Sunday 25 September 2011

Siapa kaki 'mandrem'?

September 25, 2011
"Kak Nora... mana buku baru akak?"
"Kak Rose... rindunya nak baca novel dewasa kak Rose..."

Bila pertanyaan-pertanyaan macam ni muncul dekat pages aku atau pun masuk inbox aku, biasanya aku bagi alasan bongek-bongek, like akak MALASSSSS banget yang... akak tunggu idea turun dari langit... akak tunggu dapat hidayah...
Aku malas nak heboh walaupun ada orang cakap aku ni panas baran, tak tahan sabar sampai ada rakan-rakan novelis yang cop aku ni 'novelis kontroversi'. Hah? Aku ke yang kontroversi? APa aku buat ek... rasanya aku cuma pertahankan hak aku je... Tapi sebenarnya, ada masanya akulah manusia yang paling penyabar yang orang lain kalau berada kat tempat aku, kena apa yang aku kena, memang takkan sabar.

Sebelum tulis entri ni, aku berfikir beratus kali, perlu ke tidak aku tulis kat sini. Dan kalau aku cerita pun, orang akan tuduh aku mengarang cerita, "Ala... Nora tu, mentang-mentang tulis cerita seram kat APO?, dia buatlah cerita tahyul bagi alasan kenapa dia tak menulis..." Tapi kalau tak tulis, makin menjadi-jadi pulak hal ni. Macam seronok sangat dia main-main.

Maka, dengan lafaz 'Bismillah'... aku gagahkan jua diri menulis. Mudah-mudahan ini jalan yang betul. Mudah-mudahan hal ni dapat buka mata orang lain.

Actual fact, orang luar memang tak tahu melainkan my hubby and family. Aku pun mula-mula memang buat acuh tak acuh... sebab aku assume yang aku ni memang manusia pemalas. But then, bila one ustaz sound last year, aku terngadahlah kejap. Time tu he said, it's almost setahun lebih dah. Dia cakap macam ni... "penulis jugak, tapi ustaz tak boleh cakap siapa. Yang pasti dia memang nak sekat awak... tak bagi awak menulis lagi dah..."

Time aku dengar tu... aku sengih tak sudah... yelah... sapa la yang nak kenakan aku... macam tak logik aje. Aku bukan ternama pun dan bukannya aku dah kaya raya dengan menulis. Royalti pun semput walaupun buku dah berbaris. Tapi bila si ustaz berkali-kali peringatkan aku, kata si ustaz, sebab bakat yang aku ada, orang cemburu, tak nak tengok aku maju ke depan, barulah aku sedar tak boleh bersikap acuh tak acuh lagi.

Aku selalu sakit kepala. Selalu sakit melepek sampai tak larat nak bangun sampai selalu kena sindir dengan hubby. Walaupun masa tu aku dah rasa tak sedap hati, tapi aku tepis gak lintasan buruk sebab taknak lah terlalu percaya pada benda tahyul. Sampailah satu saat, aku rasa otak aku dah jammed, langsung tak boleh nak fikir nak buat hatta sebaris ayat pun. Time tu aku bergilir, time aku sakit, kak Lily yang sihat, time kak Lily sihat, aku yang sakit. Aku dengan kak Lily dah macam duo pulak. Sampai ada yang beri gelaran bunga rose bunga lily. Sebab tu bila orang sindir-sindir guna 'bunga rose dan bunga lily', sampai tulis dalam intro novel, buat status FB, kami bengang. Nampak sangat sengaja!

sumber gambar : http://ukhwahfillah.com/php-magic-method-fungsi-sihir/

Ada jugak tukang ubat sound aku sebab aku ni malas berubat. Asal nak berubat aje, mulalah aku bagi alasan macam-macam. Tapi bila ada yang kata kalau biarkan nanti jadi penyakit lain, bahaya. So, aku cepat-cepat ke doktor, Alhamdulillah... takde apa. Cuma sakit badan tu macam ada benda yang tumpang belakang aku ni. Rasa nak patah tulang belakang, tengkuk. Rasa malas aku sampai tak terdaya. Hatta nak melukis pun payah, sampai pernah menangis sebab nak lawan rasa malas tu.

Bukannya aku tak pernah ada pengalaman kena santau. Sebab tu aku menyampah sangat kalau orang buat lawak pasal santau ni. Tapi again la kan, bukan semua orang bleh percaya benda ni. Aku pun walaupun tulis cerita seram kat APO? dah bertahun, tapi bila hubby pernah sakit camtu, aku ignore gak walaupun hati kata macam ya. Gigih aku bawak hubby ke hospital dua tahun berulang alik sebab doktor sahkan tirod (hyper). Sampailah kawan baik aku, Intan Nazira, bawak kami jumpa seorang tukang ubat. Dia kata, sakit tirod tu memanglah tapi benda yang sebenar, berlindung kat sebaliknya, sebab tu hubby makan ubat bertimbun pun tirod tetap tak surut, makin tinggi sampai jantung nak pecah adalah.. sampai doktor pun tak tau nak buat apa. Masa tu memang rasa nak menangis sangat sebab memang sah hubby kena santau, badan sampai tinggal tulang. Rumah tangga berantakan.

Lagipun, pernah, waktu kenduri sambut menantu, aku terjumpa ular dalam bilik air. Sekarang ni bila aku recall balik, bagitau kat tukang ubat. Katanya, suami hutang satu nyawa dengan aku sebab ular itu dihantar untuk suami. Kalau suami yang masuk bilik air dulu, sah kena. Sebab perempuan tu dendam sampai mati, kalau dia tak dapat hubby aku, maka dia pun tak mahu aku jugak dapat. Biar sama-sama tak dapat... dahsyat kan dendam manusia ni?

Yeap, itu pengalaman aku dan aku tak tau dari mana datangnya kesabaran untuk aku bertahan almost 10 years. Aku anggap memang jodoh panjang la...

Pasal diri aku ni, malaslah aku nak tulis panjang lebar. Malas nak perincikan keadaan time sakit. Cukup aku bagitau, ada orang hantar pelesit, sebab tu badan aku selalu lebam. Abu mayat, supaya orang memandang aku dengan perasaan benci, muka mandom tak berseri. Patutlah ada orang tegur aku kenapa muka aku menakutkan. Kawan baik aku si Kelly pun tegur benda yang sama. Memang aku perasan, ada je orang tak puas hati dengan aku, marah dengan aku. Tapi sampai sekarang, aku tetap rasa macam tak percaya je dah kena macam tu. Rasa pelik... yelah, siapalah aku kan? Aku menulis sebab nak cari rezeki dan sebab minat bukan sebab nak glamour satu Malaya cam artis. Lagipun ingatkan dunia artis aje ada kaki mandrem... rupanya dunia penulisan pun ada jugak.

Tapi kalau dah bukan seorang ustaz dan tukang ubat cakap benda yang sama, bagi bayangan yang sama, aku nak kata apa lagi? Pasrah? Berserah? Hmmm... susah nak kata.

Tak sangka, ada jugak manusia yang tak nak tengok aku senang. Padanlah macam-macam halangan yang aku dapat. Ada orang sarankan, hantar je balik benda tu... aku pulak kata, tak payahlah... malas nak buat jahat. Cukuplah dia rasa sakit dan letih macam aku rasa... dan kalau betul dia penulis, biarlah dia rasa betapa sakitnya bila tak dapat menulis lagi. Dan kepada yang mengganggu rumahtangga aku dengan cara hitam jugak... ingatlah, ajal maut, jodoh di tangan Tuhan...

Sebab tulah aku selalu pesan kat adik-adik aku, jangan nak bangga sangat cerita kat orang akak kau ni tulis novel. Tak de indahnya. Sebab tu kalau balik kampung, aku paling tak suka kalau sepupu sepapat tanya pasal novel, best tak tulis novel, seronok tak jumpa peminat.

Bagi aku, aku tak ada peminat sebab aku tak suka anggap korang semua peminat. Lebih elok aku anggap pembaca, dan kalau dah jumpa tu kira kawan lah... kan lebih bagus begitu sebab aku ni manusia biasa jugak... masih pakai selipar jepun, tudung RM10 dan baju pasar malam!

Tak ada indahnya bergelar novelis apalagi untuk pengarang macam aku yang tak suka jumpa orang luar dengan gaya glam. Sebab tu kat pages aku, blog aku, aku masih cakap merapu... huhahuha... malas nak jaga imej bagai. Tapi dalam-dalam sempoi aku pun, tak sangka ada jugak orang nak sekat rezeki aku dengan cara 'hitam'. Haihhh... belum lagi aku jadi jutawan dengan menulis ya... kalau dah kaya dengan duit novel esok, silap-silap aku yang 'jalan'! Nauzubillah!

Bila aku cakap sakit, memang ramai yang bagi nasihat dekatkan diri dengan Allah... baca itu, baca ini. Ye, aku tau tu... tapi aku tak sukalah nak bercakap pasal amal ibadat aku secara terbuka... sebab tu urusan aku dengan Tuhan. Terima kasih pada korang yang bagi pesanan macam-macam kat aku, bagi aku tu tanda korang sayang aku dan ambil berat pasal aku.

Kalau ikutkan malas nak cerita benda-benda macam ni. Pantang orang-orang tua.
Lagipun dulu ada manusia pernah sound aku, jangan nak tulis luahan perasaan kat blog... tak payahlah nak bagi semua orang tahu... Cukup aku tulis dan bagi hint dalam cerita-cerita aku kat APO? Rasanya kat situ tempat paling tepat untuk aku ceritakan segala pengalaman mistik aku.

Hmm... well, aku ni nak jadi diri sendiri... malas nak plastik-plastik...

Aku malas nak main kotor sebab aku bukan kaki mandrem. Aku percaya, kalau orang suka aku, sebab memang orang ikhlas suka aku, tak payah nak guna ilmu penunduk. Aku tak nak mati mata tak rapat, mati terseksa atau roh bergentayangan sebab amal ilmu hitam atau melalui zaman tua dalam keadaan nyanyuk tahap orang giler! Tapi aku nak kepada manusia yang berhati hitam itu... bertaubatlah, jangan guna cara hitam untuk sekat orang lain.
Enuff said, I already tired wif ur game!
Biar Allah ajelah yang balas segala perbuatan kamu.

Aku tau, mesti ada yang menyampah kat aku, akan mencemik sinis kalau baca pasal ni. Suka hati kamu sebab kamu tak kena. Lagipun aku tak kacau hidup kamu, dan kalau kamu menyampah sangat kat aku tak tentu pasal, selidik dulu hati tu, hitam atau putih.

Terpulang macam mana korang nak menilai. Terima kasih atas doa dan sokongan korang yang 'sayang' aku! Love uols!

Sekian, terima kasih.


Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016