Monday, April 28, 2008

Helmi Eliza Elias

4/28/2008


Malam ni aku stop menulis jap. Buat latihan tangan. Melukis lagi… kali ni mangsa aku ialah Mohd Helmi Eliza Elias, jejaka penjaga gol Kedah yang paling hangat sekarang ni… hehehe… 005.gif

Bila aku buat vector art, ada yang tak percaya kata aku cuma edit dari gambar original… sedih gak kadang tu... tp takpelah, aku belum expert…dft001.gif 009.gif

Friday, April 25, 2008

Cerita orang kaya

4/25/2008

Aku terpanggil untuk menulis tentang ini apabila ada yang mempertikaikan cerita-cerita tentang orang kaya dalam novel. Bukan aku hendak mengagungkan orang kaya. Tetapi pengalaman kerja sebagai designer selama 8 tahun dah cukup beri aku pengalaman melihat dengan mata kepala sendiri gaya hidup mereka yang kalau ada kawan2 aku mengistilahkan, tak ingat nak mati. Kasar? Tapi itu hakikatnya. Memang betul apa yang selalu di dramakan dalam novel mahupun TV atau filem.

Dua tahun pertama, aku sekadar buat design aje… Cuma boleh ternganga bila melihat mereka sanggup sain quotation yang harganya kadang2 cecah setengah juta untuk barangan besi saja! Masih tidak percaya. Tetapi lepas tu apabila aku designer cabuk ni dikerahkan berkomunikasi dengan pelanggan, melawat site dan sebagainya, mata aku semakin terbuka.

Percaya atau tidak, Malaysia memang menyimpan orang2 kaya yang kekayaan dan kesanggupan mereka membelanjakan duit, x terjangkau dek akal fikiran kita orang biasa2 ni.

Dalam CMDH, aku tuliskan tentang keluarga Tengku Razlan yang keretanya berderet 5 buah, siap sebut jenama lagi. Tapi ada juga yang tak percaya ada orang sekaya itu. Aku pernah jumpa lebih dari itu. Seorang yang bergelar Tan Sri, masih muda orangnya. Masuk ke basement banglo dia, buat aku ternganga melihat kereta mewah yang berderet yang mana untuk membayar road tax kesemua kereta itu sahaja dah mencecah 100k! Gaji tahunan aku pun x sampai 26k! Boleh bayangkan? Dan seorang Dato’ muda memandu Ferrari yang harganya sejuta! Menyala-nyala merah warnanya. Tak lama lepas tu, membeli Brabus secara cash tanpa rasa bersalah! Tak hensem pun secara automatik akan nampak hensem di mata perempuan2 materialistik! Semua kekurangan diri akan tertutup bila poket tebal dengan duit.

Ada yang sanggup membayar harga pintu pagar yang nilainya cecah 40k semata-mata mahukan kelainan. Lantai untuk parking kereta pun dibuat dari marble import, harganya, ±RM400K. Sama harga dengan sebijik rumah teres mampu milik golongan kaya sederhana. Itu belum termasuk dengan mereka2 yang ada helipad di banglo mereka. Bayangkan, siap ada helicopter sendiri! Apa lagi yang mampu beristeri lebih dari satu sampai cukup quota dan mampu pula memberikan mereka banglo mewah sebijik seorang.

Itu baru golongan lelaki. Belum masuk perempuan. Ada beberapa orang Puan Sri & Datin yang aku jumpa, tak kiralah golongan kerabat atau berdarah biasa, yang kerjanya, hanya ke salun, memanjakan diri. Tak buat apa-apa. Yang mana, belanja bulanan mereka untuk kecantikan diri saja melebihi gaji aku sebulan! Ada pula driver khas yang bawa mereka ke sana sini.

Kalau dalam CMDH aku tulis Tengku Kamsiah yang mementingkan kebendaan, si Tengku Alis yang kerek. Ada juga yang kata pada aku, mana ada orang macam tu. Tapi itulah yang aku jumpa di kalangan orang2 kaya. Makan dalam pinggan porcelain bersudukan perak atau emas, minum dalam gelas kristal. Ada di antara mereka yang dengan selamba memukul orang gaji. Malah ada yang mengkelaskan, orang gaji A hanya bekerja untuk tingkat atas. Dan orang gaji B yang berkerja di tingkat bawah, diharamkan naik ke tingkat atas. Kalau nak apa-apa, kena hubungi orang gaji A melalui telefon.

Pernah di depan aku seorang isteri Dato’ dengan selambanya minta duit untuk beli pampers dan belanja anak kecil mereka. Dato’ terus seluk poket dan bagi 500. Itu sekadar untuk belanja hari itu sahaja. Yang mana kalau dibandingkan, itu belanja untuk anak aku sebulan. Ada pula, yang tempat shoppingnya di Paris. Gedung dalam Malaysia tak dipandangnya. London jadi tanahair kedua. Ada rumah berbiji-biji di sana. Kalau jual sebiji dah berapa? Makan tujuh keturunan pun tak habis!

Yang untungnya menjadi anak. Duduk sahaja goyang kaki. Pergi kelas memandu Subaru atau Evo. Bosan sekolah di Malaysia, mintak mummy atau daddy transferkan ke oversea. Kawan-kawan pula mesti dari golongan elit. Pakaian mestilah berjenama hebat dan terkini. Sarapan di Starbuck. Lunch di Secret Recipe. Dinner di Planet Hollywood. Kalau kita sekali sekala tetapi mereka hari-hari.

Sungguh, orang Malaysia, kalau kaya, kaya yang melampau. Aku berkesempatan melawat banglo seorang kenamaan yang terkenal kaya. Dia membina banglo itu untuk ‘heritage’. Sebagai satu kemegahan. Bayangkan kalau banglo yang lima tingkat itu setiap lining dan Cornish diukir khas dari tembaga. Ada pula ruang2 istimewa yang menggunakan kemasan gold leaves! Bayangkan dia mampu membawa masuk tiang marble yang dipotong terus dari sebuah bukit di Negara China. Railing tangga dibuat dari tembaga, diimport dari Itali, RM1.5 juta. Kosnya sudah berapa? Pada ketika aku meninggalkan syarikat, banglo itu dikatakan melebihi ±RM100 juta! Sekarang, entah berapalah harganya.

Pernah terfikir rumah ada lif? Ha, banyak banglo yang aku jumpa ada lif walaupun baru 3 tingkat! Kebanyakan kata, untuk kemudahan mereka yang dah tua. Huh, kos satu lif saja dah cecah 700k. Dan bukan boleh pasang sebarangan. Kena ada consultant bertauliah. Itu belum kira harga untuk konsultan lagi.

Kalau mampu membeli chandelier yang ukur panjangnya, 4' x 5' dengan harga cecah beratus ribu ringgit, apalah sangat kalau tempah katil khas diperbuat dari emas! Bayangkan, kalau banglo biasa saja yang pada pandangan aku kategori orang kaya gred D, pun dh mampu membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk hiasan rumah, inikan pula yang bertaraf gred A.

Bayangkan pula mereka sanggup keluar duit untuk beli seni besi. Kalau mampu turunkan tanda tangan di cek berjumlah ratusan ribu ringgit selang seminggu, apalah sangat kalau bayar cash RM100k! Boleh bayangkan betapa harumnya bau duit yang masih berbungkus plastik? Senyum dan pandang sajalah. Duit orang bukan duit kita.

Itu cerita orang kaya… yang ada di antara mereka, menjadi kaya kerana berusaha dari bawah. Ada yang kaya kerana berkahwin dengan kerabat. Ada yang kaya kerana mewarisi kekayaan keluarga. Ada juga yang kaya kerana tiba-tiba perniagaan mereka jadi maju dan dapat durian runtuh. Kerana kebanyakan orang kaya yang aku jumpa itu mereka hanya senang hati bila berbelanja… tapi percaya atau tak, mereka sebenarnya ada yang susah hati dan tidur bersilang tangan atas dahi. Samada memikirkan macam mana nak tambah kekayaan, atau memikirkan macam mana nak kekalkan orang yang mereka sayang kekal dengan mereka.

Banyaklah perkara mengenali orang kaya yang membuat aku buka mata dan minda. Kadangkala menggeleng kepala bila tahu dari mana datangnya duit. Faham-faham sendirilah. Boleh bilang dengan jari mereka golongan kaya yang berhati emas, dan masih ingat amal kebajikan serta yang fardhu.

Sebab tu lah sekarang ni aku dah tak heran tengok rumah besar2. Aku jadi lali tengok perabot mahal2. Aku jarang lagi mengatakan wow pada hiasan dalaman yang pada orang lain mungkin nampak gah. Kerana bagi aku yang pernah lihat lebih, itu biasa. Tiada lagi yang istimewa bila sudah melihat sesuatu yang lebih dari kebiasaan.

Kerana itu aku menulis biasanya dari pengalaman kerana aku ingin jadi pencerita, berkongsi rasa dan pengalaman dengan pembaca. Yang baik jadikan tauladan, yang buruk, jadikan sempadan.

Apapun, bersyukurlah dengan apa yang ada.

Saturday, April 12, 2008

Pesta Buku 2008

4/12/2008

Salam…. Kali ni aku nak citer pasal Pesta Buku 2008. Akhirnya dah abis bertugas… kembali bertugas kepada suami… dft011.gif

Sengaja balik awal tadi sbb semua geng sibuk nk balik awal… aku pun dh takde mood nak merewang beli buku… dft002.gifcukuplah aku beli beberapa buah novel dr beberapa publisher lain…dah x de bajet… bukannya bekerja… kene sedor diri.

Tapi balik tadi x sedor diri sebab aku sempat merempit melepaskan geram lalu NPE… hasilnya… beberapa mamat yg ‘tak sekolah’ sebuk nak ajak aku beracing! Huh! Aku paling pantang kalau lelaki camtu… ko Evo, aku Wira Diesel… pehal ko nk rempit ngan aku? dft007.gif Buat malu kaum aje… adala satu tu Satria, satu lagi Perdana (perempuan)… tp aku peduli apa… kaki mmg gatal tekan 140 sampai umah… ya… aku mmg suka tekan laju sebab seronok layan denyutan adrenalin… aku suka pada perasaan tu… tatau ngape…028.gif

Berbalik pada Pesta Buku.. Alhamdulillah… tahun ni aku ada rasa kelainan sikit… sebab peluang bertemu dengan rakan2 alam maya lebih luas… x kurang juga, makin mesra dengan pembaca… 5 hari bertugas, sempat jumpa cam biasa, Kak nOOr and the geng.. yg kalau jumpa, mmg riuh sekampung… thanks kak nOOr sebab selalu sokong sy dan karya saya…011.gif

Dapat jumpa geng2 forum pun best... terima kasih byk kepada silencez and the geng... ada rezeki jumpa lagi! dft010.gif047.gif

Huhahuha dengan John NOrafizan wpun tu 1st time jumpa… sempat mintak signature dia. Paling mengejutkan jumpa Alyze! Ya, ALLAH… minah ni mmg lain sgt dalam gambar… kat luar, slim giler… huh, dengki aku… neway, ko mmg havoc dan rock Alyze! 011.gif

Kemudian jumpa Dini yang comel… serta kwn2 dia… Dini memang comel…015.gif

X sangka Nadya juga sanggup dtg dari Melaka… termengah-mengah… terima kasih Nadya… keep in touch…

Munirah yang selalu beremelan ngan akak… terima kasih sebab susah payah turun dr Seremban… Sempat jumpa Kak Mon dan Rin dr Brunei kejap aje... harap dapat jumpa lagi nanti... Jumpa puteri71 gak...

Hari last, sempat jumpa rakan2 Myspace… mekasih kat Latif yang datang bersama keluarga… siap belanja anaknya novel Berikan Cintamu ( x pe, novel ni sesuai ngan budak sekolah sebab heronya ala2 Islamiah yg dinamik gitu! Huhu! 005.gif) Dan tak lupa, buat Ada rocker… lu cute beb! Hahaha! 005.gif

Itulah dia kisahnya sepanjang Pesta Buku…Untuk warga ALAF 21.. terima kasih banyak sebab masih sudi panggil Rose Harissa memeriahkan Pesta Buku 2008. 009.gif Kepada semua pembaca, terima kasih kerana sudi menemui aku... Terima kasih kerana sudi memberi komen dan kritikan membina... 043.gif

Jumpa lagi di PBAKL tahun depan.. Insya ALLAH 048.gif

Thursday, April 3, 2008

Jadual Aku di PWTC

4/03/2008
.::Jumaat 4 April::.
Norzailina Nordin, Lily Haslina, Rose Harissa
.::Sabtu 5 April::.
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Aleya Aneesa, Ramlee Awang Murshid, Azhan Kamal, Richie Rachman, Hezzy Azra, Emma Maizura, Rose Harissa, Qaira Qashida
.::Isnin 7 April::.
Lily Haslina, Murad Arshad, Rose Harissa, Luqman Hakim
.::Jumaat 11 April::.
Norzailina Nordin, Lily Haslina, Rose Harissa, Meen Zulaikha, Damya Hanna
.::Sabtu 12 April::.
Norzailina Nordin, Anis Ayuni, Damya Hanna, Meen Zulaikha, Aisya Sofea, Richie Rachman, Aleya Anessa, Fatin Nabila, Lynn Dayana, Ramlee Awang Murshid, Rose Harissa, Qaira Qasidah

Wednesday, April 2, 2008

Souvenir style lama

4/02/2008


Dah lama x buat keje spray ni… (bukan airbrush ye dft010.gif) … ni old fashion punya, spray direct dari tin. Belajar buat mende ni pas SPM masa keje kat Razmi Craft di Kompleks Teruntum 1994 dft003.gif.

Last aku buat kerja ni, masa kat Kolej Mara Kulim Kedah. Tak ingat berapa ratus keping aku spray tp ni pjek dengan Kelly untuk jual ni Pesta Sukan Kolej Mara SeMalaysia 1995. Aku tukang spray, Kelly tukang tulis sebab tulisan dia lagi lawa 045.gif. Natijahnya, aku tak bangun 3 hari sebab hidu bau spray lama sangat, urat kepala dah naik bengkak besar ibu jari. Huh, lepas tu aku serik nak main dengan spray. Tapi masa jual tu mmg berbaloi… mmg leh buat duit la… 011.gif

Tapi tadi, teringin pulak buat kerja lama tu. Hmm… ada lagi bakat aku wpun dh x kemas cam dulu. Tak larat nak buat banyak2 sebab kepala dah mula berdenyut.

Ni semua khas untuk pembeli bertuah novel aku di PWTC nanti dan juga untuk beberapa org yg terpilih 027.gif 021.gif. Art yg x seberapa dri aku… siapa cepat dia dapat! dft012.gif

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts