Showing posts with label Racing. Show all posts
Showing posts with label Racing. Show all posts

Monday, 12 October 2009

Evolusi Elly - Daripada Rempit Kepada Juara - Ke MotoGP

October 12, 2009
Aku sudah mencuri waktu ke Sepang menyaksikan pengumuman pelumba Malaysia untuk ke MOTOGP 2009 secara live...
Akhirnya milik Elly... dan dibantu oleh Zulfahmi. Dua-dua akan wakil negara tapi Elly, 25, bakal menggunakan Aprilia RSW 125 yang disediakan oleh pasukan Ongetta Team ISPA dari Itali.
sementara Zulfahmi, 18, Yamaha (yang pernah digunakan oleh Doni Tata)... Yelah, sayanglah kan kalo sorang je wakil Malaysia. Lagipun budak berdua ni punya komitmen bukan calang-calang. Cayalah!

pompom

Elly dan abah tercinta... Cikgu Ilias @ bangchaq

Jangan tanya mana gambar aku dengan Elly. Seperti sedia maklum, aku tak minat nak bergambo atau enter-frame ni. Sebab tu gak kadang-kadang ramai yang tak percaya aku selalu jumpa orang yang hebat-hebat. blushing Sebab aku takde bukti bergambar terkekeh.

Well... tak kisah pun, janji aku dapat menyaksikan. Walaupun ada wartawan sibuk suruh aku bergambar sekali dengan Elly dan bangchaq yang berulangkali ajak aku sama bergambar buat kenangan tapi aku tak mo... in fact ku segan mukaku dah terbakar berbanding dengan model-model yang masih maintain make-up diorang... senyumkenyit

Tak bergambar pun tak apa... yang pasti aku puas hati dapat serahkan Evolusi Elly - Daripada Rempit ke Juara ke tangan Dato' Tony Fernandes... dan CEO SIC, Razlan Razali. Pergghh... ketar lutut siuttt... walaupun diorang ni sempoi gila... tapi disebabkan aku dah hilang skil berkomunikasi dengan VIP, rasa gugup la pulak... mujurlah aku mendapat sokongan penuh dari big brother, Cikgu Ilias @ Bangchaq menari. Tapi sekurang-kurangnya kedatangan ke Sepang semalam tak sia-sia lah. Menyibuk + mempromot Evolusi Elly. Aku ni kalau bab promot buku sendiri memang fail. Puas ditolak bangchaq baru aku nak bergerak. Ini pun nasib baik buku pasal Elly... kisah betul, jadi tak adalah aku rasa nak malu sangat. Sebab aku dah tulis kisah seorang pelumba yang akhirnya sekarang ni berjaya mengevolusikan diri dari pelumba jalanan, berusaha keras sampai berjaya menempatkan diri untuk ke MotoGP. Aku tumpang bangga beb... sebagai kakak okey... jangan sesapa salah faham pasal relationship aku dengan Elly dan keluarganya. encem

Yang bestnya, Elly dan Fahmi betul-betul memberikan komitmen 100%. Sampai tak sempat nak makan. Ke hulu ke hilir dengan racing suit. Kejap-kejap ditarik wartawan itu untuk bergambar. Sekejap-kejap wartawan ini pula datang interview. Betul-betul diorang ni dah jadi selebriti. Sampaikan kadang-kadang aku ngan bangchaq tatau mana Elly pergi. Hilang. Lagi best, Elly dan Fahmi siap boleh gelak-gelak dan bermesra lagi dengan wartawan di tengah panas terik. Adui... memang PR dorang bagus lah... tak sombong... best

Dan malam tadi, selepas meminta restu dari hubby, jam 10 lebih aku ke Sri Pentas atas janji nak menemani bangchaq + agenda jumpa-jumpa. Yelah, bukan selalu dapat jumpa bangchaq yang sanggup turun dari Perlis demi anak tersayang. Setelah meninggalkan hubby dengan masakan kari kepala ikan (upah sebab isteri nak keluar malam seorang diri) jelir, aku sampai dalam masa tak sampai pun 10min ke Sri Pentas. Perghh... tu baru Wira diesel yang cabuk... belum dapat Evo lagi... ihikhik


Kat sana, secara tak langsung aku ditemukan dengan gadis yang muncul dalam mimpi aku yang sangka Elly, aku dan gadis cantik itu pernah berjumpa - sebab hairan camna aku leh mimpikan gadis itu. Aku pun terkejut bila dah berhadapan face to face. Aduii... seriau aku dibuatnya, bukan seriau sebab cewek tu cun tapi seriau sebab dapat tau... laaa... memang wujud pun perempuan tu rupanya... isk isk... nampaknya mimpi dan sixth sense aku makin menjadi-jadi... banyak kali dah jadi macam ni malu-malu. Tapi bukan bererti aku ada saka, tau! Sampai sekarang macam tak caya aje aku bleh mimpi macam tu. Tak kisahlah... yang penting sekejap aje aku dah boleh ngam ngan gadis itu. Means that she's so adorable. Nama dirahsiakan supaya tidak ada perempuan lain yang meroyan atau buat serang hendap... sadapterkekeh
Jam 1.30 pagi baru selesai program Scoreboard. Tapi sambung borak lak kat luar building. Jam dua pagi baru masing-masing gerak. Jangan tanya apa aku buat... memang merempit ikut NKVE... syok gak pecut tengah malam... terasa Alive With Adrenaline ... pinjam tagline SIC... heheh setansengihnampakgigi
Kepada semua warga negara Malaysia... silalah datang ke Sepang pada 24 dan 25hb Oktober ni untuk beri sokongan kepada pasukan Malaysia.
Kepada Elly dan Fahmi... tahniah kerana kalian bakal mengharumkan nama Malaysia. Kepada Elly, tak sia-sia akak tulis pasal Elly. Perjalanan karier Elly semakin cantik. Teringat kata Elly dulu, "Akak tulis aje buku, tugas Elly, Elly race bagi dapat result cun."
Walaupun mungkin belum ramai yang tahu pasal buku Evolusi Elly (buktinya Tuan Razlan terkejut teruja bila tengok buku tu - takleh lupa ayat excited beliau) - mungkin selepas ini, setelah Elly mula mengharumkan nama Malaysia setelah berjaya membuka mata ramai pihak... orang akan mula pandang hasil tulisan kak Rose yang tak seberapa itu...
Kalau sebelum ni ramai yang tanya akak siapa Elly... popular sangat ke dia... sekarang dah terbukti siapa Elly... kat blog akak ni saja dah ramai yang tiba dari hasil google 'Elly Idzlianizar Ilias' peace Tahniah dik.... you are amazing! Ini betul-betul Evolusi... !pompom
Jangan lupa diri... jaga PR... jaga solat... seperti kata Akbar semalam, kelebihan pelumba kita, ada Bismillah... Dengan Nama ALLAH!

Sob~~ tetiba aku sendu... campur terharu... melalak

Saturday, 15 August 2009

Jadi Pelumba F1

August 15, 2009

Aku rasa akulah manusia paling gembira dalam dunia ni bila FIA mengumumkan pelumba wanita dibenarkan berlumba dalam F1. Fuh! Rasa tak sia-sia aku pujuk Queen Elizabeth, Dato' Seri Azalina Othman, Paulynne Cheng supaya bawa pelumba wanita dalam F1. Terlompat-lompat aku dibuatnya. Aku tengok Hezzy Azra pun bergembira sama dengan pengumuman FIA tu.

Masa sarung racing suit Petronas, aku rasa bangga giler! Tak sangka dapat jugak aku jadi pelumba kereta. Rasa macam berjalan atas angin pun iya juga masa pakai racing suit yang berat tu. Bila tengok kru-kru siapkan kereta aku untuk masuk grid, perrghhh... belum race dah rasa macam champion. Bukan senang nak dapat berlumpa dalam F1.
Tapi masa pusingan 1 aku bengang betul sebab dapat nombor 2. Paris Hilton nombor 1! Geram betul aku dengan dia. Pakai Bentley CGT warna pink pun ada hati nak berlumba dalam F1! Tu mesti dia under table supaya dapat masuk team Ferrari!

Huh! Lagi aku bengang, bila nak race pusingan kedua, glove tangan aku rosak. Sibuklah aku betulkan padahal masa tu semua pelumba dah nak masuk grid. Aku berlari-lari anak pergi kat kereta. Tapi mat bangla yang jaga barisan kereta sebelum masuk grid tu, selamba je tolak kereta aku keluar! Apa kes?! Dia kata aku lambat masuk, jadi aku takleh race! Eh? Suka hati aje mat bangla ni. Kebetulan Puteri Constantinople lalu kat situ, aku pujuklah dia suruh benarkan aku berlumba. Tapi dia pun sama! Suruh aku datang berlumba esok aje. Siap pesan suruh datang awal sikit!

Ces! Hal kecik pun susah nak kawtim! Macam mana pelumba Malaysia nak maju?! Ni semua glove tangan aku punya pasal lah!

Aku kecewa gila babas dah.... menangis tepi pit sorang-sorang.

Higsss... higss.... higss....

Higsss... higss....

higss....







Pergh... memanglah mimpi mainan tidur kan? Tak pasal-pasal nama-nama yang tak berkenaan masuk dalam mimpi aku! Plot yang mengarut-ngarut... mimpi tak abis lak tu... Potong karan betul mimpi race dapat nombor 2 belakang Paris Hilton! Inilah akibatnya bila cita-cita nak jadi pelumba kereta tak kesampaian sampai mimpi yang bukan-bukan!

Friday, 10 July 2009

Elly Antara Finalis MotoGP WildCard

July 10, 2009
Petikan berita dari : MALAYSIAN CUB PRIX
Elly, Iskandar, Farid dan Zulfahmi Finalis MotoGP Wildcard

Dua pelumba kategori Expert dan dua pelumba kategori Novis, Elly Idzlianizar Ilias, Md Iskandar Raduan, Md Zulfahmi Khairuddin dan Md Farid Ahmad merupakan individu-individu yang dipilih sebagai empat finalis terakhir yang akan meneruskan penglibatan mereka di dalam program MotoGP Wildcard Malaysia 2009.

Pengumuman kejayaan mereka merangkap finalis diumumkan semalam di Litar Lumba Antarabangsa Sepang (Trek Selatan) (SIC).

Pelumba-pelumba ini dipilih daripada sebuah kumpulan yang terdiri daripada 17 pelumba yang menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS dan dua pelumba daripada Kejuaraan Super Series Bikerz Mag 150cc.

Empat pelumba tersebut telah berjaya mengharungi ujian selama tiga hari daripada Mei 14, 2009 di Litar Sepang di mana mereka diuji dan diberi penilaian berdasarkan skil dan teknik mereka menunggang jentera Yamaha 125cc.

Kini mereka akan bersiap-sedia untuk mengharungi sesi latihan yang komprehensif di SIC di bawah bimbingan bekas pelumba MotoGP dan pengurus pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing, Shahrol Yuzy.

Dan sebelum sesi kelayakan (GP test), dua finalis tersebut akan menjalankan latihan lanjut di bawah naungan Ongetta daripada Team ISPA.

Sesi latihan tersebut akan berlangsung selama dua bulan dan dua pelumba akan dipilih untuk mewakili Malaysia di dalam kategori 125cc Kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia Oktober ini.

Program MotoGP Wildcard ini merupakan usahasama diantara Litar Lumba Antarabangsa Sepang (SIC) dan kumpulan-kumpulan sukan bermotor Motorsports Association of Malaysia(MAM), Automobile Association of Yamaha (AAM), Two Wheels Motor Racing (TWMR), Moto Millia dan Hong Leong Yamaha.

Elly di dalam Kejuaraan Cub Prix mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Ah Hong, manakala Iskandar mewakili pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline. Farid dan Zulfahmi pula mewakili pasukan Modenas Yuzy Pachi Racing di dalam kategori Novis.

Issued by: Global PR Sdn. Bhd.
Copyright: Safe Aim Mutual Sdn. Bhd.

Sunday, 21 June 2009

ELLY JUARA SULUNG DI MIMC

June 21, 2009
Kalau diikutkan hati, aku memang nak ke Melaka menyaksikan perlumbaan pusingan ke 4 Cub Prix. Lagi pula ia julung kali diadakan di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) yang baru sahaja dibuka. Tapi memandangkan aku terpaksa menyiapkan beberapa keping lukisan yang dah ditempah awal, hasrat tu dipendamkan. Lewat petang tadi, dapat SMS dari Bangcahq, beritahu anakanda kesayangannya, Elly Sr. jadi juara. Aku tumpang happy. Terus hantar SMS ucap tahniah kat Elly. Dan balasannya buat aku sendu kejap...
'Thanks so much akak, elly bwk semangat buku nk tlg akak'
Terima kasih jugak buat Elly kerana percaya pada aku untuk tulis buku tu. Tanpa buku itu pun aku tahu, Elly sentiasa bersemangat waja!

Ini berita yang dipetik dari laman web Malaysian Cub Prix



GERAM dan kecewa ketika pada aksi di Kuala Terengganu lepas, membuatkan Elly Idzlianizar Ilias tekad untuk memadam kepedihan itu dengan menawan saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS yang berlangsung di Litar Sukan Bermotor Antarabangsa Melaka (MIMC) di Ayer Keroh hari ini.

Bersaksikan ribuan penonton di litar berharga sekitar RM20 juta, saingan perlumbaan akhir Kelas Expert jelas cukup menarik dan mendebarkan dengan beberapa pelumba berpengalaman saling bertukar tampuk pendahulu dan saling mencabar antara satu sama lain.

Beberapa kesilapan nyata membawa padah buat pelumba tatkala trek MIMC yang baru di buka pada Mei lepas jelas menimbulkan sedikit rungutan buat pelumba. Dan hal ini nyata berlaku ke atas juara sebanyak dua kali, Ahmad Fazli Sham pada baki tiga pusingan terakhir sekali gus memberi peluang kedua buat Elly tampil selaku pendahulu sehingga ke garisan penamat.

“Perlumbaan akhir hari ini cukup menarik dan mendebarkan. Selaku pelumba, saya juga tertarik dengan aksi yang dipersembahkan pada hari ini. Ia sesuatu yang hebat dan kemenangan ini cukup berharga buat saya ,” ujar Elly merujuk persembahan hebat dua pelumba Shell, Ahmad Fazli dan Ahmad Fazrul Sham, rakan sepasukan, Md Zamri Baba dan angkatan pelumba PETRONAS yang lain.

“Kejayaan saya hari ini terletak kepada kesabaran dan persembahan konsisten saya. Sekalipun saya dipintas oleh Fazli Sham namun berkat kesabaran dan pada masa yang sama bertindak bijak mengawal keadaan membuatkan saya berjaya mengelak Fazli ketika di terjatuh sebaik berada di depan saya,” ujar Elly menjelaskan perlumbaan akhir tersebut.

Elly menamatkan saingan 15 pusingan dengan catatan masa 16:47.670 saat meninggalkan rakan sepasukan Md Zamri Baba di tempat kedua dengan masa 16:48.007 saat diikuti pelumba Shell Advance Yamaha Maju, Ahmad Fazrul Sham (16:53.471 saat) ditempat ketiga.

Kejayaan Elly di MIMC meletakkan dirinya di tempat ketiga dengan 55 mata kedudukan keseluruhan dibelakang dua pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline, Md Iskandar Raduan dengan 65 mata dan Ahmad Fuad Baharudin di tempat kedua dengan 56 mata.


Berita penuh sila lawati : http://www.malaysiancubprix.com


Friday, 15 May 2009

Permulaan Positif Program Wildcard MOTOGP

May 15, 2009
Petikan dari laman web MALAYSIAN CUB PRIX
Disiarkan pada Friday, 15 May 2009 oleh affan


Program Wildcard Malaysia bermula dengan positif di Litar Antarabangsa Sepang (Litar Selatan) semalam dengan sembilan pelumba Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM PETRONAS mempamerkan aksi serta bakat mereka manakala selebihnya lapan pelumba menjalani sesi ujian masa hari ini.

Bagi sesi ujian hari Khamis, kesemua pelumba kelas Expert, Mohd Iskandar Raduan (PETRONAS Sprinta Yamaha Raceline), Elly Idzlianizar Ilias dan Mohd Zamri Baba (PETRONAS Sprinta Ah Hong Yamaha), Ahmad Fazli Sham dan Ahmad Fazrul Sham (Shell Advance Yamaha Maju), Mohd Edzuan Ab Gani dan Mohd Emir Firdaus Hasan (Motul Yamaha YY Pang), Mohd Affendi Rosli dari pasukan Suzuki Harian Metro SCK serta Shahril Izzuwan Mohd Nor diberi masa setengah jam pada waktu pagi serta lagi 30 minit di sebelah petang bagi ujian tersebut. Inilah satu-satunya peluang untuk mereka membuktikan bahawa mereka layak untuk berlumba dalam kelas 125cc Kejuaraan Motosikal Dunia yang akan bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 23-25 Oktober ini.

Berita lanjut di MALAYSIAN CUB PRIX

**********************************************
Aku pulak yang berdebar nak tunggu keputusan.

Tuesday, 17 March 2009

REMPIT VS IMPAK MAKSIMA

March 17, 2009
Salam...
Saja letak tajuk siri aksi kat TV3 sekarang ni. Suka gak citer tu. Sebab pasal kisah mat rempit. Bukanlah bermakna aku menyokong mat rempit. Tapi citer tu ala2 Evolusi Elly.
Kalau nak dikaitkan dengan falsafah hidup, buat kerja kena rempit sampai impak maksima! Hahaha... boleh gitu?
Memang aku tengah merempit nak selesaikan kerja. Tapi dalam masa yang sama, kepala dan jiwa tertekan dengan satu permasalahan . Tension jugak, tapi aku malas nak fikir banyak. Aku lepaskan semua tu kat hubby. Biar dia yang settle.
Semalam ke Kajang. Macam biasa, rutin menghantar cover dan sembang-sembang sama Kak Yati, Kak Lily dengan Kak Su. Aku kena brainwash dengan Kak Yati dan Kak Lily. Pasal apa? Biar kami-kami aje yang tahu. Tapi memang rasa nak meleleh gak la airmata, hidung pun rasa ketat aje. Adehh...
Macam biasalah, kalau dah lepak NBKara, lepas abis waktu opis, baru gerak balik. Lepas hantar Kak Lily, barulah aku drive balik ke rumah. Dah 6 lebih waktu tu. Drive dengan tangan menggigil. Tapi macam biasa jugak, bila lalu Silk Highway, aku takleh nak elak dari merempit. Nak cepat sampai rumah. Lagipun aku hangin la kalau ada kereta yang drive fast lane dengan kelajuan tak seberapa . Tak tahulah, dalam syok mencilok-cilok tu, adalah satu Wira Aeroback cucuk dari belakang. Kereta itu dipandu oleh lelaki. Huh? Apa hal? Aku memang tak suka dicucuk kereta lain dari belakang, jadi aku harus menjauhkan diri dengan kadar segera. Tapi dia masih nak kejar. Dah la, hala pergi ada satu Toyota Vios hitam dipandu seorang perempuan, cuba nak kejar aku. Aku masuk lane slow, dia masuk lane slow. Aku masuk fast lane, dia pun masuk. Nak ajak rempit? Tapi, sori, aku tak layan kereta auto! Huh, bongkak sungguh statement nih .
Tapi Wira Aeroback menghala masuk tol USJ, sedangkan aku terus menghala jalan ke tol Sunway. Sempat lagi rakan dia kat belakang melambai-lambai tangan. Sah! Memang ajak merempit tadi tu. Agaknya, apa akan jadi kalau aku pakai kereta ni? Hehe... dalam banyak-banyak Evo, aku paling suka Evo generasi ke 7 ni.


Jangan ikut perangai buruk aku ni ya adik-adik . Nilah akibat, tak dapat capai impian nak jadi pelumba kereta. Sesungguhnya aku bukan pemandu yang penyabar. Suka melepas geram dan tension dengan memandu laju. Agaknya samalah jugak sebab dengan mamat-mamat motor yang merempit kat jalan-jalan tu. Sebab mereka tak tahu hala nak tuju, tak ada tempat jadi merempitlah di jalan raya.
Tapi untuk pengetahuan semua, Cub Prix sekarang ni dah membuka ruang kepada mat rempit untuk berlumba dengan cara yang betul. Sekarang ni dah ada kategori persendirian tanpa bercampur dengan pelumba-pelumba berpasukan. Maknanya kategori ni khusus untuk pelumba luar yang nak tunjuk bakat, siap dapat bantuan dari AAM lagi. Jadi, apa tunggu lagi, jom rempit kat Alor Setar 20 dan 21 Mac ni!
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016