Friday, 21 September 2007

Elly Idzlianizar Ilias

Hari ni, aku dah takde kerja sangat. Mengadap pc. Tangan gatal nak melukis…maka, aku lukislah Elly…haha…Kenapa aku suka sangat lukis Elly? Satu sebab mestilah suka dan tabik kat orangnya…kenapa?

Secara ringkasnya, dulu dia pernah bersama pasukan Modenas Pro-M-Tec. Tapi disebabkan pasukan tu dibubarkan, dia tidak dapat beraksi berbulan-bulan lamanya kerana kontraknya hanya lupus pada Disember 2005. Lepas tu dia menerima tawaran pasukan Shell Advance KF. Malang sekali lagi bila pasukan ni kemudiannya ambil keputusan untuk tidak menyertai perlumbaan musim 2007.

April 2007 (kalau tak silap), Petronas Sprinta Ah Hong sambar Elly kemudiannya (kerana bakatnya), menjadikan Elly sepasukan dengan adiknya, Elly Idzliaikmal (adiknya dalam kategori novis).

Pada pendapat aku, semasa Elly dengan dua pasukan terdahulu, dia nampak comot dan berlemuih sangat! Macam budak nakal masuk berlumba! Hahahaha… pepandai je aku! Lepas tu bila dia masuk Petronas Sprinta Ah Hong, barulah nampak pro dan kemas lagi bergaya…yelah, sebab appearance (racing suit, pilihan warna motor) pasukan Petronas, adalah yang paling bagus (pada pendapat aku).

Lagi satu, pada pemerhatian aku, Elly ni pelumba berbakat sebenarnya, penuh strategi. Cuma mungkin ada masa2nya, luck dia tak berapa baik atas sebab2 seperti diatas. Kalau nak tgk pencapaian dia, klik pada nama Elly di panel sebelah kiri blog ni. Lagi satu dia sangat2 profesional, yakin boleh dan penuh semangat keMalaysiaan…

“Tidak kira apa yang saya lakukan, saya mesti lakukannya 100%. Ini adalah falsafah kehidupan saya. Tidak kira apa masalah yang akan saya hadapi kelak.”Elly Idzlianizar.

Harap-harap musim depan, dengan perlumbaan penuh bersama Petronas Sprinta Ah Hong, (tidak sekerat2 seperti musim2 sebelum ni), Elly akan makin semakin maju dan bakal mengungguli kategori Expert 2008.

Sekian… tu je…

Kesimpulan : Aku bosan tatau nak tulis apa dalam blog sebenarnya. Dan harus diingat, artikel di atas hanyalah berdasarkan pemerhatian/bacaan/tontonan aku selama mengikuti pasal cub prix, bukannya aku penah interview/jumpa Elly… :P



2 comments:

  1. buleh tulun sy dapatkan kedudukan elly semasa dia race kat Sepanyol ari tu x. Tq.

    ReplyDelete
  2. Yasri... hanya Fahmi yang berlumba di Valencia...
    tapi Insya ALLAH Elly akan berlumba dalam GP kategori MOTO2 tahun depan...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016