Wednesday, 22 October 2008

Serasi di Hati


Cantik tak cover ni? Belum siap sepenuhnya. Masih ada tagline yang belum diisi. Tapi bagi aku nampak fresh dan 'rangup'! Aku ambil dari blog kak ++Norhayati Berahim++


Novel ni bakal terbit di bawah NBKara November nanti. Terima kasih banyak kak Yati dan Kak Su kerana memberikan lampu hijau tampalkan cover di sini wpun blurb blum siap...
Sebenarnya cerita ni dah lama aku tulis. Cuma tak tahu nak hantar ke mana sebab isunya bagi sesetengah orang agak sensitif. Kisah lelaki muda (gigolo) jatuh cinta dengan isteri orang . Ala2 kisah 'mangga muda' la ni, sesuailah ngan cover epal hijau yang fresh lagi 'rangup' itu ...
Aku berterus-terang dengan Kak Yati bahawa aku pernah hantar manuskrip ni pada sebuah penerbitan. Lama terperam . Kemudian atas nasihat seorang penulis lelaki popular, dia meminta aku ambil balik manuskrip tersebut. Cerita tentang penerbitan itu tambah menyakinkan kerana rakan-rakan dari penerbitan lain juga bercerita perkara yang sama . Maka setelah hampir setahun, aku tarik balik manuksrip tu wpun mereka kata bakal diterbitkan awal tahun depan kalau aku bersabar. Tak apalah. Mungkin tak ada rezeki aku di situ .
Atas saranan seorang kawan, aku cuba hantar pada Kak Yati sekitar Ogos lepas. Kak Lily Haslina Nasir sememangnya rapat dan mengenali kak Yati sejak sekian lama, telah berbesar hati bw aku jumpa kak Yati. Itulah pertama kali jumpa Kak Yati yang cukup humble orangnya. Dan aku tak sangka, novel ini diterima. Rasa macam mimpi pulak dan bahagia berganda. Alhamdulillah... jutaan terima kasih kepada Kak Yati kerana sudi terima penulis kerdil macam saya ini. Terima kasih lagi kerana menghargai lukisan saya. Insya ALLAH, ada sesuatu dari aku untuk kak Yati nanti. Nantilah aku cerita lebih lanjut, bila semua dah confirm. Terima kasih juga kepada Kak Su yang sentiasa ceria... hehehe.
Mulanya nak guna nama NORA. Ringkas dan kesinambungan dari APO? kononnya. Tapi kerana diminta memanjangkan, maka aku letaklah nama abah dihujung daripada letak nama lain. Lagipun abah selalu kecik hati sebab ingat aku dah tak nak guna nama Nora Ismail. Jadi novel ini dikira hadiah untuk abah aku!

8 comments:

  1. oohhh.. novel terbaru?ishh3 sgt teruja nih.. hijau tuhhh..!!!awww...

    ReplyDelete
  2. hehehe... bulan 11 ler kuar... kene tunggu sikit... :)
    segar mata tgk warna ijau

    ReplyDelete
  3. Rose tahniah novel baru yang evergreen :) smoga berjaya. Tak sabar nak 'jumpa' zarul versi cetak ;)

    ReplyDelete
  4. tengkiu Rinn, kita sama2 tunggu ya, zarul versi cetak kuar... :)

    ReplyDelete
  5. tahniah, kak rose. cantik covernya. lain drp lain. tmbh hijau warna kesukaanku... hehehe...

    ReplyDelete
  6. tengkiu bikash... hehehe... akak pun rasa cam terawang-awang nih... :P

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016