Saturday 18 December 2010

...DAN CINTA PUN TERSENYUM - Komen dari Azrin Rusdan

December 18, 2010



Novel terbaru aku, "...Dan Cinta Pun Tersenyum." baru sahaja memasuki pasaran sejak Isnin lalu. Aku adalah orang yang paling gembira sebab hajat dan cita-cita nak buat novel dwi-bahasa menggabungkan dua negara macam sinetron, termakbul di bawah naungan NBKara Sdn Bhd. Setelah Ezli, aku akui, Ervan adalah hero yang paling aku sayang. Aku mula tulis sejak 2008. Kemudian bila dah siap, serahkan pada penerbit, ada pula masalah menimpa. Lama aku 'simpan' Ervan ni sebelum betul-betul dapat semula semangat untuk serahkan kepada NBKara.

Alhamdulillah, kebanyakan yang dah baca, memberi komen positif walaupun ada yang mengakui agak susah sebab ada beberapa perkataan yang tak faham dan kena rujuk nota kaki. Tapi itulah tujuan aku sebenarnya... hehe...

Sebenarnya sebelum ni dah berjanji pada diri sendiri, takkan tampal dah komen-komen pembaca. Tapi emel dan komen panjang lebar dari Azrin Rusdan, buat aku tersenyum sampai ke otak! Haha...nak tau sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak komen yang aku terima, Azrin berjaya mendeteksi serta menghuraikan apa yang aku cuba ketengahkan dalam "...Dan Cinta Pun Tersenyum."

Terima kasih Azrin...kak Rose terharu sangat-sangat. Jadi kat sini, aku kongsikan apa yang diperkatakan oleh Azrin.

Salam buat Kak Rose…

Saat akak baca email ni, saya telah selamat khatam … Dan Cinta Pun Tersenyum… Oh! Saat ni saya masih tersenyum sorang membayangkan Ervan (Si Cowok Super Pongah itu!) dan Surihani (Si Cewek Jutek!!). Actually, dah lama menanti buah tangan terbaharu akak selepas WCW dan SKnC. Bila surf internet hari Ahad hari tu, tengok poster DCPT terpampang kt blog akak. Wah! Hari Isni jugak saya ke Minerva utk dapatkan DCPT. Tak sabar nak baca buah tangan terbaru akak, dalam train jugak saya terus mulakan kisah Ervan – Surihani ini…. Ok! Cukup-cukup mukadimahnya.. terus ke komentarnya ya kak! Hehehe…

Saya tak ragu-ragu melabelkan DCPT ini merupakan KARYA TERBAEK Rose Harissa@ Nora Ismail. Bagi saya, akak melakar plot DCPT dengan sangat baik dan kemas. Bermula dengan kisah Ervan dan diselitkan pula dengan kisah Surihani sehingga akak pertemukan mereka di Pulau Besar. Semuanya terlakar dengan baik dan SWEET! Dan part yang paling BEST tentulah kisah mereka yang bagai anjing dan kucing itu. Saat ini, sememangnya saya tersenyum, ketawa dan tersengih sorang-sorang. Cara akak melakar part mereka berantem tu…. Wah! Saya rasa memang mereka betul-betul berantem depan saya! Sememangnya tak dapat dinafikan, kelebihan akak dalam mencorak part-part mereka bergaduh tu… memang kecoh banget!

Then… masuklah part BUNGA-BUNGA CINTA antara mereka. Ok! Seriously part ni memang SWEET banget! Macam mana pulak si Super Pongah ni boleh suka dengan si Cewek Jutek ni?? Sekali lagi akak berjaya melakar kisah mereka saling jatuh cinta ni dengan sangat baik. Saya pun sampai ketawa sorang-sorang bila mereka ni saling keliru macam mana pulak boleh tersuka antara satu sama lain. Hehehe… Oh! Saat saya berangan-angan mereka akan BAHAGIA… Tiba-tiba… DUMM!! Mulalah pulak part yang sangat SEDIH. Meneruskan pembacaan saat kecelakaan menimpa mereka, tak ada lagi part saya tersenyum sorang-sorang. Yang ada hanya rasa KASIHAN dan SEDIH! Kesian sangat kat Ervan dan Surihani. Sedih memikirkan mereka tak sempat berkencan. Tapi MARAH jugak kat Ervan sebab terus-terusan tak menerima keadaan dirinya. Lagi marah kat dia sebab terus-terusan menolak CINTA Surihani. Kesian kat Surihani… Ending part… akhirnya Ervan menyesal jugak. Dia mula ada keyakinan diri and paling penting dia kembali pada si Cewek Jutek. Yeah!!

DCPT memang lengkap semuanya kak! Sebuah kisah cinta yang saya rasa sangat AGUNG! Kelebihan akak, akak sangat pandai melakar watak-watak! So, bila membaca saya dapat bayangkan betapa gantengnya Ervan dan betapa sweetnya Surihani (tapi of course la, kelebihan akak dalam menggambarkan watak hero-hero novel akak!). Kadang-kadang, bila membaca kita terasa pesona watak-watak yang telah akak lakarkan. Memang tak dapat dinafikan itu adalah KELEBIHAN akak.

Dari segi gaya penulisan pulak… Well done kak! Gaya penulisan akak sangat santai, simple dan tak memberatkan (kalau baca tak peninglah…). Tapi, apa yang paling saya KAGUM adalah kefasihan akak dalam menggunakan bahasa Indonesia. Jelas menunjukkan yang akak STUDY dulu sebelum menulis kisah ni. Tahniah kak! Satu lagi pujian buat akak adalah GAYA PENULISAN akak… Bila bercerita pasal Ervan, jelas akak menggunakan gaya bahasa ala-ala Indonesia. Bila bercerita pasal Surihani, akak gunakan gaya bahasa ala-ala Malaysia. Bila dipertemukan, menghasilkan gaya bahasa yang cukup ASYIKKK! Hehehe… Kadang-kadang masa saya membaca, saya rasa macam tengah baca novel dari seberang pulak. Hehehe…

Kalau bab perasaan-perasaan ni… Kak Rose punya touch memang tak dapat disangkalkan lagi lah. Semuanya cukup, macam yang saya bagitau pada awal tadi, saya selalu tersenyum sorang-sorang, ketawa, geram, marah dan sedih (semuanya boleh saya rasakan… bila sedih tu memang rasa sebak, tapi xlah sampai menangis.. hehe). Well done kak!

Jujurnya, novel akak kali ni memang karya akak yang TERBAIK. Malah lengkap dengan pengajaran yang membuatkan saya terngadah.., Kesempurnaan hanyalah pinjaman dariNYA, bila-bila DIA boleh tarik kembali KESEMPURAAAN tersebut. Saya insaf sendiri. Dari segi pemilihan tema, akak berani gunakan tema lain daripada yang lain. Erm…saat dua negara ini tengah berantem, saya rasa DCPT boleh menjadi salah satu wadah untuk membuatkan dua negara ini bisa berdamai ( saya harap novel ni dapat dipasarkan kat Indonesia!). Saya jugak bisa belajar bahasa Indonesia jugak kak! hehe…

Oklah kak! Cukup-cukuplah saya membebel ni. Saya harap komentar saya yang tak seberapa ni dapat diterima oleh akak. Sebagai peminat setia ROSE HARISSA tidak ada apa yang dapat saya berikan selain komentar yang enak-enak aja! Hehe…. Sekali lagi, well done kak! saya menanti buah tangan akak seterusnya…

… Dan Cinta Pun Tersenyum… Kisah Cinta Agung Ervan-Surihani… Karya TERBAIK Rose Harissa!!!

Ikhlas daripada peminat setiamu! Hehe..

-azrin-


Apa yang aku bold dengan warna merah tu adalah apa yang aku cuba nak sampaikan... memang hajat aku, mahu menyampaikan apa yang baik tentang dua negara serumpun ni. Memang, aku nak hilangkan persepsi negatif antara dua negara ni. Memang dari dulu aku berhajat nak buat novel berbahasa Indonesia-Malaysia ni sebab nak mengetengahkan keunikan bahasa yang mungkin sekarang ni kita sendiri dah jarang guna walaupun ada dalam kamus bahasa.

Apapun, terpulang kepada selera masing-masing untuk menilai naskah terbaru aku ni... aku kan sering terima apa adanya? hehehe... tapi sungguh, sampai sekarang, komen Azrin ni buat aku rasa nak tersenyum aje sepanjang hari... hehe... Terima kasih Azrin!

Sekian, jumpa lagi! (^_^)v

Tuesday 14 December 2010

...DAN CINTA PUN TERSENYUM

December 14, 2010

RM 23.90 (RM 26.90 Sabah/Sarawak)
636 mukasurat
Terbitan NB Kara

Novel ini sudah boleh dipesan melalui online dan akan berada di pasaran beberapa hari lagi. Untuk penduduk Kuala Lumpur boleh dapati di Harvest Sogo, Minverva di JTAR dan juga Mukim di Pertama sekarang.


Cerita kesayangan aku ni akhirnya muncul juga. Betapa aku terlalu suka melihat Ervan dan muncul setelah sekian lama terperam. Ervan Prima Sakti adalah hero dari negara seberang, Indonesia yang aku olah dengan sikap angkuh, manja, merasa diri sempurna sehingga akhirnya menemui apa itu cinta sejati di Pulau Besar, Johor, Malaysia.

Walau bagaimanapun, aku ingin memohon maaf kerana tak dapat nak jual DCPT ini secara online. Selain harga pos yang mahal, aku juga tak punya cukup waktu untuk uruskan hal jual beli dan pengeposan. Maklumlah 'one-man show'.
Apa pun pembelian secara online boleh dibuat terus dari pihak NBKara melalui
http://www.nbkara.com.my/web/

Monday 22 November 2010

Terperangkap antara cinta pertama dan perkahwinan kerana sunnah

November 22, 2010

Gila tajuk...!
Hehehe... apapun, sebelum aku meneruskan ocehan, nak aku ingatkan kepada kalian bahawasanya apa yang aku tulis tak ada kena mengena dengan aku tapi memang berkaitan dengan mereka yang masih hidup. Senang cakap, ni luahan aku setelah mendengar satu kisah benar dari seorang kawan rapat.

Cinta pertama... hmmm... siapa yang tak pernah alami cinta pertama kan? Aku pun pernah... cumanya aku tak ingat siapa yang sebenar-benarnya cinta pertama aku. Hubby aku ke atau sebenarnya ada orang lain sebelum dia? Aku nak kena cek balik surat-surat lama dari pakwe-pakwe aku dulu... nak kene susun ikut tarikh barulah tahu siapa cinta pertama aku! Hahaha...

Okey, seperti yang aku cakapkan tadi, ni takde kena-mengena dengan diri aku. Merujuk kepada seorang hamba Allah bernama lelaki. Bila kawan aku cerita dari A to Z, sumpah... aku rasa nak muntah darah. Sampai aku cakap kat kawan aku tu...

"Wei... aku rasa usus aku terbelit la dengar cerita ko ni..."
"Aku rasa jantung aku nak tercabut!"
"Huh! Kalau mamat tu ada depan aku sekarang, nak aje aku tumbuk dia!"

Hamboiii... tunjuk lagak aku ya? Tapi sungguh, aku rasa pening, nak muntah bila dengar atau cerita pasal kelakuan mamat tu dan memang nak tumbuk mamat tu... sebab apa? Sebabnya... orang lain pun ada jugak cinta pertama... tapi bila dah kahwin takdelah masih meroyan ingatkan cinta pertama tu. Maknanya bila dah berusia, dah berkahwin dengan jodoh masing-masing, dengan warasnya, kisah lama cinta pertama tu, gone by the wind.

Tapi mamat ni sengal sungguh... nak kata perempuan itu cinta pertamanya, bukan jugak. Dia cuma perasan sendiri... sebab gambar perempuan tu ada padanya. Kesian kan? Zaman sekolah, biasalah bagi-bagi gambar kat orang ni... tu normal...aku dulu pun bersepah bagi gambar kat orang termasuklah hubby aku, bersepah gambar dia tah kat mana-mana perempuan.

Tapi adakah hanya kerana memberi gambar bermakna termaktub sebuah cinta? Adakah kerana seseorang tu bagi kita gambar, maknanya orang tu anggap kita kekasih? Tidak sama sekali...!

Tapi itulah yang terjadi... sorang jantan ni, sibuk betul mengungkit kisah lama, kononnya mereka bercinta. Hadui! Kesian... mungkin dia tak pernah mengalami cinta... maka apabila perempuan yang dianggapnya kekasih tu berkahwin dengan orang lain, maka dia patah hati... cinta tak kesampaian...

Dan terbentuklah sebuah perkahwinan kerana sunnah... dia berkahwin juga akhirnya kerana mahu memenuhi tuntutan sunnah. Perkahwinan tu terjadi kerana keperluan sunnah bukan kerana cinta. Dia berkahwin kerana baginya sudah tiba masanya untuk dia berkahwin sementelah 'kekasihnya' sudah berkahwin dan beranak pinak.

Tapi itulah... bila dalam hati masih meroyan ingatkan cinta pertama... dia lebih cemburukan 'kekasihnya' daripada mencemburui isterinya. Gila apa? Kesian isterinya yang selalu berdoa agar suaminya berubah. Ya... mungkin isterinya juga perlu berubah... seperti menguruskan badan misalnya... memasak dengan air tangan sendiri, hias rumah cantik-cantik, belajar seni menggoda suami dan sebagainya... Iyalah... janganlah pulak biarkan rambut tak bersyampu, serabai, bibir pucat menggelupas... bau hapak melekat kat badan atau warna kunyit menghias jari. Biar buruk rupa macam mana sekalipun, sebagai isteri kita kena pandai tampilkan sesuatu yang istimewa buat suami agar apabila suami marah, ada satu perkara indah tentang diri kita yang dia ingat dan akan meredakan marahnya.

Tapi sekali lagi... sebagai seorang suami... si lelaki, khalifah keluarga sepatutnya membentuk isteri sendiri daripada sibuk menasihati 'kekasih'. Kalau suami pun tak betul... apa gunanya mengharap isteri sempurna? Kalau diri suami sendiri seperti labu... janganlah membebel badan isteri macam buah pear. Pergilah bersenam bersama-sama... lemak terhapus, bahagia pun datang... :D

Bagi aku, dia memang tak pedulikan hati isterinya. Apa yang diberi kepada isterinya, adalah kerana dia dah terikat dengan tanggungjawab zahir sebagai suami. Kadang aku hairan... mengapa dia yang kononnya selalu ke surau, tahu hukum hakam segala tapi dengan isteri buat perangai macam tu. Aku rasa mungkin apa yang dibuatnya, tak sampai ke jiwa...

Aku pernah kata kepada kawan aku. "Aku rasa, kalau perempuan tu berkahwin dengan dia, harus setiap hari jadi isteri derhaka... kena duduk berkurung dalam rumah jangan bergaul dengan orang..."

Kalau berkahwin kerana sunnah tapi tak melaksanakan apa yang Nabi S.A.W buat... lebih baik lepaskan isteri tu... daripada buat dia merana makan hati. Kenapa tak laksanakan sunnah lain kepada isteri? Contohnya melayan isteri sebagaimana Nabi S.A.W melayan para isteri. Aku rasa mungkin part ni dia tak habis study kut...

Kadang aku cakap kepada kawan aku... "Aku rasa sebelum dia berjumpa dengan 'kekasihnya' tu... dia bukak kitab dulu... hafal segala hadis... supaya perempuan tu terpesona sebab dia sangat islamik!" Hahaha... jahatnya aku bersangka buruk.

Tapi betul... dah tak ada sangkaan baik aku terhadap lelaki tu biarpun imej yang ditampilkan sebagai lelaki Islamik sejati. Bagi aku itu cuma imej tapi bukan jiwanya. Biar macam mana dia menghafal segala hadis pun, aku takkan percaya dia lelaki baik-baik kerana rumahtangga sangat rapuh. Dia pandai memberi amaran kepada isteri supaya jangan sebut lagi nama 'kekasihnya' tapi dia sendiri, diam-diam, di belakang isteri, sanggup google nama 'kekasih'. What the...???

Bagi aku dia bukanlah suami yang baik. Sebenarnya rumahtangganya sejak awal lagi adalah GAGAL, tapi bila dia cuba mengaitkan dengan cinta pertama. Sudahlah gagal dia cuba melibatkan pula orang lain. Sepatutnya dia sendiri mengkaji erti 'suami. Sebagai suami dia sepatutnya bertanggungjawab memberi perlindungan, penjagaan dan kegembiraan kepada si isteri. Isteri adalah amanah Allah, maka dah tentu suami kena jaga dan buat hati isteri gembira, sentiasa rasa senang tanpa rasa susah hati dan sengsara.

Tempatkanlah mereka (perempuan-perempuan yang idah) di tempat kediaman yang sesuai dengan kemampuan kamu, dan janganlah menyengsarakan mereka untuk menimpakan kesusahan kepada mereka. (at-Talaq :6)

Maksudnya sebagai suami, dia sepatutnya memastikan bahawa hati isterinya tak terluka dengan sikapnya. Kalau isterinya buat benda2 yang dia tak suka, sepatutnya dia bersabar dan beralah, cuba nasihat baik-baik bukannya buat tak tahu dan cakap MALAS nak layan! Gurauan sangat perlu dalam perhubungan suami isteri sebab ia boleh merapatkan lagi hubungan suami isteri. Bukan tu aje, senda gurau suami isteri ni bagi aku salah satu cara untuk merehatkan badan dan fikiran. Suami kenalah menggembirakan hati isteri bila duduk berehat sama-sama, buatlah lawak apa yang patut supaya aura sekeliling isteri tu taklah mandom aje sampai muka isteri pun nampak mandom! Kecantikan abadi tu kan datang dari hati... :)

Bila menggauli isteri, suami kenalah buat dengan lemah lembut, sopan santun dan kalau suka style ganas, janganlah sampai tahap zalim pulak. Suami kena pimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah dan suami kena bertanggungjawab di atas segala masalah anak isterinya. Ingat senang kahwin terus dapat suami, bagi nafkah apa yang patut terus boleh declare diri sebagai suami mithali ke? No... no... no! Suami perlu ada didikan agama sempurna, sifat penyayang, tanggungjawab dan adil dalam sanubari yang mana sifat ini terserlah dalam diri Nabi Muhammad S.A.W, suami tauladan sepanjang zaman. Itu barulah namanya perkahwinan berlandaskan sunnah.

Tapi ini tidak, walaupun lelaki tersebut ada didikan agama, jangankan hendak bergurau senda dengan isteri, anak-anak sendiri pun takut mahu bersuara. Rumah jadi kelam apabila memandang muka isteri pun dia tak mahu. Lebih rela tidur. Langsung tak ada komunikasi. Entahlah mungkin inilah akibat bila dia berkahwin bukan berdasarkan cinta kerana dalam hati masih mengenangkan cinta pertamanya (baginya sahaja padahal tak declare pun! Aku rasa malang sungguh kat orang yang perasan ni!).

Aku yakin, suami sepertinya dengan senang hati akan melepaskan sekiranya isteri yang meminta diceraikan. Dengan itu, imejnya sebagai suami baik-baik takkan tercemar sebaliknya, orang akan menuduh isterinya yang tak bersyukur. Kalau sudah sampai tahap memperlekehkan isteri, aku yakin, tak ada secebis pun rasa cinta dalam hatinya untuk isteri sejak dulu lagi. Kerana suami yang cintakan isteri, takkan sanggup melukakan hati isteri dalam apa jua cara.

Inilah akibatnya berkahwin kerana sunnah tapi tak mendalami sunnah tu sendiri. Terperangkap dalam angan-angan zaman sekolah, sehingga dah beranak pinak, jadi tak waras, meroyan sendiri kenang cinta lama yang tak kesampaian!
Tuhan ajelah yang mampu beri hidayah kepada jiwanya!

Sekian, terima kasih.
(Sebenarnya nak membebel panjang lagi tapi takut ada yang muntah darah pulak membacanya, sebab perkara ni melibatkan banyak isu 18 SX, 18 SG. Jadi tak payahlah aku melebih-lebih, baik aku menulis siapkan manuskrip... :) ... Mungkin kisah ini baik dinovelkan supaya memberi tauladan kepada pembaca... bahawasanya tidak cukup berkahwin hanya kerana sunnah kalau tidak mendalami sunnah itu sendiri, jiwa tak ada pada isteri! )

Saturday 13 November 2010

Dapat duit mudah dengan cuma klik menggunakan tetikus...

November 13, 2010

Sekarang ni mudah sungguh nak dapatkan duit... cuma menghadap komputer, klik sana, klik sini, duit tetiba masuk akaun... wwauuuuuweeeeeeee! Pak cik kayo! Mak cik kayo!

Sesiapa yang ada Facebook mesti selalu tengok gambar orang berkipas dengan duit... sepah-sepahkan duit atas meja, dalam kereta, timbunkan duit atas tilam... haih...pendek kata macam-macam gayalah...!

Kalau orang tagged aku dengan gambar-gambar macam ni, memang aku remove, delete tanpa kompromi! Menyampah sungguh aku menengoknya... bukan dengki atau jaki tengok duit yang berlambak kat diorang tu... tapi menyampah kat perangai menunjuk-nunjuk tu. Apa lagi kebanyakannya Melayu. Oh, Melayu memang mudah lupa... maaf... aku kasar... tapi ini hakikat... tengoklah suratkhabar hari-hari, ada sahaja yang menunjuk kereta mewah hasil menjual produk kecantikan yang mahal gila babas -walaupun harga kilangnya cuma sekitar puluhan ringgit sahaja. Kut ya pun kaya, usahlah menunjuk-nunjuk kereta, banglo dan sebagainya... haihhh... Tak ke riak dan takbur namanya tu?

Allah berfirman:

"Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia."


Maksudnya apabila kita bersyukur, Allah pasti top-up anugerah dan rahmatNya kepada kita. Tapi sekiranya kita ingkar dan melampaui batas terhadap nikmat Allah maka kebinasaan pula yang menunggu di hadapan kita.

Dalam hadis diriwayatkan oleh Muslim dan yang lainnya, dari Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

"Sesungguhnya Allah Taala itu baik, tidak menerima kecuali yang baik, dan bahawa Allah memerintahkan kepada orang-orang mukmin dengan apa yang diperintahkannya kepada para rasul dalam firmanNya: ‘Hai rasul-rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik, dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.’"


Sesungguhnya makanan yang dimakan seseorang akan mempengaruhi soal diterima atau tidak amal solehnya. Amal ibadat tidak diterima dan tidak suci kecuali dengan memakan makanan yang halal. Sedangkan memakan makanan yang haram termasuk dari sumber yang haram akan merosakkan amal perbuatan dan membuatnya tidak diterima Allah. Berhati-hatilah!

Aku malas nak terangkan, huraikan dan sebut hukum-hakamnya, kang ada pulak yang marah sebab aku bukan ustazah atau orang bertauliah untuk menafikan kaedah dapat duit segera ni. Tapi bacalah sendiri kat salah satu artikel sahih ni... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0302&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Kena pulak, sekarang ni banyak sungguh cara nak dapatkan duit mudah tu. Buat duit dengan login facebook, forex, paybox, skim piramid, duit mudah MLM... macam-macamlah... pendek kata banyak yang buat orang terliur. Apalagi untuk orang yang mahu melepaskan diri dari krisis kewangan dengan cara mudah dan cepat, malas bekerja, nak kaya cepat... bla...bla...bla...memang mudah gelap mata!

Tapi bagi pendapat aku, terutamanya orang yang malas bekerja, sukalah tengok ada peluang percuma macam ni, tak payah kerja keras... duduk goyang kaki depan pc, klik sana, klik sini, dapat duit banyak2. Mungkin ada yang anggap aku bodoh sebab tak percaya dapat duit cepat dan bertimbun dengan cara macam tu...ya... aku percaya sebab korang dah membuktikan dengan gambar original berposing dengan duit bertimbun tapi bagi aku mengapalah bodohnya orang mudah percaya dengan sistem dan skim cepat kaya...main saham... bukankah kalau mendapat lebihan nilai dari matawang asal tu termasuk dalam riba'? Haih... malaslah membebel pasal ni... nanti ada yang mengejek aku pulak sebab dorang dah kaya raya dengan cara mudah ni... sedangkan aku terkial-kial menulis untuk mencari rezeki...

Tapi percayalah... duit2 macam ni yang tanpa usaha keras, tidak akan pernah kekal dan berkat...akan datang banyak masalah dalam bermacam bentuk. Sendiri mau ingat! Ramai jugak kawan hasut aku supaya join, tapi aku tak nak...! Kalau aku nak kaya, tak payah main paybox pun, kerja je dengan company lama, boleh kaya dengan makan komisyen dari projek besi dengan Dato', Tan Sri...satu projek boleh dapat berbelas ribu tapi sekarang ni aku lebih rela pecah kepala cari rezeki dengan menulis!

Bagi aku, kalau mahu berjaya dan kaya, mesti kena usaha dengan titik peluh sendiri...walau susah macam mana sekalipun...
setiap ringgit yang diperolehi dari titik peluh sendiri rasanya lebih berharga dan diberkati... nak bagi keluarga makan, sumbernya perlu terjamin halal barulah hidup diberkati ALLAH!

Sekian, terima kasih...aku mahu kembali bertapa mencari ilham! (^_^)v

Tuesday 19 October 2010

Tetaplah membumi...

October 19, 2010
Farid Kamil berkata, dia bukanlah sombong atau sengaja mahu melarikan diri dari pihak media, tetapi mahu menjaga eksklusif diri setelah 10 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Saya akui itu merupakan kesilapan saya. Saya ingin meminta maaf. Saya tahu sepanjang penglibatan dalam dunia seni masih banyak yang tidak saya ketahui.

“Saya bukannya tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak media, tetapi saya tidak mahu wajah saya sentiasa terpampang di dada akhbar ataupun majalah.

“Kalau ada pun, biarlah saya keluar dengan ‘produk’ saya, misalnya filem ataupun drama. Kalau hanya kisah-kisah peribadi, tak perlulah. Saya pun tak suka jaja kisah peribadi,” kata Farid yang pernah dituduh tidak berdisiplin oleh seorang penerbit gara-gara keliru dengan statusnya sebagai ‘Wajah Eksklusif Astro’.

Farid berkata, dia juga khuatir sekiranya peminat akan jemu dengannya jika ceritanya terlalu kerap muncul di media.

“Jika ingin mewawancara atau melakukan sesi bergambar dengan saya sekali pun, tetap ada batasan dan saya tidak mahu terlalu kerap macam dulu lagi.

“Itu pun kalau ada cerita tentang karier atau produk baru saya. Bukannya apa, saya tidak mahu terlalu menjadi paparan media seperti sesetengah artis, sedangkan lakonan tak ke mana,” katanya. - sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Faridnakeksklusif


Sebenarnya tak faham kenapa agak ramai orang tak berapa suka dengan FK ni... tapi aku tabik dekat budak sorang ni...dia berbakat tidak lupa juga dia KACAK, TINGGI LAMPAI, MATA TERSEPET BILA SENYUM, boleh berlakon dalam macam-macam genre, boleh mengarah jugak... yang penting idea dia tu... biarpun sesetengah orang mungkin anggap 'gila' atau keras kepala. Aku sudah minat dia sejak zaman dia berambut gondol dalam filem Mistik sampai la sekarang (sampai pernah termimpi melukis gambar dia dan serahkan sendiri kat tangan dia, kembang kempis hidung aku dipuji FK sendiri, tapi...cis... dalam mimpi je!) Sedar-sedar dah 29 tahun umur dia. Dah berusia la... dah semakin matang dan dah menang Anugerah Seni Negara di usia muda. Siapa yang tak cemburu kan?

Bila teliti cakap Farid Kamil tu, ada betulnya jugak. Boleh diadaptasi untuk dunia penulisan jugak. Aku pun bila dah berusia ni... bila bilangan buku dah makin bertambah, mula hilang rasa teruja tengok buku masuk carta (tapi tetap seriau tunggu respon pembaca)... bukan tak menghargai tapi ada banyak sebab yang buat aku kena kawal diri lagipun aku bukanlah orang sastera dan pernah menang mana-mana anugerah sastera. Sekadar menulis cerita untuk dikongsi bersama dan bersyukur, hasil karya masih ada penerbit yang sudi terbitkan.

Ada banyak perkara berlaku kebelakangan ini yang tak patut aku kongsikan di sini - biarlah rahsia - sebab ia sangat peribadi untuk diperkatakan di blog mahupun fesbuk, seperti menulis 'aku migrane-tak de idea nak menulis-dan sebagainya'. Cukuplah... aku banyak belajar dari kesilapan dan kealpaan. Apalagi sekarang ni, blog dan fesbuk dijadikan medium oleh sesetengah pihak untuk memantau kegiatan individu lain. Hishh... seriklah aku dibuatnya...bila orang tau kemana kita pergi, apa yang kita buat, idea apa yang kita nak tulis, sehingga idea itu dicuri orang... haihh... boleh buat novel pasal stalker. ;p

Bukan berlagak macam yang dikatakan Farid Kamil itu. Tapi sedar diri sebab bila terlalu menonjolkan diri susah jugak. Apalagi kalau menonjolkan diri tapi tak ada produk...Tidak mahu jadi tin kosong., takut cakap besar... malu jadinya nak berkomunikasi dengan pembaca bila tak ada buku baru. Sebab itulah bila tak ada produk baru, aku malas nak update. Sekadar tempek status mengarut di FB yang kadang tak ada kena mengena dengan novel menandakan aku masih manusia biasa yang adakalanya 'biut' juga perangainya. Ha, siapa yang kenal sahaja akan faham aku macam mana. Jadi sesiapa yang tak kenal R.H secara peribadi jangan buat andaian melulu hanya dengan mendengar cerita sebelah pihak sahaja.

Aku masih macam dulu...masih seorang Rose Harissa yang keluar rumah jalan-jalan pakai tudung RM10, kadang cuma pakai selipar, baju beli kat Mydin USJ, suka membebel bila anak dan suami sepahkan barang, masih pakai Wira Diesel yang dah berusia 13 tahun...sangat biasa-biasa... walaupun dalam novel ada perkara glamour-glamour tapi tu semua hanyalah titipan kenangan-kenangan waktu kerja yang dicurahkan dalam buku untuk perkongsian dan tauladan bersama.

Kerana walaupun setinggi mana pun kita berada, tetaplah membumi agar 'dagu tak melebihi pundak', kerana segala sesuatu di muka bumi ini ada waktunya, setiap sesuatu selalu ada yang baru. Kadang kita di bawah, kadang kita di atas. Tetaplah membumi jika berada di atas. Tetaplah berpegang pada resmi padi, semakin berisi semakin tunduk merendah. Biarlah beribu pokok tumbuh menongkat langit tapi jadilah seperti ubi kayu, diam-diam membuahkan hasil dari dalam. Percaya pada kemampuan dalam berkarya tetapi tetaplah berpijak pada bumi dan langit pun akan dijunjung!

Bukannya menongkat langit... ada bezanya di situ.


Segala pujian diterima dengan rasa syukur menandakan karya masih diterima. Kalau ada yang mengeji, terima dengan lapang dada. Oh, bunyinya macam sangat berhemah... hehehe... bukan apa, tak nak larut dalam pujian...takut lupa diri... mohon dijauhkanlah aku dari sifat sombong, bongkak, bangga diri, lupa diri, cakap besar dan sebagainya... mudah-mudahan Allah masih sudi memberikan idea kepada aku untuk berkarya dan aku hargai sokongan pembaca yang setia, kalau tidak kerana kalian, siapalah Rose Harissa...di sebalik nama Nora.

Ya, akan selalu mengingatkan diri sendiri supaya tetaplah membumi... walau di mana berada...

(Huhu... aku dengan kak Lily suka bebenor dengan word membumi (sila rujuk kamus dewan untuk maksudnya) ... boleh buat vocab baru untuk novel... yihaaa!)

Sekian, terima kasih... ada masa lagi aku bercerita lagi... selamat membumi! Heh...
*peace, no war!
(^_~)v

Friday 24 September 2010

Thursday 16 September 2010

Seperti Keju & Coklat

September 16, 2010
Harga: RM 16.00 / RM 18.00
ISBN-13: 978-967-5783-35-7
ISBN-10: 978-967-5783-35-7
Tarikh Terbit: 16 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 272
Terbitan :

PTS Litera Sdn Bhd


"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorang diri semasa membuat design..."

"Aqil itu pernah buat kerja gila minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!”

"Sebenarnya…Aqil itu ada masalah mental..."

Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Tapi sayanglah…kalau rupa kacak tapi sakit mental pula!

Semua persoalan yang mengumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil. Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza, boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.

Aqil – “Berkat duduk satu ruangan kerja dengan awak dulu, saya merasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dapat mengenal bahagia lagi.”

Rupa-rupanya ada banyak rahsia yang disimpan oleh Aqil yang bukan hanya mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!

Safiy Aqil
_______________________________________

Ini adalah novel gedik Islami, cubaan pertama aku menghasilkan novel remaja berlandaskan syariah-compliant. Jadi isinya tentulah tidak seberat novel-novel dewasa yang lain.

Biarpun mungkin ada yang mengatakan seseorang penulis perlu mengekalkan satu tema sahaja untuk maju jaya tetapi bagi aku, tidak ada salahnya mencuba pelbagai genre agar lebih versatile. Bukan penyanyi atau pelakon aje harus versatil tetapi penulis juga.

Kalau sekarang pelakon Ady Putra dah dianggap sebagai Johny Depp Malaya sebab sanggup ubah penampilan demi menghayati watak, jadi apa salahnya apabila menulis, kita cuba terapkan kelainan supaya dapat menarik lebih banyak golongan, tak semestinya dewasa sahaja atau remaja sahaja untuk membaca buku-buku tulisan kita. Lagipun apabila mencuba pelbagai genre tulisan, kita dapat mencabar diri sendiri dan menguji sejauh mana kemampuan penulisan.

Oh, terlebih sudah... apapun, semoga 'Seperti Keju & Coklat' ini dapat menghiburkan para pembaca remaja sekaligus memberi sedikit tauladan. Dan mudah-mudahan 'Seperti Keju & Coklat' juga dapat dijadikan pemangkin untuk aku lebih terus gigih menulis novel gedik Islami di bawah naungan PTS. Kalau nak baca sinopsis 'Seperti Keju & Coklat', boleh lihat di portal PTS.


Wednesday 15 September 2010

Tboox.com - Best Gift Idea Contest!!!

September 15, 2010
Perhatian semua, buat rakan taulan... ada contest menarik dengan hadiah yang sangat cute di TBOOX - Malaysia Gift Online Shopping Mall!
Aku suka sangat website ni sebab ia adalah shopping mall maya yang paling best dan banyak barang-barang cute kat sana. Jadi, kalau korang suka barangan yang cute miut untuk dihadiahkan kepada boyfriend, girlfriend, mak, ayah, kawan, pakwe, makwe, suami, isteri, atau siapa-siapa sajalah, bolehlah melawat ke TBOOX. Jangan lupa sertai peraduan yang sedang TBOOX jalankan sekarang!

Best Gift Idea Contest – Doughnut Cushion and Nike Backpack plus mystery gifts giveaway.


Buying a gift for your loved one (Boyfriend/Girlfriend or Husband/Wife) is always easy because you know each other so well. Either for him or for her, either creative or romantic or unique. Whether you choose the much-wanted or the totally unexpected item, a gift from your loved one is always being treasured and sweet.

Here’s how it’s played:

  1. Share with us what is your best gift idea at Tboox Facebook Wall Post.
  2. The top 3 creative gift idea winners stand a chance to win Doughnut Cushion plus mystery gift you will get surprise.
  3. The most creative gift ideas with most “likes” stand a chance to win our Grand Prize – Nike Backpack.
  4. Submit your Full Name, Email and Website(optional) to admin@tboox.com with subject “Best Gift Idea Contest”

What Will You Win?

Contest ends on 10th October 2010 and we’ll announce the winner the next day!

For more information, visit :

http://blog.tboox.com/2010/09/what-is-the-best-gift-idea-for-your-loved-one/

http://www.tboox.com/


Sunday 5 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H

September 05, 2010

Pejam celik dah dekat 7 tahun aku menulis dengan APO? dan menulis karya-karya tebal beratus-ratus mukasurat bernama novel.
Dengan jari-jari ni aku menaip bermacam cerita untuk tatapan kalian sampai sekarang, jari yang sama gak aku susun untuk mohon maaf dari kalian kalau ada cerita-cerita aku yang tak best, atau kurang umph macam ketupat cicah rendang...

Aku cuma nak korang tahu aku ni cuma insan yang lemah di panggungNya.
Tak selamanya mata memandang dengan ramah,
hati menilai dengan jernih, dan mulut bicara dengan santun.
Aku mohon maaf atas semua kesalahanku.

Baik yang disengaja mahupun yang tidak, yang besar mahupun yang kecil,
yang masih ingat mahupun yang sudah lupa.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa kita.
Semoga kita sukses.
Semoga menjadi jiwa yang fitri teriring doa;

Taqobalallahu minna waminkum taqobbal ya karim, ja’alanallahu waiyakum minal aidin walfaizin walmaghfurin.

dengan ingatan tulus ikhlas dari:

Rose Harissa @ Nora
http://roseharissa.blogspot.com/

_____________________________________
p/s: seperti tahun-tahun lepas, aku lukis sendiri je kad raya. Cuma tahun ni tak sempat nak print dan pos pada kawan-kawan. Busy bebenor kekdahnya... hehe...
Tapi sesapa yang nak save, dipersilakan tapi janganlah lupa letak kredit, letih mak melukis muka-muka hero tu... (^_^)v

Sunday 29 August 2010

Dean Winchester

August 29, 2010

>Dean Winchester<
Was born on January 24th, 1979. On November 2, 1983 his mother was killed by a demon, engulfing her in flames on the ceiling. As soon as he was old enough to hold a gun, John began training Dean to hunt the things that go bump in the night, in hopes of someday finding and killing the demon who killed his mother.

Dean loves his car (1967 Chevy Impala). He also loves classic rock. Dean also likes vibrating beds, sunsets, long walks on the beach and frisky women. Dean also loves to eat and will try, it seems, almost anything. There is also a possibility he watches Oprah.

But above all, Dean loves his family and will do anything to protect them, even sell his soul.

Dean hates all things evil. He has sworn to kill all supernatural evil for as long as they exist. He also hates flying.

Credo: Led Zeppelin rules!
Favorite thing to call his brother: Bitch and Sammy

*********************

Antara karektor hero kesukaaan aku dalam siri kegemaran Supernatural. Kadang-kadang sampai berangan nak tulis cerita macam tu. Pasal brotherhood, kuat menentang syaitan dalam versi Islamik. Tapi kalau buat, sah-sah orang kata tiru Supernatural pulak ye tak? Hehehe... Jadi tengok ajelah siri ni sampai habis... :)
Sepatutnya siri ni dah tamat pada musim kelima. Tapi disambung semula ke musim ke 6 sebab rating tinggi.
Apapun, Dean Winchester memang seorang abang yang kiut, kelakar, notty, witty segala... best!
Tak sabar nak tunggu Supernatural Seasons 6!!! Dean dengan Sam kembali setelah masuk 'syurga'. Heh...

Wednesday 18 August 2010

Sindrom Lelaki Malas Bekerja

August 18, 2010
(Utusan Online 24/12007)
Sindrom lelaki berkeluarga malas bekerja kian menular di negara ini sehingga menimbulkan kebimbangan akan wujud jurang ketara antara lelaki dan wanita dalam soal kerjaya, kepercayaan dan tanggungjawab.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, fenomena lelaki tidak suka bekerja, manakala wanita pula mengambil alih tugas mereka, sedang menular di kampung-kampung sehingga ada lelaki sanggup menjaga anak di rumah.

Menurut beliau, perkara seumpama itu telah pun berlaku di beberapa negeri termasuk di Kelantan. Mashitah berkata, telah ada wanita dilantik sebagai pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan ia bukannya kerana tidak ada calon lelaki tetapi mereka menolak tanggungjawab itu sehingga akhirnya diberikan kepada wanita.
“Ini merupakan satu fenomena serius apabila wujud kecenderungan lelaki lebih suka duduk di rumah berbanding wanita yang kuat bekerja.
“Sekiranya perkara ini tidak dibendung, dibimbangi akan lebih banyak tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepada golongan wanita, sehingga mewujudkan jurang ketara antara lelaki dan wanita,” katanya selepas menyampaikan kerusi roda kepada Mohd. Rosli Ali, 33, yang lumpuh, di rumahnya di Kampung Telok Petata, Kupang, dekat sini hari ini.
Menurut Mashitah, jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, dibimbangi kaum wanita akan memilih untuk hidup membujang selama-lamanya kerana tidak sanggup memikul tanggungjawab yang sepatutnya ditanggung oleh kaum lelaki.
“Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa dosa pertama yang dihitung bagi seorang lelaki ialah dosa mengabaikan nafkah rumah tangga.
Ini menjelaskan, bahawa seorang lelaki yang mengabaikan tanggungjawabnya kepada keluarganya adalah berdosa di sisi Islam,ujar beliau.
Menurut Mashitah, fenomena itu hanya berlaku di kalangan lelaki golongan bawahan yang tinggal di kampung.
Katanya, wanita yang berkahwin dengan lelaki berkenaan terpaksa bekerja sebagai penoreh getah bagi menanggung keluarga.
“Malah lebih menyedihkan, ada keluarga yang sanggup memberi duit bulanan kepada anak lelaki mereka yang tidak mahu bekerja, seolah-olah menyokong perbuatan anak mereka itu, yang disara oleh isteri masing-masing.
“Gejala itu kini sangat serius menyebabkan ada wanita bujang takut untuk berkahwin kerana bimbang mendapat suami yang malas bekerja. Sindrom itu jika dibiarkan boleh menggugat institusi perkahwinan dan kekeluargaan yang sangat-sangat dituntut oleh Islam,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengesyorkan satu program bagi menyuntik semangat kaum lelaki dilaksanakan bagi memperkasakan semangat golongan itu.

Artikel di atas dah lama... tapi yang dikatakan itu tak pernah lupus pun sebenarnya. Bagi aku tak payah ada program untuk menyuntik semangat. Kenapa perlu ada program kalau dalam hati para lelaki yang malas bekerja ini tak ada inisiatif dan kesedaran?

Aku memang pantang kalau terjumpa lelaki malas bekerja atau menjadikan alasan-alasan remeh-temeh untuk tidak bekerja atau hanya mahu membuat kerja yang senang dan tidak memenatkan. Orang tua-tua kata, kalau mahu tengok lelaki kuat bekerja atau tidak, lihat lengannya. Kalau berurat kasar dan nampak jantan tu maknanya memang lelaki yang kuat kerja atau selalu buat kerja berat... hehehe...mungkin betul teori ni, terpulanglah pada penilaian orang.

Memanglah aku tahu ramai lelaki suka kalau perempuan tahu cari duit sendiri. Tapi bagi aku, walau berdikari tahap mana pun seseorang isteri itu, suami tetap wajib menghulurkan nafkah. Kalau tidak buat apa berkahwin? Kan?

Firman Allah

Lelaki itu pemimpin bagi perempuan dengan apa-apa yang Allah telah lebihkan sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain, dan lantaran lelaki itu telah memberikan nafkah dengan harta mereka. Perempuan-perempuan yang baik ialah perempuan yang setia dan menjaga diri di belakang suami akan apa-apa yang disuruh Allah menjaganya.

(An-Nisak:34)

Bagi aku, susah macam mana sekalipun, lelaki tetap perlu bekerja. Ini berkait rapat dengan jati diri, setakat mana bertanggungjawabnya seseorang lelaki itu terhadap kehidupan rumahtangga. Walau sekaya mana pun seseorang perempuan itu, segarang mana pun dia, atau apa sahajalah darjat yang membuatkan dia lebih berkedudukan dari lelaki, tetapi bagi aku, lelaki tetap pemimpin dalam rumahtangga. Tak dapat bagi RM100, bagi RM10 pun jadilah. Asalkan dari tangan lelaki bernama suami.

NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.


Firman Allah

"Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik."

(Al-Baqarah:233)


Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya mempunyai keperluan yang minimum. Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami.


Menurut Rasulullah, memberi nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah ibadah.


Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa mementingkan diri sendiri.

sumber : pengantin.com.my


Tetapi malang sungguh... zaman sekarang ni, sejak zaman bercinta lagi dah timbul gejala kekasih perempuan support kekasih lelaki. Dah tak ada rasa malu pada perempuan tetapi perasan romantis adalah...maklumlah, merasa diri diterima perempuan seadanya tanpa memandang harta benda. Sesekali tak apalah beb... tapi kalau dah kerapkali... bukankah itu dah menunjukkan sejauh mana lelaki tu boleh pergi sebagai suami nanti? Zaman bercinta, belum tidur sebantal memanglah rasa semuanya indah belaka. Tapi hakikatnya, tunggulah setahun dua selepas berkahwin. Kalau tak mengeluh pasal duit tentu tak sah... apalagi hidup zaman broadband sekarang ni yang bergerak sedikit pun memerlukan duit...

Aku dulu pun pernahlah bercinta dengan seseorang zaman belajar. Tapi lepas tengok dia malas bekerja dan setiap kali makan, aku yang kena bayar... haihhh... melampau! Tak boleh buat laki. Yelah... kalau dah dari muda malas bekerja, mahu yang senang aje... pendek kata, sampai ke tua lah akan berperangai macam itu. Ini melibatkan attitude... apabila ada attitude malas dan mahu yang senang bahkan selalu meminta bantuan orang lain, nak bekerja dengan mana-mana syarikat pun payah.

So, selamat jalan... aku tak boleh bagi peluang. Sebab masa tu aku fikir, kalau aku boleh cari duit lebih dengan melukis, boleh bersusah payah bekerja di gerai pada semester akhir, kenapa dia, lelaki, yang sihat walafiat, tanpa sebarang kecacatan tak boleh usaha lebih sikit buat kerja yang menghasilkan duit. Bukannya menganga macam menunggu buah durian jatuh... sedangkan buah durian yang jatuh pun belum tentu isinya elok.

Kejam? Materialistik? Masa belum berkahwin bolehlah tuduh macam-macam. Mungkin ada yang kata aku ni macam bagus. Tapi tanda tempat aku duduk... bila sudah berkahwin... keikhlasan menanggung makan minum lelaki, bayar itu ini tidak akan kekal lama... kalau tak percaya, sila baca novel SERASI DI HATI ... (Huhuhu...sempat lagi promo).

Kepada lelaki, jika masih lengkap anggota, sihat walafiat, masih waras akal fikiran, usahlah mencari seribu alasan untuk tidak bekerja. Kerana asas kejadian kaum lelaki, dikurniakan oleh Allah dengan kekuatan fizikal, mempunyai pemikiran yang matang dan beberapa kelebihan lain. Sebaliknya kaum wanita diciptakan dengan sifat yang lemah lembut, pemalu dan tidak agresif, lebih banyak dipengaruhi emosi dan sebagainya.

Maka sewajarnya kaum lelaki diberi tugas dan tanggungjawab memikul amanah menjadi ketua atau pemimpin yang mengawal serta memberi perlindungan kepada kaum wanita.

Firman Allah:

Yang bermaksud: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. (Surah an-Nisa'": 34)

Ingatlah, berumahtangga itu penuh dengan pancaroba. Tak kuat minda, tak ada tanggungjawab, memang boleh bercerai-berai jadinya. Kalau dengan saudara mara pun boleh bergaduh pasal duit, apatah lagi dengan suami isteri. Lihatlah kes perceraian sekarang ini, bila sudah bercerai, macam-macam tuntutan dibuat oleh pihak isteri mahupun suami.

Kepada kaum lelaki yang membaca artikel ini, jangan cepat melenting ya. Kalau tidak termasuk dalam golongan yang disebut di atas, Alhamdulillah... mohon dijauhkan dari sifat malas bekerja @ malas berusaha!
Sekian, dari aku yang masih banyak kekurangan diri. http://www.emocutez.com

Friday 13 August 2010

Carlist.my My Malaysia Photography Contest

August 13, 2010

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Siapa yang tak tahu tentang laungan bersejarah itu kan?
Orang yang lahir selepas tanggal 31 Ogos 1957 pun pasti tahu.
Sejarah tanahair kita merdeka. Tanda kita sudah bebas dari jajahan pemerintahan asing. Tanda kitalah rakyat dan beraja di tanahair sendiri.

Tapi berapa kerat anak muda zaman sekarang yang faham erti merdeka selain bertebaran di Dataran Merdeka pada malam sambutan melihat bunga api di langit atau menonton konsert percuma di sepanjang malam kemerdekaan?

Aku? Seriously, sepanjang aku hidup nak hampir 33 tahun ni tak pernah pun sambut kemerdekaan. Tapi itu bukan bererti aku tak sayangkan Malaysia. Sayangggg...

Tapi menjadi rakyat Malaysia bagi aku adalah menjadi rakyat yang hormat antara satu sama lain. Mudah aje... antara lain :
  • tidak melakukan provokasi...
  • tidak menimbulkan ancaman...
  • tidak merendah-rendahkan satu-satu bangsa...
  • tidak mempersoalkan anutan agama masing-masing...
  • boleh duduk makan semeja bergurau senda...
Dan banyak lagi perkara-perkara simple lain yang memerlukan common sense...
Sebab itulah aku berkawan dengan sesiapa sahaja tak kira samada dia Melayu, Cina, India atau 'nasi campur' (maksudnya berdarah campuran)... nama pun 1 Malaysia. Jadi buat apa nak beza-bezakan kaum kalau dah duduk di bawah naungan satu bendera yang berjalur dan gemilang?

Tapi memandangkan Hari Kemerdekaan bakal disambut dalam bulan Ramadhan ini juga, maka eloklah kita luahkan rasa sayang kepada Malaysia itu dengan cara yang lebih bererti selain dari berpeleseran tidak tentu hala di dataran.

Ada satu cara yang selain dapat mengabadikan rasa sayang korang pada Malaysia... tapi korang juga akan dapat DUIT.
http://www.emocutez.com
Tadaaaa... inilah dia!

Carlist.my My Malaysia Photography Contest
Carlist.my (http://carlist.my)



Apa lagi? Marilah sertai beramai-ramai dan dapatkan duit raya selain foto hasil 'tangkapan' korang dinobatkan sebagai hasil fotografi terbaik!
Klik banner untuk maklumat lanjut...

Daaaa...!

Saturday 22 May 2010

Mari makan udang lipan!

May 22, 2010
Pernah dengar pasal udang lipan?
Udang ni adalah kegemaran aku...ever!
Mula belajar makan masa zaman kerja. Dah biasa sangat ikut orang Cina jadi kenallah udang kategori udang lipan ni. Of course yang makan kat restoran Cina tu mahal harganya. Lagipun, besssarr punya! (jerit macam iklan Maggi Asam Laksa).
Lepas tu mula ketagih nak makan.

Tapi kalau cari pasar malam atau pasar tani, harganya murah je... dalam RM7-RM10 sekilo. Udang lipan ni ada musim-musimnya. Bukan selalu ada.

Ni aku beli kat pasar malam Meru, Klang petang tadi. Lebih sekilo = RM11!
http://www.emocutez.com
Bila nampak aje kelibat udang lipan ni kat pasar, memang aku ketar kepala.Terus tuju dan pilih yang cantik-cantik. Biasanya tauke Cina cakap tak ramai Melayu tau makan udang ni.

Ha ah, memang betul kut... sebab selalu jugak masa pilih-pilih udang lipan ni, ada orang pandang pelik. Lepas tu ada yang cakap, udang tu bukan sedap pun... takde isi!
Haih... ruginya... padahal, kalau tau pilih, bila dah masak, isinya kejun, manis...pendek kata kalau dapat ratah udang ni memang lupa nak suap nasi ke mulut.

Ada jugak yang geli nak makan sebab namanya ada 'lipan' dan badannya yang panjang.
Padahal takde apa pun yang nak digelikan pasal udang ni. Takde perut macam perut ikan atau macam otak udang biasa. Gunting aje matanya dan sirip tajam kat tepi. Senang je... tak payah sesusah siang bagai.
Biasa aku goreng kunyit aje... mak aii... dah cukup sedap! Tapi kalau rajin, buat stim atau lemak cili api, pun SEDAP!

Ni lah rupa bentuk sebahagian udang lipan setelah digoreng kunyit sebab aku cadang nak ratah sambil tengok TV malam ni! Tanak makan nasik! Huhu!
Memang sedap sangat-sangat!
http://www.emocutez.com
Tak caya?
Cubalah sendiri sebab sekarang ni musim udang lipan!

Wednesday 12 May 2010

Sentuhan ajaib Clarins Everlasting Foundation SPF 15

May 12, 2010
Lokasi : Clarins @ SOGO,
Ground Floor Kompleks Pernas Sogo,
190 Jalan Tuanku Abdul Rahman.
50100, Kuala Lumpur
Tel: +603-2694 1831

Jumaat lepas, aku heret Ik untuk ke Sogo. Kalau ikutkan hati, paling malas nak meredah KL. Takut letih sebab esoknya sibuk nak berbengkel sepanjang hari. Tapi gagahkan juga demi jemputan khas dari Clarins untuk memanjakan muka dengan foundation terbaru mereka, CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15. Berada di kaunter Clarins bersama Kak Lily Haslina Nasir tepat jam 12. Di situ, Michelle Kong, (Beauty Events & Education Manager) memberikan penerangan kepada kami - berempat sebenarnya. Michelle mengajar kami cara menggunakan foundation dengan betul dan memberikan beberapa tips solekan.

Sebelum guna CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15, kalau nak dapatkan efek glowing dan lebih pinkish kat muka, bolehlah guna Instant Smooth-Perfecting Touch yang dicampurkan dengan Instant Light-Complexion Perfector. Bila disapu ke muka, rasanya sangat silky dan lembut.

Lepas tu baru gunakan CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15. Tak sangka dengan cuma sekali pam ke atas tapak tangan, dah cukup untuk cover satu muka. Jimat dan sangat mudah. Tapi kena cepat dan jangan guna satu jari, barulah nampak sekata. Yang magiknya, sekejap aje memang muka dah nampak flawless. Tak payah sapu bedak pun tak apa. Memang aku tak gunakan pun bedak. Terus sapu pemerah pipi.

Pesan Michelle, jangan takut gunakan orange tone sebab ia akan nampakkan kesan healthy pada muka. Tapi biasalah, aku tak berapa nak berkenan dengan pemerah pipi, lebih tertarik tengok pallet eyeshadow Clarins. Macam pallet warna... hahaha. Macam biasa, aku pilih warna-warna coklat. Rasanya lebih sesuai.

Michelle menerangkan koleksi eyeshadow Clarins

Michelle menyapu eyeshadow ke mata Kak Lily.

Tapi bila dah siap make-up tu, aku rasa tak confident nak jalan keluar. Jangan-jangan muka nampak berminyak. Tau ajelah, muka aku ni, pakailah foundation setebal mana, jenama apa pun, mendadak nampak berminyak. Tapi Kak Lily kata, lagi okey, daripada aku berbedak! Macam tak percaya aje rasanya.

Jadi, aku pun cubalah gunakan CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15 untuk beberapa hari ni. Sah, memang sangat sesuai dengan muka aku. Tak payah aku susah-susah nak berbedak untuk tutup cela-cela kat muka ni. Pakai CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15 dah cukup untuk aku keluar rumah dengan yakin. Taklah nampak macam tepung gomak lagi dah... hahahaha.

Komen aku? CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15 ni memang sesuai untuk semua jenis kulit. Sebab itulah, aku rasa serasi. Walaupun dah berpanas, muka tak rasa berminyak. Tak payah susah-susah nak touch-up dengan bedak dah.

Cubalah sendiri... harga CLARINS EVERLASTING FOUNDATION SPF 15 ni ialah RM125 sahaja. Mahal? Tak lah... sangat berbaloi sebenarnya untuk botol 30ml. Dan tak perlu guna banyak, cukup sekali pam sahaja. Sangat jimat tapi hasilnya,..tinggg! Kulit nampak berseri dan sekata lagi natural!
http://www.emocutez.com

Tuesday 4 May 2010

Ke arah kulit muka berseri sempurna, tiada cacat cela...

May 04, 2010


Hujung minggu yang bakal sesak, mungkin memenatkan. Dalam sibuk-sibuk nak berbengkel, tetiba datang pula undangan tak diduga. Memula nak tolak aje sebab rasa aku bukanlah orang yang layak untuk bercakap pasal kecantikan. Tapi awal-awal Kak Lily Haslina dah pesan, "Kau jangan nak tolak pulak... pergi aje..."

Ha, jadi untuk itu, aku berterima kasih kepada Rosie Haslinda dan Clarance (dari Clarins). Aku anggap rezeki bila diminta buat preview pasal produk baru ni. Dan bila tengok jemputan rasmi ni, hati berkata, 'Wow! Everlasting Foundation? Bertahan untuk 15 jam? Flawless lagi... Menariknyaaaaa...'

Yeaapp... walaupun aku bukanlah seorang perempuan bermekap tegar, tapi bila tengok Clarins Everlasting Foundation SPF 15, memang rasa terpesona. Sebab muka aku ni mana boleh bertahan dengan mekap. Mesti jadi gatal-gatal lepas pakai foundation atau dapat kesan 'terbakar'.

Zaman sekolah dulu, aku pakai bedak batu nyonya yang kotak warna kuning tu. Kulit masa tu memanglah licin macam kulit bayi. Kawan-kawan memang suka sentuh kulit aku. Tapi naik form five, gatal nak cuba satu krim yang popular sangat. Sudahnya, muka naik jerawat sampailah dekat nak kahwin. Dari masa tu, cakaplah, jenama apa yang aku tak pernah cuba. Dari semurah-murah barang, sampailah semahal-mahal barang. Sudahnya lepas beranak jugak baru muka bebas dari jerawat, toksin dah keluar masa lahirkan Ik... hahaha.

Sekarang kalau keluar rumah, cuma pakai compact powder, lipstik (wajib) dan eyeliner. Kemudian memang berusaha elak duduk kat tempat panas.
I alergik dengan cahaya matahari, okey... http://www.emocutez.com
Hubby selalu kata pada Ik, "Mama akan cair kalau duduk bawah matahari."

Hakikatnya, aku ni, pakailah sunblock sekali pun muka tetap akan mudah 'terbakar'. Tu yang aku hairan kalau tengok ada perempuan yang maintain aje duduk bawah panas dengan mekap tebal di muka. Kalau tak caya, pergi tengok gadis-gadis litar, huihhh... setitik peluh pun tak muncul kat muka... heran sungguh...

Jadinya, kali ni, aku tak nak lepaskan peluang mencuba Clarins Everlasting Foundation SPF 15 ni. Manalah tau serasi dengan kulit muka aku yang sensitif ni. Bila aku dah cuba, nanti aku kongsikan perasaan aku di sini okey?
http://www.emocutez.com

Thursday 29 April 2010

Al-Fatihah untuk adik Aminulrasyid Amzah

April 29, 2010

(video credit to : FAFA REED - Allahyarham Minul's best friend)

Sana sini orang bercakap tentang arwah. Sekarang, termasuklah aku, lagipun berlaku dalam daerah aku tinggal, Shah Alam. Tapi aku tak nak komen dari sudut undang-undang mahupun kepolisian. Tak layak. Aku melihat kes ini dari sudut hati seorang ibu.

Sebagai seorang ibu aku rasa aku sangat faham rasa hati ibu arwah. Betapa luluh lantak hati ibu arwah menerima berita ni. Hilang anak bongsu yang manja. dalam sekelip mata..:( Kalau aku... tentu aku meraung-raung dan pi tabuh polis yang tembak tu.

Aku memang benci baca kenyataan sesetengah individu yang menyalahkan keluarganya kerana tak memantau anak keluar malam. Aku meluat baca kenyataan menyalahkan arwah memandu tanpa lesen. Aku tak nampak apa relevannya budak yang bermuka innocent ni dikatakan penjenayah. Okey, fine, kat myspace arwah ada letak gambar yang tak sepatutnya.

Tapi...come on, bila baca myspace arwah, dia cuma seorang budak berusia 15 tahun yang baru nak kenal gelombang hidup. Kadang-kadang budak-budak macam ni bukan fikir panjang pun bila letak gambar camtu. Mungkin bagi arwah, bila letak gambar tu dan cakap ala-ala kasar sikit, nampak macho. Ini normal. Anak lelaki yang manja dan mungkin nakal tapi bukan jahat. Nakal dengan jahat, sangat banyak bezanya okey. Budak jahat atau penjenayah takkan pakai smart-smart atau rugged, takkan manja dengan ibu atau kakak. Gaya arwah memang menunjukkan dia anak kesayangan yang boleh dapat dari ibu atau kakak apa nak pakai.

Aku pun ada anak lelaki. Ik pun macam tu, suka pakai smart-smart. Dan sekarang bercakap dengan kawan-kawan, aku-kau, ada slanga budak bandar. Mischievous giler sekarang ni... Kasar macam orang dah besar. Ik yang kecik tu pun dah tunjuk ciri-ciri budak nakal tapi aku malas nak marah lelebih. Tau kenapa? Kerana budak nakal yang dalam proses ingin tahu macam-macam benda ni biasanya otak mereka cerdas. Bakal jadi budak yang cerdik belajar. Percayalah... sebab aku dulu zaman-zaman sekolah nakal giler, sampai warden meluat dan sumpah gagal SPM. Tapi Alhamdulillah... dapat pangkat 1 dan merasa masuk U... UTM - Universiti Teknologi Malaysia = University of Discovery Malaysia (tataulah ada yang ambil port atau tak pasal tag line ni).

Memetik kata, Syilda Ismail di Facebook, "they say naughty kids will grow up as rebellious succxessful persona. He was a risk taker. He likes attention, wearing lime green sneakers. If umur dia panjang, cud have been an eccentric person. sayang"

Okey berbalik pada kisah arwah. Masa dapat tau kes ni, aku macam takleh nak hadam. Siap cakap kat hubby... "Astaga... mati katak budak tu". Ya, mungkin kasar tapi bagi aku tulah hakikatnya, tak pasal-pasal hilang nyawa. Susah payah, ibu dia melahirkan dia, meninggal pula dalam keadaan tragis dan tak diduga. Bocor kepala kena tembak! Kalau aku, mau jadi gila memikirkannya! Tapi dia dah takde pun. Yang tinggal mungkin ramai orang yang kenal arwah, cuba gali balik kenangan bersama arwah.

Bagi aku, pada malam kejadian tu, arwah cuma seorang budak yang panik dan takut mak marah, kakak marah sebab keluar rumah malam2 dan bawak kereta curi2... tergesel lak kereta mahal... takut kena gi balai, tu je. Pecut laju-laju tanpa peduli apa, sebab nak dapatkan perlindungan dari ibu dan kakak ataupun nak selamatkan diri sebelum mereka tau dia dah keluar malam curi-curi. Ni andaian aku sebagai seorang ibu kepada seorang anak lelaki, okey.

Aku pun kalau terlanggar kereta, punya kecut perut, toksah cakap lah... kepala dah serabut memikir berapa duit pulak nak kena bayar, kena gi balai pulak buat report itu ini. Inikan pula budak 15 tahun yang takde punca pendapatan.

Cakap banyak pun tak guna. Arwah dah tak de. Semoga arwah dicucuri rahmat dan dapat pembelaan yang sewajarnya. Kalau tidak di dunia, di akhirat kelak. Kerana walaupun arwah telah pergi, ibunya masih ada untuk mendoakan kesejahteraannya. Bukankah doa seorang ibu yang sayangkan anak adalah senjata paling ampuh untuk seorang anak?

Al-fatihah...
http://www.emocutez.com

Wednesday 24 March 2010

Buku Projek Diet Ain Maisarah di PBAKL 2010

March 24, 2010

Dapatkan buku Projek Diet Ain Maisarah di PBAKL. Buku hasil kerjasama aku dengan penulis remaja PTS, Ain Maisarah. pompom
Apa yang best pasal buku ni?
  • Gabungan kisah Syuhada dengan kisah realiti Ain Maisarah yang gigih nak berdiet
  • Ada banyak tips berguna untuk diet
  • Kisah-kisah lucu lagi sengal Syuhada dalam misi berdiet
  • Gelagat Yuyu dan Ifah walaupun adakalanya idea mereka kadangkala tak masuk akal, tapi merekalah sahabat sejati Syuhada
  • Ada sedikit kisah cinta monyet Syuhada dengan rakan maya bernama Putera Shazlan a.k.a Ceplos.
  • Buku ni comel giler ala-ala blink-blink sebab ada sticker percuma yang sangat glitter.
Jadi kalau sesiapa dah penat baca novel cinta Rose Harissa yang berat-berat dan penuh konflik, sekarang cuba baca cerita remaja pula. Kisah Syuhada, budak Sekolah Sri Bangsar yang selalu minta tips dari Ain Maisarah untuk diet. Tak rugi beli. Boleh beli di :

Gerai Pink AinMaisarah
Gerai C20
Dewan Tiga
Tingkat 1
Berhadapan SASBADI

atau
Booth PTS (C11-C25)
Dewan Tun Razak 2 (seberang sungai)

pompompompompompom

Monday 22 March 2010

PBAKL 2010

March 22, 2010

Semalam aku bertugas di booth PTS di Dewan Tun Razak 2 selama sejam bersama Kak Lily Haslina Nasir. Tahun ni tak pergi banyak hari. Malas nak berlama-lama di PWTC. Tahun ni kasi slow sikit sebelum tarik momentum baru. Sebelum tu sempat menghabiskan sedikit masa bertemu geng Rumah Fantasi. Berkongsi cerita dan pandangan.

Seperti biasa, sebelum ke mana-mana acara, aku selalu nasihatkan diri sendiri supaya jadi seorang yang sopan santun, tidak ketawa dengan sewenang-wenangnya, bergambar dengan anggun serta ciri-ciri lain yang menunjukkan keperibadian ala-ala Miss Universe.

Walau bagaimanapun sangat terkejut bila mendengar Saudara Syafiq selaku MC berkata, ramai orang mencari Wasilah Cinta Weera (pada hari Sabtu) tapi dah habis dan Puan Asma mengangguk mengiyakan WCW habis. Alhamdulillah...doa syukur sangat sebab ni semua hasil kepercayaan PTS Litera juga. Rasa macam dapat payung baru pulak. Mudah-mudahan tak terkoyak!

Okey, untuk minit-minit pertama sesi chit-chat tu aku memang berjaya mengawal diri itupun setelah berasa canggung berada di pentas mini. Rasanya agak pelik, tak macam sesi tandatangan biasa.ihikhik

Tapi minit-minit berikutnya aku gagal! Menjawab soalan dengan selamba lagi spontan. Contohnya, aku jawab tentang soalan 'Cabaran ketika menulis.' Aku dengan selamba mengaitkan dengan memasak...basuh baju malu. Ya, ada yang ketawa. Mungkin ada yang anggap aku tak profesional bila jawab macam tu.

Tapi ini fakta. Ini memang cabaran untuk aku sebagai surirumah bila nak menulis. Separuh dari masa aku didedikasikan untuk anak dan suami. Kadang-kadang apabila letih buat kerja rumah, bila menghadap PC, kepala sudah jem, tak tau nak tulis walaupun sebelum tu ada idea macam-macam. Dan aku bukan manusia yang suka hidup dengan jadual sebab aku tak suka pada sesuatu yang rigid, ia akan buat hidup jadi kaku. Biasanya aku takkan memaksa otak untuk perah idea. Kalau tak ada idea, memang aku tak menulis dan akan layan kartun dengan anak aku. Memang masa terbuang begitu sahaja. Tapi lebih baik dari otak aku jem sebelum masanya...yelah, takut nanti terputus fius, jadi mereng atau sakit jiwa! tensen

Lagipun aku tak pandai nak cakap yang indah-indah kalau realitinya memang tak indah. Buat apa tampil di pentas dengan bercakap begitu cantik tapi orang-orang mengenal aku dengan dekat akan mencebik bibir lalu berkata,

"Ala... dia tu cakap aje pandai. Tapi sebenarnya dia bukan macam tu pun!" Ha... kan itu dah menjejaskan lagi imej.

Jadi ada baiknya aku jadi diri sendiri. Lagipun aku sedar kerana menjadi diri sendirilah pembaca suka datang berbual dengan aku dan aku happy dengan keadaan itu. Terima kasih banyak-banyak pada yang menyokong aku dan masih sudi beli karya Rose Harissa. peace

Cumanya, kat sini nak ambil kesempatan memohon ampun dan maaf pada adik-adik yang menegur aku kat depan tangga Hall 3. Dalam kalut mengejar waktu, terkejut juga bila ada juga yang cam muka tak lawa ni... hehe... terima kasih banyak-banyak dik. Bukan Kak Rose nak menyombong tapi terpaksa bergegas ke Dewan Tun Razak untuk sesi di booth PTS jam 3 petang. Ada rezeki kita jumpa di lain hari. Maaf sangat-sangat!
malu
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016