Thursday 22 March 2007

Hari Ini Dalam Sejarah

March 22, 2007
Salam semua!

Maaflah... sesudah berminggu aku tinggalkan blog walaupun hati meronta-ronta nak coretkan sesuatu. Tak adalah apa-apa yang berlaku pun... cuma aku ambil kesempatan tu untuk buat keputusan dalam bidang kerja, selain sibuk nak siapkan manuskrip yang aku hampir-hampir rasa nak surrender!

Dan Hari Ini Dalam sejarah... macam yang aku selalu keluhkan sebelum ini, hari ini... tercatatlah dalam sejarah hidup aku, menyerahkan notis berhenti kerja setelah 7 taun setengah bergelumang dalam dunia besi. Sedih! Bukan senang nak buat keputusan meninggalkan bidang yang aku suka. Terasa berat juga tapi aku kena tabahkan hati... tak perlu lagi memberi peluang sedangkan hatiku dah tak happy dengan environment keje.

Bos ada tanya kenapa nak berhenti... kena brainwash jugaklah tadi bila aku cakap nak buat freelance... dan seperti yang kuduga, dia adalah juga 'menakut-nakutkan' aku. Memang sebelum tu dia kata nak bagi tawaran lain kat aku... tak payah buat drawing lagi tapi pergi jaga site dan productions, deal dengan customer... katanya aku dah terlalu lama duduk depan pc buat design sampai dah nyanyuk... haduiilahhhh... tapi diam aje... mana boleh aku nyanyuk... lagipun tak payah tawarkan dah memang aku selalu jugak jaga site, productions... bukan dia tak tahu, bukan sekali dua aku tapau projek RM200k - RM300k. Ada satu tahun tu, deal yang aku bungkus aje dah cecah hampir RM500k++. Aku deal sendiri dengan Tan Sri, Dato', Datin, Arkitek, Contraktor dan semua org yg berkaitan dalam dunia pembinaan. Sebabnya aku nak buktikan pada dia aku betul2 belajar dan boleh buat tanpa pengawasan dia. I did it! Bayangkanlah mana aku pergi kursus sales dan PR ni... gamble aje buat deal sbb bila aku bila tolong setel masalah kat site, katanya : you selesai sendiri, sampai bila aku nak suap nasi ke mulut? hmm.... suap nasi ke mulut... ayat pemes yang dia suka luahkan pada aku... entahlah.. kdg aku rasa cam penat jek... buat bagus2 pun kene bambu mcm org x sekolah gak...

Bos pulak kata, kalau aku benti, I could waste my talent. Yeap, mungkin betul sebab specialist dalam bidang besi ni x banyak. Kalau ada pun, yang buat mess productions. Design hanya keluar ikut musim. Macam kat sini, tetiap ari design bertukar tanpa ada apa-apa cop copyrighted! Hmm... bila aku dh nekd nak berhenti barulah nak puji sikit potensi yang aku ada... tapi tulah... kecewalah....

Adalah bersangkut paut perkara lain juga tapi aku dah malas nak ungkit. Biarlah aku sorang aje yang tau sebab kalau boleh aku nak keluar dengan cara baik... dulu aku ingatkan aku boleh kaya dan cipta nama dalam bidang besi sebab aku nampak x ramai designer teroka bidang ni tapi aku silap... mungkin. Memang aku pernah bercita-cita nak kembangkan potensi diri dan syarikat mcm Andy Thornton, lelaki yang asalnya antiques collector tapi skrg dh jadi bilionaire. Export produk cam syarikat aku buat ni ke merata dunia... aaaa...

Apa yang pasti, hatiku ini sudah tidak dapat dipujuk lagi dalam ertikata lain, aku kecewa, merajuk dan frust. Biarlah aku undur diri saja walaupun mungkin susah org nak terima sebab tempoh 7 taun setengah tu biasanya amat mustahil untuk berhenti... Arghhh!!

The point is, aku memang nak berhenti. Semangat aku perlu waja. Mungkin pengorbanan ini ada harganya... Insya- ALLAH Taala, kerana ALLAH yang memberi rezeki. Full stop!
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016