Tuesday 26 February 2008

Iklan dari Laman Web Alaf 21

KINI GILIRAN ROSE HARISSA
DI ASTRO AWANI

Ingin mengenali lebih dekat novelis muda berbakat besar ini? Ingin mengetahui dengan lebih dekat lagi bagaimana seorang graduan jurusan Senibina UTM Skudai ini boleh mengumpul begitu ramai peminat (sesuatu yang tidak disangka-sangkanya) dalam waktu yang begitu singkat sahaja?

Pastikan anda berada di hadapan Astro Awani 123, hari Rabu 27.2.2008 jam 11.30 pagi. Tataplah secara lebih dekat lagi novelis `Berikan Cintamu' dan `Cinta Mekar di Hati' ini. Dengarkan keramahan dan kepetahannya ketika diwawancara oleh Dang Suria Zainurdin dalam program `Dari Wanita ke Wanita', sebuah program yang semakin mendapat tempat di hati penonton.

Dan khusus untuk peminat di Brunei... luangkanlah masa untuk sesi ramah mesra bersama Rose Harissa di Pesta Buku Brunei bertempat di Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas, 29.2 - 2.3 (10 pagi - 7 malam) dan 3.3.08 (10 pagi - 2 ptg).

Selamat membaca, menonton dan beramah mesra!!!

8 comments:

  1. huhuhu takleh tgk....tgh kerja skrg! frust gilos!

    ReplyDelete
  2. hehehe... x pe, kak eka dn kak lily dh wakilkan tgk... tah hape2 aku sembang! hahhahaa

    ReplyDelete
  3. tadi ada ulangan pukui 6.31 pagi. Rose nyer interview ujung2 dlm 10 minutes before 7 a.m. ngan yam tengok tadi.. "uih betui ka rose tu, awat sopan semacam?" haha.. lily s. kalau nak cuba nasib, pagi esok 6.31pg mungkin ada ulangan lagi.. peng interview dia bukan dang suria tatau sapa.. dang matahari kot.. haha.. uish jahat aku. mula2 tu ada interview pasai hidrotherapy usus.

    sure fine whatever
    rinn

    ReplyDelete
  4. hahahha... berjaya gak ko tgk ye Rinn... hos tu hos bidan terjun last minute... Umairah namanya... aku pun bantai je la sembang apa pun... jgn seantero Malaya terkejut sudah tgk Rose Harissa begitu...sadis bila live ni...

    ReplyDelete
  5. aku siap ambik e.l nak tengok 'rose harissa' yg control ayu tu on air live! tapi kau ok aper masa tu... maintain! hahahaha.... jgn marah ye, rose! hehe

    ReplyDelete
  6. huarghh... tertekan nya aku kawn2 tgk aku live on air... hahahha... hampes ler ko Hezzy... tiba turn ko besok.. tau la aku gelakkan ko... hahahha

    ReplyDelete
  7. whoa fuiyo.. amik E.L tu.. tak tahanzzzz

    ReplyDelete
  8. hahaha rinn... hezzy tu mmg dong2 sikit ... suker lari2 dr opis... hahaha

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016