Bertempur Dengan Jembalang : PROLOG
Rose Harissa
February 29, 2012
PROLOG
![]()  | 
| photo diambil dari shutterstock | 
 BRIGEDIER Jeneral Dato' Ibrahim Ali mengeluh panjang. Fail mengandungi  profil tentera terlatih itu diletakkan ke atas meja. Sejenak dia  termenung. Dahinya berkerut membuatkan dia kelihatan benar-benar dalam  masalah. Sambil sekali lagi menghela nafas panjang, Brigedier Jeneral  Dato' Ibrahim Ali bangun mendekati tingkap. 
Lama dia melemparkan  pandangan ke luar sebelum kembali memandang Leftenan Kolonel Nazrin yang  setia tegak berdiri di hadapan mejanya. 
“Berapa orang yang terselamat?” tanya Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim  Ali dengan suara serius. 
Leftenan Kolonel Nazrin terdiam sejenak sebelum turut menghembus nafas  penuh kesalan. “Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng. Itu pun  kedua-duanya agak parah, masih di ICU.” 
“Harapan?” 
“Menurut kata doktor, 50-50. Tapi saya dapati kedua-duanya sangat kuat  semangat juang. Macam Kapten Zhafri, saya dapati dia mula memberikan  tindakbalas apabila disentuh walaupun sangat lemah.” Leftenan Kolonel  Nazrin menerangkan. 
 Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali segera mendekati meja dan mengambil  kembali fail dari atas meja. Dia mencari profil dua anggota tentera  yang dikatakan oleh Leftenan Kolonel Nazrin. Gambar Kapten Zhafri dan  Sarjan Kong Chee Meng ditenung lama. 
“Jadi yang lain tak dapat diselamatkan?”  Brigedier Jeneral Dato'  Ibrahim Ali bertanya. 
Leftenan Kolonel Nazrin pantas menggeleng. “Tapi mayat Mejar  Roslan bin Abdullah dan Leftenan Komander Uzir sahaja yang belum ditemui.” 
Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali terdiam tidak terkata lagi.  Diam-diam, timbul penyesalan dalam hatinya kerana kegagalan operasi khas  di Hutan Borneo, gagal seratus peratus. Malah telah  mengorbankan nyawa hampir semua anggota. Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng sahaja yang tahu apa  sebenarnya yang berlaku kepada mereka semua...




Social Counter