Sunday 30 September 2007

Berbuka Puasa di rumah Kak Lily Haslina

September 30, 2007

Salam semua…

Semalam aku, Lynn dan Sue, ke Bandar Rinching, Semenyih. Ke mana lagi kalau bukan ke rumah Kak Lily Haslina. Jam Lebih kurang jam 4.00 petang, aku sampai Sunway, ambil Lynn dgn Sue, terus gerak ke Semenyih. Konon2nya takut terperangkap dalam jem di Bandar Semenyih setelah dengar cerita ngeri kak Lily… tapi rupanya, kul 5.00 dah sampai sana.

Apalagi… sembang panjanglah. Kena pulak Kak Lily dah siapkan segala macam masakan. Ada ayam lada hitam (favorite aku nih), sup ayam, lemak pucuk ubi, pecal, pajeri nanas, etc. yang paling spesel, asam pedas ubi kayu + ayam. Mula2 mcm pelik je dgr kombinasi bahannya. Tapi bila makan, sedap beb!

Dekat 6.30 barulah Lily Suriani sekeluarga sampai, diikuti dengan Laila Kamilia bersama suami dan anak-anaknya.

Yang sebenarnya, kami ni bukannya nak makan sangat pun… tapi nak bersembang lebih. Bayangkan, empat orang novelis bertemu. Gamat jadinya… Sue pun dah mcm novelis jadinya… hahahaha….

Dorang pulak semua ingat aku yang tega meninggalkan hubby. Tapi hubby yang tak nak pergi. Dah puas aku pujuk kata suami Lily dan Laila datang gak… tapi dia tetap x nak gi dengan alasan suh aku temankan Lynn, lagi pulak bila tau Sue ada gi sekali…

Lily Suriani pulak duk mengheboh pada dorang yg dia menyamar jadi secretary Elly masa call aku dari opis kelmarin. Hampes!

Satu soalan dari Kak Lily Haslina yang aku takleh lupa ialah… eh, ko lukis2 gambar Elly tu dia tengok tak? Yelah, mesti dia terharu ke apa ke… Aku kata tak mungkinlah dia ada tgk… entah tau entah tidak. Hahahaha…ada 2 andaian yang dorang buat. 1. Elly terharu atau bangga, sbb ada org duk lukis dia dan nak buat citer pasal dia… 2. Elly takut sebab yg lukis tu bini orang yang ‘giler’!… hahahaha… hampes kan andaian2 dorang ni… sabo jela…

Aku dengan Sue duk usik anak kak Lily, Adib yang cute. Malu2 budak tu kena ngurat dengan ‘makcik2’ yg x sedor diri. hahaha

Memang tak ingat nak balik. Suami Lily Suriani dah berapa kali terteleng kepala (duk memberi isyarat ajak balik! Hahahha).

Dekat2 kul 9.00 malam barulah Lily Suriani beredar, diikuti oleh Laila. Dan kami bertiga termasuk aku yang ‘bujang’ ni… dah dorang semua balik barulah kelam-kabut ingat nak balik… tak sedor diri sungguh!

Aku hantar Lynn dan Sue kat kondo mewah Lynn. Team manager dan sorang budak team dia turun untuk mengambil barang2 termasuk lauk pauk yang ditapaukan kak Lily.

Ya, semalam sangat havoc, happy, *plink*plink*… mcm lagi… natijahnya hari ni, aku migrane… kata Lynn kerana dosa semalam! Aduh!

Terima kasih daun keladi ye Kak Lily dan Encik Roslan… ada masa, kitorg datang buat kecoh lagi…*wink*

Friday 21 September 2007

Elly Idzlianizar Ilias

September 21, 2007

Hari ni, aku dah takde kerja sangat. Mengadap pc. Tangan gatal nak melukis…maka, aku lukislah Elly…haha…Kenapa aku suka sangat lukis Elly? Satu sebab mestilah suka dan tabik kat orangnya…kenapa?

Secara ringkasnya, dulu dia pernah bersama pasukan Modenas Pro-M-Tec. Tapi disebabkan pasukan tu dibubarkan, dia tidak dapat beraksi berbulan-bulan lamanya kerana kontraknya hanya lupus pada Disember 2005. Lepas tu dia menerima tawaran pasukan Shell Advance KF. Malang sekali lagi bila pasukan ni kemudiannya ambil keputusan untuk tidak menyertai perlumbaan musim 2007.

April 2007 (kalau tak silap), Petronas Sprinta Ah Hong sambar Elly kemudiannya (kerana bakatnya), menjadikan Elly sepasukan dengan adiknya, Elly Idzliaikmal (adiknya dalam kategori novis).

Pada pendapat aku, semasa Elly dengan dua pasukan terdahulu, dia nampak comot dan berlemuih sangat! Macam budak nakal masuk berlumba! Hahahaha… pepandai je aku! Lepas tu bila dia masuk Petronas Sprinta Ah Hong, barulah nampak pro dan kemas lagi bergaya…yelah, sebab appearance (racing suit, pilihan warna motor) pasukan Petronas, adalah yang paling bagus (pada pendapat aku).

Lagi satu, pada pemerhatian aku, Elly ni pelumba berbakat sebenarnya, penuh strategi. Cuma mungkin ada masa2nya, luck dia tak berapa baik atas sebab2 seperti diatas. Kalau nak tgk pencapaian dia, klik pada nama Elly di panel sebelah kiri blog ni. Lagi satu dia sangat2 profesional, yakin boleh dan penuh semangat keMalaysiaan…

“Tidak kira apa yang saya lakukan, saya mesti lakukannya 100%. Ini adalah falsafah kehidupan saya. Tidak kira apa masalah yang akan saya hadapi kelak.”Elly Idzlianizar.

Harap-harap musim depan, dengan perlumbaan penuh bersama Petronas Sprinta Ah Hong, (tidak sekerat2 seperti musim2 sebelum ni), Elly akan makin semakin maju dan bakal mengungguli kategori Expert 2008.

Sekian… tu je…

Kesimpulan : Aku bosan tatau nak tulis apa dalam blog sebenarnya. Dan harus diingat, artikel di atas hanyalah berdasarkan pemerhatian/bacaan/tontonan aku selama mengikuti pasal cub prix, bukannya aku penah interview/jumpa Elly… :P



Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016