Friday 12 October 2018

Tragedi Mendewasakan Penulis

October 12, 2018

Ini kata-kata dari penulis otai yang saya pegang sampai sekarang. Saya dengar kata-kata ni waktu hadir dengan kak Lily Konvensyen Sai-Fai Melayu di PBAKL 2009. Tak pasti orang lain yang hadir, ingat tak kata-kata ni keluar dari mulut Ahmad Patria. 
Tapi kata-kata ni bak pedoman bagi saya sampai sekarang. Saya waktu tu tengah alami krisis dengan satu rumah penerbitan. Rasa terbuang dan down. Sampai tahap jumpa pengurusan tertinggi untuk selesaikan apa yang berlaku. Sudahnya, saya pula yang disuruh minta maaf walaupun orang tu tak pernah edit novel saya. Alasannya, saya sebagai yang muda kena hormat yang tua walaupun apa pun...

Pada akhirnya saya dipinggirkan, tak ada seorang pun yang berani berkawan dengan saya waktu itu sebab saya terlalu berani suarakan pendapat dan pertikaikan apa yang tak kena. Semua takut terkena tulah atau terima nasib sama. Yang ada bagi support kat saya masa tu, cuma Kak Lily seorang. Tapi kesannya, dia dituduh sebagai ketua pemberontak club bunga tabur! Hahaha... nasib kaulah kak Lily. Sudahnya nasib dia pun sama aje dengan apa yang saya kena.

Dan lepas tu, kami belajarlah dari tragedi. Sebab tak pernah dianggap bagus, lekat dalam kepala rasa forever tak bagus... Walaupun kadang2 kami tahu jualan buku2 kami macam mana... memang ada yang betul-betul best seller, memang ada yang slowww masuk peti besi. Hanya dicari orang setelah pupus...

Masuk rumah penerbitan lain pun rasa macam melukut di tepi gantang. Bila ada yang tanya kisah lama, bila cuba nak jelaskan, saya ingat lagi seorang penulis bertauliah, dengan mata terjegil, cakap sinis pada saya, “jangan nak bawak kentang busuk ya?”

Terus saya terdiam dan termalu alang sendiri. Tapi saya semakin belajar diam. Hanya bersuara bila ditanya pendapat atau saya rasa orang itu mahu mendengar cadangan saya. 
Saya memang tak suka penerbit yang cuba sorokkan fakta. Jadi saya belajar selok-belok macam mana dari manuskrip jadi buku, sampailah buku tu kena return balik sebab tak laku... (hahah yang ni sedih)

Bila saya comeback dengan GND, baru saya faham sebab mujur ada penerbit yang telus ceritakan hal perjalanan sebuah buku. Dari meja editor, ke kilang cetak, ke kedai buku, ke penerbit semula.

Pernah rasa bersalah sebab penerbit dah bayar sekepuk, dah reprint berkali-kali pun... tetiba ada baki dari cetakan pertama yang return dari kedai. Padahal aku dah enjoy royalti... haaaa... tu belum masuk berapa banyak penerbit kena keluar kos promosi berbayar di media sosial dan kedai-kedai buku... haihhh...

So, bila 2000 naskah buku saya tersadai (RIC), saya pesan pada bos, tak perlu bayar. Bukanlah sebab saya kaya, jauh sekali tak kaya pun... Kepayahan yang dia harus tanggung tu bukan seringgit dua. Saya tak boleh suruh dia jual kereta dia, gadaikan gelang emas isteri dia... itu kejam!

Cukuplah apa yang dia dah bayar saya selama saya menulis dengan syarikat dia... dan layanan baik syarikat dia yang saya tak pernah dapat sebelum ini di lain2 tempat.

Bukan satu dua royalti buku terpaksa saya halalkan, demi tak nak panjang isu, lagi2 bila masuk bab nak minta balik hakcipta. Saya pujuk diri, itu bukan rezeki saya sementelah buku pun masih ada yang berbaki.

Benda ni sensitif... cerita macam ni, mungkin orang ingat saya macam bagus. Tak. Saya tak bagus mana. Tapi hari ni saya terpanggil nak cerita, agar orang faham kenapa saya begitu, kenapa saya begini...

Bak kata Kak Lily Haslina Nasir, 
“kita claim diri novelis... dapat fame, diberi peluang muncul di TV, media-media, kita bangga tulisan kita beri ilmu kepada pembaca, kita rasa bijak setakuk bila dapat menulis sesuatu, pembaca puji puja kita... tapi rantaian industri kerjaya kita sendiri, kita tak faham, tak pandai baca situasi market. Tak tahu titik bengik editor. Tak faham jerih penerbit cari vendors, yang terpaksa turunkan harga bila kedai buku return buku tak terjual.”

Haa, that’s why saya paling takut kalau buku kena return. Selain royalti mungkin tak ada, terfikir macam mana penerbit nak habiskan buku yang tak laku. Kadang2 harga tak lepas pun kos.

Jadi bila saya jumpa dengan bos-bos rumah penerbitan yang baik, saya bersyukur sangat sebab dulu2 tak pernah merasa diberi layanan baik. Tak tergamak nak besar kepala dan sama-sama cari jalan berdepan situasi gawat, win-win situation.

Sebab tu, kalau terjumpa penulis yang angkuh dan suka cakap besar, saya rasa nak smash. Tapi siapalah mak, kan? Penulis ikan bilis aje... followers pun tak ramai... tidak berhak memberi teguran sembarangan. Kerana saya dah belajar dari tragedi bila pernah menegur keangkuhan serta cakap besar seorang penulis baru yang boleh dikata sebagai anak didik. Sudahnya mak dicop cuba menjatuhkan semangatnya menulis. Itu salah satu tragedi yang membuat saya muhasabah diri, tak layak jadi guru pun.

Terpulang, samada kita nak jadikan tragedi yang menimpa tu sebagai pemangkin untuk kita jadi penulis yang matang dan bertimbang rasa... atau dibenci orang...

Saya selalu percaya, bila kita berbuat baik pada orang, Insya ALLAH Taala, kebaikan tu akan datang balik pada kita. Kadang-kadang bukan dalam bentuk wang ringgit... tapi mungkin peluang membina nama, buku dikenali ramai... atau paling tidak, persahabatan berpanjangan.

Jadi, sebelum ada yang meluat, saya akhiri ocehan ni, dengan salam peluk cium buat kamu semua yang tak jemu dengan R.H... Terima kasih...😘
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016