Sunday, 4 May 2008

Race Day



Minggu ini minggu race. Terima kasih banyak kepada Affan yang sudi bagi pas tetamu pada akak! Lenkali nak lagi eh… dft011.gif Berpanas di litar bukanlah sesuatu yang baik untuk aku. Tetapi sangat menyeronokkan walaupun rasa sedikit terasing. Almaklumlah, rasanya aku aje yang bertudung di kawasan pit pasukan. Dan kulit aku yang tidak kebal pada cahaya terik matahari ni sekejap je rentung. Pakailah sunblock jenama mahal sekalipun dh nasib kulit aku mmg alah dengan sinaran UV! Hubby takpelah, dia memang nk menghitamkan diri. Mulalah aku rasa jeles pada awek2 litar yang pakaian mereka sampai ada tahap berkemban tapi kulit maintain aje… isk isk… dorang pakai apa lah eh? 041.gif

Aku ke Sepang semata-mata untuk memberikan sokongan pada adik-adik aku iaitu adik beradik Elly. pompom.gifTerima kasih kepada hubby yang sudi menemankan aku ke Sepang. Panas giler, dahaga toksah citer... Tapi rasa nak tumbuk je bila hubby kata kalau Elly race hari2 pun takpa, dia sanggup bawak bg aku bakar lemak tgh panas tu. Hampes betul statement dia...

Kat Sepang ni tak sangka jumpa Che Zamri Hamid (Ba’e) kat sini.. wahhh… jadi orang power dalam pasukan rupanya. Kali ni aku sempatlah bagi kata semangat pada adik Mal sebelum dia nak berlepas ke grid. Ingatkan nak snap gambar adik Mal yang cute tu… tp aku seperti biasa, nama aje bawak kamera tapi rasa segan sbb kelompok Novis tu ramai budak muda. Lagipun terperasan gak dorang mcm heran aje tgk aku… mcm berkata, siapalah akak bertudung serba merah ini sampai dtg kat pit ni dan bersalam bagai dgn Elly Idzliaikmal ni…009.gif mujur ler Emir Firdaus kenal aku, tu pun sebab selalu gak tegur2 kat Myspace… Aku tak sanggup nak tengok adik Mal race dari tepi litar, aku tgk kat TV dari compartment Petronas Ah Hong. Suka sangat bila tgk adik Mal berada di kedudukan ke 3 tapi tu la kan, dalam race ni mcm2 leh jadi. Akibat dua org rider Petronas Raceline tergolek, adik Mal terpaksa ngelak… jadi terus kehilangan momentum menyebabkan adik Mal dipotong dengan mudah oleh rider lain. Nak build up balik momentum dalam saat2 pusingan terakhir bukannya mudah, semua motor laju2… maka… adik Mal berada di kedudukan ke 6.

Adik Mal di grid permulaan

Tahniah untuk Emir sebab jadi Juara Novis kat Sepang. 045.gif

Bila turn si abang, Elly, aku pi lagi kat pit sebelum rider Expert berlepas ke grid. Hubby yang nk jumpa Elly. So, sempatlah dorang bersalam.

Heran gak aku tgk budak2 rider ni x panas ka pakai racing sut yg dekat 15kilo tu? Aku ni pun rasa kering air dalam badan. Selepas mengucapkan kata-kata semangat aku kembali tgk TV di pit Ah Hong. Hubby aje yg sanggup duk tepi litar… isk isk… tgk Elly berada di kedudukan ke 3 yg kadangkala bertukar tmpat ke 4 dgn Faiz Nawawi dr Shell Advance Maju, aku dah happy. Rasanya sepanjang pusingan tu aku duk doa agar dia lepas naik podium wpun di tempat ke 3 sbb kalo nk potong adik beradik Fazli dan Fazrul mmg mustahil la… dorang dh mencanak ke depan… laju giler. Satu yang aku perasan, Elly mmg terer tang corner, selalu dapat potong Faiz kat sini… yeee… Elly mmg berani bab2 corner lipat ni 045.gif… tapi bila tiba tang jalan lurus, mudah aje Faiz tackle balik. Pusingan terakhir tu, aku dah gigit jari… dah hentak2 kaki sebelah punyalah nk ‘bantu’ motor Elly pi jauh sikit dari Faiz… tapi tu la kan… bila dh nak sampai ke garisan penamat tu, jalan lurus… berselisih x sampai setengah saat, Faiz dapat potong Elly! 030.gif Adui! Aku pulak yang tensen. Rasa nak tolong push aje motor Elly pergi depan. Sebab dekat sangat jaraknya dipotong Faiz. Nampak sangat motor Elly tak power atau tak pick up bila jalan lurus. Yela… kalau rider bagus camna sekalipun tapi kalo motor x power, peluang tu tipis sikit. Kalau aku ni yang jadi pemerhati bleh tensen bagai nk rak… apatah lagi Elly adik beradik… tpi nak buat camna… takdak rezeki… 022.gif

Tatau la betui ka tidak motor tak power… tp hubby pun ada cakap masa balik tadi. Sayang motor Elly setting tak bagus… tak bagus tang mana aku tak tau, nak tanya lelebih, takut kene tunjal dahi ngan hubby… hahahah…011.gif sbb kalau nak tulis detail pasal motor, jawabnya aku kene tidur kat bengkel bak kata sifu Elly, Ba’E! hahahah… 005.gif

Ini cuma pandangan aku, seorang perempuan yang meminati sukan motor. 048.gif

6 comments:

  1. heh...minat motor...samalah kita..ngeee :P

    ReplyDelete
  2. heheheh... akak standard minat pelumba tempatan aje... kekekkeke... elly ngan adik mal lagi ensem dri rossi ada oii... hahahha

    ReplyDelete
  3. huhu...iya kak...ala ada tk kisah la kak hensem ke tak..hahahaha

    ReplyDelete
  4. ha yelah...ada minat ler si rossi yg x bayar income tax tu... hahahha

    ReplyDelete
  5. bangchaq rasa happy jugak dgn keputusan race anak2 bangchaq hari ni. 2 race yg lepas mmg tak ada result sbb jatuh. Lagi happy sbb adik bangchaq (ros) dpt wakil bgchaq untuk bagi semangat kat 2 beradik tu dan bagi result dia org secara live pada bgchaq. tq ros..my little sister.

    ReplyDelete
  6. hehe... no hal la bangchaq... sy dh anggap bangchaq sekeluarga, mcm keluarga sy. tak kisah berpanas sekalipun asal dpt bg semangat dn tgk depa race secara live.... sy pun tumpang hepi! :)
    tengkiu bangchaq... my big bro! :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016