"Saya demam, doktor..." begitulah aku punya intro bila berdepan dengan doktor - seorang jejaka berketurunan India - malam tadi.
"Ada selsema?"
"Sikit... macam jadi tak jadi..."
"Batuk?"
"Ada sikit..."
"Bila batuk ada sakit dada?"
"Tak..."
"Sakit tulang ka sendi ka..."
"Ada... sakit semua sendi..."
Aku dah mula cuak. Sebab semua tanda tadi dia tanya tanda yang berkaitan dengan 'implenza'. Lagipun aku tengok muka doktor tu serius aje dengan dahi berkerut walaupun dia masih muda.
"Sakit kepala?"
"Ada tapi sebelah kiri aje..."
"Aik? Kenapa sebelah kiri saja?"
"Tak tahu..."
"Tak apa, mari saya cek." Doktor cek degupan jantung.
"Buka mulut, sebut aaaa..."
Aku buka mulut dan dia letakkan kayu nipis yang macam batang aiskrim tu. Terus campak kayu tu dalam bekas macam campak benda kotor. Makin aku cuak dan syak wasangka.
"Tekak ada merah la... ada infection. Memang ada demam virus!"
"Hah?!" Jantung aku dah hampir tercopot. "Tapi saya tak keluar rumah. Last keluar hari Isnin, itu pun pergi Mydin beli lauk. Memang suami ada demam hari Ahad tapi dia sudah okey." Dengan gelabah dan naifnya aku explain, siap sebut gi mana dengan harapan nak menyatakan bahawa aku tak bersalah untuk dijangkiti. Trauma rasanya!
Doktor tu mengangguk dengan muka prihatin mendengar cerita aku. Kemudian dia menjawab dengan muka tenang, "Memang ada demam virus. Tapi bukan H1N1..." Doktor tu senyum meleret. Lepas tu gelak-gelak .
Hampesssss.... aku rasa nak tendang je lutut doktor tu. Orang tengah gabra dia buat lawak la pulak...
"Bukan demam itu sebab jantung awak ok. Memang demam virus tapi virus lain, virus biasa. Awak ni jenis senang dapat dari orang lain."
"Betul bukan demam tu? Betul ni?" Aku tanya lagi untuk kepastian.
"Bukan... bukan... virus lain. Awak kalau badan tak cukup rehat, tak cukup tidur memang senang kena demam virus. Tak apa, saya kasi awak ubat demam, batuk, selsema, sakit tekak dan antibiotik kasi badan awak kuat."
Bila keluar, hubby gelak-gelak. Dia kata aku tak kuat lawan demam. Amboiii... dah sebarkan virus demam kat aku, eksen aje dia bercakap.
Begitulah bila doktor buat lawak. Tensen sungguh rasanya. Menggelepar aku dibuatnya sebab demam dua hari pun aku paksa diri supaya gigih menaip walaupun sakit sendi. Rasa penat, aku melepek kejap. Dalam demam-demam dua hari ni, dapat gak 50 ms. Wooo... kalau hari-hari macam ni kan bagus?
Mungkin kerana ingatan tuntutan hutang dari Asma buat aku cuak, dan terus menaip. Sebab aku bukan cam Kak Lily, editor hambat pun tetap laju menaip. Aku? Kalau kena hambat, sah aku stress langsung takleh karang walau sebaris ayat.
Dua orang lelaki dah mengganggu tidur aku. Hah! Jangan salah faham. Agaknya mungkin aku terlalu pulun menaip. Buka aje mata, otak dah plot ayat novel, dah terbayang scene yang nak dibuat. Kalau tak si Tajul Aweera yang datang menjelma, mesti si Ervan. Bergilir-gilir depa muncul. Memang depa menghantui hidup aku sekarang ni terutamanya si Tajul Aweera sebab Asma dah ingatkan tuntutan. Aku takut! Takut dia tak real. Risau kalau dia tak mampu jadi hero teladan. Sekarang kena cari lagi lebih kurang 70k words! Uwahh... sapa nak tolong aku real kan si Tajul Aweera dalam masa sebulan ni?

Salam...
ReplyDeletemusim demam memang banyak sekarang ni. satu virus yang tak leh nak baik pada awak ialah virus menulis. kalau awak lenyapkan virus ini, mau i nak mennagis cari rose harissa baru. Mydin ada jual ke lauk pauk? seingat i mydin jual barang2 murah je kan......
Hai Rose
ReplyDeleteDalam demam-demam still nak menaip jugak. Berihatlah 2 tiga hari. Moga Rose cepat sembuh ok.
lah akak demam eh cepat2 sembuh ye supaya tajul aweera cepat siap..jgn lupa makan ubat..Adik saya pun demam gak ni memang musim kut kan...Lawak argh doktor tu heheh...
ReplyDeleteAllahu yashfik (semoga Allah sembuhkan kamu)
ReplyDeletesy sokong ckp lezaa tu..jgn jgn pupuskan virus menulis plak..haha
tapi ok la kan klu demam2 still boleh menulis.. hmmm tp pasni lepas sembuh kene la lg kuat kan menulis..
kan kan kan
Salam Kak Rose,
ReplyDeleteSekarang ni memang tengah musin demamlah sebenarnya. Apa-apapun jaga kesihatan tau.
Salam Kak Rose...
ReplyDeleteKesiannya demam...apapun jaga kesihatan tau...
Semoga cepat sembuh...
Bila dah sembuh nanti, bolehlah terus menulis...
Nanti, dapatlah saya baca novel Kak Rose yang baru...
hikhikhik..poyo la akk ni len kali tny tul2 dulu kt doktor tu...jngn gabra....
ReplyDeleteskarang ngah musim dmm nk2 lg musim dmm kutu babun tu(ayt abng.afiq)
sian dia dmm..rajin2 mkn ubt ye kak..lebiu!!!(ayt md adif)
kesian kat rose.. menggelabah x tentu pasal. yealah skang musim demam itu, mestilah rose pun risau kan...
ReplyDeleterose.. makan ubat, antibiotik tu kena habiskan.. biar antibodi kuat..
take care yea,...
Leeza : virus menulis tu takleh hilang...skg tgh mood mencanak-canak nak menulis... idea tgh ada... tapi itulah... sampai sekarang saya masih tak sihat lagi...
ReplyDeletefzzh : rasa rugi berehat dua tiga hari sbb idea tgh banyak... kalo tak taip nanti lupa... mekasih sbb perihatin
Suhaidah : doktor tu sengal... haha... citer tajul aweera dah 200++ tapi kena rombak balik nak guna bahasa melayu tinggi... fuh! tercabar baca kuliah di Unika PTS...
is selamba : terima kasih atas doa itu... saya masih tak sembuh... isk isk...
Zilla : itula.. baru baik kejap, dah tak sihat balik... kene berkurung dalam umah je ni...
Faratira Aimiza : tengkyu laling sebab prihatin ngan kesihatan kak rose... :) Insya ALLAH Taala... akan ada novel baru...
reen : akak mmg ... takut punya pasal... tu yg tanya banyak kali... ni duk demam balik...
idasm : huwaaa... mmg la risau... ni saya kembali tak sihat badan wpun antibiotik dah abis makan... kene duk umah aje... tak berani nak kuar... takut makin parah...
Dush...lawak betul la doktor tu...sape yg x cuak
ReplyDeletehehehehehehe
tu la pasal Ilyah... sempat lagi dia buat lawak sengal tu... sib baik tak sakit jantung...
ReplyDeleteyeke kak..hehe teruskan usaha anda yep..Tapi mcm nvel2 akak yg lepas pun ok ape..Sempoi je..Tapi takpe klu nak buat tranformasi buat je..Saya tetap bca heheh
ReplyDeletehahahha... terharu baca komen Suhaidah ni... alaa... tak banyak pun buat transformasi cuba isu yang cuba diketengahkan aje... nak lari sikit... :D
ReplyDeletehahahah tlg2 jgn nagis k hahaha
ReplyDeletehehehe.. idok ler... masih tabah ni...
ReplyDelete