masih ada 'hantu' di bulan puasa, maknanya kitalah hantu itu! Hahaha...
Tapi mujurlah, ALLAH masih bagi idea kat aku. Ini pun Sya dah telefon kata abang Pet nak 4 artikel puasa dan 4 artikel raya... huahuahua... Malam ni pulak nak balik kampung untuk kenduri jemput menantu adik aku tu... dui dui... jadual aku sungguh sangat ketat sekarang ni... Jadi aku tinggalkan blog buat sementara waktu dengan cerita "Bulan Puasa Mana Ada Hantu" APO? isu 118 (bumper Raya 2003). Sampai jumpa lagi...
(klik untuk baca)
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016