Feb 29, 2012

Bertempur Dengan Jembalang : PROLOG

BY Rose Harissa IN 2 comments

PROLOG
 
photo diambil dari shutterstock
 BRIGEDIER Jeneral Dato' Ibrahim Ali mengeluh panjang. Fail mengandungi profil tentera terlatih itu diletakkan ke atas meja. Sejenak dia termenung. Dahinya berkerut membuatkan dia kelihatan benar-benar dalam masalah. Sambil sekali lagi menghela nafas panjang, Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bangun mendekati tingkap. 

Lama dia melemparkan pandangan ke luar sebelum kembali memandang Leftenan Kolonel Nazrin yang setia tegak berdiri di hadapan mejanya. 

“Berapa orang yang terselamat?” tanya Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali dengan suara serius. 

Leftenan Kolonel Nazrin terdiam sejenak sebelum turut menghembus nafas penuh kesalan. “Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng. Itu pun kedua-duanya agak parah, masih di ICU.” 

“Harapan?” 

“Menurut kata doktor, 50-50. Tapi saya dapati kedua-duanya sangat kuat semangat juang. Macam Kapten Zhafri, saya dapati dia mula memberikan tindakbalas apabila disentuh walaupun sangat lemah.” Leftenan Kolonel Nazrin menerangkan. 

 Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali segera mendekati meja dan mengambil kembali fail dari atas meja. Dia mencari profil dua anggota tentera yang dikatakan oleh Leftenan Kolonel Nazrin. Gambar Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng ditenung lama. 

“Jadi yang lain tak dapat diselamatkan?” Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali bertanya. 

Leftenan Kolonel Nazrin pantas menggeleng. “Tapi mayat Mejar Roslan bin Abdullah dan Leftenan Komander Uzir sahaja yang belum ditemui.” 

Brigedier Jeneral Dato' Ibrahim Ali terdiam tidak terkata lagi. Diam-diam, timbul penyesalan dalam hatinya kerana kegagalan operasi khas di Hutan Borneo, gagal seratus peratus. Malah telah mengorbankan nyawa hampir semua anggota. Hanya Kapten Zhafri dan Sarjan Kong Chee Meng sahaja yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada mereka semua...

2 comments:

  1. wahhhhhhh!!!

    akak... where is the Bab 1? :D wah! sik sangka akak boleh buat kamek tertanya2...

    sik apa... saya sedia menunggu.

    ReplyDelete
  2. hahahah bab 1 belum upload... sori... sibuk mena kmk...

    ReplyDelete