Sebelum subuh tadi aku bermimpi…mimpinya begini…
Aku dan keluarga berusaha mendapatkan kembali kakakku yang telah lama diculik oleh sekumpulan penjahat. Satu hari mereka menelefon kami mengatakan kakak aku akan dikembalikan kerana mereka telah menculik orang lain sebagai ganti. Penjenayah tu naik Waja berwarna hijau. Kakak aku dikembalikan seperti yang dijanjikan. Tetapi sayang dia lumpuh dan berkerusi roda. Aku dan adik lelaki aku menangis memeluk dia yang cantik bertudung dan berbaju kurung…walaupun kami hairan kerana menurut kakak, penculik telah menjaga dia dengan elok…lagipun aku pelik, sebab setahu aku, adik lelaki aku mana pernah kenal dengan Kak Long!
Aku terjaga. Pukul 4.41 pagi. Tergamam kejap. Kakak aku bukan diculik tapi dia dah tiada sejak 25 tahun yang lalu! Apa makna mimpi tu? Lama aku terfikir, dan aku sedar kesilapan aku yang dh lama ‘lupa’ pada arwah. Aku rindu pada arwah. Dan secara automatik, segala kenangan bersama dia terimbas kembali. Dalam gelap, aku menangis teresak-esak. Puas menangis, terus bangun dan bersedia untuk sembahyang subuh.
Arwah kakak aku cantik orangnya, berhidung mancung, manja dan tertib…tak macam aku, hidung kemek, manja jugak tapi kasar orangnya. (sebab adik beradik kami, berselang bunga hidung mancung dan kemek!) Masa kat sekolah tadika, dia satu-satunya murid yang duduk sebelah cikgu. Sebab manja!
Tak semua kenangan dengan arwah yang aku ingat, tapi aku bersyukur sbb Tuhan tak tarik balik kenangan tu wpun masa tu aku baru nk masuk 4 tahun. Kami dulu macam kembar. Baju pakai mesti nak sama, potongan rambut sama. Mainan pun sama… pendek kata, tak bleh kurang, tak bleh lebih.
Mula-mula arwah jatuh sakit, masa tu abah dan mak baru masuk Felda. Rumah masa tu masih rumah ‘kotak mancis’. Masa tu aku main nyorok-nyorok ngan arwah. Tapi aku tgk dia duduk diam atas tilam. Aku dengan kejam, ketuk kepala dia dengan kayu pengukur yg lipat2 tu. Dia nangis… aku gabra sangat. Tapi dia ngadu kat mak aku, dia sakit. Bukan sebab aku pukul dia. Tapi sakit kat lain.
Lepas tu satu hari kitorg ikut mak jalan kaki gi kenduri. Tiba-tiba dia muntah tepi jalan. Lepas pada tu dia demam. Abah aku hantar balik kampung sebab pipi arwah dah bengkak. Masa kat kampung, arwah nenek aku sapukan cuka campur nila sebab katanya beguk… tapi lepas tu tak sembuh gak. Mak dan aku terpaksa duduk di kampung sepanjang waktu arwah sakit tu… aku ingat lagi, arwah terlantar tak bangun-bangun. Masa tu aku hanya duduk sebelah dia. Aku makan dan minum segala lebihan makanan dia. Aku nampak ada bomoh datang. Lepas tu aku tak berapa ingat. Aku cuma ingat satu hari, dengan cahaya pelita, aku duduk atas riba mak aku, mengadap arwah yang diselubung kain putih. Aku tanya mak kenapa tutup muka kak Long… aku bukak kain tu. Mak aku nangis, tutup balik… aku buka balik…
Lepas tu hari dah siang, aku nampak orang ramai-ramai bungkus arwah. Mukanya macam tersenyum… Ingatan aku terputus kat situ je.
Arwah pergi tak sampai berapa bulan kami duk Felda. Tapi mak cerita lepas tu aku suka duduk sorang-sorang dan cakap sorang-sorang. Sampai kena mandi air tanah kubur arwah. Lepas tu mak kata aku sakit. Tak serasi dipanggil Kak Ngah lagi…aku duduk dengan arwah mak angkat kejap dengan nama gelaran lain…
Kalau arwah akak aku ada, dia sebaya dengan hubby aku la… dan hubby sengaja usik aku, katanya, kalau arwah akak aku ada lagi, dia takkan kahwin dengan aku, sebab dia akan ngorat kakak aku dulu…
Sampai hari ni, tak boleh cerita pasal arwah kak Long depan abah. Sebab abah sebenarnya menyesal, tak kuatkan hati bawa arwah ke hospital, ikutkan sangat cakap keluarga di kampung, supaya berubat cara kampung. Bertahun juga abah simpan gambar arwah dalam dompet… sampai kadang2 nangis sorang2.
Dan sekarang bila aku dah besar, aku pun geram… kalaulah arwah dibawa ke hospital, mungkin sakit dia tu dapat dirawat…sbb apa yang aku baca, sakit tu bukan beguk, tapi sejenis sakit saraf. Sebab tu arwah tak mampu nak bangun…tapi dah takdir
Semoga ALLAH mencucuri rahmatNYA ke atas Kak Long (Norli)… Al-Fatihah...
No comments:
Post a Comment