"Tak reti nak angkat telefon?"
"Tak gunalah ko ni... SMS pun malas nak balas?"
Itu antara komen dari kawan-kawan yang aku terima kebelakangan ni. Aku tertekan . Terasa benar-benar sibuk. Satu-satu kerja kena siapkan dan adakalanya aku rasa nak nangis. Apa yang sibuk sangat? Aku memang kerja freelance... tapi ketahuilah bahawa kerja freelance tidak semudah sebutannya. Tidak 'free' apatah lagi bila sudah bergelar isteri...
1) Masak (wajib masak kalau tak hubby tak makan lak)
2) Basuh pinggan mangkuk (setiap hari kena buat... )
3) Basuh baju (kena basuh kalau tak nanti berlunggun dalam bakul)
4) Kemas rumah (tak seberapa sebab tugas mengemas dan menyapu rumah biasanya hubby sukarela yang buat pada hujung minggu )
5) Siapkan manuskrip (ada dua manuskrip yang wajib aku siapkan... erkkkk! )
6) Buat ilustrasi (perlu ada stok selalu)
7) Buat cerpen dan artikel APO? (samalah... ni perlu ada stok selalu... bak kata aku pada Kak Su, ni duit belanja dapur! )
8) Buat cover (rasanya sudah jadi residen artist NBKara... sori kak Yati , saya mengangkat diri... hik hik hik)
9) Belajar mewarna digital (teringin nak buat bovel grafik suatu hari nanti... )
10) Awasi pesanan buku secara online (yang ni gatal tambah komitmen... bukan nak cari untung tapi hendak memudahkan pembaca membeli terus dari aku dan tak payah tercari-cari di kedai, siap bagi penanda buku aku buat sendiri lagi... semuanya untuk kepuasan pembaca novel-novel aku.)
Itulah dia antara rutin hidup aku yang setakat ni cukup menyesakkan nafas aku. Tadi makin sesak nafas bila menerima panggilan dari saudara Ikram PTS untuk menambah nilai Evolusi Elly. Kami sama-sama mahu ia menjadi sesuatu jadi aku iyakan saja dan cakap boleh... ya, aku ni semuanya akan cakap boleh... tapi pastu? Harapnya pengorbanan ini berbaloi suatu hari nanti. Walaupun buku ini benar-benar menguji kesabaran dan komitmen aku, tapi aku sanggup harung jugak. Yang elok tetap ada habuannya kan? Esok kena habiskan masa di ofis Malaysian Cub Prix di Kajang. Pilih sendiri gambar-gambar Elly yang menarik untuk dimasukkan ke dalam buku. Pagi Jumaat, dah janji nak jumpa saudara Ikram dan saudari Nisa di ofis PTS.
Kedengaran macam huru-hara kan? Tapi semua yang di atas mengajar aku menjadi lebih gigih, lebih kental dan lebih fokus dan komited ! SDH dan MSC yang keluar dalam jangka masa terdekat adalah ubat segala rasa sengsara aku sepanjang menulis. Apatah lagi SDH yang diterima baik oleh pembaca dan... ! Alhamdulillah! MSC pula ada penyembuh semangat aku untuk terus menulis.
Oh... tetiba teringat... masih hutang 2 assignment dengan Kak Yati! Eh? 3 sebenarnya! Adehhh...!!
Pada saat ini aku cuma perlukan pengertian dari hubby... mujurlah, dia mengerti dan tak banyak songeh!

betul2 sokong 200% :D
ReplyDeletehuyoo... ada penyokong! tengkiu ZN... kene hormat kat otai ni... :)
ReplyDeleteKAK ROSE,
ReplyDeleteuhhh.. jangan sampai tension2 sudah!!
nnt bertambah migrain kan.. hehhe!!
Semoga pergorbanan akk tidak di sia2 kan.. heheh!!!
Tak tau apasal..
ReplyDeleteSaya tak boleh masuk blog sis melalui URL sis dari blog saya..
Ni pun masuk separately.. Adeihh..
Isu APO? 241.. karya sis yang cerita pasal mati dibungkus dengan tilam tu buat saya tersedak..!! Nama watak utama cerita tu sama dengan nama saya.. Hahahahaaa.. Kalau tak silap, dah dua kali sis guna nama tu.. Cerita pasal suami isteri rasanya..
Jangan laa bubuh nama saya banyak kali sis.. Nanti husband sis rejam saya dengan menggunakan cangkul karang..!! Hahahahahaaaa..
Cikyuyu : hoho... kekadang tensen gak... lagi pula bila time migrane... kekeke
ReplyDeleteCer : oit? pesal tak leh masuk direct? jembatan runtuh? dengki betui blog tu...
nama yang mana? yang mati kene bungkus tu ke? hahahahha... time2 kering nama, sis recycle je balik nama2 tu... peduli apa aku? hoho
salam rose harissa...
ReplyDelete^__^
emm...kenyataan rose harissa pasal teringin nak buat novel grafik nnt mmg menarik! hahahaha...kat malaysia ni susah betul nak tgk org terbitkan novel grafik...so rose harissa...itu satu impian yg bagus sangat2...
teruskan berusaha ya!
p/s: oooo...kalau oder dari cni bole dpt penanda buku ya utk SDH? isk3 melepas la nmpknya...ari tu beli kat ibu pejabat hahahahaha...
wanupeh : hehe... memang teringin... dah jumpa pun penerbitnya... cuma sekang ni belum ada kemampuan, kena belajar mewarna dulu.... tengkiu sbb bagi dorongan.
ReplyDeletep/s : penanda buku tu saja je suka2 buat... takpe, nanti kita jumpa, bleh bagi kat wanupeh gak... wokay?
Haik?.. Ada belajar psikik ke?..
ReplyDeleteBuleh teka tepat pulak yang mana satu nama saya?..
Takpe.. besok gi tukar nama jadi Sharipah Ainu la pulak..!! Kehkehkeh..
Pesal tak buleh masuk direct aa?..
Dia keluar rss feed pulak..!! RXZ tau le saya..!!
Perghh..!! Siap ada penanda buku lagi.. Dahsyat tuuu..!! Saya dulu pun penanda jugak.. tapi penanda pengakap sekolah je laa..!! isk..!! isk..!!
cer : entah aaa... napa tak leh masuk direct... menci betui... sib baik dah buat link lain... kuar RSS tu sbb kita makan RSS terlebih kut... hahahah
ReplyDeleteha... ko besok kalo dah de buku sendiri, bagi ler penanda pengakap sekolah tu... kekeke