Hari Terakhir Pesta Buku 2007

By Rose Harissa - May 07, 2007

06hb Mei 2007 merupakan hari terakhir Pesta Buku 2007. Sepatutnya aku tidak bertugas... tapi memandangkan ia hari terakhir, maka, aku pun pergilah jugak lagipun ada janji... nak jumpa penulis Creative, Cik Ebriza Aminnudin... nak kenal2, selama ni kenal kat blog je... sayangnya Alyze yang katanya nk datang, x dpt dtg, atas sebab tertentu.

p/s untuk Ebriza, ko macam hindustan la kat luar! Suker tengok mata ko! Suker dengar sora hang gak! Manjaaa ja sora anak mami soghang ni no!:P

p/s untuk Alyze yang jauh di SINGAPURA... aku x balas lagi emel ko. MAAF. x per, kita jumpa Pesta Buku Tahun depan.. :p semoga ko dan hubby sihat selalu dan dilindungi Ilahi.

Meriah gak hari-hari terakhir ni... kena pulak duk sebelah Kak Lily Haslina... havoc rupernya akak sorang tu... tambah lak hari ni ada Mak Yung : Lily Suriani, Aleya Aneesa, Laila... tambahlah la gamat... kekekee,

Kak Aisya, Kak Anis, Kak Lina, Kak Meen, Damya, Abang Ramlee, cam biasa... laju melayan peminat, sedangkan kami laju berborak serta ketawa! ahaks! tapi borak bukan sebarang borak, ada ketikanya masih sempat bertukar pandangan dan pendapat tapi dalam bentuk lawak la... :P

Tapi kesian kat member sorang tu... jauh di seberang sana... Lynn Dayana. Aman dapat tengok Laut China Selatan konon... kejap2 SMS aku... hahahha rindu pada gelak ketawaku lah tu! *grin*

Memang bagus bila ALAF 21 membariskan golongan penulis pada hari yang sama... meriah dan terasa keeratan ukhwah yang terjalin biarpun ada yang hanya baru kenal pada pesta buku tu la... untuk aku, ini pengalaman paling berharga... maklumlah aku dapat berbual mesra ngan otai penganggur : Kak Lily n Kak Meen, yang dua2nya ala2 'rock' serta sempoi gitu! Hahhahahahaaa...

Apapun, walaupun sepanjang Pesta ni berlangsung dan ramai yang mengatakan aku ni seorang yang kuat ketawa... tapi sebagai orang baru menulis, x sampai setahun jagung dalam dunia penulisan novel ni, aku tetap belajar sesuatu, belajar menghargai peminat, berkongsi pengetahuan dengan penulis2 lama yang berpengalaman dan menambah kawan baru... :)

Oklah... sampai jumpa lagi... aku hendak merehatkan diri dan otak, sebelum berfikir lagi...

Salam sayang,
Rose Harissa

  • Share:

You Might Also Like

0 comments