Sunday, 13 September 2009

Am I a bitch?

Pernah dengar orang memaki perempuan dengan perkataan 'bitch'? Mesti pernah bukan? Ini berlaku apabila ada orang berasa tidak nyaman dengan diri kita. Pernah selidik diri sendiri samada anda termasuk dalam jenis-jenis perempuan 'bitch'? Maybe you're bitchier than you might think. Ini aku ambil petikan dari sebuah buku yang aku baca.
Am I a bitch? around
Rasanya ya... sebab aku ni jenis tak suka berbasa-basi kerana bagi aku ianya hanya membuang waktu dan fikiran untuk cari kalimat-kalimat menyenangkan. Kalau aku tak suka, aku cakap tak suka... rasa tak best, cakap tak best. Siapa yang sanggup kawan dengan perempuan 'bitch' macam aku? setan
Kawan-kawan yang mengenal aku dengan baik, akan memahami bahawa apa yang aku ucapkan semata-mata merefleksikan kebenaran. angkatkening
Tetapi kalau yang tak kenal aku dengan baik... apa mereka akan rasa? Mereka akan rasa aku jahat, kasar dan tak tau menjaga hati serta perasaan orang lain. Siapa yang hati leweh, memang sentap kalau dengar hujah aku. Mereka anggap aku tak sedar diri sebab rasa diri popular. Hmm... popular ke aku ni? Kalau popular mesti dah menang Anugerah Penulis Popular ya tak? Ini tak, royalti pun belum merasa beratus ribu. Aku sedar diri aku ni sapa. Tak minta pun orang menghormati aku atau anggap aku guru sebab aku tak ada master untuk jadi guru, kerana yang perlu dihormati bukan manusia macam aku tapi Tuhan yang kat atas sana. DIA yang memberi restu bukan manusia macam aku yang banyak kekurangan ni.
Tapi itulah manusia apa sahaja yang aku perkatakan kepada mereka akan ditwistkan menjadi satu cerita lain yang akhirnya, membawa aib dan padah pada aku sendiri. Kenapa? Kerana mereka tidak dapat menerima hakikat, senang citer, jenis tak boleh ditegurlah. Tapi aku ni bukan jenis manusia yang suka beri penjelasan sebab aku sedar penyesalan selalu datang lambat. Jadi biarkan mereka menyesal sendiri dengan apa yang mereka dah buat, di belakang hari. merajuk Sudah jadi lumrah masyarakat kita sukakan sesuatu yang manis... tapi apabila ditimpa sesuatu yang buruk, habis satu dunia harus dengar duka laranya. Sedangkan mereka tak pernah cuba muhasabah diri, di mana silapnya diri mereka.
Pernah dengar tentang orang yang suka mengadu domba? Mesti selalu kan? Mungkin pernah berjumpa. Itu yang aku alami sejak awal tahun 2009. Banyak yang aku dengar, nama aku disebut-sebut - melibatkan perkara yang buruk - tapi aku malas nak ambil port! Tutup telinga, bising sabarkan hati. Tapi sabar aku ni ada batas. Jenis orang yang suka mengadu domba ni lebih bitchier dari orang yang suka cakap terus-terang, kalau lelaki macam ni, nak panggil apa? Sebab apa? Sebab jenis orang macam ini tak berani nak cakap benda yang betul dan mereka sentiasa rasa mereka betul lagi tertindas. Mereka suka menggunakan cerita-cerita sedih, memanjangkan cerita untuk undang simpati orang supaya mengatakan, 'kesiannya kau... tak patut dia buat begitu kepada kau'. Orang yang macam ini sangat berpotensi jadi musuh dalam selimut kerana mereka pandai menggunakan kesedihan sebagai senjata menawan hati orang lain! Mereka juga suka mengampu kerana suka memberi penjelasan walaupun orang tak minta buat penjelasan. Kerana apa? Kerana mereka mahu orang tahu mereka benar sebenarnya walaupun hati mereka sebenarnya tak seputih mana.
Sakit hati... penat... menyampah dituduh macam-macam buat aku sekarang jadi semakin 'kejam' dan berhati batu dan malas jadi orang yang baik hati. Buat apa tolong orang kalau nanti kita dituduh macam-macam? Kadang-kadang rasa macam tak nak halalkan aje... tapi apa lah sangat ilmu yang aku ada, bukan pernah menang award pun. Biarkanlah... Kalau ada yang terasa, biarlah... bagi aku, kenapa mahu terasa kalau tak pernah buat perkara itu? Kalau terasa tu, maknanya dah rasa tersindir sebab memang pernah buat ketukmeje Jadi maaf banyak-banyak, sesiapa yang tanya aku tentang penulisan lepas ni, aku malas nak layan dah. Jangan ingat aku sombong tapi aku serik dan penat jumpa dengan orang-orang yang bodoh sombong. Hendak jadi penulis tapi kena tegur sikit dah patah semangat. Padahal perkara yang ditegur tu perkara yang betul tentang attitude. Silalah tanya penulis lain yang lebih hebat. Yang satu Malaysia kenal, bukan pada penulis picisan macam aku ni.
Aku tahu ini bulan puasa, tak baik nak cakap kasar-kasar. Tapi kalau dah ada manusia yang suka mengadu-ngadu tidak tentu pasal, aku anggap dia sebenarnya cuba mengaibkan aku. Tapi tetap, aku takkan buat apa-apa... tanduk hanya setakat tulis di blog. Biar penulis lain tahu ada manusia cam ni. Lepas ni aku lega dan biarkan perkara ni berlalu macam angin. Biarlah manusia-manusia berkenaan fikir sendiri dan buat apa yang mereka suka. Sepanjang tahun ni aku nangis sendiri... sapa yang tahu? garupaleAku diamkan aje sebab aku tak suka nak mengadu-domba pada orang lain... Macam-macam emel yang aku terima. Tapi aku dah biasa ditrained menerima kutukan dan umpat keji orang lain.
Sejak zaman-zaman kerja makan gaji dulu. Zaman masih tak pandai menilai manusia. Bila dah jumpa macam-macam manusia, dari yang berpangkat, kerabat, korporat, barulah pandai menilai tapi kadang-kadang tu buat silap jugak sebab masih nak berhati murni dan bersangka baik pada orang sampai sanggup serahkan manuskrip buku yang sudah diterbit supaya boleh belajar. Sudahnya... hmm... manusia kalau suka berlagak... suka cakap besar (walaupun mereka tak rasa mereka macam tu) memang susah... suka angkat diri sendiri tanpa sedar. Bila jumpa orang lain, mulalah mengampu orang itu pula minta ditunjuk ajar tetapi dalam masa yang sama, tetap mengangkat kehebatan diri. Kalau hebat... takkanlah masih tak berjaya, tak keluar kat Astro pun?
Sama macam akulah... belum cukup hebat walaupun pernah berdamping dengan orang-orang hebat serata Malaysia. Kalau hebat, aku dah lama pakai Evo!
Sekarang ini memberi penjelasan, sudah tidak ada dalam kamus hidup aku sebab sekarang ni, aku TAK LUAK DIPUJI TAK MATI DIKEJI! nerd
Masih ada yang sudi berkawan dengan perempuan 'bitch' macam saya setelah baca semua ni? soal

p/s: Oh... ya... chatbox di blog aku ni mengalami masalah... jadi jangan ada yang tuduh aku cuba block orang dari tinggalkan pesanan... angel

19 comments:

  1. salam, kak rose..
    bermuhasabah diri kejap saya bila baca entri akak kali ni.. terfikir2 kalo saya pernah buat benda2 tak baik tu semua - mengadu domba tu.. saya memang kuat mengadu.. sebab tu takut ni.. takut termasuk dalam kes mengadu domba.. na'uzubillah..
    hmm.. saya kena banyakkan muhasabah lagi agaknya..
    terima kasih, kak..
    erm.. pasal emoticons tu nanti la - tunggu rajin.. sekarang sibuk [tapi sempat lagi merayap kat blog orang].. haha..

    p/s: 1st to comment lagi ek? *angkat kening*

    ReplyDelete
  2. Salam Rania...
    heheh... asyik jadi pengkomen yang pertama... amboii... mentang-mentang nak raya ya...

    Rania jangan salah faham... mengadu domba tu ertinya lebih kepada banyak perkara yang memburukkan orang lain. Kalau mengadu sekadar nak curhat tanpa sentuh tentang peribadi orang lain, itu tak mengapa... dan kak rose memang banyak dengar orang mengadu kesusahan mereka.
    Tapi bab mengadu domba tu biasanya mereka cuba salahkan orang lain dalam diam...
    tak usah berterima kasih pada akak... cuma kak rose tulis ni supaya orang lain hati2 agar tak terkena macam yang kak rose kena... buat baik berpada pada...

    ReplyDelete
  3. hai akak...
    1st..selamat menuju hari mulia..hehe
    n seterusnya...
    bagus la suka munasabah diri kan..biasa la tu..xsemua kita buat,orang suka..walaupun baik sungguhpun jahat..
    nabi dulu pun nak suruh org menganut islam, mane ade org suka..tp tengok la hasilnya sekrang..
    so...biar la ape orang nak kata...

    ow..sedap eh slogan diri akak...
    tp apa-apa pun akak, yang penting,
    biar selamba asal tak dosa..hehe (sempat jugak..hehehe)

    ReplyDelete
  4. aku tahu kau kalau da cakap merapu-rapu ni mesti ada benda yang tak baik yang kau dengar ni..isk2..sabar2 Nora, gi ambil Al-Quran, baca. Bulan2 ramadhan ni ha.ha..
    "Barangsiapa mengerjakan kebajikan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat (balasannya),
    dan barangsiapa mengerjakan kejahatan walau sekecil zarah sekalipun akan dilihat juga.
    (Ini bermakna walau sekecil manapun kebaikan atau kejahatan yang kita lakukan
    akan kita rasakan akibatnya nanti)-
    jadi orang tu akan rasa kejahatan yang dilemparkan sabar2..dik..

    ReplyDelete
  5. is selamba:
    Mesti ko terkejut tgk bahasa akak dalam entri tu kan? tu luahan perasaan dik... biar org yang dimaksudkan tu tahu apa mereka dah buat... sbb tegur baik-baik pun, mereka kata kita nak kutuk... manusia kan?
    heheh... mekasih tazkirah pendek ko tu...
    slogan ko biar selamba asal tak dosa tu apa kurangnya.. lagi cool... :D

    Norhayati Berahim:
    salam kak yati...hah pandai pun akak teka... memang pun... ni tanda saya betul-betul marah dan gagal kawal sabar saya lagi dah... nila jadinya bila terlampau baik nak tolong orang menulis... sudahnya, bila ditegur... kita pulak yang jahat... takpe la kak... saya tulis kat blog tu sebagai medium untuk lepaskan geram dan buat pengajaran kat semua orang... hati2 dengan manusia suka menceceh citer... tak kira dia lelaki ke pompuan...

    ReplyDelete
  6. perghhhh tetiba rasa cam taufan plak... hehehehehe... arituh blog k.yati.. ni blog che rose plak... sabo2 orang fofular memang byk dugaannya...
    che rose ni cam ssaya.. kalau dah lepaskan messti lega.. kena sediakan punching bag tuh... :p
    sabar k.. biar apa orang kata bak kata che rose "xluak dipuji x mati dikeji...
    Chaiyok Chaiyok

    ReplyDelete
  7. kak rose..
    memang kebelakangan ni mulut saya ni asyik nak mengadu je.. dan tiba2 sekarang saya terfikir2 sama ada dlm aduan sy yg ntah pape tu, ada tak terselit niat yg tak baik ke hape ke.. na'uzubillah.. tp ya la.. kdg2 niat tu terlintas spontan camtu je - kita tak berniat pun nak niat camtu.. haih.. dah berbelit ayat saya ni hah.. memang biasanya kalo tgh emo, saya cenderung cakap yg bukan2 - ntah dah ramai mana yg kecik ati kat saya ni.. aduh.. minta jauhlah dari segala sifat + sikap buruk camtu..
    nak kena banyak2 bersabar lagi ni.. belajar ikut nasihat kak norhayati berahim pula la..

    ReplyDelete
  8. dhan:
    mmg dah macam taufan dah dhan... tak bleh sabar dengan orang camtu... mujur takde punching bag... hahaha...
    yelah dhan... skg saya dah ok bila tulis kat blog... biar satu dunia tahu, ada manusia macam tu... :D

    rania:
    rania ngadu kat sapa? kat encik din? kekekek... akak pun sama, suka cakap yang laser kalau hati dah sakit...
    tapi satu je pesan akak... hati2 dengan pujian orang yang kemudiannya mintak tunjuk ajar. Nanti kalau ditegur, silap2 dia benci kita dan mulalah cakap yang bukan2 di belakang...
    beware!

    ReplyDelete
  9. salam roses....hmmm bersabarlah sebab kita takkan ke mana kalau dengar cakap orang. manusia ni pelbagai. Apa-apapun za peminat awak yang takkan berpaling lagi. Selamat menyambut hari raya yang bakal tiba dan senyum selalu. Saya tak nak awak migrain kerana mulut orang.

    ReplyDelete
  10. sape yg xsedar diri tu kak. aku lak yg terasa geram baca n3 ko kak. sampainya hati menyumpah seranah sebegitu.

    tapi aku tau kak. ko kuat ati. dan jgn skali ko amek ati aku ye kak. nnt sian ayang aku hahahahaha

    ReplyDelete
  11. Leeza:
    salam liza... mekasih atas nasihat tu... terharu saya... mmg semalam dah migrane... tapi lepas tulis tu terus rasa lega...
    mekasih tak terhingga liza sebab sudi sokong saya... selamat hari raya ya... 0-0 ya... :X

    Nursuzry:
    Adala orgnya yang suka menceceh citer... tokleh ditegur langsung...
    akak mmg kuat ati su... kalo tak... dah lama bersara dari dunia tulis2 ni...
    jgn bimbang, aku tak amik ati ngan ko su... sbb aku tau ko rock... :X

    ReplyDelete
  12. yeh!!! rock bebeh....

    ye...ye... [ko tiru gaya kromok sis]

    ReplyDelete
  13. ades. tiba-tiba baca entry rase terdiam jap!.
    betoi ape yg akk ckp 2,
    saya pun tak tahu dah nk cmmnt ape.
    bce entry akk wat sy terfikir gak?

    Ishkk.. tak tahu dah nk cmmnt ape!!
    nnt de special entry utuk akk!!
    tggu..

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Rose,
    Bersabarlah banyak-banyak. Mungkin ni dugaan di bulan Ramadhan. Saya pun selalu terkena macam tu,Kita berniat baik nak tolong orang tapi orang pulak tak tau di untung. Dah di tolong pun blakang kita cecakap memacam. Tak pelah Kak... biar orang buat kita, satu masa nanti dia pasti dapat balasan. Sampai bila dia boleh menongkat dunia. Nampak gayanya Zilla pun nak kene bekukan hati macam akak jadi orang tak pijak-pijak kita. Hubby Zilla selalu cakap "Jangan percaya sangat ataupun baik sangat dengan orang, takut nanti makan diri sendiri..." Sebab bila Zilla marah atau kecewa kerana kes-kes yang macam ni Zilla selalu ngadu kat dia siap leleh-leleh airmata lagi... Poyo jerk kan....

    ReplyDelete
  15. Nursuzry:
    Hahhaa... pandaila ko su... kromok eh? layannnnn... :))

    cikyuyu:
    hehehe... takyah komen apa2... akak tulis bagi pengajaran pada semua orang... hati2 bila berbuat baik pada manusia. Ada yang hanya suka kita bila kita baik dengan dia... kemudian... bila dah jumpa 'port' baru... hmmm... lupa diri kut pestu bagi alasan2 memualkan...
    uih? entri special untuk akak? ha...cikyuyu tunggu kad raya dari akak ye... hehehe

    Zilla:
    Zilla... lebih kurang je hubby kita... actually my hubby dah pernah warning pasal ni... tapi tau je la kan saya ni... cuba gak nak tolong... sampai sanggup bagi manuskrip bku yg terbit...
    tapi tak sangka la peringatan hubby tu ada betulnya sekarangnya...
    yang buat saya kecewa zilla... bila orang itu lelaki... yang sepatutnya tak perlulah berperangai macam pompuan... tak tough dan macho langsung kan?
    tengkyu sudi kongsi perasaan... :)

    ReplyDelete
  16. ehmmm, betul akk! biasakan, orang kalo time perluakn kita dia wat baek je kan.
    pernah kena gak kes cam nehy.
    time saya ssh , nk mintak tolong pom ssh.

    ades, manusia akk!!

    bila novel akk nk kuar?
    ta sabar nk tunggu awira akk..

    tp , ade x?
    kad raya ady rafizal sahaja??
    :)

    ReplyDelete
  17. cikyuyu... mmglah manusia... mmg wujud macam tu... sbb akak tak koser nak melayan...

    novel akak? uih... lambat lagi... kene bagi masa editor edit... mungkin awal taun depan kut...

    amboi... nak kad raya ady rafizal aje? kekeke...

    ReplyDelete
  18. Betul!!! Betul!!!! Betul!!!!
    Zaman sekarang dah tak kira lelaki ke pompuan semuanya sama jerk... Tapi kan ... bukan nak cakaplah... orang lelaki ni kalau dah jenis yang suka mengadu domba lagi teruk dari orang perempuan... Meh...lah kita sesama berhati-hati

    ReplyDelete
  19. betul tu zilla... mulut lelaki sebenarnya lebih 'puaka' kalo bab2 ngadu domba ni...
    akak mmg rejek org lelaki camni... buatlah baik camna pun, tapi no way... cukup sekali terkena pestu tak caya lagi dah...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016