Kelakar tak tengok t-shirt ni? Hahaha… t-shirt aku jumpa masa balik kenduri kahwin
T-shirt tu asalnya putih kosong, aku beli dengan harga RM5 masa tingkatan 5 di Sekolah Menengah Teknik, Kuantan. Kiranya dah 14 tahun usia t-shirt tu. Kalau nak tau, aku dulu peminat fanatic kumpulan KRU. Siap masuk kelab. Tapi bertahan dua tahun aje sebab x mampu bayar yuran keahlian. RM15 setahun waktu, dah rasa mcm banyak sangat untuk budak sekolah yang masih mengharapkan duit mak bapak. Walaupun begitu, aku memang kumpul duit beli kaset2 diorang. Sampai skg ada lagi kaset2 tu.
Aku pernah berangan nak jumpa Yusry sebab tau dia pandai melukis. Tapi dulu manalah mampu nak redah pi jumpa dia kat KL. Simpat hajat je la…
Kerana terlalu minat kat KRU, semua buku rujukan, fail ABBA aku balut dengan gambar2 kumpulan KRU terutamanya yang aku lukis sendiri. Sampaikan sampul
Dek kerana tak mampu nak beli t-shirt dorang, aku terfikir nak buat t-shirt sendiri. Aku beli t-shirt pagoda, pastu beli dye hitam dan merah. Bersungguh-sungguh buat template guna kadbod. Lengan kiri kanan, ada cop aku. Konon2 trademark. Orang lain sibuk study, aku sibuk mewarnakan t-shirt! Bila dah siap, aku rasa t-shirt macam lawa sangat sebab ramai kawan-kawan jeles sebab aku bleh buat t-shirt sendiri. Walaupun sekadar guna template kadbod, dorang masih leh kenal yang mana satu
Aku tau, ramai yang akan ketawa sebab aku minat KRU. Sebab dulu2… aku bawa minat tu sampai masuk U. Meja drafting aku kat studio, aku balut dengan segala macam lukisan KRU. Sampailah kena sabotaj, ada orang robekkan lukisan tu. Aku nangis sakit hati. Benci semua budak2 studio aku masa tu wpun aku tatau sapa yang khianat.
Sekarang ni dah berumur, tak berapa minat giler cam tu. Mmm… masih lagi minat tapi lebih kepada kagum melihat kemajuan dorang mengkayakan diri dengan berbisnes. Siap ada bangunan merangkap wisma KRU. Tabik dan semoga diorang terus maju jaya!
haha! akk ney fanatik kRU ehy. caya lah.. bce post akk 2 wat sy t'gelak taw?? yerla.. tgk baju 2.. dh lme. kire2 sy mse 2 kopem kanak2riang yg x knl lagi KRU kang?? kih3.. arap2 nnt akk dpt tmbhkn koleksi dorank lagik. lalalla
ReplyDeleteRose, aku dulu pun peminat KRU gak... cuma kureng skit fanatik drp ko kut! Hehe. Tapi tak fanatik pun, terjumpa diorg kat gerai mkn tmn melawati dkt dgn studio KRU masa tu... sanggup tebal muka mintak nak bergambar sama. Masa tu pkl 11.30 mlm. Tapi diorg sporting, ok jer... w/pun muka masing2 masa tu haggard giler.
ReplyDeletecikyuyu: heheheh... malulah akak... dulu2 je minat sgt.. koleksi lukisan dorg pun dh byk akak bg orang...nanti la akak korek peninggalan yang ada...
ReplyDeletehezzy : aku pun penah nampak Yusry kat Taman Melawati tu... rasa nk tahan je mintak bergambo x pun mintak buat grafiti sesama... kekeke.. berangan! bes aa ko dpt jumpa dorang... heheheh...