Jan 25, 2011

Wallcraft Store

BY Rose Harissa IN 5 comments

Bosan tengok dinding rumah kosong?
Suka hiasan dinding?
Nak dinding nampak macam kat studio?
Nak buat perabot nampak lebih kreatif?

Ha, korang boleh gi kat sini, sebuah syarikat tempatan yang menyediakan produk hiasan dinding dan kreativiti seni hias. Sebab macam aku selalu berangan-angan nak lukis pada dinding tapi bila fikir, banyaknya masa yang terbuang, tak pernah aku buat pun.
Jadi pada sesiapa yang memasang angan-angan nak hias dinding tapi nak cepat dan mudah, pergi ke Wallcraft Decals Store ni. Cepat dan mudah. :)
Klik je logo dan gambar di bawah :

Website:




Banyak design-design sempoi, kiut dan cantik untuk hiasan dinding rumah korang. Lagi best sebab Wallcraft Store ada buat lucky draw untuk pembeli bertuah!

Antara contoh idea Wallcraft Store :







contact:
Wallcraft Wall Decals Store
L7-13, Level 7,
BREM MALL, Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur, WP.

Jan 14, 2011

Drama King & Drama Queen...

BY Rose Harissa IN


Aku, Dia & Drama Queen...
Hmmm... tu tajuk novel remaja terbaru kak Lily Haslina Nasir.
Tapi kan... tajuk tu memang kena gakla ngan aku sekarang. Dah nak muntah darah dah...kalau dulu yang popular cuma Drama Queen, tapi sekarang Drama King pun ada! Seriously...aku dah jumpa ramai camtu kat Facebook... mak aiii... benar-benarlah FB ni memang boleh memecah-belahkan ummat!

Gossip yang tersebar, Facebook akan ditutup selama-lamanya pada 15hb Mac 2010 ni. Wah! Ramailah yang meroyan...hahaha... tapi bagi aku, tutup ke tak tutup ke sama aje. Tak luak pun! Huhu...to be honest, aku memang boleh hidup tanpa benda-benda ni semua. Kalau tak dulu takkan aku sanggup delete akaun Friendster dan Myspace yang dah bertahun aku buat dan dah beribu followers? Dan sekarang aku terfikir pulak nak delete akaun FB!~

Bagi aku, yang paling kronik adalah FB! Kat sini memang boleh nampaklah true colors manusia-manusia... mana yang suka propa, yang suka jaja citer sana-sini, yang suka maki orang, yang suka berlagak dengan kelebihan sendiri, yang suka pantau aktiviti orang lain....tak kurang gak yang suka menyamar guna akaun palsu! Haihhh... aku sendiri dah delete dekat 100 lebih orang termasuk yang guna akaun palsu yang kadang tu aku main approved aje sebab takut orang bilang sombong! Cuma lately, sejak kejadian ada orang cuba pecah masuk akaun FB aku, aku mula cuak dan siasat sapa yang ada dalam FB aku. Terpaksa luangkan masa cek balik satu-satu. Fuhhhh... memang kerja gila la...

Dan ada antaranya aku dapat detect, dari pasukan merangkap orang yang sama! Yang sanggup cipta emel palsu untuk setiap satu akaun FB. Bayangkanlah! Betapa rajinnya manusia jenis ni menghadap FB kan? Sanggup berdrama tu demi nak memantau aktiviti orang lain. Aku pun kurang pasti apa motif penyamaran dalam FB aku ni. Nak pantau apa aku buat? Apa novel baru aku? Atau nak awasi kegiatan harian aku? Alahai... aku bukan jutawan pun kalau nak track kehidupan aku. Dah tu tak kurang jugak yang nak tau siapa yang baik dengan aku dan siapa yang aku sayang....haihhh...

Yang berdrama mempamerkan kehebatan diri pun bersepah...samalah macam lagu Meet Uncle Hussain yang Black nyanyi kat atas tu. Cakap pung pang sana, pung pang sini, tapi realitinya kita sajelah yang tau! Paling takut bila jumpa orang depan kita, pijak semut pun tak manis, bila bercakap lembut gigi dari lidah, manis macam gula bersepuh tepi bibir tapi kat belakang, Tuhan ajelah yang tau betapa jakinya dia kat kita! Hadoiiii...bilalah nak terbuka hijab gamaknya???


FB ni jugak yang menemukan aku dan merapatkan dengan orang-orang yang membaca karya aku dan banyak sokong aku... aku boleh ber'huhahuha' suka suki aku aje dengan dorang... best sangat! Tapi nak sebut nama satu-satu memang panjang giler la senarai, tapi anda tahulah siapa diri yang anda yang selalu saya/kak rose/aku balas komen mahupun inbox...love u all so much! ♥♥♥ :)

Walau bagaimanapun aku tak teragak-agak untuk kosongkan akaun FB aku bulan depan atau mungkin dalam masa terdekat ni. Lagipun pernah cuba tak nangga FB dalam dua tiga hari, haihhh...aman gila hidup aku. Tenang aje buat kerja. Sebab kalau tengok FB tu, kalau tetiba tengok gosip atau statement yang berkaitan dengan kerja, tobat! Memang boleh jaki, muntah darah dan rasa malas nak menghadap FB pun ada jugak, malas nak campur dengan manusia pun ya jugak.

Tapi kalau FB tak jadi lupus pada tarikh yang ditetapkan, mungkin aku akan buat satu akaun hanya untuk promosi karya aku, NOVEL, APO? dan ILLUSTRASI.
Hanya itu! No personal matter. Maknanya kalau takde buku baru, takdelah update... hahaha...jangan marah kawan-kawan...aku ni kadang cakap aje serik tapi pastu jadi diri sendiri balik, yang suka mengarut, yang suka cakap apa aje yang aku rasa at that time. Cumanya mungkin lepas ni tak terlalu peribadi lah... kalau lawak-lawak sengal Ik tu mungkin aku tempek lagi la kalau ada... tapi, gambar-gambar family atau personal memang takkan letak dah...hmmm...

Sebab kalau ada akaun FB yang personal ni lebih kepada mendedahkan peribadi pada orang ramai yang kita tak kenal. Kadang kita tak borak ngan dia pun, tapi dia duk pantau wall kita, tengok cara kita balas komen dan bawak citer keluar FB. Hmmm ini yang bahaya...sangat bahaya dan aku serik sungguh la, susah aku nak cerita kat sini apa yang aku rasa dan kena! Kalau untuk kebaikan tak apa... tapi kalau digunakan musuh untuk menjatuhkan kita? Alamat, terlingkup la jawabnya... Tapi tu la, dah orang tak faham konsep kan? Nama pun FB peribadi, takkan nak cakap pasal bisnes dengan kawan-kawan, tak ke namanya berlagak tu? Haihhh...susah...susah...

Sometimes when you open up to people, you let the bad in with the good.
Bukan nak menyombong, maaf...tak de niat pun. Tetapi sapa yang kenal aku, tau betapa mesra alamnya aku bila bertemu tak kira pernah kenal ke tak...aku tetap macam dulu. Takkan berubah...Insya ALLAH Taala. Kalau jumpa kat Pesta Buku tak jerit tak riuh rendah tu bukan Rose Harissa namanya...pernah jugak berangan nak kontrol ayu, jaga imej, tapi rasa macam plastik amat! Huihhh... penatlah nak kawal macam puppet la pulak... so, baik secara semulajadinya aku begini, garang, ketawa, lembut, sedih, gembira pada bila-bila masa yang aku suka tanpa perlu nak kontrol jaga imej supaya orang mengagungkan macam manusia serba sempurna. Hidup ni tak pernah sempurna walau selebar mana pun kita tersenyum kepada dunia.

Lagipun lebih baik jugak aku lupuskan FB sebab boleh tumpukan perhatian pada penulisan dan lukisan 100% lagipun aku sangat sibuk sejak jadi driver tak bergaji untuk Ik. Tapi kalau tak balas emel kat FB, orang tuduh sombong, terlepas komen dah ada yang kecik hati, haih...kalau nak menjaga hati semua orang, memang tak jadi kerjalah jawabnya. Jadi, lebih baik takde FB langsung. Hahaha... aku cakap bajek macam bagus kan? Lisa Surihani yang lebih sejuta kawan kat FB pun tak kecoh macam aku... haha... tapi dia bolehlah, dia artis, post aje status, berebut orang nak komen, tak balas pun takpe asalkan ada update. Aku ni, jangan kata FB lupus, bila buku lupus pun harus orang lupakan terus... heeee...

Maka, kalau lepas ni korang klik personal FB aku dan tak jumpa, harap faham sendiri la ya... :). Lagipun malaslah nak cerita pasal diri sangat nanti ada orang ingat aku perasan glamour macam artis ni... aku tak nak camtu, aku ni seadanya aje, sebab hidup ni cuma sementara. Aku cuma mahu menulis sesuatu kisah untuk dibaca sebagai pengajaran, iktibar dan didikan walaupun tak seberapa... tapi janganlah pulak korang lupakan aku eh? Kalau jumpa kat Pesta Buku tu, tegurlah macam biasa, jangan bimbang, walaupun RH ni berwajah sombong, payah senyum tapi sebenarnya sangat peramah (hohoho! memuji diri sendiri la pulak! werrrkkk! :P)

Lepas ni mungkin hanya tinggal blog saja untuk aku beritahu perkembangan terkini. Dan Insya ALLAH, ada official FB untuk karya aku sahaja, tu pun aku suruhlah sesapa yang rajin, macam adik aku ke, hubby aku ke...sesapa ajelah...bayar upah seperti belanja makan di Kenny Rogers misalnya? Hehehe... nama pun keluarga sendiri yang buat kerja ye dak? Buat apa bayar mahal-mahal? Hehehe....

Memang diakui FB banyak bantu mempromosikan novel lebih jauh. Sebab tu aku cubalah buat pages hanya untuk novel menggantikan akaun peribadi yang nak dilupuskan. Tapi err... tapi kalau buat fanpages, nanti malu aje kalau takde orang like. Macam aku punya personal ni pun ada orang sound, kata popular? Tapi kenapa friend tak sampai 3ribu pun? Ini pun orang perhatikan rupanya... hadoiii... Haihhh...mak bukan Hanis Zalikha nak, yang ada pengikut sampai puluh ribu-ribu lemon... tu pun banyak yang tak approved sebab serik.

Ampun maaf dipinta pada sesiapa yang pernah terasa dek status aku di FB yang mana terus delete aku dari list kawan. Takde niat pun nak sakitkan hati sesapa (tapi kalau ramai sangat terasa tu, sampai ada yang hantar emel tanya kenapa aku tulis macam tu, apsal nak sindir2 camtu, kenapa kata camtu, tetiba terfikir sendiri, aihhh...ramai sangat ke yang buat macam benda yang aku sindir atau tulis di FB? Hahaha... lu pikirlah sendiri eh?) Betul tak? Kan? Kan? Serupa siapa makan cili dia yang rasa pedas lah kan?

Walau apapun, aku tetap sayang korang yang banyak menyokong aku di FB selama aku ada di sana... love u all ♥♥♥! Muah! Oh, terima kasih jugak sebab ada yang sayang aku yang tak seberapa lagi tak ayu nih!

Sungguh, sayu betul nak kosongkan FB peribadi tu...ramai yang cuba pujuk aku (terima kasih laling-laling semua) tapi hati dah tekad, kena lupuskan jugak FB tu. Harap entri aku ni dapat menjelaskan sedikit sebanyak sebab mengapa aku nak buang personal FB. Inilah yang dikatakan, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga, kerana pengintip, aku kena lupuskan facebook personal tu.

Tapi kalau korang sudi, carilah aku kat sini... ROSE HARISSA ... terima kasih... sebab lepas ni semua info dan update akan terus ke situ walaupun bukan aku yang update mungkin?
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan kalian semua... ♥♥♥

Sekian...♥♥♥

Jan 1, 2011

Entri tahun baru 2011 bukannya list azam tahun baru

BY Rose Harissa IN 12 comments

Tajuk takde ampun punya... hahaha...
Ya, bertemu kembali kepada semua yang masih sudi menjenguk 'blog untuk diingati' ini walaupun tuannya sendiri kadang-kadang tak ingat nak update blog... hahaha...ampun!
http://www.emocutez.com
Aku tulis ni dalam masa kurang setengah jam lagi, 2010 dah nak ditinggalkan. Tak ada poket Doraemon untuk pinjam mesin waktu atau laci masa supaya boleh berundur semula ke belakang. Apa yang berlaku tetaplah berlaku. Tinggal lagi bagaimana caranya nak kenang semua yang ditinggalkan di belakang tu. Sebagai kenangan manis? Pahit? Atau Seperti Keju & Coklat? (sempat promosi lagi!)

Macam aku sendiri 2010 memang banyak dugaan dan cabarannya. Dari segi kerjaya menulis, bagaimana aku membina balik semangat menulis setelah down bagaikan dihempap bertan-tan batu belah batu bertangkup. Betapa aku merasakan ketidakadilan yang amat sangat! Tapi apabila waras, aku kembali cool, ayat yang keluar, "Tak de rezeki...nak buat macam mana?" Cuma letih la nak menjawab dengan orang. Sampai rasa, napa tak gi tanya pada pihak yang berkenaan sahaja?
http://www.emocutez.com
Begitulah...aku pun malas nak kenang lagi. Ada banyak lagi tanggungjawab yang aku kena laksanakan. Contohnya berusaha menjadi ibu yang mithali biarpun terkoyak juga kesabaran sehingga suara naik beberapa oktaf. Sungguh, bila menjerit tu, rasa lega sikit kemarahan tu walaupun anak merajuk sampai menangis-nangis. Hailaaaa anak...mama marah bukannya benci! Bila dewasa kelak pasti kamu akan mengerti...
http://www.emocutez.com
Tapi tulah, menjaga anak aku yang sorang tu, mengalahkan menjaga 10 anak. Apatah lagi kalau anak tu sendiri perangainya bongek-bongek manja! Susah owhhh...memang menguji kesabaran sungguh. Kena pulak dia selalu mengaku suka buat aku marah... suka menyakat aku! Sama jelah dengan hubby aku tu. Rumah sekangkang kera ni selalunya riuh rendah macam dalam zoo~~!

Banyak juga perkara kurang menyenangkan berlaku. Contohnya pandangan orang luar terhadap orang macam aku yang menulis sepenuh masa. Kena pulak aku ni jenis selamba. Tak kuasa nak bergaya 'blink-blink' ala artis. Janji orang terima aku apa adanya...ya, aku berwajah sombong, kalau jalan menonong aje tak toleh kiri kanan. Tapi bila ada yang menegur, percayalah, aku sangat mesra alam! Even dengan sales person yang cuba membujuk aku membeli dapur elektrik beribu ringgit tu pun aku boleh bercakap macam kawan lama!

Tapi janganlah pandang sebelah mata pada perempuan "stay at home mom" (SAHM) macam aku ni. Betul aku memang rela hati berhenti kerja sebab mahu mengamalkan konsep SAHM tu demi menjaga satu-satunya anak yang aku ada, agar satu hari nanti apabila aku tak ada dah kat dunia ni, dia akan ingat kasih sayang aku padanya... Pun begitu, bukannya duk rumah goyang kaki aje. Sebenarnya duduk rumahlah banyak dugaan. Mana nak buat keje-keje house cleaning, chef dan tanggungjawab sebagai isteri... mahu menulis dan melukis juga. Sebab aku masih buat kerja freelance...masih berkejar ke sana ke mari berjumpa orang-orang penting, pergi site jumpa client atau hadir memberikan ceramah. Tapi malas dah nak tampal di blog atau FB...tak cukup masa dan kakitangan.
http://www.emocutez.com
Stress! Sangat mencabar sebenarnya... otak terpaksa dipecahkan kepada banyak bahagian. Tapi macam aku, oleh sebab lebih banyak guna otak belah kanan untuk kerja-kerja kreatif...memanglah selalu diserang migrane tahap dewata raya sebab penggunaan otak yang tidak seimbang...hahahaa. Dua tiga hari tak bangun, melepek tu memang biasa. Sebab tu kadang off handphone jugak perkara biasa bagi aku.

Oleh itu, dapat menghasilkan novel Wasilah Cinta Weera, Seperti Keju & Coklat, ...Dan Cinta Pun Tersenyum dalam tahun 2010 ni dah merupakan kejayaan penting bagi aku disela-sela kesibukan buat artikel/ilustrasi seram kat APO? dan design lain jugak. Apatah lagi bila melalui ketiga-tiga novel ni aku dapat golongan pembaca pelbagai peringkat umur. WCW menemukan aku dengan banyak pembaca lelaki! Wah, tak sangka! SKnC pulak merapatkan aku dengan adik-adik belasan tahun, wah! Aku rasa muda! hahaha... DCPT pulak buat aku rasa bangga sebab berjaya gabungkan dua bahasa Indonesia - Malaysia walaupun ada yang bias dengan pertelingkahan antara dua negara ni. Tapi niat aku suci lowhhh...mudah-mudahan satu hari nanti hasil tulisan dapat memberikan sedikit sumbangan.

Peristiwa paling berharga buat aku untuk menjelang penghujung 2010 ni...dikurniakan Tuhan seorang adik angkat! Hahaha... serius...adik banyak menguji aku jugak. Mengenal dia, buat aku dapat memandang dia sebagai Ik 10 tahun akan datang! Tak pasal-pasal, hati aku yang keras dan degil ni boleh sayang gilak kat adik. Banyak share story dengan dia. Very big thanks go to my hubby for his great understanding due to my relationship with adik. Tidak syariah-compliant? Jangan menuduh. Kasih sayang tak pernah ada batasan like Wasilah Cinta Weera...(oh promotion lagi!)

The best thing is, nya ngajar kamek kelakar Sarawak! Rami juak nemiak Sarawak add kamek di FB. Sik perlu diembak kamek sekali kelakar Sarawak, kamek kelakar jak sinun... hahaha... adoihaiii <---(word trademark adik).

Well begitulah sedikit sebanyak...nak citer semua tak bolehlah...sebab "Rahsiaku bukan milikmu!" Hehehe... Dan jangan tanya aku apa azam tahun baru 2011 sebab aku tak simpan azam tahun baru, aku berazam setiap hari. Beginilah aku... maka aku akhiri entri merapu ni dengan ucapan:

FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.

No regret about the past…
No fear about the future…
Thankful to ALLAH for His blessings in 2010.
Happy New Year 2011!!
http://www.emocutez.com