Periuk nasi bocor...
Rose Harissa
December 24, 2009
Macam mana kalau periuk nasi bocor?
Tampal atau beli baru saja?
Kalau periuk nasi kat rumah bocor, aku selalunya akan tampal dengan kapur sirih! Hahaha...orang guna kapur untuk makan sirih, tapi aku? Guna untuk tampal periuk bocor!
Ya... aku masih masak nasi secara manual. Dalam periuk macam gambar kat sebelah ni. Ketawalah kalau nak ketawa. Tapi inilah padahnya kalau bersuamikan seorang technician! Banyak barangan elektrik yang dia tak galakkan aku pakai. Antara alasannya jangan jadi pemalas. Nasib baik, dia masih benarkan aku guna mesin basuh. Kalau tak mahu hari-hari aku menangis dalam bilik air sebab terpaksa berus baju dengan tangan sendiri. Sedangkan tangan ini jugalah yang nak melukis dan menulis.
Okey, itu cerita periuk untuk masak nasi.
Macam mana kalau periuk nasi lain yang bocor?
Maksudnya tempat cari makan. Ya, salah satu 'periuk nasi' aku dah bocor! Full stop. Bocor yang tak boleh dibaiki lagi. Mesti ada yang akan gelak guling-guling atau bertepuk tangan bila tahu periuk nasi aku dah bocor! Mesti ada yang akan kata, "Ha! Padan muka! Itulah... tamak sangat! Pengacau!"
Kerana mulut badan binasa. Memang betul! Tapi kadang-kadang kerana mulut orang lain, badan kita juga boleh binasa! Aku pun dah malas nak mencari milik siapa mulut itu. Malas nak pergi salotep. Biarlah kalau ada yang baca karya-karya aku dan sampaikan pada orang lain bahawa cerita aku tak matang, dialog aku begitu begini...suka guna nama pelik-pelik. TAPI kalau tak suka, jangan hasut orang lain jadi tak suka sama. Pendek kata, jangan KONDEM! Aku pun tak tau sejak bila nama watak aku pelik. Pelik sangat ke nama Eddy Ezli? Azalan? Hazry Izhar? Azfarel? Nur Fasha? Intan Edrinaz? Ah! Malaslah nak senaraikan! Boleh tengok sendiri kat polls novel sebelah blog ni. Kecuali Elly Idzlianizar tu... bukan nama aku reka... tapi dah nama dia betul... dia hero realiti aku... nak buat camna?
Pernah tak jumpa orang yang kita tak ada buat salah pada dia pun, tapi tiba-tiba aje, dia merasa amat jaki dengan kita? Mungkin yang baca akan rasa banyak sangat masalah aku ni. Lepas satu, satu... entah. Aku pun tak tahu kenapa... tapi aku faham satu, cara paling bagus untuk menjatuhkan orang lain, adalah dengan menyebarkan cerita yang bukan-bukan. Atau paling tidak, demoralized seseorang! Aku tak suka nak cari gaduh dengan orang sebab tu aku lebih suka DIAM dan tak mahu bercampur dengan orang, tak mahu nak pergi ke mana-mana hatta berjumpa kawan pun aku tak mahu. Bukan sombong tapi menjaga batas. Tapi ada jugak orang yang kacau dan sebarkan cerita bukan-bukan.
Biarlah... aku cuma pegang kata;
Bak kata seorang kawan... "Kau dah syahid dalam perjuangan!"
Ha ah yelah tu...perjuangan yang mengorbankan diri sendiri sampai terlingkup periuk nasi. Hanya sebab aku ada periuk nasi lebih! Macamlah kerana periuk nasi lebih tu, aku jadi jutawan!
Aku tak peduli kalau ada yang akan kata aku seorang yang kurang ajar. Aku tak pandai nak berlakon jadi BUDIMAN. Hell! Inibelogsaya! (Pinjam nama blog Hanis Zalikha yang sangat sweet itu). Blog untuk berinteraksi dengan orang-orang yang suka saya! Suka hati sayalah nak cerita pasal apapun. Saya nak promosi novel ke... cerita hantu saya ke... lukisan saya ke... saya punya suka. Sejak bila ada undang-undang suruh jangan tulis apa yang kita rasa kat blog? Yang tak suka mungkin akan baca juga tapi baca dengan hati jaki. Tapi kadang-kadang tu rasa juga malas nak update blog. Malas nak cerita apa-apa nanti orang tak suka saya, akan tahu apa perkembangan saya. (Hoh! Terasa skema dan comel pulak bila menggunakan 'saya'...hohoho!)
Entah mengapa diungkit semula. Bermakna ada yang menyimpan dalam hati dan terasa hati tak tentu hala. Sedangkan aku dengan orang lain tak ada masalah pun. Aku dah malas dan penat nak explain. Kerana aku perlu maju dan teruskan langkah. Jalan kena pandang depan, tapi tak mahulah sampai terangkat dagu kerana aku tak mahu jadi manusia yang lupa di mana tempat aku berpijak. Takut tersembam! Tersungkur langsung tak boleh bangun. Aku takkan lupa orang yang pernah mendidik dan mengajar aku.
Tak tahu mengapa orang yang tak ada kena-mengena dengan aku sangat sibuk mengambil tahu apa yang aku buat. Prinsip aku senang aje... aku tak kacau orang... jangan orang kacau aku. Tersentuh sikit, aku masih boleh sabar. Tapi kalau sampai tahap mengacau hidup... gunung api pun boleh meletus! Aku bukan jenis yang boleh berdiam diri kalau orang sudah mengusik hidup aku dan peribadi aku yang tak ada kena-mengena dengan kerja.
Kalau ada yang terluka...aku peduli apa? Rawatlah hati sendiri supaya luka tu tak bernanah dan tak jadi jangkitan kepada orang lain. Sebab aku sendiri lebih terluka-SANGAT TERLUKA! Aku diceraikan! Talak tiga sekaligus! Tapi apa boleh aku buat lagi? Memang dah tak ada jodoh! Lagipun kuasa talak bukan di tangan aku...ada yang lebih berkuasa.
Akan tetapi apabila sudah berjumpa dengan para senior yang senasib dengan aku, terutama yang diceraikan... aku fahamlah situasi sebenar... siapa yang kuis siapa, sebenarnya siapa yang tak suka siapa? Bila dah jadi macam ni tiba-tiba hati aku berkata sesuatu; mungkin ada yang suka menggunakan nama orang lain. Mungkin ada yang suka sangat menggoreng.
Sebenarnya memang aku dah rasa something wrong somewhere tapi diamkan sebab tak mahu syak wasangka berlebihan takut terkena tiupan syaitan. Bila dah kena batang hidung sendiri...compiled pengalaman orang lain yang senasib, barulah tahu rasa. Tak salah lagi apa yang aku rasa! Perkara ini sebenarnya sudah jadi a very personal issue! Tidak ada kaitan dengan perkara lain tapi lebih kepada perasaan individu lain kepada seorang individu lain.
Dan tiba-tiba aku rasa, berdosa ke kalau aku ni multitalented (boleh melukis dan menulis dalam satu masa)?Mungkin ada yang tak boleh tengok orang muda naik dengan cepat... dikata tak sabar dan gelojoh. Zaman sekarang bukan zaman tunggu dan lihat... orang sudah maju ke depan, tak kanlah kita masih nak ke belakang?
Be a leader, not a follower! Ini pesan bos zaman aku kerja makan gaji dulu.
Bak kata Bunkface :
Berpatah arang berkerat rotan. Mungkin bunyinya macam sangat teruk. Tapi tak pe... aku akan gunakan arang itu untuk masak nasi lain. Sebab aku lebih suka masak nasi secara manual. Nasi yang masak secara manual lebih sedap. Tak perlu TEKAN SUIS untuk CEPAT MASAK.
Bak kata seorang sahabat yang tumpang sama menangisi nasib aku: "Tak apalah Rose... mungkin apa yang jadi kat kau hari ni, ada benda lain yang kau tak nampak masa depan."
Terima kasih, saya terharu.
Dan memetik kata penulis hebat, Ahmad Patria Abdullah;

Hidup macam roda. Hari ni kita kat atas, esok lusa kita kat bawah. Rezeki ada di mana-mana.Ada yang kata, mungkin cara aku salah. Berkerut sekejap kening. Cara aku yang bagaimana ya? Aku terlalu agresif kut? Buat itu buat ini dan cerita pulak kat blog, ada yang membaca akan rasa jaki atau rasa aku tamak! Salah ke kalau Tuhan sudah bagi aku kelebihan untuk buat dua perkara dalam satu masa? Atau mungkin ada yang jaki kerana aku terlalu outspoken diblog? Tapi maaflah... aku bukan Drama Queen. Aku bukan pandai membodek orang, aku selalu cakap dari hati. Tapi kalau orang suka sangat percaya cakap orang lain dan menggunakan nama orang lain dalam usaha untuk menakutkan atau mengajar seseorang supaya sedar diri, maaf...wrong person! Aku bukan 'yes person' yang hanya mengangguk dan tunduk pada sebarang 'ugutan'. Budaya ugut-mengugut, menakut-nakutkan ni takkan memajukan manusia. Tanya salah.... tak tanya salah tapi kalau tanya, disenaraihitamkan pulak...tak sedar diri...tak bersyukur...tamak...demanding...macamlah buku bagus sangat...ingat diri dah hebat sangatlah...bla...bla...bla...
Bak kata seorang kawan... "Kau dah syahid dalam perjuangan!"
Ha ah yelah tu...perjuangan yang mengorbankan diri sendiri sampai terlingkup periuk nasi. Hanya sebab aku ada periuk nasi lebih! Macamlah kerana periuk nasi lebih tu, aku jadi jutawan!
Aku tak peduli kalau ada yang akan kata aku seorang yang kurang ajar. Aku tak pandai nak berlakon jadi BUDIMAN. Hell! Inibelogsaya! (Pinjam nama blog Hanis Zalikha yang sangat sweet itu). Blog untuk berinteraksi dengan orang-orang yang suka saya! Suka hati sayalah nak cerita pasal apapun. Saya nak promosi novel ke... cerita hantu saya ke... lukisan saya ke... saya punya suka. Sejak bila ada undang-undang suruh jangan tulis apa yang kita rasa kat blog? Yang tak suka mungkin akan baca juga tapi baca dengan hati jaki. Tapi kadang-kadang tu rasa juga malas nak update blog. Malas nak cerita apa-apa nanti orang tak suka saya, akan tahu apa perkembangan saya. (Hoh! Terasa skema dan comel pulak bila menggunakan 'saya'...hohoho!)
Entah mengapa diungkit semula. Bermakna ada yang menyimpan dalam hati dan terasa hati tak tentu hala. Sedangkan aku dengan orang lain tak ada masalah pun. Aku dah malas dan penat nak explain. Kerana aku perlu maju dan teruskan langkah. Jalan kena pandang depan, tapi tak mahulah sampai terangkat dagu kerana aku tak mahu jadi manusia yang lupa di mana tempat aku berpijak. Takut tersembam! Tersungkur langsung tak boleh bangun. Aku takkan lupa orang yang pernah mendidik dan mengajar aku.
Tak tahu mengapa orang yang tak ada kena-mengena dengan aku sangat sibuk mengambil tahu apa yang aku buat. Prinsip aku senang aje... aku tak kacau orang... jangan orang kacau aku. Tersentuh sikit, aku masih boleh sabar. Tapi kalau sampai tahap mengacau hidup... gunung api pun boleh meletus! Aku bukan jenis yang boleh berdiam diri kalau orang sudah mengusik hidup aku dan peribadi aku yang tak ada kena-mengena dengan kerja.
Kalau ada yang terluka...aku peduli apa? Rawatlah hati sendiri supaya luka tu tak bernanah dan tak jadi jangkitan kepada orang lain. Sebab aku sendiri lebih terluka-SANGAT TERLUKA! Aku diceraikan! Talak tiga sekaligus! Tapi apa boleh aku buat lagi? Memang dah tak ada jodoh! Lagipun kuasa talak bukan di tangan aku...ada yang lebih berkuasa.
Akan tetapi apabila sudah berjumpa dengan para senior yang senasib dengan aku, terutama yang diceraikan... aku fahamlah situasi sebenar... siapa yang kuis siapa, sebenarnya siapa yang tak suka siapa? Bila dah jadi macam ni tiba-tiba hati aku berkata sesuatu; mungkin ada yang suka menggunakan nama orang lain. Mungkin ada yang suka sangat menggoreng.
Sebenarnya memang aku dah rasa something wrong somewhere tapi diamkan sebab tak mahu syak wasangka berlebihan takut terkena tiupan syaitan. Bila dah kena batang hidung sendiri...compiled pengalaman orang lain yang senasib, barulah tahu rasa. Tak salah lagi apa yang aku rasa! Perkara ini sebenarnya sudah jadi a very personal issue! Tidak ada kaitan dengan perkara lain tapi lebih kepada perasaan individu lain kepada seorang individu lain.
Dan tiba-tiba aku rasa, berdosa ke kalau aku ni multitalented (boleh melukis dan menulis dalam satu masa)?Mungkin ada yang tak boleh tengok orang muda naik dengan cepat... dikata tak sabar dan gelojoh. Zaman sekarang bukan zaman tunggu dan lihat... orang sudah maju ke depan, tak kanlah kita masih nak ke belakang?
Be a leader, not a follower! Ini pesan bos zaman aku kerja makan gaji dulu.
Bak kata Bunkface :
Don’t want much, I just want everythingJagalah periuk nasi sendiri. Jangan bengang atau jaki kalau orang lain ada periuk nasi lebih. Tak bermakna orang yang ada periuk nasi lebih itu hidup kekenyangan. Tapi boleh jadi juga, dia perlu mencari periuk nasi lebih kerana dia punya tanggungan yang lebih. Bukan setakat menanggung anak sendiri. Jangan ingat semua orang tamak bila bekerja lebih. Dan kalau diri sendiri ada periuk nasi lebih, jangan halang orang lain pun nak cari periuk nasi lebih. Sendiri mau ingat!
Thought that I could, do almost anything
One step in front of the other
Thought that I could do it alone
In the blink of an eye, it’s just another day
Telling me why, I’ll find another way
Got this feeling, got me reeling
I can almost start believing
Berpatah arang berkerat rotan. Mungkin bunyinya macam sangat teruk. Tapi tak pe... aku akan gunakan arang itu untuk masak nasi lain. Sebab aku lebih suka masak nasi secara manual. Nasi yang masak secara manual lebih sedap. Tak perlu TEKAN SUIS untuk CEPAT MASAK.
Bak kata seorang sahabat yang tumpang sama menangisi nasib aku: "Tak apalah Rose... mungkin apa yang jadi kat kau hari ni, ada benda lain yang kau tak nampak masa depan."
Terima kasih, saya terharu.
Dan memetik kata penulis hebat, Ahmad Patria Abdullah;
Penulis hebat dan besar perlu tragedi.Hmm...tahun ini banyak sangat yang terjadi kat aku. Ini dugaan untuk tahun baru @ Maal Hijrah. Di saat aku mengambil keputusan untuk jaga semula Ik dan sekolahkan dia di sini. Tapi kalau tak kena macam ni, mungkin aku takkan berganjak. Mungkin bila dah ambil semula Ik, aku akan dapat periuk nasi baru! Jadi aku tak boleh sedih. Kena kuatkan hati, tenang dan terima dengan hati lapang...FIKIR POSITIF. Senyum dan jangan berdendam. Manalah tau aku boleh jadi macam yang saudara Ahmad Patria Abdullah cakapkan tu.
Tragedi mendewasakan penulis.
Karya hebat lahir dari tragedi.
Penulis hebat hasilkan karya besar, karya besar lahir dari hidup penulis yang penuh tragis.
BUKTIKAN sesuatu!
Lakukan demi keluarga bukan untuk siapa-siapa.
Yelah... asyik masak nasi putih. Mungkin lepas ni cuba masak nasi beriani pula dengan PERIUK BARU!

Mudah-mudahan sedap!
AMIN!
Oh ya... terima kasih tak terhingga kepada yang setia mengikuti blog aku ni... walaupun blog aku ni taklah sehebat blog Hanis Zalikha...

Social Counter