Monday 29 October 2007

Kerja untuk jadi kaya?

Kerja? Sebut aje pasal kerja, aku rasa nak muntah darah… semalam baca Berita Minggu, ada ruangan pasal pintu pagar dekoratif dari syarikat yang dulunya competitor terdekat dengan syarikat aku bekerja dulu… boleh dikatakan, kalau sales exec tak berjaya dapatkan pjek tu, maka design aku akan lepas kepada syarikat tersebut… itu yang buat aku sakit hati, buat design bagai nak rak, tapi takde protection, itu yang buat aku marah! Kedekut sangat nak pergi daftarkan design…

Sudahnya semalam aku tersenyum sinis membaca ‘cerita’ Pengarah Kreatif syarikat tu (yang dulunya hanyalah designer biasa saja), apatah lagi melihat sesetengah design tu, pernah aku lukis. Lagi pulak bila dia bercerita tentang corak 3D! Dan lepas baca, aku campak suratkhabar tu bawah kerusi. Sejujurnya walaupun aku sendiri ambil keputusan berhenti kerja, tapi dek kerana hampir 8 tahun bergelumang dengan dunia rekaan besi, sampaikan pjek mega lampu jalan di selatan johor tu hampir saja menggunakan rekaan aku (mungkin akan guna tapi akan jadi Hak Terpelihara dorang!), aku jadi bengang tiba-tiba. Sebetulnya masa kerja dulu, aku agak dikenali di kalangan orang2 kaya yang suka design eksklusif! Tapi sekarang, aku nekad tinggalkan itu semua. Rugi? Sikit2lah… dari segi keglamouran… tapi tak kaya gak…hehehe. Sebab ramai yang menyangka dengan bekerja keras begitu, dikenali di kalangan kenamaan, aku sudah berjaya mengumpul kekayaan beribu... mampu beli rumah banglo, mampu pakai kereta mewah... hakikatnya tidak... aku masih pakai Wira Diesel yang usianya hampir 11 tahun!

Dalam keadaan yang masih terumbang-ambing dari segi ekonomi, aku ambil keputusan mendadak berhenti kerja. Risiko paling besar dalam hidup yang pernah aku lakukan. Ada juga sekarang ni duk tgk mana2 kerja kosong, tapi bila melihat ayat-ayat permintaan yang seterusnya akan boleh membuatkan seorang perempuan yang sudah berumahtangga mengabaikan keluarga, aku close saja window tu. Bukanlah aku ni mithali sangat… tapi rasanya aku sudah hilang attitude untuk jadi pekerja yang baik, yang mampu buat perkara yang sama setiap hari. Yang mampu menahan leteran dan maki hamun bos… oh! Aku rasa dalam usia yang sebulan dua lagi nak cecah 30 ni, tak mampu rasanya jadi kuli batak orang lagi. Rasanya aku selesa dengan keadaan sekarang wpun tidaklah sesenang mana hidup ni. Yang penting, muka aku tak masam mencuka lagi setiap hari!

Sekarang ni, aku memang sudah menyusahkan hubby… terasa lain macam bila tiba part mintak duit dengan dia… uh! Terasa aku ni benar2 membebankan dia… tak seronok nak beli barang kesukaan. Kenapa ya? Agaknya mungkin dari dulu, aku ni terlalu independent. Tak suka nak susahkan orang.

Masa balik raya baru ni, abah aku dah sound, bila nak pakai Mercs? Aku boleh jawab balik dengan selamba, “tunggulah saya jual dadah!” hahaha…lepas tu abah angkat penumbuk! Kalau aku bergurau begitu dengan mak, mesti dia menangis!

Walaupun aku ni suka berangan, tapi adakalanya aku harus sedar, kaki ni masih berpijak pada bumi yang nyata. Tak mungkinlah mampu pakai Mercs! Lagipun Mercs bukan kereta idaman aku! Aku takkan berusaha untuk pakai Mercs. Kalau usaha nak pakai Evo tu, sungguh!

Aku katakan pada hubby, maaf kerana menyusahkan dia sekarang ni. Harapnya dia boleh bersabar. Aku perlu menyusun langkah untuk bina sesuatu yang baru. Jauh dari apa yang pernah aku belajar di UTM dulu. Mujur juga ada cebisan semangat yang masih kental dalam diri. Kalau tidak, mau juga aku ajak dia balik kampung, bela ayam di tanah dia di ceruk kampung tu! Hahaha!

8 comments:

  1. rose, sebenarnye merc & beamer pun bukannye keta idaman sgt! setakat menjamu mata jer... sbb tu letak kat screensaver! tapi kalau airtrek & audi tu harus terliur bila tengok! hahaha...
    btw, if life becomes too easy... you will never learn to live, never learn to survive!

    ReplyDelete
  2. aku pun mcm ko, kalo mtk duit, raya semacam jer... ko bela ayam banyak2, beli kambing dgn lembu, kaya wooo!! nanti time anak2 aku nak kawin, aku pi beli dengan ko!! hehehe -lily-s

    ReplyDelete
  3. hezi - suka quote yg ko beri tu... hehehe...i will survive... ko siap taruk kat screensaver ek? lagi cepatlah dapat... hehee

    lily - aku ni hangat2 taik ayam jek! muka aku nak jadi penternak? hahaha, cakap je lebih... hubby aku yelah, penah bela ayam ms sekolah dulu... hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak salah mintak duit dari hubby walaupun duit dah berkepuk, apatah lagi kalau poket dah tinggal habuk. Cuma berpada2lah... jgn smpi hubby jual dadah... hehe... ;)

    ReplyDelete
  5. jogi! pelawak jugak ko eh? hehehehe

    ReplyDelete
  6. Pelawak? Hehe... sikit2. Byk2 xpandai... Lagipun takkan nak serius aje, kan?

    ReplyDelete
  7. jogi! oklah tu, serius sgt bosan hidup! :)

    ReplyDelete
  8. Hmm... betul tu Rose. Hidup tanpa lawak, ibarat kopi tanpa gula. Pahit!

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016