Sunday 24 June 2012

Perkembangan Braces

June 24, 2012
Salam...
Rasanya dah lama tak update pasal braces yang aku pakai. Kadang-kadang terlupa ambil gambar progress. Lagipun sekarang ni dah masuk proses bertemu doktor dua minggu sekali untuk tukar getah bagi proses menarik gigi ke belakang.

Seperti yang aku bagitau dulu, self-ligating ni besinya takleh tukar-tukar warna macam braces biasa. Getahnya sahaja berwarna dan sepanjang 3 kali tukar getah ni, aku duk pilih warna merah aje. Hahaha... yee... merah di mana-mana sahaja.

Pada ketika ni, doktor kata gigi pada bahagian ruang kosong bekas cabut tu merapat lebih kurang 1mm setiap bulan, jadi memerlukan kira-kira 8 bulan lagi untuk rapat, tutup lubang. Tapi aku tak kisahlah lama mana pun masa yang diambil sebabnya sangat impress tengok gigi dah jauh berubah dari dulu. Rasa cam magik pulak.

Uniknya, gigi taring yang dulu dah merapat semasa proses merata dengan gigi bahagian depan menjadi satu unit sekarang ni merenggang balik sebab tertarik ke belakang. Mulanya cuak juga sebab dah rapat tetiba renggang balik. Tapi bila doktor explain, barulah mak faham nak...


Sepanjang setahun dua bulan aku pakai braces ni, cuma sekali bracket paling hujung tercabut. Sekali getah tergelincir. Sekali kunci satu bracket terbuka. Lain-lain masalah tak ada, melainkan sengal sikit masa nak makan bila tukar besi atau getah baru. Namun begitu, aku tidaklah juga kurus-kurus sepertimana mitos menyatakan barang sesiapa yang memakai braces akan kurus sebab tak lalu makan. Ye, memang saya tak lalu makan juga kadang-kadang tu... tapi oleh kerana aku ni penggemar segala makanan berkeju dan nescafe, makanya segala diet memang tak menjadi...

Muka berubah ke tidak? Entah, aku malaslah pulak nak bergambar. Tapi bila jumpa dengan kawan-kawan tu, memang kata muka nampak lain. Yelah, dulu mulut kembung, sekarang dah rata sikit dan bolehlah tutup mulut rapat-rapat dengan jayanya... kata doktor, apabila buka braces nanti, lagi senang nak tutup mulut. Mujurlah doktor Chee ni sangat teliti dan berhati-hati. Jadi, tak kisahlah lama mana pun masa yang diambil, asalkan hasilnya 90% sempurna. 

Album perkembangan braces aku kat sini : 

Jurnal Braces (metallic self-ligating braces)

Janganlah pulak ada yang jengkel ye... geli ke apa ke... sekadar berkongsi dengan sesiapa sahaja yang masih rasa ragu nak memakai braces. 

Sampai jumpa lagi... daaaa (*^_^)/~~~
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016