Monday 30 July 2007

Elly Idzlianizar Ilias

July 30, 2007

Hasil pengisian waktu-waktu bosan takde idea nak menulis. Aku malas nak pikir hal2 yang menyerabutkan kepala. Bila melukis, hilang tensen. Hubby aku tanya apsal aku lukis dia, bukannya hensem pun… uih… manislah dia ni…manis2 pemuda melayu… (pada aku la…)

Lynn pulak kata, aku ghairah dengan pelumba bawah umur. Amboi… siap cc kat Lily Suriani (Yong)… hampes betul…

Tapi aku lukis macam tak berapa nak jadi jek… versi aku nampak garang… walhal orangnya manis… nak tengok real pic, pergila ke:

http://www.malaysiancubprix.com

Dia baru je menang pusingan ke 7 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS Sprinta di Litar Kamunting Raya, Taiping semalam.

Info tambahan:
Ingatkan prestasi Elly dah menurun. Rupanya dia tak banyak berlumba tahun ni dan mengalami kecederaan yang serius masa berlumba dalam Asian GP race di Sentul 3 minggu lepas. Dalam sakit2 menang gak dia kat Kamunting kelmarin. Tambah manis bila adik dia, pun menang ke 3 kategori Novis.


Wednesday 18 July 2007

Taekwon-do (ITF) dalam kenangan...

July 18, 2007
Hari ni aku mengimbau kenangan lama… huhu… ramai yang tak percaya aku dulu ada black-belt. Hahaha… agaknya mungkin ramai yang tak percaya sebab melihat size badan aku sekarang kut?
Tapi tadi aku mengemas almari… terjumpalah harta yang paling aku sayang ni… duhai… rindu pulak rasa nak bertaekwondo. Tapi memandangkan badan yang tidak lagi slim seperti dulu dan bertambah kilonya…nak angkat penendang pun dah berat, lupakan sajalah…
Kalau nak ikut sejarah, aku mula masuk Taekwondo (ITF) sejak aku form 1. Tapi masa tu tak aktif sangat sebab jurulatih tu memandang serong pada tubuh aku yang keding (dulu berat x sampai 45kg!)… agaknya dia fikir boleh patahkan tulang aku dengan sekali punch aje… takpelah…
Lepas tu masuk sekolah teknik Kuantan, aku makin aktif… tambah lak masa tu aku dah ada talipinggang biru. Lagipun jurulatih tu, Mr. Lim suka train aku… dan tambahlah pembantu dia Mr Ng yang hensem (huhuu lagilah semangat…) masa dapat talipinggang biru ni aku masuk open tournament kat Kuantan, dapatlah pingat gangsa.
Walaupun cikgu-cikgu memandang serong pada persatuan taewondo dan aku merupakan presiden kat sekolah tu, aku tetap berazam nak dapatkan black belt. Dari talipinggang biru, aku lompat terus dapat talipinggang merah (tak payah calit ). Pastu merah calit hitam. Lepas beberapa bulan, nak naik grade ke black belt. Gila-gila aku training. Kelas tak pernah miss sampai aku sanggup tak study. Sbb aku berazam one day, aku nk jadi jurulatih bertauliah.
Exam dia agak mencabar, sebab aku kena persembahkan pattern taekwondo dari semudah-mudah pattern seperti chon-ji sampailah ch’ung-mu (±10 pattern merangkumi ±258 gerakan), pastu kena sparring dengan budak2 bertali pinggang biru, sampailah talipinggam hitam 3rd Dan. Lepas tu sesi pecah papan dengan memilih beberapa gaya tumbukan dan tendangan. Semuanya non-stop!
Letih woo… tapi sorakan dan tepukan gemuruh kwn2, budak2 SMT yang menyokong, buat aku semangat. Dapatlah aku talipinggang hitam 1st dan…dan diiktiraf sebagai penuntut pertama SMT yang dapat black belt.
Tapi… lepas tu aku tak aktif lagi, bila gi kolej mara Kulim kedah, memang ada kelas taewondo, tapi yang black belt ni tak da jurulatih dan terpaksa melatih budak2 bawah.
Pastu kat UTM, aku aktif masa 1st year je… sempatlah masuk JB Open Tournament, kalah sebab lama x training. Lepas tu tenggelam timbul aku ke kelas… tak ada jurulatih atasan yang boleh melatih budak2 1st dan untuk naik grade…
Masa mula2 datang Selangor ni, ada la juga survey2 persatuaan taekwondo kat sini tapi keadaan kerja tak mengizinkan aku untuk terus aktif.
So, berkuburlah sudah impian aku nak naik grade. kiranya Taekwondo antara salah satu impian aku yang tak tercapai…
Sob~

Saturday 7 July 2007

Seharian di Bandar Rinching

July 07, 2007
gambar kolam anak ikan talapia di wakaf di laman rumah K. Lily.
Seperti yang telah diinginkan sejak sekian lama, akhirnya, aku dan Lynn Dayana, sampai gak ke rumah Kak Lily Haslina di Bandar Rinching… tapi rancangan ini turut dijayakan oleh Umi Azrini yang datang jauh dari Penang… sian dia…hehehe
Awal pagi, Lynn amik aku kat rumah, setelah hubby berhasrat nak guna keta… ke mana pergi, malas lak aku amik tau… yelah, dah dia bagi aku kebebasan… aku pun bebaskanlah dia di hujung minggu ni… hehehe…
Awal pagi dah aku terima SMS dari kak Lily… bertanyakan kul berapa nak sampai… dia mcam dah membayangkan kemeriahan di rumahnya nanti… hahaha. Pastu Laila Kamilia lak tipon… minta tunggu dia di sana dalam jam 1.
Aku kuar menunggu Lynn di bus stop kurang lebih 9.35 pagi.
Kami ke IOI puchong…nak ambil Pizza dan Umi Azrini di situ… oleh kerana terlalu awal… aku ngan Lynn minum jap kat D’ Kayu…
Siap semuanya, bertolaklah kami ke Bandar Rinching… aku pulak tertinggal peta… ingat2 je dalam otak… lepas masuk Tol Kajang, aku dah start mula call kak Lily… mak oii, jauhnya … setelah melalui Semenyih… hehehe… rupa2nya memang jem kat situ… ingatkan Kak Lily memain jek…
Sampai aje umah dia, kami masuk ikut ‘tangga Melaka’ (hahaha… ngada! Walhal gate terbuka luas. Tapi x sempat nak ambil gambar… lupa sebab ghairah berborak…)
Masuk je rumah, kami pun meninjau-ninjau barangan tanpa segan silu… hahahhaa… dan kemeriahan pun bermula… dari ruang tamu, bawak ke meja makan, bawak ke ruang tamu balik… bawak ke belakang rumah… tak ingat berborak…
Lauk pauk berbagai… sian kat Umi, tak pernah makan air masakan tangan, sampai tak angkat muka makan… huhuu… Ada durian gak atas meja, maaf… aku tak makan… bau pun x leh…nanti migrane...
Laila sampai juga dalam kul 2 lebih kut… bertambah lagi kemeriahan… itulah… seronok berborak… yang kesiannya kat Umi laa… hehehe, tu lah... sape duk jejauh… naïf sungguh budak Umi tu…
Sedar tak sedar dah 3 lebih! Huhuhu… lamanya lah duk situ…
Nak balik dibekalkan buah tangan lagi oleh Kak Lily… durian yg belum dikopek, harum semerbak… aduila… kalo x ngenangkan hubby aku yg sker makan durian…pastu dah masuk kete, baru aku perasan panel kerawang pada bumbung kat garaj! Mak oiii!! Cantiknya... x dan amik gambar lagi...
On the way nak balik, dapat SMS dari Lily Suriani yang selamat melahirkan anak perempuan pada 3.40 petang… cantik tarikh… 07/07/2007… dapat gak hajat suaminya nakkan tarikh tu…baik punya planning... hahahha.. btw TAHNIAH Lily yong!
Lepas hantar Umi di Asia Jaya, aku ngan Lynn minum kejap kat Mc D… hajat di hati nak cari novel.. tapi novel di cari x de… aku beli magazine digital painting, RM46.90! tapi sbb nakkan ilmu, pejam mata kuarkan duit…
Kepada Kak Lily Haslina… terima kasih banyak sebab sudi menjamu kami dengan lauk pauk yang sedap2 belaka… sampai gak hajat kami… seronok berbual ngan kak Lily… terima kasih gak atas motivasi yang diberi. Semangat kejap rasanya… Insya ALLAH Taala… saya akan berusaha (wpun x berani nk janji, nak diam2 dulu, hehehe)… apapun Kak Lily… you rock beb! Tabik toin~toin~…
Pada Lynn… mekasih sebab sudi membawa aku ke sana… aduhai.. segan aku kerna asyik engkau yang memandu…
Kesimpulannya : Kak Lily, Lynn Dayana, Laila Kamilia, Umi Azrini dan Lily Suriani… harap hubungan yang terjalin berkekalan selamanya…
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016