Saturday, August 22, 2009

Penemuan di bulan Ramadhan

8/22/2009
Hari pertama puasa...
Berjaga sampai sahur.
Manuskrip dah cecah 66,000 patah perkataan.
Tidur lepas subuh... kena pulak hujan renyai-renyai...
Perrghh... memang hor liao!

Tertutup pintu rezeki bila terjaga pukul 10 pagi... isk isk...
Takpela... semalaman tak tidur (ayat pujuk diri)
Macam biasa, hadap laptop. Bosan-bosan tak dapat jalin ayat, hadap cermin pulak. Belek rambut. Tiba-tiba terjumpa sesuatu yang mengerikan!

Bukan kutu...
Bukan kelemumur...
Tapi... UBAN!

Tidakkkkkk!!!... Aku belek lagi sambil kata dalam hati, tu bukan uban, tapi rambut terkena cahaya. Tapi mata aku menangkap sehelai lagi dan lagi...dan lagi... errghhh!!
Kalau beruban, bererti sudah tua... tapi aku rasa aku muda lagi!

Memang kalau orang tanya aku, tak pernah pun aku jawab umur berapa, sebaliknya aku jawab aku lahir tahun 1977. Ha, kira sendiri. Sebab happy birthday aku dah stop takat angka 30. Lepas tu aku berazam tak mahu fikir lagi umur berapa.

Tapi uban yang aku lihat ini... betul-betul buat aku ambil kalkulator dan buat kira-kira tahap darjah satu:
2009 - 1977 = 32!
Ihhh....!

Hubby ketawa mengejek suruh aku terima hakikat aku dah tua bila aku tunjukkan uban di kepala.

Tapi aku? Tetap mahu memujuk diri sendiri...

Uban tak semestinya tua sebab walaupun aku tak pakai sebarang krim anti-penuaan, tapi muka aku belum berkedut.

Uban tu mungkin sebab rambut aku tak cukup vitamin...
Mungkin aku perlu bertukar syampu yang ada pati urang-aring atau inai...
Uban tu mungkin sebab kebelakangan ini otak aku asyik berfikir non-stop input buku baru.
Uban tu mungkin sebab aku penat, terlalu lama hadap pc/laptop, pemakanan tak seimbang...bla..bla..bla...

Hahaha ... banyak alasan kan?
Mujurlah... bertudung... jadi orang lain tak nampak uban aku!

Saturday, August 15, 2009

Jadi Pelumba F1

8/15/2009

Aku rasa akulah manusia paling gembira dalam dunia ni bila FIA mengumumkan pelumba wanita dibenarkan berlumba dalam F1. Fuh! Rasa tak sia-sia aku pujuk Queen Elizabeth, Dato' Seri Azalina Othman, Paulynne Cheng supaya bawa pelumba wanita dalam F1. Terlompat-lompat aku dibuatnya. Aku tengok Hezzy Azra pun bergembira sama dengan pengumuman FIA tu.

Masa sarung racing suit Petronas, aku rasa bangga giler! Tak sangka dapat jugak aku jadi pelumba kereta. Rasa macam berjalan atas angin pun iya juga masa pakai racing suit yang berat tu. Bila tengok kru-kru siapkan kereta aku untuk masuk grid, perrghhh... belum race dah rasa macam champion. Bukan senang nak dapat berlumpa dalam F1.
Tapi masa pusingan 1 aku bengang betul sebab dapat nombor 2. Paris Hilton nombor 1! Geram betul aku dengan dia. Pakai Bentley CGT warna pink pun ada hati nak berlumba dalam F1! Tu mesti dia under table supaya dapat masuk team Ferrari!

Huh! Lagi aku bengang, bila nak race pusingan kedua, glove tangan aku rosak. Sibuklah aku betulkan padahal masa tu semua pelumba dah nak masuk grid. Aku berlari-lari anak pergi kat kereta. Tapi mat bangla yang jaga barisan kereta sebelum masuk grid tu, selamba je tolak kereta aku keluar! Apa kes?! Dia kata aku lambat masuk, jadi aku takleh race! Eh? Suka hati aje mat bangla ni. Kebetulan Puteri Constantinople lalu kat situ, aku pujuklah dia suruh benarkan aku berlumba. Tapi dia pun sama! Suruh aku datang berlumba esok aje. Siap pesan suruh datang awal sikit!

Ces! Hal kecik pun susah nak kawtim! Macam mana pelumba Malaysia nak maju?! Ni semua glove tangan aku punya pasal lah!

Aku kecewa gila babas dah.... menangis tepi pit sorang-sorang.

Higsss... higss.... higss....

Higsss... higss....

higss....







Pergh... memanglah mimpi mainan tidur kan? Tak pasal-pasal nama-nama yang tak berkenaan masuk dalam mimpi aku! Plot yang mengarut-ngarut... mimpi tak abis lak tu... Potong karan betul mimpi race dapat nombor 2 belakang Paris Hilton! Inilah akibatnya bila cita-cita nak jadi pelumba kereta tak kesampaian sampai mimpi yang bukan-bukan!

Tuesday, August 11, 2009

Apabila dua orang lelaki berkasih sayang, adakah mereka GAY?

8/11/2009
Kalau korang melihat dua orang lelaki berpelukan, bertepuk bahu, bertanya khabar dengan gembira, apa yang ada dalam fikiran korang?
Apakah korang akan kata mereka itu gay?
Kalau korang kata macam tu, alamat, habislah novel terbaru aku ni kena baling ke dinding. Sebab aku buat cerita pasal dua orang lelaki yang berkasih sayang...

Tapi korang percaya tak kalau aku kata dorang berkasih sayang kerana ALLAH? Yang bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Kerana mereka mahu menjadi salah satu daripada 7 golongan lelaki yang dilindungi oleh ALLAH di akhirat kelak. Dua orang yang saling mencintai karena ALLAH akan mendapatkan lindungan dari ALLAH di akhirat nanti, dan ALLAH akan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.
Ini kisah cinta unik Tajul Aweera dan Ray... Tajul Aweera yang sudah berkahwin tapi tetap menyayangi Ray melebihi harta yang dia ada. Yelah, asyik cerita lelaki yang begitu menyintai perempuan aje... bosan gak aku. Sekarang aku mahu tukar sikit. Lelaki menangis kerana lelaki. Amacam? Korang setuju tak?
Cuma nanti, mungkin kalau ada yang tak faham konsep, akan terus menuduh mereka gay sebelum membaca sampai ke akhir cerita.
Agak-agak korang, akan rasa nyampah tak nanti kalau baca cerita macam ni? Aku tak pandai nak tulis cerita bersastera tinggi. Aku cuma boleh tulis cerita nyata yang ada di sekeliling masyarakat kita yang mungkin tanpa sedar, kita sering tersalah anggap tanpa mengenal mereka yang sebenarnya. Sebab budaya dan masyarakat sering membuat tohmahan terlebih dahulu. Penyesalan itu biasanya datang kemudian... lambat!
Aku baru pulih dari demam dan selsema. Fuh! Aku masih perlu mencari kurang lebih 60 ribu patah perkataan lagi untuk sempurnakan hikayat ini. Mudah-mudahan berjaya... AMIN!


Gambar sekadar hiasan (sebab aku suka citer Supernatural...). Tapi janganlah pulak ada golongan songsang menggunakan alasan bercinta kerana ALLAH untuk teruskan 'percintaan' mereka yang sudah tentunya berorientasikan hawa nafsu!

Thursday, August 6, 2009

Bila doktor buat lawak...

8/06/2009

"Saya demam, doktor..." begitulah aku punya intro bila berdepan dengan doktor - seorang jejaka berketurunan India - malam tadi.
"Ada selsema?"
"Sikit... macam jadi tak jadi..."
"Batuk?"
"Ada sikit..."
"Bila batuk ada sakit dada?"
"Tak..."
"Sakit tulang ka sendi ka..."
"Ada... sakit semua sendi..."
Aku dah mula cuak. Sebab semua tanda tadi dia tanya tanda yang berkaitan dengan 'implenza'. Lagipun aku tengok muka doktor tu serius aje dengan dahi berkerut walaupun dia masih muda.
"Sakit kepala?"
"Ada tapi sebelah kiri aje..."
"Aik? Kenapa sebelah kiri saja?"
"Tak tahu..."
"Tak apa, mari saya cek." Doktor cek degupan jantung.
"Buka mulut, sebut aaaa..."
Aku buka mulut dan dia letakkan kayu nipis yang macam batang aiskrim tu. Terus campak kayu tu dalam bekas macam campak benda kotor. Makin aku cuak dan syak wasangka.
"Tekak ada merah la... ada infection. Memang ada demam virus!"
"Hah?!" Jantung aku dah hampir tercopot. "Tapi saya tak keluar rumah. Last keluar hari Isnin, itu pun pergi Mydin beli lauk. Memang suami ada demam hari Ahad tapi dia sudah okey." Dengan gelabah dan naifnya aku explain, siap sebut gi mana dengan harapan nak menyatakan bahawa aku tak bersalah untuk dijangkiti. Trauma rasanya!
Doktor tu mengangguk dengan muka prihatin mendengar cerita aku. Kemudian dia menjawab dengan muka tenang, "Memang ada demam virus. Tapi bukan H1N1..." Doktor tu senyum meleret. Lepas tu gelak-gelak .
Hampesssss.... aku rasa nak tendang je lutut doktor tu. Orang tengah gabra dia buat lawak la pulak...
"Bukan demam itu sebab jantung awak ok. Memang demam virus tapi virus lain, virus biasa. Awak ni jenis senang dapat dari orang lain."
"Betul bukan demam tu? Betul ni?" Aku tanya lagi untuk kepastian.
"Bukan... bukan... virus lain. Awak kalau badan tak cukup rehat, tak cukup tidur memang senang kena demam virus. Tak apa, saya kasi awak ubat demam, batuk, selsema, sakit tekak dan antibiotik kasi badan awak kuat."

Bila keluar, hubby gelak-gelak. Dia kata aku tak kuat lawan demam. Amboiii... dah sebarkan virus demam kat aku, eksen aje dia bercakap.

Begitulah bila doktor buat lawak. Tensen sungguh rasanya. Menggelepar aku dibuatnya sebab demam dua hari pun aku paksa diri supaya gigih menaip walaupun sakit sendi. Rasa penat, aku melepek kejap. Dalam demam-demam dua hari ni, dapat gak 50 ms. Wooo... kalau hari-hari macam ni kan bagus?
Mungkin kerana ingatan tuntutan hutang dari Asma buat aku cuak, dan terus menaip. Sebab aku bukan cam Kak Lily, editor hambat pun tetap laju menaip. Aku? Kalau kena hambat, sah aku stress langsung takleh karang walau sebaris ayat.

Dua orang lelaki dah mengganggu tidur aku. Hah! Jangan salah faham. Agaknya mungkin aku terlalu pulun menaip. Buka aje mata, otak dah plot ayat novel, dah terbayang scene yang nak dibuat. Kalau tak si Tajul Aweera yang datang menjelma, mesti si Ervan. Bergilir-gilir depa muncul. Memang depa menghantui hidup aku sekarang ni terutamanya si Tajul Aweera sebab Asma dah ingatkan tuntutan. Aku takut! Takut dia tak real. Risau kalau dia tak mampu jadi hero teladan. Sekarang kena cari lagi lebih kurang 70k words! Uwahh... sapa nak tolong aku real kan si Tajul Aweera dalam masa sebulan ni?

Sunday, August 2, 2009

Setiap lelaki ada hati nak kahwin dua?

8/02/2009
Hah, mesti ada lelaki yang marah bila baca tajuk entri aku ni terutamanya lelaki yang ala-ala suami mithali gitu . Tak sungguh... tak kata... Bukannya apa... aku dikejutkan dengan berita dua orang kawan - agak baik - dengan hubby yang sudah berkahwin lagi. Salah seorangnya (aku namakan sebagai 'I') menceraikan isteri pertama manakala yang seorang lagi (aku namakan sebagai 'D',) kahwin senyap-senyap.
'I' dah ada anak lelaki seorang. Isterinya (aku namakan sebagai 'S') pun cantik... comel aje, budak baik. Pendek kata mereka sepadan sebab muka sama-sama kiut. Malangnya mereka dah buat 'kahwin' sebelum 'nikah' dan 'S' termengandung. Malang juga bila 'I' tak nak ngaku tu anak dia sebab kebetulan 'S' beritahu ada seorang lelaki lain minat dia. Aku dan hubby bengang sebab 'S' tu memang budak baik. Sampai abang 'S' tahu hal termengandung tu, maka mereka dinikahkan.
Tapi lepas anak lelaki dorang lahir, 'I' tak pernah lekat di rumah. Asyik melepak di bengkel dengan 'D'.

'D' ni pulak dulu bangga sebab dapat berkahwin dengan perempuan yang kononnya cantik sangat di mata dia(aku namakan sebagai 'E'). Tapi sampai anak dah masuk tiga, 'D' tetap dengan perangai lama. Lepas habis kerja, tak balik rumah. Melepak di bengkel sampai ke malam. Bila isterinya mengamuk, mogok, dia mula serabut dan cari jalan lain. Mula usha-usha awek lain.
Tup-tup, sekarang ni dengar cerita, 'I' dan 'D' dah kahwin lain. Kesiannya isteri masing-masing... tak buat salah, duk umah pun tetap dimadukan dan diceraikan (terutama si 'S'). Kesiannya anak masing-masing... apa ya yang ada dalam kepala mereka? 'I' dah mengandungkan anak dara orang, comel pulak tu, anak comel, tapi tetap ceraikan 'S'. 'D' pulak salahkan 'E' sebab kuat membebel. Tapi perangai dia yang kuat melepak tu tak pernah dikajinya. Entahlah ya... nak kata apa lagi, kuota lelaki ada empat (kalau bab kahwin ikut sunnah, kenapa bab lain tak ikut?)
Aku bukanlah nak menyebelahkan sesiapa. Sebab ada juga lelaki yang berkahwin lain sebab isteri pertama buat hal, cemburu buta, mengongkong, atau curang! Aku akan sokong pihak yang aku rasa benar sahaja tak kiralah dia lelaki atau perempuan.
Aku bukan pembela mahupun pembelot kaum... aku cuma penyokong hak asasi manusia... hidup mesti manusiawi!
Begitulah adanya...

Dialog tiga suku aku dan hubby :

"B, awak ada hati tak nak kahwin lagi?"
"Kalau ada duit banyak... nak juga rasanya..."
"Hmm... patutlah Tuhan tak bagi awak jadi kaya-raya... ada niat tak elok rupanya..."

Nota tiga suku aku dan hubby :
Adakalanya gurauan bongek itu membawa bahagia...

Follow Me @roseharissa

About Me

RoseHarissa

"To be perfectly clear, passing is something that has never crossed my mind. Instead of stepping forward and explaining why and prove that I'd really meant no harm, I chose to remain silent. My attitude was, if they don't get it, I don't have to explain it, which was my way of saying that if they don't get me, I don't have to explain me." ©




Random

randomposts