Wednesday, 18 June 2014

UNDANG² & ETIKA BLOG

SELAMAT DATANG & SELAMAT MEMBACA KARYA- KARYA SEPOSEN ROSE HARISSA (RH)

========================

1) IDEA & HAKCIPTA

Soal jalan cerita, please let me do my way... sebab saya tak mahu kreativiti tersekat. Lagipun adalah sangat thrill kalau buat cerita guna jalan cerita sendiri... mencabar kerana bukan semua orang boleh terima apa yang RH cuba sampaikan. Kalau boleh saya nak menulis dengan versatile... tulis apa genre pun boleh... *mencabar diri sendiri*

Tapi kalau tetap tak boleh masuk jiwa korang, saya tak marah dan tak boleh paksa. Sebab saya bukan jenis promot karya sendiri. Terpulang pada korang samada nak suka atau tak. Lain orang, lain selera...

Biarpun ada orang rumah penerbitan sendiri mengatakan idea selagi belum jadi buku tak ada hakcipta, tapi saya tetap akan meroyan kalau ada pihak tak bertanggungjawab MENCEDUK, MENGGARAP, MENIRU, KUTIP ISI penting dari cerita saya dan jadikan novel sendiri. Please... kalau kita buat tesis pun lecturer marah meniru kan? Saya tetap percaya ORIGINALITY itu datangnya dari susah payah pengarang memerah otak dengan bantuan ilham dari Tuhan.

Paling penting, JANGAN BANDINGKAN SAYA & LAGA-LAGAKAN  DENGAN PENULIS LAIN. Saya tak mahu ada isu dengan mana-mana penulis.

2) LUKISAN/ VECTOR

Semua lukisan hero atau quotes dalam blog ni saya lukis sendiri... boleh share tapi jangan sesekali buang watermark/ nama saya. Tolong hormati lukisan saya.

3) PERKATAAN RARE

Jangan berkerut kalau baca cerita RH banyak jumpa perkataan yang tak pernah korang tahu. RH memang suka guna word rare, kreatifkan penggunaan ayat. Don’t worry... boleh tanya kalau tak faham dan kalau malas belek kamus... hehe... tapi dari masa ke semasa, saya akan cuba letakkan footnote.

Nama pun CREATIVE WRITING, jadi dalam menulis, perlulah kreatif mengolah ayat dan cerita sama macam melukis.

4) 18 SX DALAM KARYA

Ada juga buku-buku RH yang orang dewasa labelkan lucah tapi budak sekolah menengah said, tak ada apa pun yang lucah, biasa je... kata mereka, buku **** lagi teruk, tulis tak tapis. So, isu ni subjektif, tergantung pada tahap penerimaan pembaca itu sendiri... But I must admit, untuk novel dewasa, RH memang suka menyelitkan unsur notty dan witty pada sikap watak. Pada saya 18sx itu lebih menjurus kepada penulisan porno, yang menggelikan, yang merangsang nafsu, yang menunjukkan step, menuliskan babak ranjang dengan detail. Terpulang... saya tak boleh nak tentukan level dan tahap pemikiran masing-masing. Tapi pada saya, unsur notty dan witty pada watak itu adalah sikap normal seorang manusia... nama pun karya dewasa ye dak? jadi, tepuk dada tanya selera.

5) KOMEN, LIKE & RATING

Terpulang pada keikhlasan korang... sebab saya tak boleh paksa setiap orang sukakan cerita saya. Tapi KOMEN MEMBINA, TEGURAN, BETULKAN TYPO & GRAMMAR, FAKTA ayat tergantung/ salah atau apa saja yang saya terlepas pandang, sangat dialu-alukan. Sebab inilah antara tujuan saya tempek kat blog supaya saya boleh mantapkan cerita dan memudahkan kerja EDITOR pada peringkat penyuntingan sebelum terbit jadi buku. Tapi sebarang pembetulan saya buat terus dalam manuskrip bukan pada entri blog.

Kalau nak komen, tak kisah korang nak komen kat WORDPRESS ni ke... kat FACEBOOK Fanpages ke atau PM saya direct... semuanya saya terima dan baca... cuma kalau nak membalas tu bergantung pada masa yang saya ada... tapi selalunya bila FREE, saya akan ambil effort balas satu-satu kalau tidak pun tekan LIKE... yelah... korang pun dah komen kan, so, saya pun takleh kerek sangat. Tapi maaf kalau terlepas pandang atau tak sempat nak balas.

6) SHARE LINK

Saya okey aje kalau korang nak share stories saya di FB atau blog. Sharing is caring. Lagipun once dah upload di net, kita tak boleh nak control benda-benda share ni. Even kalau buat script unable right click/unable copy paste pun... kalau dah orang nak save/share/copy, macam-macam cara boleh buat. So, saya anggap bila korang share, maknanya korang suka cerita tu dan nak kawan-kawan baca... tengkyu for that kind of free promotion (nak bayor sotkabo tak mampu)...hikss... <3

7) ENTRI BER'PASSWORD'

Entri berpassword hanya akan dikenakan kepada post² tertentu sahaja—bukanya kepada keseluruhan blog.

Entri berpassword adalah amanah saya kepada korang. JANGAN SHARE DENGAN ORANG LAIN.... kalau tak... 'harammm'... hehe... Tolong jaga password yang saya beri, macam jaga no pin ATM...ehehe... <3

Hanya orang yang dikenali dan memperkenalkan diri sahaja akan diapprove... <3

7.1 ) BORANG NAK PASSWORD ENTRI

=BORANG DITUTUP BUAT SEMENTARA WAKTU=

8) SILENT READERS

Yang komen sekali je, atau kenalkan diri sekali aje, tapi lepas tu sentiasa follow karya RH tak dikira SILENT READERS ye... dah void the terms... haha... so, jangan risau kalau korang baca tapi tak reti/ tak nak komen... asalkan, FOLLOW FB & BLOG atau bertegur sapa sekali sekala... ini pun dah satu penghargaan. Rujuk jadual untuk lebih crystal clear...






















 Rules dan etika akan bertambah dan berubah dari masa ke semasa...

48 comments:

  1. miss like a.k.a yanie18 June 2014 at 20:06

    baru nak jd silent reader.....saya suka karya RH sejak baca guys next door. Jumpa blog nie melalui penulis Hanina Abdullah....saya suka membaca novel2 di blog dan akan cari novel yg dah siap dicetak tuk simpanan........gaya bahasa tu x kesah sebab bg saya setiap penulis ada cara tersendiri......kalau org x suka baca novel dioarang akan buat la apa sahaja

    ReplyDelete
  2. thaqifhaikal0618 June 2014 at 21:32

    sya mula follow blog ni gara2 guy next door...so far bole terima dgn senang hati hasil garapan rose harissa...♥♥♥

    ReplyDelete
  3. Rose..!!! I dalam golongan 4.. Selalu like n silent reader.. Muahahaha..! dh obsessed ngan Luke..! Hr2 tgk email ade notify ke tak..!!

    ReplyDelete
  4. Akak setia baca novel rose sejak dari Alaf lagi sebab ceritanya lain dari penulis lain. Dan bila dah terjebak dalam blog walaupun belum di terbitkan tetap menunggu ianya di novelkan supaya dapat di tatap berulang kali seperti novel Alaf yang lain. Apa pun tulisan Rose berlainan dari penulis yang lain ceritanya tetap menarik apa lagi dengan lukisan menarik hero dan heroin ianya menjadi lagi menarik bila membaca novel Rose. Apa pun semuga Allah memberi idea yang lagi best didalam novel yang akan datang. Chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  5. Thanks rose.. Akak banyak belajar bahasa yg tak pernah dengar pun selama berpuluh tahun hidup ni.. Hehe..

    ReplyDelete
  6. ok kak RH done.. I respect the rules

    ReplyDelete
  7. ske ngan karya kak rose.. kak rose terbaik la.. hihi truskn prjuangan.. caiyokkk2.. love u sis.

    ReplyDelete
  8. Me like and with all my hand accept the rules. Yeahhhh. Takpe kak berpasword janji dpt protect karya akak dr di plagiat dan condemnation dr mereka yang berfikiran sempit dan malas berfikir. Kalau kebebasan berkarya disekat hasilannya pasti kurang memuaskan. Kami sebagai pembaca pun semestinya membuka minda dan berlapang dada dalam menafsirkan dan menginpretasikan sesuatu karya. Kalau rasa tak boleh terima jangan baca...huhuhu. terpanjang pulak

    ReplyDelete
  9. Ok....saya setuju kak..apa2 law pun saya ikut....:)

    ReplyDelete
  10. Novel pertama yg di baca novel tuhan lebih tahu best giler,selepas tu mula kumpul karya RH,paling payah cari novel serasi di hati...alhamdulillah semua dah ada dlm koleksi...saya yg no 4.

    ReplyDelete
  11. Saya peminat setia akak dr awal2 lg....semua karya akak x kire la nama pena lily haslina nasir @ rose harissa @ nora ismail ada dlm simpanan sy...teruskan berkarya kak (^_^)

    ReplyDelete
  12. aini pattinson19 June 2014 at 03:38

    Kata2 rare tu mungkin saya paham, karena d Indon kata2 tu sering muncul N jadi bajasa sehari2 kita dsana :) so tak da yg sulit sangat ;)

    ReplyDelete
  13. siti norlida mohd amin19 June 2014 at 04:28

    kita selalu dan suke bace cerite akak..kita jarang nk komen,just bace
    jea..he..he

    ReplyDelete
  14. Tarok lh law .. kf ni law abiding citizens ..jd hamba yg menurut perintah tuan/puan rose hik3
    Seriosly yg ep20 Xleh nk comments sbbX baca masa mencemburi td dh mcm marmot itot keja aje td dgn auditor

    ReplyDelete
  15. Teruskan berkarya kak. Yg rare tu la yg lita nk cari. Thx share byk info dlm karya akak. Ini menunjukkn akak byk buat research sblm menulis. Keep up da good work. 2 thumbs up for u

    ReplyDelete
  16. Kita faham syarat2 tu...kita selalu follow fb n blog tp x ajin komen sbb x reti nak komen tp kita suka karya rose..

    ReplyDelete
  17. rose harissa...huhu akak tk sempat baca bab 20 , teringin nk baca pleaseeee

    ReplyDelete
  18. rose..!!! don't bother other people say..!! u know what typical personal attack is only to condemn bad thing about us..!! Come on We know u are enough strong n brave.. And please keep on writing bcoz i really fall in love your written .. Don't give up bcoz we alwiz stand behind u..!! FYI I'm in group 4..!! Ajafighty..!!

    ReplyDelete
  19. zulaifah harun19 June 2014 at 06:09

    Love you kak RH..

    ReplyDelete
  20. roziana noor bt kamaludin19 June 2014 at 06:10

    Akak sokong apa2 yg Rose lakukan demi menghasilkan sebuah karya yg pada pandangan akak lali drp yg lain...terbaekkkk Rose...

    ReplyDelete
  21. Kak rose.. sy menunggu email dr kak rose dengan penuh kesabaran... Huhu.. :D

    ReplyDelete
  22. sakinah sharif19 June 2014 at 06:16

    Kak RH, saya bg akak 10 bintang utk karya akak! Saya sgt suka penulisan akak yg rare and ringan utk saya baca.. Penulisan modern yg xperlu ayat bunga2 dan mukaddimah yg panjang menjela semuanya straight to the point.. Semoga akak terus success dlm bidang ini, kerana org yg berjaya adalah dr kalangan mereka yg berani utk mencuba sesuatu yg baru.! Thank you akak for every single word u write and type and your very hard work to create a very good story!! I wish u all the best!!

    ReplyDelete
  23. Sya sentiasa sokong RH...tk sbr tnggu luke dgn auni

    ReplyDelete
  24. Azlina Abdullah19 June 2014 at 07:40

    Saya mula membaca blog RH sejak GND (dapat link through blog hanina abdullah). Sejak tu, saya mula membaca semua karya2 RH dlm blog. Saya suka gaya freelance RH, yg tidak terikat dlm satu2 genre penceritaan. Cuma ralatnya, saya tak dapat lagi nk beli karya2 RH yang terdahulu sebab tiada lagi di pasaran kedai buku, sudah puas saya cari di MPH, Popular, Pustaka Rakyat etc..harap2 RH boleh jual online utk pembaca ketinggalan macam saya. Keep up with the fantastic work RH, well done! :)

    ReplyDelete
  25. Note kak roseharissa

    ReplyDelete
  26. Assalam my dear RH, apa kbr? Sebenarnya aku tak pandai klau bab mcm ni...hihihihi mlas nak baca mksud aku pasal rules ni ..... Tp aku tetap baca dan follow apa2 yg ko buat tu....aku jarang mengkomen...hahaha...yg aku tau baca...baca dan baca...... Aku hrap aku termasuklah dlm mana2 atau apa2 yg ko buat tu.... So supaya aku tak jeles ngan org lain aku buat juga.....hihihihi
    Ok...harap ko faham apa yg aku tulis tu...mcm putar belit jer kan.....

    ReplyDelete
  27. suzaimah sufian19 June 2014 at 14:54

    As salam. Walaupun sesekali komen ..yg byk like aje...diharap sy tak ketinggalan jauh la dr cerita2 RH nanti. Tq. Terus kan berkarya n jgn putus asa. Semoga RH dilimoahkan idea2 yg banyak utk dikongsikan bersama2 readers sekalian.

    ReplyDelete
  28. Assalammualaikum kak rose...saya silent reader akak dr dulu. I have all ur novels n sy suka semua novel akak especially dan cinta pun tersenyum. Semoga Allah permudahkan segala urusan penulisan akak. Good Luck!!

    ReplyDelete
  29. salam kak RH.. saya sentiasa follow ya.. cuma x reti nk komen.... bintang sentiasa bg... hehehe pembaca tegar ni... novel kak RH dah kuar kebanyakannya sy ada... teruskan usaha menulis kak RH...

    ReplyDelete
  30. Nur Aqma Najhani binti Yahya19 June 2014 at 19:46

    Saya agak aktif komen kat fb akak..sy mmg fans akak...gaya bahasa sy x kisah yg pntg karya akak mmg best!!

    ReplyDelete
  31. Lily Haslina nasir tu penulis lain lah

    ReplyDelete
  32. huhuhu napa kita tak boleh ulang-ulang baca N3 yang lepas... huhuhu nak amsuk ada mangga besar le.... camne nak dapat kunci ye... Ples ples

    ReplyDelete
  33. saya mmg suka baca dan sentiasa follow cumanya x de komen apa2...

    ReplyDelete
  34. RH nak tanya, ada perancangan nak bukukan A KISS BEFORE YOU GO? - dah jatuh suka kat Luke & Auni (kesian sungguh kat Luke ni), nasib dia seorang yang cekal & beruntung dapat isteri mcm auni. and 1 more thing mengapa tak letak yg buku paranormal RH kat sini? i mean kat Hasil Karya (terbitan).

    ReplyDelete
  35. Ya Allah....
    Byk nye komen kt sini hihihihi
    Ramainya peminat RH (termasuk sy😊) - alhamdulillah

    ReplyDelete
  36. salam..dear rose, can i have the password for AKBYG....before this bleh je baca akbyg 19 tup..tup nak baca 17,18 n 20 kena ada password plak....pleaseeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete
  37. mula2 dlu bca buku Wasilah CInta Wira trus jatuh cinta sbb best sgt, 2 pon pinjam bku makcik..pas 2 cri kt kdai bku nk wt collction dh cde stok..sedih btul..huhuhu..pas 2 follow cter guys next door pon thumb up.mmg bes..wish u luck dear..success2

    ReplyDelete
  38. Seronok sy bc karya dr sis..

    ReplyDelete
  39. Salam..kak rose Sy baru jumpa blog akk ni lps baca GND..tp akk dah letak password pd setiap karya akk.mcm mana nk dpt password tu kak.

    ReplyDelete
  40. Akak......nape ade password?i xtau la pword nye..sblm2 ni i folo ok jeh...cmne nih

    ReplyDelete
  41. Saya really suka nora ismail aka rose harissa. Tapi sedih la dah x boleh jadi silent reader lagi. Anyway saya berharap sangat blh diterima untuk dapat password dari RH.

    ReplyDelete
  42. Akak dulu pun silent reader juga tp sejak blog lama kena tutup, teruslah kenalkan diri. perkataan rare sedikit sebanyak menjadikan
    akak rajin buka kamus. Tapi kadang-kadang, kalau malas 'google' aje
    hehe. akak suka watak hero yang notty...baru rasa berpijak di bumi yang nyata. Tak perasan pun novel-novel Rose ada unsur lucah. Biasa saja rasanya...tak rasa lucah pun. harapnya Rose tak berhenti menulis novel dewasa...teruskan berkarya, ramai yang minat karya Rose. yang tak suka tu cuma segelintir aje. Tak perlulah nak peduli, jadikan saja komen negatif mereka tu sebagai pembakar semangat Rose me'notty'kan lagi watak2 dalam cerita Rose...hihihi... :)

    ReplyDelete
  43. Jatuh cinta dengan karya you GND. Nak baca yg lain tapi ada password. Nak request password tgk borang dah tutup. Pas tu cam ne?

    ReplyDelete
  44. Lama dh x jengah blog RH....x berkesempatan.....masih ternanti2 A Kiss Before You Go diterbitkan...rindu suda sama itu Luke n Auni

    ReplyDelete
  45. Akk juga suka dgn semua hasil penulisan Rose Harissa....sampaikn anak akk yg masih sek men rendah pun suka bc...cuma skrg nk bc n3 yg lps2 agar sukar...

    ReplyDelete
  46. Salam...akak...nak sgt bca cerita2 yg ada password tu. Bila nk kluarkan borg utk password...nk password plsss...😢

    ReplyDelete
  47. rose..lama lg ka bertapa kat tasik cini tu...?

    ReplyDelete
  48. mula minat RH sejak baca buku guy next door.. dh obses sgt dgn Adam Putra Iskandar Haji Ismail walaupun tahu Adam adalah hak milik mutlak Kristal Abdul Hamid. Ha ha ha.

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016