Tuesday 20 January 2009

Lagi Komen - Dari Blog GENGKICAP

January 20, 2009

Mulanya Satu Cinta


Tajuk : Mulanya Satu Cinta
Penulis : Rose Harissa
Penerbit : Alaf21
Harga : RM18.00
Cetakan Pertama: 2009
Genre : Romantik
Bintang : 4

-------------------------------------------------------------------------



“...Rindu itu subjektif, sayang itu universal..tapi cinta itu hakiki, tak boleh dijual beli..”

Apa Kata Saya :

Setelah 3 novel dilahirkan penulis muda berbakat besar ini , kemunculan novel ke-4 yang merupakan novel terbaru beliau bersama Alaf21 ini sememangnya mengulangi kejayaan novel-novel beliau sebelum ini. Mulanya Satu Cinta (MSC) amat dekat di hati para peminat novelis comel ini. Saya sangat menggemari gaya penulisan beliau yang sentiasa segar, santai namun mengujakan di samping sulaman elemen-elemen romantik nan cantik dan tidak lupa menyelitkan mesej kekeluargaan cukup bermakna untuk dihayati khalayak pembaca.

MSC membawa pembaca menyusuri kehidupan seorang duda muda ; Eddy Ezli, jurutera rangkaian yang bercerai dengan isterinya; Khairina tatkala masih menuntut di luar negara kerana kecurangan isterinya yang berpaling kasih pada lelaki lain yang lebih berkemampuan dari segi material . Dengan kepayahan hidup di sana, Ezli menjaga satu-satunya anaknya, Adli Afizan a.k.a Afi sejak berusia 2 bulan. Ini menjadikan hubungan antara kedua beranak itu begitu akrab dan sekembali ke tanahair Afi dijaga oleh ibu Ezli hinggalah tatkala Afi mahu memulakan persekolahan, ibunya tiba-tiba ingin pulang dan tinggal di kampung. Disinilah bermulanya masalah Ezli dan pencarian untuk mendapatkan pengasuh untuk anaknya itu menemukannya dengan Iryanie.


MSC membawa tema kasih sayang yang sarat dengan mesej tersirat si penulis berbakat ini .Ia tema yang cukup indah dizahirkan penulis kerana jalan ceritanya penuh elemen kasih sayang yang tidak terbatas sempadannya.Penulis menggarap begitu indah rantaian hubungan istimewa ini sehinggakan kita cukup tersentuh dan merasai tiap detik yang dilalui watak-watak dalam cerita ini.Paling istimewa, paling menyentuh tatkala Ezli berjuang denga tuntutan hadhanah dari bekas isterinya yang cuba sedaya upaya dan pelbagai cara untuk mendapatkan Afi semula dari tangan Ezli.

Plot cerita berjajaran kronologi dan ia disempurnakan dengan begitu baik oleh penulis. Biarpun ada dalam situasi tertentu penggunaan flashback digunakan, ia bersesuaian dengan motif penyampaian jalan cerita agar lebih mudah difahami dan diikuti oleh pembaca.

Perwatakan yang dibina penulis dalam MSC menampilkan sang heronya sebagai peneraju utama. Penulis seperti pro lelaki dalam persembahan dalam naskhah ini namun bagi saya ia bertepatan dengan jalan cerita yang ditampilkan beliau. Eddy Ezli diperlihatkan penulis sebagai lelaki yang agak sempurna pakej fizikalnya namun pengalaman pahit dari perkahwinan pertamanya menbuatkan dirinya agak tidak mesra alam dengan para wanita yang diluar lingkungan kelurganya. Saya cukup tertarik cara penulis menampilkan watak Ezli, sapa tau disebalik kegarangannya yang seperti harimau jadian itu, rupa-rupanya dia anak manja mak!

Begitu juga keterampilan dengan Iryanie yang cukup manis dipotretkan penulis. Perwatakan Iryanie nampak begitu sejuk dimata..kita juga jadi kesian padanya tatkala dia dilanda musibah yang bukan dipintanya dan dia dijauhi semua insan hatta rakan akrabnya, Hana. Perwatakan Afi, budak kecil berusia 7 tahun nampak cukup menyakinkan..penulis bijak menzahirkan perwatakan anak kecil yang ketandusan kasih ibu sejak kecil menerusi watak Afi ini. Watak antagonis Zamri juga cukup berkesan dipersembahkan penulis hingga membuatkan pembaca meluat dan rimas pada wataknya.Tidak ketinggalan watak Khairina yang cukup menjengkelkan sekali..menyampah sungguh!

Penggunaan laras bahasa cukup santai, tiada penggunaan istilah-instilah yang keterlaluan atau memualkan deria telinga. Penulis bagi saya semakin bagus dalam pengolahan bahasa dalam karya beliau dan seperti biasa ada selitan lirik lagu kumpulan muzik sebagai perencah jalan ceritanya, saya rasa penulis ni memang meminati dunia muzik indie agaknya...hehehe

Buat penulis muda dan berbakat besar ini, tahniah diatas kelahiran karya terbaru anda ini. Semoga anda akan terus cemerlang berkarya dipersada seni penulisan kreatif tanahair dan terus gigih memenakan catatan kisah-kisah buat tatapan pembaca juga peminat-peminat anda. Buat pembaca,Mulanya Satu Cinta sememangnya sangat manis dihayati, jika mahu sama-sama merasai kemanisannya, pastikan anda mendapatkan segera.

______________________________________________

Terima kasih banyak-banyak kucc laling... terharu aku dibuatnya... nanti aku hadiahkan penanda buku MSC eh? hehehe....

Saturday 17 January 2009

MULANYA SATU CINTA

January 17, 2009
Petikan dari laman web : KELAB PEMINAT ALAF 21

Ulasan Novel : Mulanya Satu Cinta - Rose Harissa

Tulah… jangan terlalu benci jangan terlampau ego. Konon tak suka… konon tak akan tergoda jauh sekali terpikat, tak mustahil kata-kata itu memakan diri sendiri. Bila dah terjadi barulah mandi tak basah, makan tak kenyang dan tidur tak lena sebabnya merindu dan asyik terbayang-bayang lebih-lebih lagi kalau orangnya baik budi bahasa dan cantik pulak dipandangan mata. Sapa yang susah... lu pikirlah sendiri bro…

Itulah yang terjadi pada Eddy Ezli, seorang duda anak satu yang cukup ego dan sombong dalam tega mempertahankan kejituan sekeping hati dari diceroboh oleh insan bergelar perempuan. Hidup yang selama ini diuruskan oleh ibunya tiba-tiba berubah bila si ibu nekad untuk pulang dan menetap di kampung setelah sekian lama kembali menjadi tempat si anak bermanja dan bergantung harap. Kalut Eddy Ezli jadinya bila keputusan si ibu tidak dapat dipujuk jauh sekali diubah. Dalam rela penuh keterpaksaan dia mengikut saranan ibunya agar mendapatkan seorang pengasuh bagi anak lelaki kesayangannya Afizan. Maka bermulalah perubahan dalam hidup lelaki berstatuskan duda itu

Kehadiran. Iryanie cukup disenangi bukan sahaja oleh ibu Ezli malahan anak lelakinya membuatkan lelaki itu sengaja menyembunyikan sikap sebenarnya. Iryanie dijadikan teman bertelagah, berbalah hingga sukar mencapai satu persetujuan. Dia sengaja menyulitkan keadaan yang sepatutnya berjalan dengan mudah. Sindir menyindir bagai rencah yang menyempurnakan perjalanan harian mereka. Bukan Ezli buta dalam melihat kebaikan gadis itu, tapi pengalaman masa lalu bersama bekas isterinya Khairina menjadikan lelaki itu bagai fobia untuk mengakui segala yang dimiliki oleh Iryanie.

Berbagai kisah hadir sepanjang kehidupan harian mereka. Kemunculan Khairina yang ingin merampas kembali Afizan dari tangannya amat menyiksakan hingga kes menuntut hak penjagaaan dibawa ke mahkamah. Khairina tidak berpuashati dan kemuncaknya adalah tindakan nekad separa gila melarikan anak itu hingga membuatkan Ezli benar-benar terpukul.

Dapatkah bersama anaknya kembali… Sebagai lelaki normal, mana mungkin dia mampu untuk terus-terusan menutup dan menafikan bahawa nalurinya memerlukan belaian seorang yang bergelar isteri malah lebih penting anaknya amat membutuhkan kasih sayang seorang ibu hinggakan tanpa keizinan Ezli anak itu memanggil Iryanie dengan panggilan ‘Mama’.

Mampukah Ezli mempertahankan tugu keegoannya dan menolak Iryanie sejauh mungkin dari hati yang sudah mula menggoyah kasih??? Mengapa Iryanie tega membiarkan dirinya terjebak dalam sebuah perkahwinan paksa yang nyata tanpa relanya??? Apakah Afizan akan menerima Khairina sebagai mamanya semula sedangkan dalam jiwa anak kecil itu sudah ada Mama lain yang lebih disayanginya… Mulanya satu cinta punya jawapan pada tiap persoalan dan percayalah anda tidak akan bosan malah mahu berganjak sebelum tahu apa kesudahan kembara mereka semua.
Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli

“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

Apa kata aku sebagai pembaca

First time aku buka helaian pertama hati aku dah terpikat… bahasa santai yang cukup lepak yang digunakan oleh penulisnya aku rasa relex bangat. Gerek seh...Tak berat dan tak berserabut dengan plot yang digarap cantik bersulam dengan flashback dalam kronologi yang tak akan menyesatkan pembacaan. Tidak mudah hilang fokus dalam menghayati apa yang cuba disampaikan dalam tulisan penulisnya kali ini.

Segalanya smooth mengikut aliran bacaan kita, tapi kekuatan wataknya akan mengikat mata untuk berganjak sebelum menuju penamat. Aku tak tahu pada orang lain, tapi apa yang jadi pada aku adalah aku gunakan waktu yang sepatutnya aku lena untuk habiskan buku ini. Dalam erti kata lain, aku tak tidur gara-gara Mulanya Satu Cinta dan natijahnya esok aku ke office dalam keadaan mata yang sedikit sembab sebab tak tidur…. Hehehehehe tapi aku puas dan rasa berbaloi… Thanks Rose walaupun hang dah rompak masa rehatku yang sepatutnya.


Apa yang aku lihat dari tiap buah tangan Rose Harissa adalah heronya malah tak keterlaluan kalau aku katakana Rose cukup sinonim dengan symbol The Handsome Hero dalam tiap novelnya. Bermula dari Azalan dalam Berikan Cintamu, Ady Rafizal untuk Cinta Mekar Di Hati dan kini muncul pula Eddy Ezli bersama Mulanya Satu Cinta... Ceh! Tangkap jiwang seh… tapi itulah daya imaginasi yang dimiliki oleh penulis bernama Rose Harissa.

Tahniah sekali lagi dan aku perhatikan Rose sudah belajar dari kesilapan masa lalu. Kali ini lebih melakukan research dalam isu berkaitan dengan hukum dalam agama. Good jobs…

Itulah sikap yang harus dimiliki oleh setiap yang insan yang ingin bergelar penulis. Peka pada pandangan dan teguran pembaca kemudian memperbaiki dari masa ke semasa.

Mulanya Satu Cinta....
Meresap dihati terus ke jiwa Meski cuba ku tolak, ku humban dan ku nafikan Tapi nyata aku diburu kegagalan Bila wajahmu sering menggamit di pandangan Walau hakikinya aku tetap terlentang Di sebuah kamar yang masih kosong keseorangan….



Berikan Cintamu...
Pada aku yang sudah lelah menanti Mengharap dalam anyaman sebuah pencarian Menanti bersama sejuta impian, Biar ianya masih diawangan....

Cinta Mekar Dihati
Malu untuk ku akui Lantaran sukar untuk ku gapai dalam reality, Antara kita masih punya jurang Masih ada yang menghalang
Namun cinta yang mekar tak akan ku biarkan layu
Pu3Salju...


___________________________________________________

Jutaan terima kasih kepada Pu3Salju kerana sudi meluangkan masa membaca karya-karya Rose Harissa yang tak seberapa itu...

Thursday 15 January 2009

Komen Dari BRUNEI...

January 15, 2009
Komen dari Liza @ Asfa86 dari Brunei tentang MULANYA SATU CINTA

Salam rose...apa kbar? Semoga rose sehat disamping keluarga tercinta tentu masa ni kurang sibuk? Or masih setelah selsai melahirkan buku MSC dan sibuk kerja or tugas2 kerja urang perempuan tak pandai selsai maklumlah kerja rose terlalu sibuk dgn tugas yg bermacam2 rose jawat..maksud liza tugas2 yg rose pegang seperti urusan rumah, menulis, mereka, dan melayan kerenah peminat ruang blog, tapi rasa2nya seronok rose, liza pula dirumah dgn masa dihabiskan membaca buku tak ada bakat lain melainkan mengurus rumahtangga liza dan megulang kaji buku saja.. ada masa liza masuk blog rose n kak yati, ni pun ambik masa sikit nak bersembang dgn rose sal buku MSC,

k, sal MULANYA SATU CINTA..liza rasa buku ni bagus dari jlan certanya membela lelaki yang ditinggalkan isteri yg curang dlam bercinta or curang dalm berumah tangga, dibrunei kes macam ni jarang kedangaran tapi suami menduakan isteri banyak termasuk isteri yang menduakan suami...tak lah tahu kenapa banyak terjadi diakhir zaman ni kes mcm ni berluasan..

tapi dalam MSC bagus dibaca untuk semua kerana peranan certa tu umum maksud liza sesiapa saja boleh membaca tak kira tua/muda yg penting minat membaca, kesah EZLI seorang lelaki yg kawin waktu masih jadi pelajar dan tanpa keluarga ditingalkan isteri, berjuang untuk anaknya afizan, membesarkn anak yang baru lahir diluar negara tanpa bantuan sesiapa kecuali fuad kawan rapatnya dan kawin dgn KHAIRINA gadis yg pentingkan kesenangan. Dgan sifat yg ada pada khairina yg bolah dikatakn kurang adat, hilang sifat ketimuran dalam gadis melayu..

dan akhirnya sebuah perkawinanya yg dibina atas dasar cinta.. tinggalah Ezli meneruskan penghidupan membesarkan anak tanpa isteri dgan pertolgan ibunya FARIDAH. Liza suka watak Faridah, menjadi contoh pada ibu2 yang mana perananya sangat penting dan menghidupkan jalan certa MSC termasuk mencarikan pembantu untuk menjaga anak Ezli. AFIZAN dahagakan kaseh sayang seorang ibu, dgan hadirnya IRYANIE seorang pelajar yang memerlukan wang untuk meneruskan penghidupannya dgan sifat keibuan dan kurang kaseh sayang dari kelurganya termasuk kak tirinya, sifat keibuan yg ada padanya membuat afi senang dan jatuh sayang pada iryanie sehingga memanggil iryanie mama.

dan sedih liza membaca saat ia dipisahkan waktu perkawinan iryanie, dan liza rasa sifat iryanie yang mendiamkan diri dgn masalahnya membuatkan liza marah..hi sakitnya hati aku..sehingga saat ia dikawinkan dgn zamri liza terkejut tak terfikir oleh liza mereka kawin dan sifat zamri ya Allah ganasnya... sehingga terlanjur antara zamri dan suhaina dan disedar oleh iryanie dan watak2 yang lain termasuk ishak, johan,hana dll.

bertambah seronok jalan certa MSC saat pertemuan antara Ezli dan iryania, bertengkar dan waktu saat Ezli bermanja dgn ibunya dan bagi liza jarang penulis menulis certa tentang lelaki dan setelah selesai membaca buku MSC banyak pengajaran dlam cerita MSC termasuk untuk Ezli, khairina, iryani.

dan rose bertambah lagi kemantapan buku2 yang rose tulis, ada kelainan dalam buku MSC sama bagusnya dgan SDH.. dan jalan certa yg baik, bahasa yg mudah difaham dan bahasa jiwaang dlm bercinta hiii sukanya aku..

dan tahun 2009 liza harap banyk lagi buku2 rose akan terbit tetapi yang penting jalan certa, mudah faham bahasa yg senang maka ia disuka pembaca dan moga2 nama ROSE HARISSA sebaris dgan NB, RAMLI AwG MURSid, AISYA SOFIA dan penulis2 yg lain..

liza jadi pembaca saja cukup lah..akhir kata menulis lah semoga apa saja yang rose buat diberkati ALLAh dan mohonlah pda allah moga diberi ilham menulis..hingga jumpa diemail akan dtg...salammmmm

___________________________________________________________
Buat Liza, terima kasih banyak-banyak!

Wednesday 14 January 2009

Bila Isteri Kerja Freelance...

January 14, 2009
"Tak reti nak angkat telefon?"
"Tak gunalah ko ni... SMS pun malas nak balas?"

Itu antara komen dari kawan-kawan yang aku terima kebelakangan ni. Aku tertekan . Terasa benar-benar sibuk. Satu-satu kerja kena siapkan dan adakalanya aku rasa nak nangis. Apa yang sibuk sangat? Aku memang kerja freelance... tapi ketahuilah bahawa kerja freelance tidak semudah sebutannya. Tidak 'free' apatah lagi bila sudah bergelar isteri...

1) Masak (wajib masak kalau tak hubby tak makan lak)
2) Basuh pinggan mangkuk (setiap hari kena buat... )
3) Basuh baju (kena basuh kalau tak nanti berlunggun dalam bakul)
4) Kemas rumah (tak seberapa sebab tugas mengemas dan menyapu rumah biasanya hubby sukarela yang buat pada hujung minggu )
5) Siapkan manuskrip (ada dua manuskrip yang wajib aku siapkan... erkkkk! )
6) Buat ilustrasi (perlu ada stok selalu)
7) Buat cerpen dan artikel APO? (samalah... ni perlu ada stok selalu... bak kata aku pada Kak Su, ni duit belanja dapur! )
8) Buat cover (rasanya sudah jadi residen artist NBKara... sori kak Yati , saya mengangkat diri... hik hik hik)
9) Belajar mewarna digital (teringin nak buat bovel grafik suatu hari nanti... )
10) Awasi pesanan buku secara online (yang ni gatal tambah komitmen... bukan nak cari untung tapi hendak memudahkan pembaca membeli terus dari aku dan tak payah tercari-cari di kedai, siap bagi penanda buku aku buat sendiri lagi... semuanya untuk kepuasan pembaca novel-novel aku.)

Itulah dia antara rutin hidup aku yang setakat ni cukup menyesakkan nafas aku. Tadi makin sesak nafas bila menerima panggilan dari saudara Ikram PTS untuk menambah nilai Evolusi Elly. Kami sama-sama mahu ia menjadi sesuatu jadi aku iyakan saja dan cakap boleh... ya, aku ni semuanya akan cakap boleh... tapi pastu? Harapnya pengorbanan ini berbaloi suatu hari nanti. Walaupun buku ini benar-benar menguji kesabaran dan komitmen aku, tapi aku sanggup harung jugak. Yang elok tetap ada habuannya kan? Esok kena habiskan masa di ofis Malaysian Cub Prix di Kajang. Pilih sendiri gambar-gambar Elly yang menarik untuk dimasukkan ke dalam buku. Pagi Jumaat, dah janji nak jumpa saudara Ikram dan saudari Nisa di ofis PTS.

Kedengaran macam huru-hara kan? Tapi semua yang di atas mengajar aku menjadi lebih gigih, lebih kental dan lebih fokus dan komited ! SDH dan MSC yang keluar dalam jangka masa terdekat adalah ubat segala rasa sengsara aku sepanjang menulis. Apatah lagi SDH yang diterima baik oleh pembaca dan... ! Alhamdulillah! MSC pula ada penyembuh semangat aku untuk terus menulis.

Oh... tetiba teringat... masih hutang 2 assignment dengan Kak Yati! Eh? 3 sebenarnya! Adehhh...!!

Pada saat ini aku cuma perlukan pengertian dari hubby... mujurlah, dia mengerti dan tak banyak songeh!

Friday 9 January 2009

MULANYA SATU CINTA

January 09, 2009
SUDAH TERBIT!!!


Tajuk : Mulanya Satu Cinta
Harga RM18.00
MS: 496
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Terbitan : Januari 2009

EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.

Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.

Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.

Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya 'mama'. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.

Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.

Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?





Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli


“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”

__________________________

ALHAMDULILLAH.... novel yang aku nantikan sudah terbit. Novel ini paling aku tunggu kerana novel ini sangat mudah untuk aku siapkan kerana flow ceritanya mengalir tanpa henti. Pendek kata, aku menulis cerita ini tanpa gangguan 'writer's block'. Bahkan Eddy Ezli adalah hero yang paling aku suka. Hero yang buat aku teruja untuk siapkan cerita ini. Dinilai sebagai keras hati, sombong oleh sesiapa sahaja yang tidak mengenalinya secara peribadi. Tetapi dia sebenarnya seorang yang sangat penyayang. Memang aku rasa dekat dengan Ezli. Apatah lagi dengan dorongan editor aku, Kak Ruby yang sama-sama berinspirasi ketika mengedit cerita ini.
Menghidupkan watak Ezli memberikan keseronokan untuk aku . Idea yang terhasil ketika aku terlihat seorang jejaka berwajah manis berjalan berpimpin tangan dengan budak lelaki berusia lingkungan 7 tahun di Carrefour awal tahun lepas. Bila mendengar budak tu panggil papa, aku terkejut. Tercari-cari kelibat isterinya tetapi tak jumpa. Terus terlintas dalam hati, agaknya dia duda? Mudanya! Ketika itulah tercetus idea dalam kepala dan aku terus menulis. Apa kata aku tulis cerita tentang lelaki pula yang mempertahankan hak penjagaan anak. Selama ini kan asyik perempuan aje yang dibela. Jadi apa akan jadi kalau lelaki pula yang menghadapi situasi sukar tu. Aku memang sentiasa mengimpikan untuk menulis cerita yang ringan tetapi manis dikenang serta penuh pengajaran.
Semoga terhibur membaca MSC ini.
Bila lapang nanti aku akan tampalkan gambar Ezli di sini.

Sunday 4 January 2009

SERASI DI HATI

January 04, 2009
SDH
Mula baca: jumaat 02012009
Habis baca:ahad 04012009

Watak:

ZZE--> seperti biasa u did a very good job dalam membina watak hero kali ini. Dengan hanya membaca sahaja mmg kita dapat membayangkan rupa segak dan kacak si Zarul. Dan seperti biasa hero dalam novel ini tidak mengecewakan. Heheheh membuai perasaan betui ler!

INTAN EDRINAZ--> hmmm.. ada ker isteri yang sangat setia macam edrinaz ni? I mean bule bagitau from A to Z? ada rasanya.. n mmg la dia ni sangat sesuai menjadi isteri mithali.. n I like her..Cuma terkilan masa dia kena memilih antara azman dan zarul..

SHAMSUL AZMAN-- > I think I could strangle his neck! Mmg tidak berhati perut! Manusia jenis apa dia ni eik? As a husband, dia ni mmg fail! Ada ker suami yang tak jealous? Ada ker suami yang hati batu cam dia ni?

DATIN ZALINA ASHA-- > woooo..she was too much! She was too much! I really hate her..mmg tak sedar diri kan kan..
Wakakakka puas hati betul bila zarul bagi satu penampar kat dia after what she did to edrinaz..
One thing kan rose..u mmg Berjaya membentuk watak zalina ni..
Sampai bertanya jugak dalam hati ni :- eh seme mak datin muda ada anak ikan ker ? hehehehhe
Ending watak zalina mmg tidak menghampakan.. sesuai la dengan segala kejahatan yang dia dah buat tu kan..

Plot: bila habis setengah buku..
Jalan cerita dia mudah dan tak berbelit..
Rasa macam ada 3 bahagian..bahagian pertama ..zarul berkenalan dengan edrinaz…bahagian kedua .. zalina membalas dendam.. bahagian ketiga..at this moment tak habis baca lagi..

Baru habis baca! 04012009..
Well plot dia okay..best..seperti biasa dengan hero yang camtu mmg membuai! Heheheh
Tapinya tak puas la.. I just hope that u add at least satu atau 2 bab after zarul ngan edrinaz berumahtangga..
Meaning..tunjuk a few things yang si azman tak buat kat edrinaz tapi zarul buat..buat comparison..
ni sikit bangattt..tak puas betul! Hehehehehe
(seperti biasa la kan nak terbuai sampai lena! Hehehe)
Plot suspen mmg menjadik..especially towards the end tu.. ingatkan si zarul yang gi Brunei..
Plot romantic yang akhir sekali tu pun best..uhwaa best best..
All in all..mmg thumbs up lar..
Congrats!
___________________________________________________________

Komen di atas aku terima melalui emel tadi. Terima kasih kepada kak zah (violet winsfield) kerana sudi meluangkan masa membaca novel epal ijau dan memberi komen. Many thanks sis darling!

Thursday 1 January 2009

PENGARUH FILEM SHUTTER

January 01, 2009
Semalam tengok lagi filem Shutter ni kat TV9. Ala... filem seram yang si hensem Ananda Everingham berlakon tu. Dah berapa kali dah tengok. Citer ni aku tengok banyak kali pun tetap terkejut walaupun dah hafal kat mana hantunya keluar. Hari ni aku sakit tengkuk masa tengah ralit hadap PC. Hubby yang baik hati tolong picit dan letak minyak angin. Tapi mulutnya membebel.

"Selalu sangat sakit belakang la... sakit tengkuk laa..."
"Dah tu... saya ni menghadap komputer 24 jam..."
"Meh, saya tangkap gambar awak..."
"Eh? Nak buat apa pulak tangkap gambar saya cenggini?"
"Yelah, awak selalu sakit belakang... mesti ada hantu bertenggek kat bahu!"

Hubby gelak-gelak... aku dah menjeling. Aku dengan selambanya menjawab,

"Ah, takdenya hantu nak bertenggek. Ex-boyfriend saya semuanya hidup lagi!"

Hubby dah tergelak panjang. Aku? Sengih aje sebab dapat kenakan dia balik.
Sengal kan gurauan kami?

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016