2012 disambut dengan Blues Amni : Cik Propagandis
Rose Harissa
January 05, 2012
2012 sudah datang. 2011 ditinggalkan dengan macam-macam pengalaman termasuk yang pahit-pahit sehingga tak mahu menulis lagi.
Tapi Alhamdulillah... berkat doa dan sokongan orang-orang yang sayang aku, pembukaan awal tahun 2012 ni disambut dengan novel chicklit dari PTS bertajuk BLUES AMNI : Cik Propagandis (asalnya adalah Oh! Propanya tapi ditukar tajuk pada saat akhir atas sebab-sebab bahasa).
Gabungan kisah-kisah semasa aku kerja dulu. Ada hikmah rupanya bersusah payah kerja dulu. Boleh jadikan idea buat novel. Jadi sesiapa yang nak tahu gimana caranya orang kaya, cara kerja arkitek, kontraktor, dan sebagainya dalam dunia pembinaa, boleh dapatkan siri Blues AMni ni...

Tapi harus diingat ya, tarikh terbitnya adalah 11 Januari 25 Jan 2012, tetapi itu cuma anggaran je. Tolak masa masuk gudang, kiraan stok, itu ini... mungkin akan masuk pasaran @ kedai sekitar awal Februari. Begitulah adalahnya...
Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-967-408-042-6
Tarikh Terbit: 11 Jan 2012 25 Jan 2012
Sinopsis
Ikuti sambungan kisah hidup Amni. Dalam siri ini, Amni tidak pernah menyangka dia akan bertemu dengan seorang propagandis - orang yang menyebarkan propaganda.
Kehadiran Syura, kerani akaun baru di PSK Alloy menambahkan lagi bencana dalam hidup Amni. Bertambah pening apabila ada pereka yang sibuk meminta-minta komisen projek daripada Amni. Amni terasa mahu lari ke Gua Niah!
Adam yang menyedari keperitan Amni, menawarkan kerja di firmanya. Bern pula seperti biskut, sekejap ada, sekejap tiada dalam hidup Amni.
Dapatkah Amni mempertahankan kesabarannya demi mencapai cita-cita menjadi pereka besi paling berjaya seantero Malaysia? Ataupun Amni terpaksa menguburkan sahaja impian itu?
______________________________________________ Bagi yang bertanyakan novel dewasa Rose Harissa @ Nora Ismail, maaf, aku sendiri tak dapat nak menjawabnya. Mungkin kalau Tuhan izinkan, diberikan kesihatan dan kekuatan, akan ada novel dewasa dari aku yang tak berapa nak 'popiler' ni... (_ _|||)
Apapun, belum terlambat aku ucapkan ヽ@(^ェ^*)@ノ☆.。.:*・゜☆SELAMAT TAHUN BARU 2012☆゜・*:.。.☆ヽ@(*^ェ^)@ノ buat semua yang sudi singgah di blog merah ni... (⌒∇⌒)ノ
Social Counter