Saturday, January 1, 2011

Entri tahun baru 2011 bukannya list azam tahun baru

Tajuk takde ampun punya... hahaha...
Ya, bertemu kembali kepada semua yang masih sudi menjenguk 'blog untuk diingati' ini walaupun tuannya sendiri kadang-kadang tak ingat nak update blog... hahaha...ampun!
http://www.emocutez.com
Aku tulis ni dalam masa kurang setengah jam lagi, 2010 dah nak ditinggalkan. Tak ada poket Doraemon untuk pinjam mesin waktu atau laci masa supaya boleh berundur semula ke belakang. Apa yang berlaku tetaplah berlaku. Tinggal lagi bagaimana caranya nak kenang semua yang ditinggalkan di belakang tu. Sebagai kenangan manis? Pahit? Atau Seperti Keju & Coklat? (sempat promosi lagi!)

Macam aku sendiri 2010 memang banyak dugaan dan cabarannya. Dari segi kerjaya menulis, bagaimana aku membina balik semangat menulis setelah down bagaikan dihempap bertan-tan batu belah batu bertangkup. Betapa aku merasakan ketidakadilan yang amat sangat! Tapi apabila waras, aku kembali cool, ayat yang keluar, "Tak de rezeki...nak buat macam mana?" Cuma letih la nak menjawab dengan orang. Sampai rasa, napa tak gi tanya pada pihak yang berkenaan sahaja?
http://www.emocutez.com
Begitulah...aku pun malas nak kenang lagi. Ada banyak lagi tanggungjawab yang aku kena laksanakan. Contohnya berusaha menjadi ibu yang mithali biarpun terkoyak juga kesabaran sehingga suara naik beberapa oktaf. Sungguh, bila menjerit tu, rasa lega sikit kemarahan tu walaupun anak merajuk sampai menangis-nangis. Hailaaaa anak...mama marah bukannya benci! Bila dewasa kelak pasti kamu akan mengerti...
http://www.emocutez.com
Tapi tulah, menjaga anak aku yang sorang tu, mengalahkan menjaga 10 anak. Apatah lagi kalau anak tu sendiri perangainya bongek-bongek manja! Susah owhhh...memang menguji kesabaran sungguh. Kena pulak dia selalu mengaku suka buat aku marah... suka menyakat aku! Sama jelah dengan hubby aku tu. Rumah sekangkang kera ni selalunya riuh rendah macam dalam zoo~~!

Banyak juga perkara kurang menyenangkan berlaku. Contohnya pandangan orang luar terhadap orang macam aku yang menulis sepenuh masa. Kena pulak aku ni jenis selamba. Tak kuasa nak bergaya 'blink-blink' ala artis. Janji orang terima aku apa adanya...ya, aku berwajah sombong, kalau jalan menonong aje tak toleh kiri kanan. Tapi bila ada yang menegur, percayalah, aku sangat mesra alam! Even dengan sales person yang cuba membujuk aku membeli dapur elektrik beribu ringgit tu pun aku boleh bercakap macam kawan lama!

Tapi janganlah pandang sebelah mata pada perempuan "stay at home mom" (SAHM) macam aku ni. Betul aku memang rela hati berhenti kerja sebab mahu mengamalkan konsep SAHM tu demi menjaga satu-satunya anak yang aku ada, agar satu hari nanti apabila aku tak ada dah kat dunia ni, dia akan ingat kasih sayang aku padanya... Pun begitu, bukannya duk rumah goyang kaki aje. Sebenarnya duduk rumahlah banyak dugaan. Mana nak buat keje-keje house cleaning, chef dan tanggungjawab sebagai isteri... mahu menulis dan melukis juga. Sebab aku masih buat kerja freelance...masih berkejar ke sana ke mari berjumpa orang-orang penting, pergi site jumpa client atau hadir memberikan ceramah. Tapi malas dah nak tampal di blog atau FB...tak cukup masa dan kakitangan.
http://www.emocutez.com
Stress! Sangat mencabar sebenarnya... otak terpaksa dipecahkan kepada banyak bahagian. Tapi macam aku, oleh sebab lebih banyak guna otak belah kanan untuk kerja-kerja kreatif...memanglah selalu diserang migrane tahap dewata raya sebab penggunaan otak yang tidak seimbang...hahahaa. Dua tiga hari tak bangun, melepek tu memang biasa. Sebab tu kadang off handphone jugak perkara biasa bagi aku.

Oleh itu, dapat menghasilkan novel Wasilah Cinta Weera, Seperti Keju & Coklat, ...Dan Cinta Pun Tersenyum dalam tahun 2010 ni dah merupakan kejayaan penting bagi aku disela-sela kesibukan buat artikel/ilustrasi seram kat APO? dan design lain jugak. Apatah lagi bila melalui ketiga-tiga novel ni aku dapat golongan pembaca pelbagai peringkat umur. WCW menemukan aku dengan banyak pembaca lelaki! Wah, tak sangka! SKnC pulak merapatkan aku dengan adik-adik belasan tahun, wah! Aku rasa muda! hahaha... DCPT pulak buat aku rasa bangga sebab berjaya gabungkan dua bahasa Indonesia - Malaysia walaupun ada yang bias dengan pertelingkahan antara dua negara ni. Tapi niat aku suci lowhhh...mudah-mudahan satu hari nanti hasil tulisan dapat memberikan sedikit sumbangan.

Peristiwa paling berharga buat aku untuk menjelang penghujung 2010 ni...dikurniakan Tuhan seorang adik angkat! Hahaha... serius...adik banyak menguji aku jugak. Mengenal dia, buat aku dapat memandang dia sebagai Ik 10 tahun akan datang! Tak pasal-pasal, hati aku yang keras dan degil ni boleh sayang gilak kat adik. Banyak share story dengan dia. Very big thanks go to my hubby for his great understanding due to my relationship with adik. Tidak syariah-compliant? Jangan menuduh. Kasih sayang tak pernah ada batasan like Wasilah Cinta Weera...(oh promotion lagi!)

The best thing is, nya ngajar kamek kelakar Sarawak! Rami juak nemiak Sarawak add kamek di FB. Sik perlu diembak kamek sekali kelakar Sarawak, kamek kelakar jak sinun... hahaha... adoihaiii <---(word trademark adik).

Well begitulah sedikit sebanyak...nak citer semua tak bolehlah...sebab "Rahsiaku bukan milikmu!" Hehehe... Dan jangan tanya aku apa azam tahun baru 2011 sebab aku tak simpan azam tahun baru, aku berazam setiap hari. Beginilah aku... maka aku akhiri entri merapu ni dengan ucapan:

FAITH makes all things possible,
HOPE makes all things work,
LOVE makes all things beautiful.

No regret about the past…
No fear about the future…
Thankful to ALLAH for His blessings in 2010.
Happy New Year 2011!!
http://www.emocutez.com

12 comments:

  1. salam tahun baru 2011 jugak buat Liya...

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru utk kak rose...saya dah baca cerita Seperti Keju dan Coklat,Serasi di hati dan Cinta Mekar Di Hati...mmg best cerita yg akak buat..ada banyak lagi yg tak dibaca..sedang mencari-cari di kedai buku...apa-pun akak punya cerita mmg best sangat...

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru jugak buat Azlina... :)
    Terima kasih banyak2 kerana sudi membaca 3 buku tersebut dan akak terharu menerima pujian tu... mudah2an klau membaca buku akak yang lain, rasa perasaan yang sama gak... :)

    Semoga tahun baru memberikan keberkatan buat kita semua.. :)

    ReplyDelete
  4. Selamat Tahun Baru Kak Rose... WC sedang dalam proses menghabiskan dan Cintapun Tersenyum.. Memang best laa cerita die... X sangka kak rose boleh tulis bahasa indonesia dengan baik.. Ade sesetengah ayat yang saya x paham saya rujuk kat makna yang kak rose sediakan tue..

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baru gak laling... :)
    Terima kasih sudi baca citer DCPT tu... terharu gue... yah...memang letak rujukan makna supaya kita sama2 bisa belajar... hehe... :)
    harap WC happy ngan citer tu...

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru kak..Semoga suksess2 selalu dan tahun 2011 nie banyak lagi novel dari akak..tak sabar nak membaca nie...

    ReplyDelete
  7. salam..
    sy pun dah khatam baca DCPT...komen sy.."superb"..mcm mana akak boleh mendalami bahasa indonesia dgn begitu baik ye?abis je khatam novel tu, sy pun dah terikut2 cakap indon tau kak...haha..anyway,congrates!! karya akak mmg meletup!..:)

    ReplyDelete
  8. Aween:
    selamat tahun baru jugak buat Aween...terima kasih sbb sudi beri sokongan kat akak... Insya ALLAH Taala...akan ada lagi karya akak taun ni... :)

    kejora:
    salam rosini... :)
    terima kasih sbb baca DCPT tu... terharunya kak rose menerima pujian tu... trima kasih banyak2 ya...
    tak sangka lak sampai rosini terikut cakap Indoe... hehehe... akak dapat tulis bahasa Indoe tu mungkin sbb banyak tgk sinetron dan mmg ada kawan2 dari Indonesia... :)
    sekali lagi...terima kasih laling!

    ReplyDelete
  9. Salam. Aiseh.. Terpikat la dgn hero2 novel tu Che Rose.. Encemnye.. Jatuh chenta..

    ReplyDelete
  10. hepy new year kak...moga2 tahun ni banyak lagi karya akak yang akan terbit...:-) gud luck kak:-)

    ReplyDelete
  11. Mawar Merah:
    Salam... Hehehe..sudah jatuh chenta eh? tengkyu la laling sebab puji mereka encem... hehee

    Ilyah:
    Happy new year gak tuk Ilyah... terima kasih sokongan, Insya ALLAH akan ada lagi karya akak... :)

    ReplyDelete

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts