Monday, 22 March 2010

PBAKL 2010


Semalam aku bertugas di booth PTS di Dewan Tun Razak 2 selama sejam bersama Kak Lily Haslina Nasir. Tahun ni tak pergi banyak hari. Malas nak berlama-lama di PWTC. Tahun ni kasi slow sikit sebelum tarik momentum baru. Sebelum tu sempat menghabiskan sedikit masa bertemu geng Rumah Fantasi. Berkongsi cerita dan pandangan.

Seperti biasa, sebelum ke mana-mana acara, aku selalu nasihatkan diri sendiri supaya jadi seorang yang sopan santun, tidak ketawa dengan sewenang-wenangnya, bergambar dengan anggun serta ciri-ciri lain yang menunjukkan keperibadian ala-ala Miss Universe.

Walau bagaimanapun sangat terkejut bila mendengar Saudara Syafiq selaku MC berkata, ramai orang mencari Wasilah Cinta Weera (pada hari Sabtu) tapi dah habis dan Puan Asma mengangguk mengiyakan WCW habis. Alhamdulillah...doa syukur sangat sebab ni semua hasil kepercayaan PTS Litera juga. Rasa macam dapat payung baru pulak. Mudah-mudahan tak terkoyak!

Okey, untuk minit-minit pertama sesi chit-chat tu aku memang berjaya mengawal diri itupun setelah berasa canggung berada di pentas mini. Rasanya agak pelik, tak macam sesi tandatangan biasa.ihikhik

Tapi minit-minit berikutnya aku gagal! Menjawab soalan dengan selamba lagi spontan. Contohnya, aku jawab tentang soalan 'Cabaran ketika menulis.' Aku dengan selamba mengaitkan dengan memasak...basuh baju malu. Ya, ada yang ketawa. Mungkin ada yang anggap aku tak profesional bila jawab macam tu.

Tapi ini fakta. Ini memang cabaran untuk aku sebagai surirumah bila nak menulis. Separuh dari masa aku didedikasikan untuk anak dan suami. Kadang-kadang apabila letih buat kerja rumah, bila menghadap PC, kepala sudah jem, tak tau nak tulis walaupun sebelum tu ada idea macam-macam. Dan aku bukan manusia yang suka hidup dengan jadual sebab aku tak suka pada sesuatu yang rigid, ia akan buat hidup jadi kaku. Biasanya aku takkan memaksa otak untuk perah idea. Kalau tak ada idea, memang aku tak menulis dan akan layan kartun dengan anak aku. Memang masa terbuang begitu sahaja. Tapi lebih baik dari otak aku jem sebelum masanya...yelah, takut nanti terputus fius, jadi mereng atau sakit jiwa! tensen

Lagipun aku tak pandai nak cakap yang indah-indah kalau realitinya memang tak indah. Buat apa tampil di pentas dengan bercakap begitu cantik tapi orang-orang mengenal aku dengan dekat akan mencebik bibir lalu berkata,

"Ala... dia tu cakap aje pandai. Tapi sebenarnya dia bukan macam tu pun!" Ha... kan itu dah menjejaskan lagi imej.

Jadi ada baiknya aku jadi diri sendiri. Lagipun aku sedar kerana menjadi diri sendirilah pembaca suka datang berbual dengan aku dan aku happy dengan keadaan itu. Terima kasih banyak-banyak pada yang menyokong aku dan masih sudi beli karya Rose Harissa. peace

Cumanya, kat sini nak ambil kesempatan memohon ampun dan maaf pada adik-adik yang menegur aku kat depan tangga Hall 3. Dalam kalut mengejar waktu, terkejut juga bila ada juga yang cam muka tak lawa ni... hehe... terima kasih banyak-banyak dik. Bukan Kak Rose nak menyombong tapi terpaksa bergegas ke Dewan Tun Razak untuk sesi di booth PTS jam 3 petang. Ada rezeki kita jumpa di lain hari. Maaf sangat-sangat!
malu

11 comments:

  1. ala...sempat x nk dptkan buku ni sabtu ni...huhuhuhuuhuh

    ReplyDelete
  2. huih... mesti sempatnya... yang habis kat situ aje... kat stor ada lagi... :)

    ReplyDelete
  3. salam rose, takde rezeki kita berjumpa tahun ini. ida pergi hari sabtu. tp terlalu crowded, tak daya nak meronda dgn solehin. petang td singgah lagi kat NB, satu novel aje ida beli... nak tau nv apa? hehe... serasi di hati...

    ReplyDelete
  4. salam ida...
    mekasih bebanyak sudi beli SDH... harap suka dengan cerita 'picisan' itu... hehehe
    tu la... taun ni saya bertugas sehari aje... susah nak gi berhari-hari... umah makin jauh...
    tapi kan ida... taun ni rasa macam tak ramai sgt orang cam taun sudah... sebab saya masih boleh lagi berjalan dengan laju tanpa melanggar orang...hehe kalau taun lepas, jem!

    ReplyDelete
  5. aduh3...
    cam gempak je kan PBAKL...
    tp sayangnye...aku xde kat situ la..
    member2 ramai jgk citer best..
    hmmm xde harapan den nak cari WCW ni...cne kak???

    ReplyDelete
  6. taun ni tak berapa nak gempak aaa PBAKL tu... tak semeriah taun2 sudah rasanya...
    tapi buku2 banyak aaa...
    lupa nak bitau, akak ada pinjam ayat Is yang dalam komen 'Apabila dua lelaki berkasih sayang adakah mereka gay?"
    ko nak WCW, tunggu blik Malaysia aa...

    ReplyDelete
  7. Kak Rose, akhirnya dapat jugak buku WCW..hehehe...yang x dapat cuma your signature...huhuhuhu..... :-)

    ReplyDelete
  8. Ilyah... biarpun takde tt akak tapi harapnya ilyah suka dengan WCW... kak rose tunggu komen Ilyah...

    ReplyDelete
  9. Karya kak rose memang x pernah mengecewakan...teruskan berkarya...:-)

    ReplyDelete
  10. Ayasidek syok giler tengok nama dia kat gambar tu. haha. ntah brapa puluh kali dia bukak blog ni nak tengok entry nih. sabo jer aku. oh btw, ayasidek kim salam. heh heh.

    ReplyDelete
  11. Ilyah:
    terima kasih banyak2 atas komen tu... Insya ALLAH akan menyemarakkan lagi semangat kak rose nak berkarya...

    Rinn:
    Waalaikumsalam Aya...
    Hahhaa... baru aku perasan gambaq tu masa tgh sain buku untuk dia rupanya... hahaha patut la... :)

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016