Menurut kamus, hijab antara lain bermaksud; 1 (kain) tudung penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita. 2 kain penutup, mis tabir atau tirai. berhijab memakai hijab.
Tapi dalam dunia paranormal, hijab dikaitkan dengan tirai yang memisahkan dunia kita dengan dunia alam ghaib. Arwah nenek aku pun dulu-dulu banyak bercerita pasal kisah-kisah misteri ni. Best... aku suka... mungkin tu juga yang menyebabkan aku dapat menulis dan bertahan di Majalah APO? dengan cerita-cerita misteri sampai sekarang.
Tapi pernahkah korang rasa macam mana kena hijab?
Aku pernah... berkali-kali... sampai akhirnya sekarang, aku rasa sense aku tak dah kuat macam dulu-dulu. Aku lambat detect sebarang perkara aneh yang berlaku. Kawan-kawan sekeliling menegur, baru aku tersentap.
Seksa rasanya bila dihijab orang, apalagi kalau berada dalam kerja yang memerlukan otak dan minda 100%, maksud aku menulis. Otak perlu sentiasa memikirkan cerita-cerita yang dapat memuaskan hati pembaca.
Tapi bilamana kamu mengalami saat idea terlalu banyak dalam kepala, in fact, ada yang sudah dibuat plot, dibuat kerangka ceritanya tetapi apabila mahu diterjemahkan menjadi ayat-ayat membentuk novel, kamu akan rasa tertekan, tak ada mood langsung, sakit kepala, badan lemah, tak bertenaga sampai tahap akhirnya terasa mahu berhenti menulis. Semua pun kamu mahu delete... buang...buang...buang dan buang...rasa kamu sudah tidak mampu menulis... Saat itu kamu mungkin memikirkan kamu memang pemalas.
Apabila aku menuliskan perkara ini sebelum ini, ada yang buat lawak di FB... tak mengapa. Kerana mereka belum merasa...bagi mereka tahyul...karut...tapi sama macam kebanyakan cerita-cerita misteri yang beredar di pasaran termasuk apa yang pernah aku tulis di APO?, perkara sebegini memang tidak mustahil. Semakin orang tidak peduli dan menganggap karut, semakin mudah ia meresap. Aku bukanlah nak suruh kalian percaya bulat-bulat... tidak... tapi sekadar bejaga-jaga.
Macam aku sendiri, aku fikirkan semuanya sudah kembali normal, dan aku meroyan tak dapat menulis lagi sebab aku ni PEMALAS... aku dah tak nak ambil tahu... memang aku sorang-sorang aje, buat sendiri menjauhkan diri dari semua kehangatan dunia menulis.
Tapi seseorang dah kejutkan aku... yang mana buat aku terdiam... berfikir panjang dengan penyesalan sebab tak lagi aware pasal benda ni. Kata orang itu kerana aku popular... sumpah, aku bekerut-kerut dahi... popular mananya aku ni? Buku pun ada yang tak laku!
Tapi orang yang baik hati itu tetap 'membasuh' supaya cepat-cepat sedar. Aku tak sangka pihak itu sanggup menghijabkan aku supaya jadi, kosong, kering idea, berhenti menulis, semua orang benci, agar aku akhirnya jadi terkontang-kanting seorang diri, mahu buat karier dan family aku hancur! Kejam! Dan semua tu dilakukan diam-diam. Tak pernah ada yang tahu atau nak ambil tahu...dan takkan sangka pun!
Jadi saat ni, aku macam baru bangun tidur, tersedar dan mengaku memang aku menyumpah-nyumpah sebab terlampau terkejut dan tak sangka. Tapi bila ramai yang bagi sokongan, berikan doa yang baik-baik, aku rasa aku perlu bangkit balik... walaupun aku tak ada ilmu ghaib untuk cantas apa yang dia buat pada aku.
Satu aje doa aku, semoga al-Kasyaf membuka hijabnya pula suatu hari nanti... Aku ada dalam industri buku bukan sebab nak cari musuh cuma nak cari rezeki yang halal...
Terima kasih bagi yang mempersendakan cerita ni...biarlah sebab aku ni tak luak dipuji, tak mati dek keji...
Terima kasih banyak-banyak untuk Kak Lily dan Kak Sal yang banyak bantu bagi semangat kat aku dan pada Kak Norhayati Berahim yang tak jemu bagi nasihat bila aku down bab menulis...
Terima kasih tak terhingga dengan kasih sayang buat kalian yang menyokong perjalanan karier aku dan sentiasa mendoakan baik-baik... perghhh tetiba sendu aku seyyyy... (^_^)
Dihijabkan orang macam mana sekalipun, kalau niat baik dan tulus berkarya, saya yakin orang akan tetap sudi baca karya kecil saya sampai bila-bila... (^_^)v ♥♥♥
Jadi, dengan itu, aku dengan segala kekuatan semangat yang masih tersisa, mengembalikan "A Blog To Remember" ni... sebagai tanda aku akan fight macam mana aku fight dalam game Tekken sampai jadi Dragon Lord (setakat ni la... pasni sambung main lagi sampai jadi Tekken God pula) sori ter'mengarut' pulak...hahahaha
Daaaa...

serius , saya memang sedih baca entri kak rose kali ini dan terima kasih sebab akak dah mengembalikan blog kepada mereka-mereka yang selalu mengunjungi blog akak untuk ketahui perkembangan penulisan akak .
ReplyDeletesaya sendu bila membaca perkataan demi perkatan sebab cuba membayangkan betapa sukarnya kak rose menghadapi situasi tersebut dan ia melibatkan benda - benda yang syirik dengan tujuan dendam dan menghancurkan seseorang .
buat yang mempersendakan kisah kak rose ini biarkanlah mereka itu sebab saya percaya kalau ikut nak hidup ikut dan dengar cakap orang memang kita mati, tak boleh nak ke mana-mana.
semoga akak terus-terus tabah selalu dan kuat berada disamping keluarga yang menyayangi kak rose . berharap akak jangan mudah berputus asa dan teruskan 'bercerita ' dalam bidang penulisan ini .
setiap apa yang kita buat ada balasan dan setiap apa yang kita terima juga ada balasan , cuma lambat atau cepat .
Fighting kak Rose ! ^.^ v
aduhaiiii... ni yang buat akak sendu bergenang airmata nih...
ReplyDeleteorang2 macam Amer ler yang banyak bagi semangat kat akak...
akak pun tak tau nak cakap macam mana dah... bila tulis2 macam ni, ada orang perlekehkan sedih juga...
macam jauh hati semua ada...
mujur akak tak delete bodoh2 blog ni... masih ada sedikit kewarasan save semua memori kat sini..
jadi bila tgk sokongan kat FB, akak tau akak tak patut surrender macam tu aje... sbab masa delete, masa akak cakap down menulis... tentu orang tu bertepuk tangan...
haihhh... terima kasih atas semangat dan doa yang Amer berikan... besar maknanya untuk akak nak fight balik ... (^_^)V
Salam
ReplyDeleteK Rose, sy pernah mengalaminya. Kita kena kuat. Dindingkan diri kita dengan zikir2 laailaahaillaullah.. ikhlaskan hati.. itu saja yg dapat saya share, kemudian semuanya akan kembali normal semula. Biarlah apa orang buat pada kita tu, kita doakan dia mendapat hidayah dan kembali ke jalan yang benar. Allah Sahaja yang Maha Mengetahui.
Dosa kita pada Allah boleh kita mohon ampun dan bertaubat, tapi dosa sesama manusia, kena minta maaf pada manusia tu balik.. harap orang tu bertaubat cepat2.
pertama kali dengar pasal hijab ni. gitu rupanya ye. kesian kat rose. tabahkan hti ye. banyakkan doa dan amalkan ayat pendinding tu... Lakod jaakum.. tu..
ReplyDeletekak ida pun heran jugak nape rose ni lama x update blog. rupanya ada halangan.
selamat berkarya ye. kak ida doakan semua yg baik2 sahaja.
Jarang tahu fasal Hijab, tapi saya mula tahu sedikit maksud tentang selepas tengok trailer filem seram Al - Hijab arahan Pierre Andre tu.
ReplyDeleteTeruskan berkarya!
p/s : sedang menanti sambungan Blues Amni! :D
Kak Ida:
ReplyDeleteSaya dah lama tau...banyak jenis hijab.. cuma tak sangka terkena hijab ni... sekarang macam baru tersedar tu yang saya buka balik blog ni supaya orang tu tau saya takkan mengalah... terima kasih kak, bagi info tu dan doa yang diberi...
Faridzuan:
Haaa... itu hijab dunia ghaib... :)
Terima kasih semangat yang diberi...
Sambungan Blues Amni baru aje serah kat editor... sedang diedit agaknya... :)