Sunday, 21 October 2007

GAPURA - Zehann Ur Rakhie

Tajuk : GAPURA
Penulis : Zehann
Ur Rakhie
Harga : RM22.90/ 561ms

Setelah sekian lama mencari… dapat jugak aku beli buku kedua Zehann selepas Rahsia Agenda Alam Hitam. Sama macam RAAH yang susah juga nak dapatkan. Covernya memanglah tak menarik hati langsung. (Opps! Hehe!) Sesuai lah kut dengan ceritanya yang 'gelap'…(Pelik juga sebb aku tulis novel cinta tapi suka baca citer ‘gelap’.) Harapnya ada lagi tulisan Zehann lepas ni dan mudah2an senang nak dapatkan...

Petikan dari muka belakang:

‘Coup de etate’ dirancang oleh seekor ular dan melagakan dua ekor naga yang berkuasa di Ibu Kota…
Terhimpit di celahnya adalah manusia-manusia kerdil yang hilang haluan…
Di antaranya seorang insan bergelar Man Jai iaitu orang kanan dalam organisasi jenayah yang sedang berperang…
Dia kemudiannya tercampak ke Laut Selat Melaka lalu menemui sebuah penghidupan yang tidak pernah di alaminya di
sana

Man Jai – nothing to lose guy
Man Jai anak yatim, orang kanan dan kawan baik Stephen, antara lima orang tauke (Big Man) atau taikun berpengaruh dalam dunia perniagaan gelap Malaysia. Melakukan jenayah tersembunyi bertopengkan perniagaan legitimate seperti hotel, kelab hiburan, kedai CD, telefon, etc.
Man Jai pendiam, kacak, ada masa2 tertentu jadi ganas tapi bijak dalam setiap tindakannya. Sanggup buat apa saja demi persahabatannya dengan Stephen.
Antara petikan dialog yang aku suka :

“Sajalah aku tu, nak kasi jalan sikit kepala otak tengah pagi2 buta ni, kalau tak asyik cerita pasal business, awek, pasal duit, pasal geng, tak intelek langsung tu,” tingkah Ujang bagai merungut.
“Kau nak intelek kau belajar la sampai jadi professor, buat apa jual dadah beb!” balas Bruno tergelak pula.

“Jual dadah itu profesion, intelek itu pemikiran individu. Perkara macam tu pun kau tak tau beza ka,” hujah Ujang lagi sinis membuatkan Bruno mengisyarat tanda lucah pada Ujang di belakang.

Dan aku suka sangat pada watak Man Jai… hehehe… Sedih bila Ujang mati ditembak dan ketika itu juga Man Jai dicampak ke laut oleh Andy Lo dan Cheah, pengkhianat Keluarga Lima.

Tersentuh hati masa dia belajar mengaji, sembahyang dengan Ustaz Rahim, keluarga yang menjaga dia selepas dijumpai oleh Alang Merak. Rupa Man Jai sama seperti Mansyah anak Mak Jah (adik ipar Ustaz Rahim) yang hilang di laut. Kehadiran Man Jai membuatkan sakit Mak Jah pulih dari ‘gila’nya. Dengan keluarga Ustaz Rahim, Man Jai belajar erti kehidupan, kasih sayang. Bertani dan berkawan baik dengan Alang Merak serta Razak.
Kelakar sangat bila Man Jai macam malu-malu dengan anak Ustaz Rahim, Nurul Aisyah. Macam anak dara diintai teruna idaman! Bayangkan bekas ‘Bag Man’ (pengedar dadah) tiba-tiba malu2 kucing berdepan dengan anak dara! Ustaz Rahim sayang sangat dekat Man Jai sampai pasang hajat nak bawa Man Jai ke Mekah buat Umrah.
Dan aku menangis sebak bila sampai part Man Jai digari polis selepas menyiapkan ukiran khat tulisan Madrasah Al-Amin untuk gapura (pintu gerbang) surau. Apatah lagi bila sebenarnya Mak Jah tahu, Man Jai bukan anaknya tetapi dia telah menganggap Man Jai seperti anak sendiri. Man Jai menangis tak tahu malu lagi. Kelakar bila Ustaz Rahim menampar Man Jai depan orang ramai. Ingatkan nak marah sbb Man Jai kena tangkap tapi…

“Kau belum khatam Quran lagi kau dah nak pergi!” herdik Ustaz Rahim.

Tulisan Zehann kali ini berbeza dari RAAH. Kalau RAAH seperti membaca sebuah hikayat dongeng dengan gaya penulisan lama, Gapura pulak mcm membaca pekung dunia samseng dan jenayah gelap. Bahasanya bersahaja. Penuh dengan istilah2 dalam dunia dadah. Gaya samseng dan mafia bercakap. Banyak kali juga aku tergelak baca dialog diorang.

Satu aje kelemahan iaitu sub-bab bercampur. Tak ada teknik cut and jump. Cuma ada pada sesetengah bab je. Tapi semua tu x jadi masalah. Citernya bes. Pada sesapa yang nak lari dari tema cinta, atau suka baca citer jenayah, samseng, mafia tapi ada unsur kasih sayang, persahabatan, bacalah tulisan Zehann ni. Tak rugi. BEST!!!

“Biarpun Kau Pergi Jauh dan Tersesat… Namun KeAgungan Kasih-Nya Akan Menarik Kau Kembali Kepada-Nya…”

No comments:

Post a Comment

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016