Wednesday, 3 February 2010

Kena saman itu sangat tidak cool!


Selama ni aku sangat particular bab-bab parking kereta. Aku tak pernah lupa nak bayar tiket parking dan pamerkan di dashboard - dengan bangganya!
Kalau aku ke ofis APO? pun aku rela bayar sampai RM1.50 demi memastikan aku dapat bersembang dan bergosip dengan Sya dengan tenang walaupun mendengar jeritan dari penyambut tetamu dari tingkat bawah;

"MPSJ!"


Yang mana selepas itu budak-budak APO? dan Ujang kelam-kabut turun pergi bayar parking walaupun ada yang terlambat apabila pihak yang berkenaan sudah berjaya meletakkan surat cinta mereka di celah wiper. Tapi hari ni aku dah mengikut hasutan si qarin yang berkata;

"Alaa... tinggal sekejap aje. Tak sampai lima minit pun. Lagipun tak nampak pun mereka..."


Okey, setelah berpuas hati dan memastikan aku tak nampak kelibat manusia berbaju putih berseluar biru, aku masuk ke hardware untuk beli dua botol spray. Dengan semangat berkobar-kobar nak ke rumah baru dan spray rak buku.

Tapi bila keluar hardware kelibat baju putih berseluar biru dah tercegat depan kereta aku!!!

Okey! Sangat tidak cool apabila melihat dia mencatit informasi kereta aku pada mesinnya. tensen
Aku pasrah... sakit hati... bengang... apalagi bila mendengar dia berkata;

"Laa... kenapa tak cakap ni kereta awak? Kenapa diam aje...kalau awak cakap awal-awal, saya tak buat saman ni untuk awak!"

Wah... sangat telus bunyinya... mungkin dia mahu mempamerkan ciri-ciri baik hati dan budimannya (oh! aku benci orang berlagak budiman!). Dan kata-katanya itu tambah buat aku ada perasaan mahu bunuh dia! bunuh

Kerana apa aku kata dia berlagak budiman?

Sebab selepas dia menyerahkan kertas kompaun kepada aku, dia ke mangsa seterusnya di sebelah kereta aku. Si pemilik Myvi yang malang itu dah terkinja-kinja memberitahu itu kereta dia. Tapi tetap sahaja dia dengan muka macho, mencatitkan saman itu tanpa menghiraukan rayuan si pemilik Myvi itu. Nah terbukti bukan? Sangat tidak relevan kata-katanya dengan sikapnya itu. Apa lagi dia tidak hensem!

@@!!!&&!!!@@@ (tak perlu aku huraikan perkataan yang terhambur dalam hati aku, sangat tidak syariah compliant untuk kaum hawa)

Jadi kaum hawa, jangan cepat percaya pada lelaki yang berlagak budiman! samseng

Aku seorang yang panas baran. Dan kerana sekeping surat kompaun tu dah menyemarakkan kemarahan aku. Syaitan sudah meniupkan hasutan supaya aku menjerit kat situ tapi tapi mujur malaikat masih menyentuh hati aku.

Okey, memang salah aku... tapi rasa bengang tu tetap ada... persoalan kenapa aku? Kenapa bila aku tinggalkan kejap aje dah kena saman? Hubby sudah gelakkan aku bila aku call melepaskan kemarahan aku terhadap pemakai seragam putih seluar biru itu dengan menyebut nama haiwan yang tidak halal dimakan itu. *Oh, ya, sila take note bahawa aku dan hubby tidak mengamalkan sistem komunikasi penuh hemah dan santun. We rock!
Huh! Aku dengan hati membara terus ke sekolah Ayik. Hilang sudah mood nak spray rak buku dengan warna baru.

Termasuk yang ini, adalah kali kedua aku disaman parking oleh MPSJ sejak 10 tahun pegang lesen kereta! Pun kerana perkara yang sama, tinggalkan kereta tak sampai 5 minit! Benci! Tak letak kertas 50 sen, kena bayar balik RM80. Sangat tidak mesra rakyat bunyinya!

Okey, aku mengaku, aku bukanlah pemandu yang baik, I mean, aku suka merempit, mencilok, tapi aku tetap menjaga adab supaya tidak terkena saman speed trap mahupun saman parking. Aku mahu ada imej - pelumba kereta tak bertauliah yang baik-baik - tak kena saman.
Tapi hari ni aku kene saman parking! Argghhh! Okey mungkin bagi sesetengah orang akan kata,

"Ala... baru kene saman parking, rileks la..."


Tapi bagi aku sangat TIDAK RILEKS okey? It's a big deal for me! Ada muncul perasaan ingin nak sepak-sepak, nak reverse masa! bunuh Kerana aku merasakan imej aku sebagai pemegang rekod pemandu yang suka merempit dan paling minima disaman sudah tercemar!

Memang tidak cool and macho bila kena saman parking, okey! Saking sakitnya hati aku, surat tu dah aku keronyokkan dan lempar bawah jok. Dari bayar saman, baik pergi makan Kenny Rogers!

16 comments:

  1. Jom pekena Kenny Rogers! hahaa..
    Chill eyh Kak Rose. Patut tang-tang tu gak baling surat saman kt 'abg ensem' tu. heh.

    Kak, ekin da baca Tuhan Lebih Tahu. Okey citer die... Emm.. tapi sebab baca btol2 lepas SDH, impak SDH tu lebih sket.
    Bezakan dua tu, ekin lagi suke SDH. Mamat macho macam Zarul sememangnya idaman hati. Hahaha!!!

    ReplyDelete
  2. :-t tak seronok la kena saman. wat beli coklat banyak2 la kak... huhu...kasi dni duit tu meh... :D

    ReplyDelete
  3. ekin:
    huhu... sedap tu...
    tapi aih... geram la ingat kes siang tadi tu... rasa nyesal tak sudah...

    Terima kasih sudi baca TLT... hehehe... agaknya sebab TLT tu agak slow dan melankolik sket...
    Mamat macho cam Zarul, siapa yang tak suka... seksi lak tu... hhahahha

    ardinihumaira:
    bukan setakat tak seronok dini... rasa sakit ati berpanjangan... tu laa... buat belanja makan coklat, makan kekci (KFC), makan kek keju laaaagi bagus... :(

    ReplyDelete
  4. Salam.. kawan saya pernah kena saman.. memang sakit hati!!!!!! kalau dengar cerita dier depan mata tau kata nie kereta saya pastu pegawai tu buat tak peduli jer.. siap kata lain kalai kalau nak buh parking jgn buh 50 sen buh 4 ringgit terus.. siap dier kata kalau saya nampak lagi kete awak, saya akan terus suruh towing tarik!! Melampau ke tidak..
    pastu kawan saya dengan nada yang masih lembut (sebab dier nie memang jenis lembut dan baik!!)
    dier kata en. kalau saya buh rm4 mcm saya dah boleh makan sehari en. pegawai tu kata tu saya tak tau kalau rasa tak nak bayar parking naik lah bas!!!

    Kurang asam punya org!! takde belas kesian pun!!

    Bukannya dah saman belum lagi saman, tapi kawan saya dah keluar, itu pun dier tak peduli..

    Sorry la kalau saya tulis panjang tapi geram sesangat!!!

    Cerita lanjut leh view blog saya kalau sudi la.. N3 last year...

    ReplyDelete
  5. Salam Zulita...

    Hah... saya tumpang sakit ati baca citer awak tu... nanti saya godek cari entri awak tu ya....
    sib baik kawan awak tu baik ya...
    tu laa... dorang ni suka agaknya tgk kita merayu-rayu... tapi tangan pantas je tekan bukan... mmg takde ati perut...
    sbb taun 2003, saya pernah kene hal yang sama cam siang tadi... tu yang sakit atisangat2 tu../

    ReplyDelete
  6. eerrr... aku lum pernah kena lg. tapi bila baca cite ko mmg la sakit ati. apsal ko x tinju muke dia hehehe

    ReplyDelete
  7. jadi buruk rekod aku tau su... menci sungguh... sampai skg tokleh hakis bayangan lelaki berbaju putih berseluar biru tu! ~x(

    ReplyDelete
  8. agaknya gitu la ...benda nak jadi...redha je la....geram memang la....tapi byk kena sabar..pakcik tu pun jlnkan keja je...sabo laaa...

    ReplyDelete
  9. Tynn... hehhe.. yelah... mmg redha je lah... hari terakhir tempoh 14 hari nanti baru nak g bayo... keke

    ReplyDelete
  10. kak rose,
    bertenang!!! bertenang!!! bertenang!!! kekadang pegawai berbaju putih berseluar biru tu memang tak boleh bertolak ansur langsung...

    ReplyDelete
  11. Zilla...
    masa kene tu takleh bertenang rasanya nak tendang-tendang... hahaha...

    ReplyDelete
  12. ala sis xpayah bayar...sy nye saman gan mpsj ada kot 10 helai...satu pun xbyr...huhu..dh la parking pun limited nak2 kat area ss15 tu pastu expect proper parking mcm hampeh! & dh xlarat nk gaduh dah gan penguatkuasa mpsj

    MPSJ adalah salah satu musuh ketatku *wink*

    ReplyDelete
  13. pastu kan sis kalo nk byr gak...mintak dorang kasi diskaun spai rm10..kalo perlu gaduh..gaduh je kat situ huhu emo btol sy kalo bab2 sangkut kena saman gan mpsj ni...satu lg sis MBPJ tu pun kaki saman org gak. Huh!

    ReplyDelete
  14. orkid kaler hitam
    hehehe... tensen kan? mmg sakit ati kalo ingat2... yelah... tinggal tak dan berapa minit pun kena... menci... baiklah... akak akan ikut cadangan tu... hahahha

    ReplyDelete
  15. hehehe... klo macam tu jgn tunggu lagi tendang je lah...

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016