Thursday, November 30, 2006

Dalam dilema....

Setelah sekian lama, blog ini macam terbengkalai aje lagi. Hmm… aku tak ada masa, Cuma sempat jenguk kejap2 aje. Dari 2 minggu lepas aku tak buat apa-apa untuk blog ni… Bermula dengan cuti panjang kerana satu-satunya nenek yang aku ada meninggal dunia. Lepas tu pergi jamuan raya alaf. Seronoknya dapat cakap-cakap dengan idolaku, Kak Pah dan Nia Azalea…lepas tu temuramah RTM, aku yang last sekali, gelabah giler. Lepas beli buku, terus balik.

Hmm… bila aku kembali bekerja, mood untuk terus bergelar designer besi ni makin berkurangan… kenapa? Aku sendiri dah dalam dilema ni… inilah kerja pertama selepas aku grad dari UTM dulu, sampai sekarang dah ada anak sorang, aku masih setia kerja di sini… kenapa? Sebab aku temui keseronokan dalam bidang ni… yelah, rekaan aku ada dalam rumah orang-orang kaya dan ternama… antara bangunan terkenal yang ada rekaan besi aku ialah, Padi Muzium, Alor Setar, Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Royal Lake Club, Istana Seri Menanti, Gerbang Bersepadu (lampu jalan), dll.. orang-orang ternama pulak, termasuklah Tun Mahathir, Tan Sri Zain Hashim, Datuk K, Dato’ Yahya Jalil dan banyak lagi, yang x mampu aku senaraikan…tapi bila aku tengok balik senarai panjang ni, buat aku berfikir 2, 3 ratus kali sebelum berhenti keja. Bayangkanlah, aku senang-senang aje dapat jumpa Tan Sri, Dato’, Datin, Tengku, kerabat di raja…kalau berhenti, sayang. Memang banyak company besi tapi rasanya x sama dengan trademark company aku keje ni…

Walaupun ada diantara projek tak dapat pada syarikat aku bekerja ni dan wlaupun, ada juga yang ambil design aku, suh orang lain buat, aku tetap senyum bangga kerana kat hujung drawing tu, terselit nama aku…hehehe…

Sampai sekarang, aku dalam dilema… adakah kerana tak happy lagi dengan environment pejabat, berbaloi untuk aku berhenti kerja, dan mula memikirkan rancangan-rancangan diri yang tak terlaksana kerana terikat dengan orang lain…perlukah aku nekad??? hai, entahlahh...

4 comments:

  1. Alahaii..kite nih kdg2 sebagai manusia mmg susah nak puaskan diri dalam sesuatu hal. Begitu jua ngan kerjaya. Antara perlu dan minat, kita jadi keliru. Antara suka dan terpaksa kite jadi siksa.

    Ibarat memandu kancil buruk sambil melihat Ferari disebelah. kemudian ada rasa2 nak tukar. Ditakdirkan kite memilikinya , kemudian2 byk hal yg berlalu. Rosak itu ini, servis, charge dan kos yg mahal2 dsb, membuatkan kita teringat si kancil buruk

    Domkian ler, simboliknya. Yg penting.. ikut rasa hati. Kalau perlu berubah, pastikan perancangannya teliti dan tersusun. Baru selamat melangkah..alahaii..

    (Yg suka berakit2 ke hulu dan berenang2 ketepian.. hik hik)

    ReplyDelete
  2. alahaii mersik.. sudah terlalu puas... sampai bosan fizikal dan mental dah ni...
    rasanya perlu juga melangkah keluar dari kepompong besi ni... ingin ke dunia yang lebih luas dan besar di luar sana... :)

    ReplyDelete
  3. da pasti ke kat luar tu lebih baik dari kat dalam... rasa aku ok gi dok dlm penjara dpt makan nasi free dr dok luar nak makan pon susah. walaupun nasik kat penjara x sedap tp dah tentu ada... cuba wat semayang istikarah, kalo dah x larat nak wat pilihan... :) LaLaLaLa....

    ReplyDelete
  4. sbb x pasti diluar tu baiklah aku dh melepaskan masa bertahun-tahun sbb takut mencuba... dn yg ruginya adalah aku sendiri! :)

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts