Aku tak tahulah cerita ni seram ke tidak. Sebenarnya aku dah lama tak alami benda-benda macam ni. Lama sungguh . Aku pun dah tak ingat bila ia berhenti. Kalau nak kira, aku ni namanya aje tulis cerita misteri kat APO? tu tapi dalam masa yang sama aku ni sebenarnya seorang yang penakut! Mungkin sebab ketakutan itulah yang buat aku ada idea nak menulis cerita-cerita begitu .
Malam tadi, macam biasa aku terjaga dari tidur. Aku memang biasa terbangun tengah malam, samada untuk minum air atau masuk bilik air. Tapi kali ni tiba-tiba aje rasa tak sedap perut. Bukan tak sedap sakit perut memulas nak buang air besar tu. Tapi entahlah... yang penting rasa tak sedap. Lepas keluar dari tandas, minum air, masuk semula dalam bilik. Aku mengantuk tapi macam tak selesa nak tidur .
Jadi oleh sebab tak nak ganggu ketenteraman hubby aku yang lena sangat tidurnya, maka aku angkut selimut pindah bilik sebelah. Perkara macam ni memang biasa aku lakukan kalau tak boleh tidur. Tapi macam biasa, walaupun tidur kat bilik sebelah, aku tutup pintu. Ni untuk mengelakkan daripada aku melihat kegelapan di ruang tamu.
Sebab aku ni kalau lihat dalam kegelapan, macam-macam yang kepala otak sengal aku ni bayangkan . Lampu pun aku biarkan terpasang. Memang, kalau aku tidur seorang diri, aku lebih suka biarkan lampu terpasang. Takut! Aku memang takut pada suasana gelap! Kerana bagi aku juga, suku sakat makhluk halus tu senang nak menjelma dalam suasana gelap . Haha! Apa punya teori kan?
Aku baring membelakangkan pintu. Dalam keadaan mengantuk tu, mata layu tak terangkat, pendek kata dalam keadaan mamai la. Tiba-tiba aku rasa ada tangan mengusap muka aku. Bermula dari dahi, meraup seluruh muka aku kemudian turun ke dagu! Gerakannya perlahan aje sebab tu aku boleh rasa dengan jelas.
Aku terpinga-pinga kejap . Terus terbeliak biji mata. Pandang keliling bilik . Hubby ke yang usap muka aku? Kalau hubby masuk jenguk aku, aku mesti sedar sebab aku ni sensitif gak pada bunyi waktu tidur. Dan dia pulak mesti tunggu aku buka mata. Tapi aku tengok pintu bilik masih tertutup!
Ah, sudah! Ni bukan mimpi lagi ni . Tak mahu tunggu lama, aku cepat-cepat keluar dari bilik tu, masuk balik bilik tidur.
Dah sah-sah, aku tengok hubby masih terpukang atas katil. Aku dah tak keruan. Terus baring dan pegang tangan hubby. Kalau aku takut, macam nilah, aku akan tidur pegang tangan hubby sebab aku rasa benda tu tak dapat kacau aku kalau aku sentuh orang lain. Ni satu lagi teori sengal yang aku bawak dari zaman duk asrama lagi.
Siang ni, aku tanya hubby, ada masuk bilik sebelah tak. Saja nak confirm lagi. Tapi hubby kata tak ada. Aduh! Sah... malam tadi aku bukan mimpi. Cumanya aku tak tau apa dia, siapa dia yang usap muka aku!

ha..ha..penakut ko rupenya rose..ko boleh tulis mcm2 citer hantu..rupe2nye tidor pn bukak lampu..ha..ha..
ReplyDeletehehehheheh takutnya Rose! Kalau kak eka...sah aku lari masuk bawah ketiak!!!!! hahahhaa
ReplyDeleteromantiknya~~~xD
ReplyDeleteTeja : amboii... meriahnya ko gelakkan aku yea... haa... mmg aku penakut... iskkk... iskkk...
ReplyDeleteKak Eka : masuk bawah ketiak kalu, lain lak jadinya... haha!
Amalyn : err... apa yang romantiknya?
huhuhu...ngeri. klu su mau terpekik kat situ gak. tapi apa yg pasti itu mmg pengalaman ngeri yg sungguh tragis.
ReplyDeleteishhh seram laaaa.. dah la aku tido sorang malam nih. ishhh.
ReplyDeleteHohohoo..
ReplyDelete(macam Santa Claus la pulak)
Saya pun pernah kena camtu sis..
Tapi dia tak usap pipi.. Dia usap ketiak je..!!
Kehkehkeh..
eee..seramnyer...
ReplyDeletetapi ko kira berani gak boleh pindah bilik. kalau aku takdenye aku nak pegi mana-mana. aku menyelit kat hubby je, lepas tu mesti hubby kata " dah tahu penakut wat apa tengok cerita tu". hee..hee...
akk,
ReplyDeleteadehh!! seram tuhh..
jangan lah cakap cm 2..
saya membayangi dah.
hahhaha :D
Su : akak dah tak terkata masa tu... tapi ok gak kene camtu, dapat idea buat citer untuk APO? hahaha
ReplyDeleteRinn : laa... hang pun penakut gak ka... :) cik yumm mana?
Cer : ko ni... buat lawak je kerjenya... artikel dah anto suh pan pan baca? (sambil cekak pinggang ala mak tiri)
Yus : haha, aku sian kat hubby takmo ganggu tido dia... aku ni berani2 ayam... cam ko la...
cikyuyu : baru membayangi takpe... jangan mengalaminya sudahhhh... :)
wei.. cuba kau cek darah kau.. siasat DNA kau entah entah kau pun ala ala aku kot... aku kan ada pendua.. ramai pernah jumpa pendua aku masa aku dok selayang
ReplyDeleteAlaa..
ReplyDeleteBro Pan-Pan tak reply lagi laa..
Bila dia konfem baru saya antor..
Kehkehkeh..
HEHE, yerla tuhh.. takut lah!! sering keseorangan di rumah,
ReplyDeletebhahahh :D wat2 cam tak ada apa-apa jerk lah. kalo duk pk, kopem dah lari duk umh jiran. kah3
Kak Lily : hahaha.. aku masa sekolah dulu pernah gak orang nampak 'aku' siap pulas kepala pusing ke belakang... iskkkk... entah ler... aku malas cek, kut jumpa keturunan bukan2 naya aje... hahaha
ReplyDeleteCer : Bro Pan Pan tu tengah sakit kronik... sian dia... hahaha... ko hantor je laa kat emel dia..
Cikyuyu : hahaha,... sesekali je kene camtu... bukan selalu... :)
akak... seramnyaaa...
ReplyDeleteadoi, amni ni dhlaa berjuta kali penakut, maunya tak tidur dah malam ni kak... hehe.
tpi kdang2 nak gak try jdi cmtu... hahha... tarik balik laa, seram je.
jangan biarkan hidup anda diselubungi mister ;)
eh, misteri!!
ReplyDelete