Friday 29 July 2011

Double standard berlaku walaupun di tempat carwash!

July 29, 2011
Note :
Dictionary
dou·ble stand·ard

double standards, plural

  1. A rule or principle that is unfairly applied in different ways to different people or groups


Sebenarnya ni cerita minggu lepas, sebab memandangkan mata aku bermasalah, maka, aku di'kuarantin'kan dari duduk depan komputer. Kena rawat mata.

Alkisahnya, aku nak cuci kereta dengan enjin sekali sebab comot sangat dah lepas kena servis, tukar tayar, absorber, chamber dan sebagainya... memang saje servis awal sebab malas nak berebut atau melangut kat bengkel time puasa... dekat 2k jugaklah melayang. Phewww... sah aku takde baju raya baru jawabnya tahun ni... (T_T)

Jadi sementara nak tunggu Ik balik sekolah, aku pun pergilah ke sebuah shopping complex kat Shah Alam ni. Boleh beli barang di samping itu kereta akan berkilau kembali... sambil menyelam minum airlah katakan.

Aku pun berhentilah kat satu carwash kat bawah tempat parkir tu. Masa tu sebuah MyVi sedang dicuci. Dan satu pasangan suami isteri baru sampai dengan Perdana. Kesimpulannya kat sini semua kereta buatan Malaysia, hokayyy...

Aku pun terus la tanya harga sebab memang tau kalau basuh kat carwash shopping complex, memang mahal. Dalam masa yang sama, aku tengok pasangan suami isteri sedang mendengar demo polish body kereta dari si tauke. Aku pun tak pedulilah...

Si pekerja Bangladesh ni sibuk suruh aku polish jugak. Pendek kata, promo dalam keadaan separuh memaksa. Panas jugaklah hati bercakap dengan orang tak faham bahasa.

Aku : "Kereta saya baru dicat, buat apa nak polish? Dah, tak payah. Saya nak cuci body, vacuum dan cuci enjin sekali... berapa duit?"

Bangladesh : Polish sport rim lah kak, sport rim kakak banyak kotor. Mau balik raya mesti kasi polish, kilat-kilat itu macam. (Sambil menuding ke arah sport rim MyVi yang memang berkilat macam disadur chrome.)

Dalam hati aku, ek enehhh... ingat aku peghak (maksudnya lebih kurang macam kera dapat bunga) sangat ke dengan sport rim kilat-kilat macam tu? Dah sah-sah sport rim kereta aku memang matte. Polish camna pun takkan bersinar kilau-kilau.

Aku : Tak payah, saya kata nak basuh dan cuci enjin aje. Tak payah nak polish-polish sport rim, nanti jalan-jalan pun kotor jugak. Lagipun saya nak cepat, nak ambil anak sekolah.

Bangladesh : Satu kali la kak... satu sport rim baru Rm50! Nanti kilat banyak cantik...

Aku terbeliak biji mata. "Hah? Satu sport rim RM50? Kalau empat, dah RM200! Gila apa? Dah, tak payah, saya tak mau! Cuci, vacuum, cuci enjin saja!

Si Bangladesh dah nampak nak marah sebab tak berjaya nak promo. Last-last datang sorang budak tak tau bangsa apa, yang pasti bukan melayu sebab cakapnya pelat semacam. Dia tanya "Ape namber" pun aku dengar macam "ape name? Rupanya mintak nombor hp aku masa nak tulis resit.
Budak ni promo pulak pest control dalam kereta. Konon dari harga RM67, dapat diskaun jadi RM50. Aku pun kira cincailah, tak kuasa nak dengar bagai-bagai promosi lagi.

Aku : Berapa lama siap?

Budak : Dalam dua jam macam tu?

Aku : Hah? Dua jam? Mana sempat... saya nak ambil anak balik sekolah lagi... takpela kalau macam tu...

Budak : Okla... okla... satu jam setengah siap. Lepas MyVi ni siap cuci, akak masuk.

Aku dalam hati, ai? Boleh ejas-ejas timing pulak? Sah buat cincai aje... tapi malas nak bertekak, aku pun masuk balik dalam kereta dan tunggu turn nak masuk tempat cucian. Tetiba aku nampak bos tadi panggil budak-budaknya dan tunjuk-tunjuk pada Perdana. Aku dah rasa pelik. Si bangla datang kat aku.

Bangladesh : Kakak, undur belakang dulu, kasi itu kereta masuk dulu...

Aku : Aik? Apahal?

Bangladesh : Diorang mau cepat.

Aku : Eh, saya pun nak cepat jugak! Kan tadi saya dah cakap.

Bangladesh : Dia mau polish, dia banyak duit.

Mendadak aku rasa terhina! Tak tentu pasal aku menjeling geram kat Perdana tu. Oh! Dia banyak duit eh? Okay, fine!

Aku : Oklah... saya tak jadilah! (Sambil me'reverse' kereta dengan kasar dorongan sakit hati)

Menggelabah si bangladesh dan budak tadi kejar balik aku. Tapi sori, hati aku terlanjur rasa sakit. Aku tak peduli dah kalau bunyi enjin diesel aku mengaum mengalahkan harimau garang, bergema kat parkir tu. Baru nak keluar dari kawasan shopping complex tu, budak tadi call aku suruh pulangkan balik resit sebab tak jadi.

Bila aku hantar balik resit, budak tu pujuk suruh datang petang-petang sikit. Aku cakap,
"No! Pergilah buat kereta yang banyak duit tu!"

Terus aku blah gi cari carwash lain. Aku kemudian, terjumpa satu carwash kat bangunan parkir. Aku tanya boleh cuci enjin tak, sebab aku tau bukan semua carwash betul-betul expert cuci enjin kereta. Kalau main jirus aje, jahanam kereta. Bangladesh tu cakap boleh, semua pun boleh... RM18 je pun.

Aku tak cakap banyak terus cakap nak cuci walaupun kena tunggu dekat sejam. Tapi puas hati la sebab tengok dia cuci enjin dengan penuh berhemah, siap sembur angin bagi kering dan sapu chemical untuk protection.

Ayatnya simple dah mudah aje... tapi cukup buat aku rasa bengang, terhina dan nak marah. Amboi, ingat Perdana tu cukup hebat macam BMW ke? Hello, Wira aku pun sama cc aje dengan Perdana tu okey? 2.0 jugak! Bezanya, enjin aku diesel! Huh! Terkejut sungguh aku dengan sikap pekerja carwash pun pandai nak double standard!

Customer
yang nak polish didahulukan sebab dianggap banyak duit dan beri bisnes besar kat dorang. Demi nak polish Perdana yang banyak duit, sanggup ketepikan RM50 dari Wira aku! Huh!

Woooo... mak sentap nok! (>_<)

Friday 22 July 2011

Pakai braces boleh mengubah bentuk muka? - Part 1

July 22, 2011
Selalu tak dengar statement 'Pakai braces boleh mengubah bentuk muka?'
Selalu jugak aku dengar... tapi dulu macam tak percaya je... lagipun orang yang 'bijak pandai' selalu mengaitkan dengan dosa sebab mengubah ciptaan Allah... haihhh...

Tapi sekarang bila aku sendiri dah pakai, oh ye... aku sangat setuju dengan pendapat tu. Sekarang kira-kira dua bulan la aku pakai braces complete. Jumpa kawan-kawan memang ada yang tegur terutamanya Kak Lily Haslina Nasir. Ayat femes dia,
"Eh, perempuan, benci kau! Muka kau dah lain. Dagu kau dah tirus!"

Hahaha... jangan fikir dia benci aku betul2 pulak. Kami biasa guna perkataan tak kena ayat ni... hahaha... walaupun tulis novel, tak semesti bila bercakap nak guna ayat novel jugak... kena realistik la sikit.

Mula-mula aku macam tak caya, ye ke dah berubah... apatah lagi hubby duk komplen kenapa gigi tak masuk-masuk lagi ke dalam. Siap nak tolong tumbukkan lagi biar masuk cepat! Hampes sungguh dapat suami tak romantik macam Wan Azfarel ni... hishhh...

Jadi, kat sini, aku nak bagi semangat kat sesiapa saja yang tak confident nak pakai braces. Nasihat aku pakai ajelah... apatah lagi kepada mereka yang sering diejek sebab ketidaksempurnaan gigi.

Jangan geli ya tengok gigi aku. Niat baik ni bagi semangat kat pembaca yang senasib dengan aku. Mudah-mudahan perubahan yang ditunjukkan dapat membantu dari segi moral kepada sesiapa yang nak berhajat nak pasang braces.

Ni gambar selepas cabut empat batang gigi, 8/4/2011. Nampak tak bahagian atas bawah yang rompong tu? Ha, itulah gigi yang dicabut... kiri kanan pulak tu.


Yang ni pulak masa pasang bahagian atas sahaja pada 14/4/2011. Nampak tak betapa cerunnya dawai yang mengikat sebab gigi taring masuk ke dalam.
Yang ni pulak bila dah pasang braces untuk bahagian bawah, 27/4/2011.
Yang ni lepas sebulan pakai, 25/5/2011.

Terkini... 22/7/2011. Taraaaaaa...! Nampak tak? Nampak tak gigi taring tu dah nak sama rata dengan gigi lain. Perlu diingat, aku pakai braces self-ligating, jadi gigi sentiasa rasa sengal bila diketap atau time mengunyah. Sampai sekarang aku makan, potong kecil-kecil dulu. Dan bila pakai self-ligating ni kadang-kadang memang terasa gigi mengetat sendiri. Jadi memang betullah apa yang doktor cakap, dawai tu ada 'memori' sendiri untuk ikut bentuk asal semasa di bend.


Sumpah, dulu aku menyampah betul nak bergambar dan tersenyum. Sekarang rasa lain sikit. Yakin diri nak sengih lebar-lebar. Bila sengih tu, takde lagi bibir ternaik atas gusi. Jadi memang betul braces mengubah bentuk wajah.
  • Nampak macam makhluk asing bila sengih dengan besi berbaris kat gigi.
  • Kadang-kadang rasa comel bila ada besi kat gigi... hahahaha, jangan muntah ya... sesekali syok sendiri
  • Darjah kemuncungan mulut dah semakin berkurang bila mulut dikatup .
  • Hidung rasa lebih mancung... lalalalala...
  • Senyuman nampak lebih genuine @ ikhlas!

Tak la lawa pun, cumanya rasa best boleh sengih lebar-lebar, tak takut diejek lagi macam dulu-dulu.


Jadi sesiapa yang nak pakai tu... dan dah ada duit... cepat-cepat pergi buat sebelum tua macam aku. Tak usah risau mahal sebab buat braces sekarang dah banyak klinik yang sediakan plan installment!

Nanti aku ceritakan perkembangan selanjutnya. Salam sayang...


Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016