Thursday 30 November 2006

Dalam dilema....

November 30, 2006
Setelah sekian lama, blog ini macam terbengkalai aje lagi. Hmm… aku tak ada masa, Cuma sempat jenguk kejap2 aje. Dari 2 minggu lepas aku tak buat apa-apa untuk blog ni… Bermula dengan cuti panjang kerana satu-satunya nenek yang aku ada meninggal dunia. Lepas tu pergi jamuan raya alaf. Seronoknya dapat cakap-cakap dengan idolaku, Kak Pah dan Nia Azalea…lepas tu temuramah RTM, aku yang last sekali, gelabah giler. Lepas beli buku, terus balik.

Hmm… bila aku kembali bekerja, mood untuk terus bergelar designer besi ni makin berkurangan… kenapa? Aku sendiri dah dalam dilema ni… inilah kerja pertama selepas aku grad dari UTM dulu, sampai sekarang dah ada anak sorang, aku masih setia kerja di sini… kenapa? Sebab aku temui keseronokan dalam bidang ni… yelah, rekaan aku ada dalam rumah orang-orang kaya dan ternama… antara bangunan terkenal yang ada rekaan besi aku ialah, Padi Muzium, Alor Setar, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Royal Lake Club, Istana Seri Menanti, Gerbang Bersepadu (lampu jalan), dll.. orang-orang ternama pulak, termasuklah Tun Mahathir, Tan Sri Zain Hashim, Datuk K, Dato’ Yahya Jalil dan banyak lagi, yang x mampu aku senaraikan…tapi bila aku tengok balik senarai panjang ni, buat aku berfikir 2, 3 ratus kali sebelum berhenti keja. Bayangkanlah, aku senang-senang aje dapat jumpa Tan Sri, Dato’, Datin, Tengku, kerabat di raja…kalau berhenti, sayang. Memang banyak company besi tapi rasanya x sama dengan trademark company aku keje ni…

Walaupun ada diantara projek tak dapat pada syarikat aku bekerja ni dan wlaupun, ada juga yang ambil design aku, suh orang lain buat, aku tetap senyum bangga kerana kat hujung drawing tu, terselit nama aku…hehehe…

Sampai sekarang, aku dalam dilema… adakah kerana tak happy lagi dengan environment pejabat, berbaloi untuk aku berhenti kerja, dan mula memikirkan rancangan-rancangan diri yang tak terlaksana kerana terikat dengan orang lain…perlukah aku nekad??? hai, entahlahh...

Thursday 9 November 2006

Ulasan Novel

November 09, 2006
Thursday, November 09, 2006
Ulasan novel : Berikan Cintamu - Rose Harissa


Komen dari peminat novel yang sudah pun selesai membaca novel terbaru dari Alaf21 ini. Kita ikuti pendapat beliau.

Komen peribadi

Walaupun perjalanan pelayaran kali ini tenang, tetapi saya tidak dibawa ke persinggahanan yang menarik dari pelayaran ini. Cuma cuacanya yang agak tidak menentu. Sekejap mentari terang menyinari, adakala mendung menghiasi alam, dan hujan tidak pernah lupa menyirami perut bumi agar langit cerah menampakkan diri lagi.

Nukilan Rose Harissa lebih cenderung kepada pembacaan remaja muda yang sedang menerokai dunia berdikari dan berkasihsayang. Sebagai seorang remaja dewasa, saya tidak rasai kepuasan menikmati sajian yang disediakan dalam pelayaran kali ini. Walaupun pelayaran kali ini mengambil masa yang agak lama untuk pulang, tidak banyak pemandangan indah yang dapat saya nikmati.
Moga Rose Harissa akan terus berkarya dan memantapkan lagi persembahan akan datang.

Moral dari penghayatan novel

Sebagai manusia, kita dikurniakan dengan pelbagai perasaan. Apabila sesuatu perasaan menguasai diri, kita seharusnya bijak mengendalikan akal dan fikiran untuk sama2 beriringan dengan perasaan yang hadir. Tetapi tidak saya nafikan ia tidaklah semudah yang dijangka. Sering terjadi, kita lebih cenderung untuk mengikut nafsu ‘jahat’ dari memikirkan kesan dari tindakan yang diambil. Di sinilah benarnya peribahasa “kesal kemudian tiada gunanya”.

Seringkali juga kita alpa dengan keadaan sekeliling yang memungkinkan tindakan kita mendapat reflex yang negatif samada terhadap insan lain atau diri sendiri. Kita juga adakalanya alpa untuk mengingatkan diri sendiri akan ketentuan dan kekuasaan Allah SWT.

Sifat pemaaf adalah salah satu sifat yang sangat mulia. Tetapi… berapa ramaikah diantara kita yang dengan ringan mulut meminta kemaafan seawal kesedaran atau seikhlas hati memberi kemaafan? Ya, adakala, sebagai insan yang tidak puas digoda syaitan, kita mengikut telunjuk yang tidak baik tanpa berfikir panjang.

Bila nafsu menguasai segenap akal dan fikiran, kadangkala kita alpa pada iman yang dibekalkan. Sesungguhnya tiada seorang manusia pun yang terlepas dari godaan dan bisikan syaitan. Wallahualam…

kasih


Terima kasih diucapkan kepada pembaca diatas, semoga setiap novel keluaran Alaf21 ada mesejnya yang tersendiri selain dari cerita yang dipaparkan.

*Terima kasih kepada pembaca di atas. Alhamdulillah, mesej dan moral yang ingin saya sampaikan dapat diterima. Insya-Allah Taala... saya cuba menghasilkan karya yang lebih mantap.<--Rose Harissa
Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016