Tuesday, 19 October 2010

Tetaplah membumi...

Farid Kamil berkata, dia bukanlah sombong atau sengaja mahu melarikan diri dari pihak media, tetapi mahu menjaga eksklusif diri setelah 10 tahun berkecimpung dalam industri seni.

“Saya akui itu merupakan kesilapan saya. Saya ingin meminta maaf. Saya tahu sepanjang penglibatan dalam dunia seni masih banyak yang tidak saya ketahui.

“Saya bukannya tidak mahu memberikan kerjasama dengan pihak media, tetapi saya tidak mahu wajah saya sentiasa terpampang di dada akhbar ataupun majalah.

“Kalau ada pun, biarlah saya keluar dengan ‘produk’ saya, misalnya filem ataupun drama. Kalau hanya kisah-kisah peribadi, tak perlulah. Saya pun tak suka jaja kisah peribadi,” kata Farid yang pernah dituduh tidak berdisiplin oleh seorang penerbit gara-gara keliru dengan statusnya sebagai ‘Wajah Eksklusif Astro’.

Farid berkata, dia juga khuatir sekiranya peminat akan jemu dengannya jika ceritanya terlalu kerap muncul di media.

“Jika ingin mewawancara atau melakukan sesi bergambar dengan saya sekali pun, tetap ada batasan dan saya tidak mahu terlalu kerap macam dulu lagi.

“Itu pun kalau ada cerita tentang karier atau produk baru saya. Bukannya apa, saya tidak mahu terlalu menjadi paparan media seperti sesetengah artis, sedangkan lakonan tak ke mana,” katanya. - sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Faridnakeksklusif


Sebenarnya tak faham kenapa agak ramai orang tak berapa suka dengan FK ni... tapi aku tabik dekat budak sorang ni...dia berbakat tidak lupa juga dia KACAK, TINGGI LAMPAI, MATA TERSEPET BILA SENYUM, boleh berlakon dalam macam-macam genre, boleh mengarah jugak... yang penting idea dia tu... biarpun sesetengah orang mungkin anggap 'gila' atau keras kepala. Aku sudah minat dia sejak zaman dia berambut gondol dalam filem Mistik sampai la sekarang (sampai pernah termimpi melukis gambar dia dan serahkan sendiri kat tangan dia, kembang kempis hidung aku dipuji FK sendiri, tapi...cis... dalam mimpi je!) Sedar-sedar dah 29 tahun umur dia. Dah berusia la... dah semakin matang dan dah menang Anugerah Seni Negara di usia muda. Siapa yang tak cemburu kan?

Bila teliti cakap Farid Kamil tu, ada betulnya jugak. Boleh diadaptasi untuk dunia penulisan jugak. Aku pun bila dah berusia ni... bila bilangan buku dah makin bertambah, mula hilang rasa teruja tengok buku masuk carta (tapi tetap seriau tunggu respon pembaca)... bukan tak menghargai tapi ada banyak sebab yang buat aku kena kawal diri lagipun aku bukanlah orang sastera dan pernah menang mana-mana anugerah sastera. Sekadar menulis cerita untuk dikongsi bersama dan bersyukur, hasil karya masih ada penerbit yang sudi terbitkan.

Ada banyak perkara berlaku kebelakangan ini yang tak patut aku kongsikan di sini - biarlah rahsia - sebab ia sangat peribadi untuk diperkatakan di blog mahupun fesbuk, seperti menulis 'aku migrane-tak de idea nak menulis-dan sebagainya'. Cukuplah... aku banyak belajar dari kesilapan dan kealpaan. Apalagi sekarang ni, blog dan fesbuk dijadikan medium oleh sesetengah pihak untuk memantau kegiatan individu lain. Hishh... seriklah aku dibuatnya...bila orang tau kemana kita pergi, apa yang kita buat, idea apa yang kita nak tulis, sehingga idea itu dicuri orang... haihh... boleh buat novel pasal stalker. ;p

Bukan berlagak macam yang dikatakan Farid Kamil itu. Tapi sedar diri sebab bila terlalu menonjolkan diri susah jugak. Apalagi kalau menonjolkan diri tapi tak ada produk...Tidak mahu jadi tin kosong., takut cakap besar... malu jadinya nak berkomunikasi dengan pembaca bila tak ada buku baru. Sebab itulah bila tak ada produk baru, aku malas nak update. Sekadar tempek status mengarut di FB yang kadang tak ada kena mengena dengan novel menandakan aku masih manusia biasa yang adakalanya 'biut' juga perangainya. Ha, siapa yang kenal sahaja akan faham aku macam mana. Jadi sesiapa yang tak kenal R.H secara peribadi jangan buat andaian melulu hanya dengan mendengar cerita sebelah pihak sahaja.

Aku masih macam dulu...masih seorang Rose Harissa yang keluar rumah jalan-jalan pakai tudung RM10, kadang cuma pakai selipar, baju beli kat Mydin USJ, suka membebel bila anak dan suami sepahkan barang, masih pakai Wira Diesel yang dah berusia 13 tahun...sangat biasa-biasa... walaupun dalam novel ada perkara glamour-glamour tapi tu semua hanyalah titipan kenangan-kenangan waktu kerja yang dicurahkan dalam buku untuk perkongsian dan tauladan bersama.

Kerana walaupun setinggi mana pun kita berada, tetaplah membumi agar 'dagu tak melebihi pundak', kerana segala sesuatu di muka bumi ini ada waktunya, setiap sesuatu selalu ada yang baru. Kadang kita di bawah, kadang kita di atas. Tetaplah membumi jika berada di atas. Tetaplah berpegang pada resmi padi, semakin berisi semakin tunduk merendah. Biarlah beribu pokok tumbuh menongkat langit tapi jadilah seperti ubi kayu, diam-diam membuahkan hasil dari dalam. Percaya pada kemampuan dalam berkarya tetapi tetaplah berpijak pada bumi dan langit pun akan dijunjung!

Bukannya menongkat langit... ada bezanya di situ.


Segala pujian diterima dengan rasa syukur menandakan karya masih diterima. Kalau ada yang mengeji, terima dengan lapang dada. Oh, bunyinya macam sangat berhemah... hehehe... bukan apa, tak nak larut dalam pujian...takut lupa diri... mohon dijauhkanlah aku dari sifat sombong, bongkak, bangga diri, lupa diri, cakap besar dan sebagainya... mudah-mudahan Allah masih sudi memberikan idea kepada aku untuk berkarya dan aku hargai sokongan pembaca yang setia, kalau tidak kerana kalian, siapalah Rose Harissa...di sebalik nama Nora.

Ya, akan selalu mengingatkan diri sendiri supaya tetaplah membumi... walau di mana berada...

(Huhu... aku dengan kak Lily suka bebenor dengan word membumi (sila rujuk kamus dewan untuk maksudnya) ... boleh buat vocab baru untuk novel... yihaaa!)

Sekian, terima kasih... ada masa lagi aku bercerita lagi... selamat membumi! Heh...
*peace, no war!
(^_~)v

4 comments:

  1. Weh thanks brbyk sal buku tu,sesetengah manusia xpernah puas apa yg dimilikinya,tapi aku brsyukur walaupun pakai kelisa,ddk rmh gomen,beli baju kat mydin usj,shoping kt giant....aku masih disini menyokong ngko,teruskn menghasilkn novel² yg best dibaca,sestgh pembaca mencari novel menarik ceritanya & tidak menghiraukan siapa penulisnya.......

    ReplyDelete
  2. aku membumi di sini sbb si FK... aduh --> pinjam tembok dinding umah ko sat...

    ReplyDelete
  3. "tetaplah membumi, agar dagu tidak melebihi pundak..."
    saya sangat suka potongan ayat tersebut..
    sesuai untuk direnungi bersama..
    kak rose,tetaplah menulis demi tanggungjawab sosial..
    kalaupun ada yang mengatakan novel akak jenis ntah-ape-ape..
    jangan risau saya tetap membelinya..
    chaiyok!

    ReplyDelete
  4. Teja:
    beb... terima kasih ko menerima aku seadaanya... macam orang biasa macam kawan biasa... aku sebenarnya tak suka orang expect aku ni high class atau apa... sebab aku ni biasa2 aje macam ko ... samala tempat shopping kita... hehehe

    Su:
    menyampah beno ko kat FK ya? tapi aku sukerrrrr FK... kekekeke

    Amer:
    terima kasih Amer... sokongan amer tu sangat akak hargai... berharga untuk akak buat bekal terus menulis... tengkyu x 1000000000000000!!! hehe

    ReplyDelete

Rose Harissa® Registered under the provisions of the Trade Marks Act 1976 and the Trade Mark Regulations 1997 since 2016