Wednesday, 2 October 2013

SUPERLICIOUS SOFIA



SUPERLICIOUS SOFIA...

Aku dengar tajuk ni dah lama dah... kira-kira dua tahun lepas. Masa kak Lily bagitahu tajuk ni aku duk kata, Wah! Bestnya tajuk! 

So... dia pun start brainstorming idea dengan aku. Kitorang ni brainstorming idea ganas, tak pakai whiteboard ke kertas ke apa ke... cakap terus depan-depan, pin dalam kepala. Kena pulak aku yang main cakap lepas aje... sampai satu tahap, aku cakap, weh, kau nak cerita apa sebenarnya? Hahaha... no hard feeling...! Dah tua-tua nak kecik hati dengan kawan, apa hal?

Berbalik pada novel SUPERLICIOUS SOFIA ni... aku rasa dah banyak kali plot cerita bertukar. Lama sungguh kak Lily nak siapkan novel ni. Kalau tak caya, pi google kat blog dia. 

Tapi yang aku nak highlight kat sini, bukan pasal isi cerita, tapi pasal tajuk. Tajuk tu dah menimbulkan banyak persepsi dan pandangan serong orang-orang buku. Aku pun tak faham sebenarnya, asal LHN dengan RH aje, tajuk kami mesti jadi masalah besar, tapi tengok orang lain okey aje.

Sudahnya, tetiba ada produser berminat dengan SUPERLICIOUS SOFIA ni, bawak pi RTM. Tapi again, bila bab tajuk, produser cuak. Again lah kan, kononnya sebab RTM. Puaslah sebelum pitching kak Lily fikir tajuk Melayu. Tak pasal-pasal Kak Lily call aku dalam nada kalut dan stress, lagi lima minit nak masuk pitching bila produser mintak tukar tajuk.

  1. Gadis Merah Jambu 
  2. Si Gadis Ayu
  3. Tiga Gadis Ayu
  4. Tiga Gadis Tiga Ceritera

Hahahaha...sumpah rasa nak gelak guling-guling sambil teriak sedih kuat. Teramatlah konvensionalnya tajuk itu. Very the 80-an. And I said NO! Aku against...siap jerit kat Kak Lily sebab aku kata what's wrong dengan Superlicious Sofia tu? Bestlah tajuk tu. Tolonglah kekalkan. 

Memanglah bagi sesetengah orang akan kata, ada apa dengan tajuk. Setakat tajuk, tapi cerita tak best, orang tak tengok tajuklah, tengok cover, tengok penulis, tengok... bla... bla... bla... 

Tapi bagi aku, pengarang bilis ni, apa pun alasan orang nak bagi, tajuk bagi aku adalah imej dan identiti keseluruhan cerita. Tajuk melambangkan apa benda isi cerita yang kau nak bawak, genre apa yang kau tulis, tajuk mesti kena dengan jalan cerita. Tajuk yang akan orang sebut dan bawak dari mulut ke mulut. Kalau tak tajuk tak best, kau sanggup kena gelak dek orang? Ini pendapat dua posen aku la... takde sapa nak pandang pun pendapat aku ni.

So, Kak Lily pun masuk pitching... and...

SURPRISE! 

Panel RTM suka sebab tajuk tu catchy. Tak ada apa-apa sentimen dalam RTM melainkan nak tarik market budak-budak... betapa cerita tu pasal budak gedik... so sesuai la dengan tajuk tu.

Sebenarnya aku dengan dia agak terkejut bila RTM melepaskan tajuk SUPERLICIOUS SOFIA ni... Almaklumlah... masa proposed manuskrip yang tak siap lagi ni kat penerbit buku, macam-macamlah alasan yang dibagi.

  1. Tajuk tak melambangkan kemelayuan.
  2. Meeting board kata, Alah... tak ada tajuk lain ke? balik-balik tajuk macam tu, nantilah kami fikirkan tajuk lain.
  3. Tajuk perosak bahasa!

Come on la... nama pun fiksyen.

Alhamdulillah, aku tumpang happy tengok semuanya berjalan lancar. Lagi happy bila Norman Hakim setuju bawak watak Pak Hafiz, Zarina Zainuddin jadi mak datin. Depa berdua ni lately berlakon makin best, terutamanya Norman Hakim, sejak-sejak beristerikan Memey, daya kelakar dia makin menjadi, sampai suami aku pun duk melayan Ujang Baran. 

So, inilah dia... SUPERLICIOUS SOFIA bakal ditayangkan di RTM. Menunggu masa dan turn. Aku cakap kat Kak Lily. Sungguhlah kau dah menongkah arus. Orang lain dah jadi novel baru keluar jadi drama, kau novel tah ke mana, drama keluar dulu... hahaha

Sudahlah betapa jerihnya mendengar dia berusaha siapkan skrip, belajar semua teknik scripting dalam masa tak sampai dua bulan. Aku pulak tumpang stress mendengar.

So, tahniah Kak Lily... buku kau tak siap lagi, drama dah keluar dulu... hahaha.. berbaloilah kau tanam ubi, sekarang baru masanya kau palu kompang.

 (Tapi jangan ada pulak yang cakap aku menempek cerita ni sebab nak tumpang glamour dia... hhhelllooo... kalau aku nak tumpang glamour kak Lily, dah lama aku merayu mintak dia bawak aku pi shooting. Tapi tolonglah... it's not so me tumpang-tumpang orang ni. In fact, pitching yang terbaru, aku serahkan bulat-bulat pada produser... hahaha... sengal kan? Kalau ada rezeki, adalah... rasanya aku lebih sesuai kerja belakang tabir....)

Sekian terima kasih...

No comments:

Post a Comment

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016